Thursday 24 December 2009

NAK BERGADUH? BERGADUHLAH...

Suatu pagi yang damai, sewaktu aku sedang menyapu dedaunan yang berguguran dari pohonan ceri di halaman rumah, ( abah memang tak suka pokok ceri tersebut sebab daun cepat gugur tapi mak suka sebab burung selalu datang makan buah ceri ) aku dikejutkan dengan suara ayam jantan dua ekor sedang bergaduh atau bersabung. Jarang aku tengok ayam jantan bersabung sebab aku memang tak pernah bercampur dengan mamat-mamat yang suka main sabung ayam ni. Tak bermoral permainan tersebut. Oleh itu, aku pun mengambil kesempatan yang jarang diperolehi untuk melihat dengan lebih dekat peristiwa ini. Memang mantap ayam jantan dua ekor ini. Masing-masing tak nak mengalah. Aku sempat merakamkan pergaduhan tersebut.


Tak tahulah apa motif ayam jantan tersebut bersabung. Kalau motifnya kerana berebutkan teman wanita, memang aku akan bagi ceramah free kat ayam-ayam jantan tersebut.Tetapi aku lihat tak ada pun ayam betina di sekitar kawasan tersebut, jadi aku memutuskan tak perlulah aku berleter kat ayam jantan tersebut. Tengah khusyuk menyaksikan pergaduhan tersebut, tiba-tiba...

"Ayu! Boleh tengok saja ayam tu berkelain (berkelahi), leraikanlah!". Mak aku menjerit dari pintu dapur. Pastu dengan lurusnya aku berkata..

"Owh, kena leraikan gak ka?" . Semestinya mak aku tak menjawab soalan yang agak bodoh tersebut. Mak aku kembali menyambung tugas di dapur. Sayang mak...Ops, kita kembali ke cerita ayam jantan tu. Apalagi, dah dapat arahan dari mem aku pun cuba leraikan pergaduhan tersebut dengan menghalau ayam jantan yang tengah beradu kekuatan. Berselerak ayam tersebut lari menyelamatkan diri ke dusun sebelah rumah.

Selepas itu, aku kembali menyambung kerja aku yang tergendala sebentar gara-gara pergaduhan ayam jantan tersebut. Nak tahu apa jadi kat ayam-ayam jantan tersebut? Ayam-ayam tersebut kembali bersabung di tengah-tengah hutan. Pelik aku. Sepatutnya ayam tersebut berterima kasih kat aku yang dah meleraikan pergaduhan mereka. Ini lain pulak jadinya. Tak mahu menjadi mangsa nyamuk yang amatlah besar aku bergegas masuk ke rumah untuk bersarapan sambil memikirkan kejadian tersebut.

Moral daripada cerita di atas, kalau ada orang bergaduh, biarkan mereka bergaduh sepuas-puasnya selagi tidak membahayakan nyawa. Kadang-kadang melalui pergaduhan baru kita tahu perangai sebenar seseorang tersebut dan bagaimana cara dia menghandle pergaduhan tersebut.

...dan yang terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mudah memaafkan.
~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

4 comments:

Unknown said...

lawak la yu ni...bleh lak pi tny soklan tuh...hahahaha ~

hadoi la....

betul sgt...tp bg cleo,bkn nya sb nk tgk prgai org tu yg sbnr, tp utk selesaikn mslh tu cpt2..jgn melarat...nti mcm2 lg yg akan ditambah mjadi perisa tmbhan MSG yg mmg blh tmbh ketagih utk gaduh bpjngan, n mmg tbukti mbahayakan sapa2 yg dh ketagihan tuh...

faham ke? bt2 fhm la ye.. :)

ayu said...

i try to read between da line...lately zizah slalu guna kiasan. bagus2.

Unknown said...

hihi--ye ke..?

ok la tu..ckp stret pon kekadang org x paham...bek la kita ckp bhs alien...senang crita...muahahahaha
(kiasan lg...hadoi la...saba bebyk ye...) ;P

ayu said...

at least otak tak mati berbanding kalu di'spoonfeed' ja... kdg2 otak kanan perlu dirangsang dgn mencipta ayat2 kiasan...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter