Friday 29 October 2010

DI HUJUNG USIA

(doa seorang ayah; Semoga menjadi syifa (penawar) sepertimana namanya)

Sedang menelaah Teori Sistem Dunia Moden kegemaranku, fokus aku tiba-tiba lari. Serius memang teori ni best dan aku dah menghadam teori ni cumanya perlukan pembacaan lanjut supaya ada modal nak goreng dengan bahan-bahan yang lebih up-to-date. Tapi masih fokus itu bisa lari. Aku dibawa untuk mengimbau peristiwa yang terjadi sewaktu sedang menunggu tren 1 Ekspres Rakyat dari Bukit Mertajam ke KL Sentral pada 26/10 pukul 7.30 a.m. Peristiwa yang berlaku sangat terkesan kat hati:

1) Sewaktu mak aku menghantar aku ke stesyen kereta api sebelum pergi ke tempat kerja. Dis time, mak aku tak boleh temankan aku untuk tunggu kereta api sebab kena pergi kerja. Entah macam mana, dada aku jadi sesak dan rasa sebak menyerang bila tengok mak aku berlalu meninggalkan aku. Bukanlah nak cakap aku ni anak manja yang kena tinggal pun nak nangis, tapi rasa sebak tu hadir bila mana aku terfikir sempatkah aku berjasa kepada mak aku seperti mana susah payahnya mak aku jaga aku sampai sekarang? Tapi aku taklah meraung kat situ, aku kuatkan hati dan menapak ke arah kerusi yang disediakan.

2) Sewaktu sedang khusyuk menelaah handout falsafah, ada seorang pak cik berkepiah putih yang aku kira sebenarnya berpangkat datuk. Dia mengambil tempat di sebelahku di tempat menunggu. Aku perasan dia sedang memerhatikanku tapi aku tak mengangkat muka dan mataku masih melekat di kertas. Aku kira dia nak menegurku tapi sebab aku khusyuk (buat-buat khusyuk) menelaah, jadi dia berlalu dari situ. Dia datang kembali dengan surat khabar Metro di tangan. Aku menjeling tajuk utama, Anak Nak Campak Ibu dari Tingkat 14, begitulah tajuknya lebih kurang. Otakku ligat berpusing. Pelbagai tanda tanya muncul dalam kepala. Aku jarang baca Metro sebab setiap kali aku menyelak dari satu muka ke satu muka, kepala aku akan mula berdenyut-denyut oleh sebab banyak sangat masalah sosial yang kadang-kadang tak terfikir dek kepala aku. Kat rumah pun surat khabar yang selalu abah beli pun Berita Mingguan (hari Ahad sahaja) dan Harakah. Dalam Harakah pun aku tak baca sangat isu-isu, aku pergi ke bahagian Mauizah yang Tok Guru tulis, pastu perkembangan-perkembangan saudara seIslam kat rantau lain, tu je. Sebenarnya isu di Malaysia tak banyak mana pun. Kalau baca surat khabar Mingguan sudah cukup nak tahu apa isu yang diperkatakan sepanjang minggu tu.

Ok, berbalik kat pak cik tadi. Aku lihat dia macam berseorangan ja, terdetik dalam hati, mana ahli keluarga yang lain?

" Pak Cik nak pi mana ni?"
"Nak pi balik rumah anak kat KL"
"Pak Cik tinggal kat sini ka?"
"Tak lah, ni pun dari rumah anak juga"
"Oooo...Pak Cik asal mana?"
"Kulim"
"Selaluka Pak Cik pi rumah anak-anak?"
"Lama-lama sekali" (kadang-kadang) Aku mengangguk-angguk.

Save part dia interview aku. Dalam hati aku tertanya-tanya. Kenapa anak-anak dia tega biarkan Pak Cik ni berulang-alik dari satu rumah anak ke rumah anak yang lain tanpa berhantar? Aku tengok Pak Cik ni bukanlah gagah mana pun. Jalan pun dah slow. Sebak bertandang. Ada dua sebab kenapa aku rasa sebak:

1) Adakah aku akan membiarkan mak bapak aku berulang-alik begini untuk pergi ke rumah anak-anak? Tak sanggup rasanya. Tapi aku tak tau apa yang masa depan janjikan. Dari kecil sampai ke besar, kenapa semua benda mak abah yang lakukan untuk kita, kenapa kita tak boleh berkorban untuk mereka? Kenapa mereka sentiasa ada masa untuk kita, kenapa kita sentiasa tak ada masa untuk mereka? They always attend our needs, why can't we? Aku tak tergamak tengok mak atau abah aku berseorangan bersusah payah ghabat (naik) bas atau kereta api semata-mata nak pi melawat anak-anak dia yang dah berumahtangga. Aku pandang Pak Cik tu lama-lama. Sewaktu mata kami bertembung, kalau dia abah aku dah lama aku peluk, tapi disebabkan dia orang asing, jadi aku hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang aku terfikir nak kahwin dengan orang tua sebabnya kesian tengok mereka berseorangan. Gelong tak gelongnya aku..tapi kalau kahwin atas dasar simpati takut nanti jemu bertandang pula. Mungkin tu hanya mainan perasaan timbul atas dasar simpati...takkanlah nak kahwin dengan orang tua...Astaghfirullah...Bila tengok situasi ni, teringat beberapa rangkap lirik;

Jangan biarkan mereka,
Sia-sia di hari tua,
Kecewa hidup dan merana,
Kerna perbuatan anak derhaka.

Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia,
Bila sampai waktu ajalnya,
Anak soleh sebagai harta...

~Rabbani~

2) Timbul rasa sebak sebab tengok dia berseorangan tak berteman. Apabila dikatakan berteman ni, aku maksudkan isterinya. Di manakah dia? Sakitkah? Sudah tidak adakah? Dekat kampung, ada sepasang suami isteri ni. Dah tua dah. Si suami ni Tok Imam aku rasa sebab berserban dan berjubah. Selalu aku nampak dia membonceng isteri dia ke hulu ke hilir. Sama ada pergi solat berjemaah di surau atau pergi mengaji di masjid-masjid atau pergi kenduri. Tak pernah aku tengok dia bawa motor sorang-sorang. Isteri dia sentiasa setia berada di belakang motor memegang erat pinggang Tok Imam seperti tak nak dilepaskan. Setia seorang isteri. Romantisnya...Melihat pasangan tersebut membuatkan aku berkobar-kobar nak jadi isteri solehah...Tapi tak semua orang Allah kurniakan nikmat kebahagiaan sehingga ke hujung usia bersama-sama pasangannya. Macam Pak Cik tadi. Aku yakin isterinya seorang yang baik, tapi dia tak mampu menemani suaminya menghabiskan sisa-sisa usia bersama-sama. Mesti salah seorang akan pergi dahulu. Pak Cik tersebut ditinggalkan kesunyian. Kalau isterinya masih ada, dia mungkin takkan pergi melawat anak-anaknya. Dia mesti akan menghabiskan hari-harinya bersama-sama isteri tercinta. Ish Ayu...jangan kalau-kalau...huuu

Pesanan ringkas aku, raikanlah kedua-dua ibubapa anda dengan sebenar-benarnya. Anda adalah anak dan akan sentiasa menjadi anak walaupun anda sudah berumahtangga dan memiliki anak-anak. Di mata ibubapa anda ialah anak kecil yang dipeliharanya dari kaki sebesar dua jari sehinggalah sekarang. Dahulukan ibubapa anda selepas Allah dan bukanlah orang di sekitar anda. Jangan biarkan mereka merasa tersisih walaupun anda sebenarnya berada di depan mata mereka. Wallahua'lam...

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 26 October 2010

CERITA BUDAK MALAS

(tempat kejadian)

Ada seorang siswi, namanya Aku. Punya malas siswi ni, bila study week ja dia akan lari balik rumah. Orang lain stay di UKM bertungkus lumus buat discussion, dia awal2 lagi dah cabut. Tapi sem ni UKM tak dak study week, jadi budak malas ni tak boleh la nak balik...tak gitu? Rupa-rupanya dia masih nekad untuk balik. Tambah-tambah pula ada geng taun ni. Geng Aku tu bernama Mun. Konon Mun tu nak datang study kat UKM sepanjang study week USIMKL, last-last dua-dua orang siswi ni cabut balik rumah nun jauh di Penang.

Al-kisah maka tersebutlah kisah, dua orang siswi yang memang kaki balik rumah ni pun menempah tiket kereta api malam tu juga untuk pulang. Yang Aku ni, lepas ja habis ko-k membersihkan bukit paku-pakis, terus Aku isikan beg dengan buku-buku yang konon hendak diulangkaji. Adalah dua tiga bahan-bahan bacaan. Sampai di KL Sentral, berborak-boraklah mereka berdua sampai pengumuman ketibaan tren no 20 Senandung Langkawi ke Butterworth. Maka, bersenandunglah dua orang siswi ni dalam tren sampai ke Bukit Mertajam.

Ahad
4.30 a.m.
Sampai di Stesyen Bukit Mertajam. Tumpang ayah si Mun ni sampai ke rumah.

7.30 a.m.
Cerah-cerah tanah, Aku dah menapak ke luar rumah nak menghirup udara segar sebelum memulakan ulangkaji. Terdengar bunyi anak-anak ayam berdecit, tapi tak nampak rupa anak-anak ayam pun. Perhati sekeliling ternampaklah seekor ibu ayam. Bila diperhatikan betul-betul, rupa-rupanya anak-anak ayam tu menyorok bawah sayap ibunya. Amboi...comeinya...Aku mencapai sebatang ranting buruk lalu dikuis-kuis sayap ibu ayam tu sebab nak tengok anak-anaknya...Ternampaklah seekor dua..."Aish, ibu ayam...kedekut betullah, mai la Aku nak tengok anak ang ni,"

Malas nak layan gelagat ibu ayam yang sombong tu, Aku masih tak berganjak untuk masuk ke dalam dan memulakan ulangkaji. Dicapainya penyakar atau dalam bahasa Melayunya rake (ada orang tak tau benda tu dinamakan penyakar sebab waktu bersihkan bukit paku pakis ada yang bertanyakan Aku, benda ni orang panggil apa?) err...Ok, Aku pun memulakan usaha menyakar daun-daun kering. Sewaktu sedang menyakar tu, tiba-tiba idea jahat muncul di kepala...hoho. Anak-anak ayam tu dah keluar dari bawah sayap ibunya dan berlenggang-lenggok di hadapan aku. Oooo...ingat Aku takut kat mak ang...tunggulah.. Aku amik penyakar tu dan Aku cakar seekor anak ayam. Dia terperangkap dalam jaring(?) hujung penyakar tu. Aku tengok mak dia macam menjauh sedikit, jadi Aku cuba nak pegang anak ayam yang terperangkap dalam jaring tu. Sikit lagi tangan Aku nak capai anak ayam tu, sekali dia menjerit "Mummy! Mummy! Help me!" dan tiba-tiba
"Aaaaaaaa!", Aku melepaskan penyakar dan terus berlari menuju ke pintu rumah. Sekonyong-konyong ibu ayam tu mengembangkan sayap dan menerpa ke arah Aku. Panic stricken Aku waktu tu. Mak Aku yang terkejut dengan jeritan nyaring yang once in a blue moon dia dengar pun panik juga.

"Awat ni? Ulaq ka?" Aku yang dah masuk ke dalam rumah tercungap-cungap sebentar.
"Tak, ibu ayam nak sembur," dan Aku pun menjelaskan perkara yang berlaku.
" Yang dok pi kacau anak dia tu buat apa, marah la dia,"
"Ala, nak pegang anak dia sikit pun kedekut,"
" Dah la, pi study, pagi-pagi ni tak dak orang nak kacau, bek pi baca buku, senang masuk." Akhirnya budak malas ni pun pi ulangkaji. Dan daun-daun yang dicakar tu dibiarkan begitu sahaja tanpa diteruskan usaha untuk menghabiskan kerja yang terbengkalai...malas punya budak...

Isnin,
9.00 a.m.
Sewaktu nak amik serai di tepi rumah, tiba-tiba Aku nampak ibu ayam dan anak-anaknya menuju ke arah Aku. Aku dah panik takut kena serbu lagi dengan ibu ayam. Ibu ayam tu semakin mendekat. Kebetulan abah Aku baru balik dari mana ntah, cepat-cepat Aku panggil abah Aku,
"Abah, abah...halau lekas mak ayam tu, dia nak patuk Ayu, cepat! Cepat!"
"Laaa...dia lapar tu,"
"Tak, tak...dia nak balas dendam ni...aaa...cepat la abah, cepat, takut ni,"

Sambil Aku minta tolong tu, tangan Aku sibuk dok ambil serai, manakala mata Aku dok perhati ibu ayam yang semakin mendekat. Tiba-tiba "Zaasssss!",..... mata Aku beralih ke tangan dan terpandang warna merah cair atas tangan. Semakin membesar warna tu. Tangan Aku mula terasa bisa. Cepat-cepat Aku habiskan kerja pastu terus masuk rumah. Aku basuh luka terkena daun serai tu pastu tempek plaster. Pedih terasa. Nasib baik luka tak besar. Terlupa sebentar pasai ibu ayam tu. Bila Aku jenguk kat luar, nampak abah tengah tabur jagung kat ibu ayam dengan anak-anak dia. Yer la, dia lapar la tu, bukan sebab nak balas dendam...Hmmm...dengan binatang pun nak sangka buruk, itulah akibatnya.

Moral of da story, kalau niat nak balik ulangkaji, ulangkaji betul-betul, jangan dok pi kacau rumahtangga ayam-ayam...ish2...

~ Creating ideas for lives ~

Friday 22 October 2010

Rindu Sebening Wajah


(Irshad dalam kenangan)

Pada saat-saat genting ni, dalam kekalutan-kekalutan yang melanda untuk persediaan menghadapi imtihan, kadang-kadang terdetik rasa rindu kepada sebening wajah. Ada wajah-wajah yang kita nak sangat tatap pada waktu-waktu ni bagi menghilangkan gundah gulana. Hanya cukup sekadar menatap dari jauh sudah mampu menggamit ketenangan.

Psstt...Ayu, esei tak siap lagi...kenapa masih menyempat-nyempat bertandang ke blog?~ ya, my best partner dah bersuara...

Sekadar mengisi masa yang tak terluang untuk mengutus entri. Saya tahu ada yang merindu. Walaupun tak dapat menatap tuannya, cukuplah kiranya dapat menatap bait-bait kata yang diluahkan jauh dari dasar hati buat tatapan mereka yang merindu. Ada nada perasan tak? Mana mungkin tidak ada yang merindu kerana fitrah insani sentiasa merindu. Mungkin kerana persepsi saya begitu jadi saya fikir orang lain pun begitu. Kalau bukan, anda tidak akan membaca entri ini dan tidak mungkin membuka blog ini. Even musuh pun mungkin merindui musuhnya sebab tu lah dia membuka blog untuk mengupdate status musuh tersebut. Rindu itukan sesuatu yang subjektif?

Sebenarnya bukan tujuan utama nak bercakap soal rindu. Rindu itu hanya sebahagian daripada nikmat antara nikmat-nikmat yang saya peroleh apabila menjadi seorang bekas pelajar sekolah agama. Ya, orang lain pun punya rindu, tapi rindu yang saya alami ni adalah hasil tarbiyah selama 5 tahun di sekolah agama. Bukanlah nak cakap rindu saya ini agung tapi saya yakin dan percaya rakan-rakan yang mendapat tarbiyah sekolah agama akan memiliki rindu ini. Namun, masih saya pulangkan kepada setiap individu untuk membuat penilaian sendiri. Tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama. Ada sahaja yang tidak terkesan dengan tarbiyah sekolah agama, ada sahaja yang pengalaman di sekolah agama dahulu hanya pahit sahaja dan tidak ada manis untuk dikenang dan ada sahaja yang meninggalkan tarbiyah tersebut seperti mana mereka yang meninggalkan pasir-pasir pantai yang melekat di kaki sewaktu hendak pulang. Tapi percayalah, there were certain things in da religious school which we cannot even find here in university. Kalaupun berjaya membuang pasir tersebut, masih ada sisa-sisanya yang terperangkap di kaki seluar atau kain. Anda tidak dapat membuang identiti tersebut.

Jauh di sudut hati, masih rindu pada tarbiyah di sekolah agama. Apabila datang ke universiti, hanya ada dua identiti yang kita nampak, bekas sekolah agama dan bekas sekolah biasa. Tidak ada disebut bekas budak SBP, bekas MRSM, bekas sekolah sains...semua tu hampir tidak kedengaran. Kadang-kadang ada yang malu-malu kucing nak mengaku datang dari sekolah agama sebab imej tak selari dengan sekolah agama. Bagus la juga perasaan malu itu kerana menunjukkan hati masih sensitif dan hidup.

Bukanlah niat nak membeza-bezakan bekas sekolah agama dan sekolah biasa, bukan itu niat saya. Kalau ada ayat-ayat saya yang menunjukkan bias di situ, saya mohon maaf. Cumanya saya berharap nanti kalau masing-masing ada anak-anak, berilah pengalaman kepada mereka untuk berada di sekolah agama. Perbezaan dari sudut pemikiran akan wujud jika dapat dibuat perbandingan. Walaupun mereka kekurangan identiti bekas sekolah agama apabila keluar nanti, namun kesensitifan mereka terhadap agama masih ada. Saya yakin itu. Walaupun mereka tidaklah memakai imej ustaz atau ustazah, apabila agama mereka dihina, mereka akan mempertahankan agama mereka kerana mereka belajar yang mana salah dan yang mana betul. Berbanding jika sekolah biasa yang mana pendidikan agama tidak ditekankan, banyak yang mereka tidak tahu dan banyak benda yang mereka tidak sensitif. Saya bercakap dari sudut mereka yang tidak memakai imej ustaz atau ustazah. Ada sahaja bekas sekolah biasa yang lebih ustaz dari sekolah agama, yang itu bukan dalam skop perbincangan di sini. Kadang-kadang kita lihat mereka yang lebih ranggi dari sekolah biasa, tapi mereka mampu untuk menjawab soal-soal asas mengenai perkara agama berbanding budak yang langsung tidak tahu tapi kurang ranggi. Bukanlah nak menyokong perbuatan mereka untuk beranggi-ranggian, tapi bukankah ilmu yang ada itu mampu mengelak fitnah kepada agama? At least tidak berlaku fitnah pada ilmu walaupun berlaku fitnah pada amalan.

Pengalaman saya bercakap mengenai agama Islam kepada seorang bukan Islam dan dalam masa yang sama ada seorang kawan yang Islam tapi bekas sekolah biasa (ilmu bergantung kepada latar belakang pendidikan juga). Sukar untuk saya memberi kefahaman Islam itu dalam waktu yang sama kawan saya yang Islam itu sendiri cuba mempersoalkan perkara-perkara asas yang cuba saya terangkan. Sebabnya walaupun dia Islam tapi dia sendiri tak faham. Jika di sebelah saya itu bekas sekolah agama, walaupun dia tak mengamalkan ajaran Islam sebagai contoh tidak sembahyang, dia tidak akan sekali-kali menafikan kewajipan sembahyang itu dan tidak memperlekeh-lekehkan tuntutan untuk solat dan hubungan dengan Allah di hadapan orang bukan Islam! Paling kurang dia akan diam kalaupun dia tidak setuju sebabnya dia tahu yang perkara ini betul! Itu sekadar satu contoh antara banyak-banyak contoh. Kadang-kadang kejahilan kita selalu menjadi fitnah kepada Islam...

Saya tidak akan bercerita panjang mengenai perkara ini sebab rakan-rakan saya yang mana bekas pelajar sekolah agama sendiri dapat melihat 1001 perbezaan tersebut. Kadang-kadang terdengar rungutan betapa payahnya untuk mingle bersama mereka-mereka yang kurang mendapat pendidikan agama. Bukanlah salah mereka kerana berada di sekolah biasa dan bukanlah satu keistimewaan kepada kita kerana berada di sekolah agama. Hakikatnya ilmu agama itu wajib dicari dan diamalkan. Satu tanggungjawab kepada pemerintah juga untuk menjadikan semua sekolah sama ada sekolah agama atau sekolah biasa mendapat pendidikan agama yang setaraf agar tidak ada yang tercicir. Sebenarnya sistem pendidikan atau sistem pemerintahan sengaja mensekularkan kita dengan memisahkan dan mengadakan sekolah biasa dan sekolah agama sedangkan penuntutnya semuanya adalah dalam kalangan umat Islam. Seharusnya yang jahil berada dalam sekolah agama untuk ditarbiyahkan dan yang sudah berilmu berada di sekolah biasa untuk mengamalkan dan menyuburkan Islam dalam kalangan penuntut bukan Islam dan bukan sebaliknya. Sistem sekular ini sengaja melahirkan orang Islam yang tidak faham akan Islam supaya suatu hari nanti mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak faham Islam dan selalu bertekak dengan pemimpin-pemimpin yang faham Islam dan membiarkan orang bukan Islam melihat Islam sebagai agama yang memecahbelahkan....Nauzubillah

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

-nak cakap benda lain, tulis benda lain...semoga mendapat manfaat...jom sambung buat esei..

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 17 October 2010

HALLOWEEN...Jangan Taklid!

(Jack-o-Lantern)

Labu berukir ni memang akan cukup popular around dis month.

(Jack~Nightmare before Christmas)

Saya memang cukup teruja dengan cerita Nightmare before Christmas ni. Kalau pembaca semua perasan dan alert, banyak hiasan sama ada key chain, sticker, wallpaper, patung, dan sebagainya berbentuk watak cerita ni, Jack. Ramai anak-anak muda suka dengan watak Jack ni terutamanya perempuan termasuk saya. Sebabnya Jack ni romantik dalam kisah ni sebab dia menyelamatkan seorang wanita ni yang kesunyian. Dia ada seekor anjing peneman. Cerita ni berlatarbelakangkan graveyard yang dipenuhi roh-roh orang yang dah mati. Dah mati tapi still ada peminat. Saya tertarik dengan cerita ni sebab rekaan grafik Jack yang unik dan cerita dia ala-ala eerie tapi lawak. Dengan gaya jalan Jack yang ala malas-malas, terlebih tinggi dan panjang dari segenap segi, nampak cool gitu. Tapi perasaan suka dan minat tu wujud sebelum saya mengetahui hakikat sebenar Halloween. Walaupun Halloween ni bukanlah suatu fenomena yang luas dalam masyarakat, tapi disebabkan bangsa Melayu yang fleksibel ni, kita perlu alertkan mereka di sekeliling kita yang selalu taklid atau mengikut secara membuta-tuli benda-benda sebegini.

Saya yakin dan percaya
kalau ditanyakan kepada mereka yang suka Jack ni dan membeli
setiap hiasan-hiasan berbentuk watak ni,
"Kenapa beli?"
Jawabnya;
"Suka"
Itulah kelemahan umat Islam sekarang ni yang mudah diperguna-gunakan dan dipergula-gulakan
oleh kafir...
Mereka menyebarkan sesuatu dan kita dengan bodohnya mengutip tanpa mengkaji
terlebih dahulu apakah yang ditaburkan oleh mereka ni?

(Labu tu tak bersalah)

Jika kita melihat perayaan Halloween seperti mana sekarang, perayaan ni disambut setiap tahun pada 30 Oktober. Pada hari perayaan, kanak-kanak akan memakai kostum watak-watak yang mengerikan seperti hantu, ahli sihir, goblin, drakula dan sebagainya. Kanak-kanak akan pergi ke setiap rumah dan menjerit "Trick or treat!" yang bermaksud 'beri kami gula-gula atau kami buat kacau'. Kiranya kalau tuan rumah tu tak beri gula-gula maka kanak-kanak ni akan buat kacau. Kalau hari raya kita aplikasi benda ni, agak-agak apa budak-budak tu kata? :P Jimat la duit kan. Lagipun pemberian duit raya tu adalah budaya yang diceduk daripada perayaan Tahun Baru Cina iaitu pemberian ang pow. Bukankah bagus kalau kita ambil 100% daripada Islam?

Okeh, tu kalau definisi perayaan Halloween mengikut zaman sekarang, tapi kalau kita lihat way back asal-usul Halloween ni merupakan satu perayaan agama Kristian Katolik! Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina. (Sumber wikipedia)


"Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093)."


Oleh itu, dengan membeli barang-barang yang ada watak Jack ni bukankah seperti kita menyokong syiar Kristian ni? Tak salah kalau sekadar menonton cerita, cumanya jangan terlalu terbawa-bawa sampai mengumpul koleksi barang Jack ni. Samalah seperti kita meraikan Halloween ni sedangkan kita tidak ada kena mengena pun dengan perayaan ni. Peringatan ni ditujukan kepada saya juga sebab saya salah seorang peminat perayaan Halloween sebelum ni. Astaghfirullahal'azim. Sebab tu bersempena bulan Oktober ni saya kongsikan mengenai perayaan ni supaya kita boleh menyampaikan kepada orang sekeliling kita. Kadang-kadang setiap kali pergi supermarket atau kedai-kedai barang perhiasan, saya selalu belek-belek Jack ni. Keinginan nak beli tu ada tapi tak pernah berjaya. Mungkin Allah pelihara. Alhamdulillah. Jadi sampai sekarang saya tak pernah ada apa-apa koleksi barangan Jack ni.

Pengajaran buat saya dan pembaca sekalian, orang-orang kafir sentiasa mengintai-intai kelemahan kita dan mencari lubang-lubang kelemahan umat Islam. Dunia hedonisme semakin berkembang sehinggakan semua perkara hendaknya berakhir dengan keseronokan dan kepuasan nafsu. Seperti mana Hari Raya Aidilfitri pun, kita muhasabah balik adakah ending sambutan Hari Raya Aidilfitri kita diakhiri dengan puasa enam sebagai penutup Hari Raya yang hanya SATU hari dan bukan SEBULAN! atau diakhiri dengan jamuan rumah terbuka yang ke-30? Wallahu'alam~

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives

Wednesday 13 October 2010

ULAT OH ULAT

(x sanggup nk letak gambar ulat betul)

Google imej ulat atas daun nak letak dalam entri kali ni, tapi tengok ja gambar-gambar ulat tu dah membuatkan badan saya seram sejuk...Ya Allah, ciptaan-Mu ni mampu membuatkan aku geli-geleman tahap gaban. Ohhh...tidak..

Mai saya kongsikan pengalaman saya dengan ulat-ulat ni. Saya tahu ramai kat luar sana terutamanya yang perempuan yang amat gelikan ulat ni tahap maksimum! Belum pernah saya jumpa orang perempuan yang tak gelikan ulat. Jadi cuba bandingkan dengan pengalaman saya dengan ulat ni:

1) Masa kecik-kecik dalam umur 7 tahun rasanya, waktu tu saya nak solat Maghrib. Lepas dah pakai telekung comei-comei, saya pun berdiri nak solat. Mak waktu tu tengah mengajar adik-adik mengaji kat belakang saya. Selepas angkat takbir dan mula membaca al-fatihah, saya terasa sesuatu merayap atas badan. Saya pun raba-rabalah benda yang merayap tu. The moment saya tersentuh benda tu, Ya Allah....(x sanggup nak teruskan cerita)...saya terus lempaq (baling) kain telekung tu sambil menjerit. Mak dan adik-beradik yang lain terkejut...Kenapa budak ni? Kena rasukkah? Waaaa....sekali tengok ulat warna merah dan hitam atas telekung...wekkkk!! Rasa cam nak pitam...waawawa..geli geleman...besar juga la ulat tu...huhu..fobia...

2) Kisah kedua, waktu tu dah masuk sekolah arab, kiranya sekarang ni panggil sekolah KAFA. Saya ni setiap kali rehat mesti merayap dengan kawan-kawan, masuk kampung keluar kampung, best meronda ni sebab ada banyak jalan-jalan shortcut yang kita boleh masuk. Lalu kot ban-ban dan tali air, pastu tembus kot batas-batas bendang (sawah padi). Sewaktu lalu bawah pokok jering, saya minta kawan berhentikan basikal. Waktu tu saya membonceng di belakang dengan berpakaian baju kurung sekolah arab hijau dan putih. Pokok jering tu besar dan tinggi. Saya nampak buah-buah jering yang bertaburan bawah pokok tu. Saya pun kutip satu dua. Ingat nak kopek (buka) la sebiji dua. Buah yang pertama, saya dapatla isi jering tu. Bukan nak makan pun...paling kurang bawa balik main masak-masak. Buah yang kedua ni agak susah... haaa...cungkil guna jari ja, bukan dengan pisau pun...susah-payah cungkil tu akhirnya berbaloi apabila kulit jering tu terbuka...tapi tau ada apa dalam tu???? huhu....x nak sebut nama dia...sekali dia mengeliat..Arghhhh!! Masih terbayang-bayang keadaan benda tu mengeliat...besar! Warna hitam..Melompat saya atas seat belakang tu sambil menggelepiar2kan tangan (mengayun2kan tangan)....Kawan saya ni terkebil2 dengan tindakan saya...saya menangis atau dengan kata lain teriak dengan sekuat-kuatnya sebab geli....huhuhu..kawan saya pun kayuhkan saya balik sambil saya dok teriak kat belakang tu...sambil dia kayuh tu apa lagi, dia berleter kat saya lah..."Tu lah, aku cakap jangan buka, ang nak buka jugak...buah ni bukan ang makan pun, padan muka, len kali buat lagi, x nak dengaq cakap, bla..bla..bla"~ huhu...

3) Kisah ketiga lagi tragis...saya ingat jodoh saya dengan ulat ni tak dak dah..huuu..waktu tu saya nak buka puasa...saya sorang ja..adalah sorang adik saya yang temankan...mak ada buat jeruk daun maman (x tahu orang negeri lain pggil apa), kiranya sedaplah...dipendekkan cerita, jeruk tu dah nak habis, jadi saya habiskan semua...masa suapan terakhir tu barulah saya terperasan...yang ada uuuulat kat dalam bekas jeruk tuuuuu..... waaa..bila saya cek kat nasi tak ada la pula...tapi kat bekas tu ada..banyak pula tu..ya Allah...yang peliknya saya tak muntah la pulak...masyaAllah...entah dah berapa banyak benda tu yang masuk kat dalam perut...bahaya kalau ikutkan...tapi mungkin disebabkan asid dalam perut begitu kuat, jadi tiada kesan-kesan sampingan...alhamdulillah..tapi memang tak boleh fikir...tak senonoh punya lalat...bilakah dia masuk sedangkan bekas tu ditutup rapat dalam plastik dan diletakkan dalam almari...keji sungguh anda kerana merosakkan makanan manusia...pengajaran: Setiap kali membeli makanan di kafe, perhatikan lauk pauk anda...mungkin terdapat telur lalat di situ..saya pernah terjumpa banyak kali dengan telur lalat ni...terima kasih kat kejadian tu, saya menjadi semakin berhati-hati dan cerewet when it comes to food.

Last but not least...people said every cloud has silver lining, jadi tak semua kejadian yang berkaitan dengan ulat ni berakhir dengan tragis....ada satu jenis ulat yang memang saya suka sangat-sangat....tak lain dan tak bukan...ULAT BUKU...hehe.

4) Kisah 4 berlaku kelmarin...waktu saya jalan nak pergi fakulti, saya terserempak dengan seorang ulat buku. Dia sedang membaca buku sambil berjalan. Bukan semua orang boleh buat...pernah masuk berita seorang pelajar sekolah tersepit kaki di jaring-jaring besi longkang gara-gara membaca buku sambil berjalan sampai terjerlus masuk ke dalam jaring-jaring besi tu...Mata saya terpandang dia yang sedang khusyuk membaca buku. Dia berjalan dari arah bertentangan tapi di seberang jalan. Macam nak sapa jer, 'baca buku apa tu, khusyuk sangat.' Saya pasti itu bukan nota kuliah. Saya pun kadang-kadang buat juga sehingga kadang-kadang ditegur oleh kawan-kawan yang selisih, "Jalan pandang depan..." heh..membaca buku itu satu nikmat..tak percaya tanya Cleo...tambah-tambah buku yang kita suka...kan2? Sambung pasai ulat buku ni...saya naik bas nak pergi Pusat Bahasa untuk kelas Arab, sewaktu lintas di kolej Burhan, saya ternampak ulat buku tu lagi...kali ni dia duduk di bangku batu atas bukit depan kolej. Bawah teduhan pokok. Damai jer tengok. Ni ulat yang saya tak geli geleman bila tengok...hehe. Eh, ingat senangkah nak tengok orang yang sebegitu absorb dengan bahan bacaan terutama kaum Adam ni. Saya rasa dia pusing satu UKM kot nak habiskan buku yang dibaca. Kalau dah sampai membaca sambil berjalan kalau bukan ulat buku, nak panggil apa lagi kan...:)

p/s: Baru balik dari dengar Ummah Talk tajuk Sekolah Kehidupan oleh Ustaz Habin Faisal Mohamad. Pesannya kena rajin membaca barulah dunia tu luas...setuju2.

~ Creating ideas for lives ~

Janjiku..

Janjiku

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

Pengirim : munirah_smssm@hotmail.com

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri


*p/s: dengar2kn...insyaAllah best!=)

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 10 October 2010

Marah manusia nampak, marah Allah???


“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

Ya...kita selalunya terlalu amik berat pandangan orang terhadap kita. Banyaknya kita begitu.

Ada orang yang terlalu mencari keredhaan manusia sampai kita lihat hidup mereka agak serabut memenuhi keredhaan manusia tersebut sampai kadang-kadang mereka melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Semuanya disebabkan tak nak manusia marahkan mereka.

Hakikatnya sahabat-sahabat sekalian, marah manusia itu selalu kita nampak sama ada mereka menonjolkan kemarahan di FB, di status YM, di blog-blog...

Kita dah mula susah hati apabila orang menyuarakan kebencian kepada kita....

Kalau tindakan kita yang mengundang kemarahan mereka jika tidak pernah menyalah Quran dan Hadis,

buat apa kita terlalu pedulikan pandangan mereka???

Sebab itulah kita tak pernah rasa cukup dalam hidup kerana kita terlalu mengejar redha manusia dan membelakangkan redha ALLAH.

Sebabnya murka Allah pada setiap tindakan kita tak dapat dilihat.

Seberapa daya anda cuba menghapuskan kemarahan dan kebencian manusia kepada anda

tetap anda rasa tak tenang..

KENAPA?

Kerana kita sebenarnya sedang mewujudkan kemurkaan ALLAH kepada kita dalam

proses memadamkan kemarahan manusia tu...

Sebab itulah hati tak pernah tenang dalam setiap tindakan yang diambil.

Namun ada pula yang tidak pernah peduli akan kemarahan manusia kepadanya dan juga tidak pernah peduli kemurkaan ALLAH kepada tindakannya...

Konon tak nak jadi hipokrit...tenangkah kita kalau begitu?

“Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan.” (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

Ya, sesungguhnya orang yang menjalani kehidupan ikut kepala sendiri sebenarnya tanpa disedari hidup dalam pendustaan atau hipokrit...

Mengambil contoh tidak memakai tudung. Konon alasan tak nak hipokrit, itulah diri mereka yang sebenar, dll.

Hakikatnya mereka sebenarnya mencari redha manusia sekeliling, sama ada famili,

kawan-kawan, boyfriend .

Kalau ikutkan kepala sendiri pun, memang saya tak nak pakai tudung pun. Semua perempuan pun macam tu.

Ingat tak jeleskah tengok orang perempuan lain bergaya?

Tapi kita hidup atas muka bumi ni

adalah atas rahmat dan kurniaan Allah, Dia yang lebih berhak atas kita.

Siapa anda nak menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri? Apa autoriti anda?

Tapi tu sekadar contoh, banyak lagi perkara yang saban hari kita lakukan adalah untuk memenuhi redha manusia sama ada sahabat, ibu bapa, suami, isteri dan lain-lain.

Kita kena pilih antara dua;

REDHA ALLAH @ REDHA MANUSIA?

Dalam setiap perbuatan kita, keputusan kita, seharusnya biarlah redha Allah yang mengiringi, barulah kita akan rasa hidup kita cukup dan kita takkan pedulikan sangat apa orang kata, apa orang rasa jika apa-apa yang kita katakan itu benar di sisi Allah.

"Kullu haq walau kana murra"

(katalah yang benar walaupun pahit)

Sebab itulah ada orang yang kita lihat keberaniannya menegur saudara semuslim lain walaupun orang yang ditegur nanti for sure akan menyumpah seranah dia. Kenapa dia tak pernah peduli semua tu?

Ya, kerana Allah sendiri pun tak suka dengan perbuatan orang yang ditegur tu. Kita tak dapat melihat kesannya kalau tidak ditegur sekarang. Apakah jaminan kita yang kita takkan menyalahkan orang sekeliling kita apabila tiba hari perbicaraan nanti di Padang Mahsyar? Adakah anda tidak akan menyalahkan saya kerana tak pernah menegur kesalahan anda? Apa jaminan anda kerana dalam Quran sendiri pun telah menyebut yang pada hari tu, kalau boleh setiap jiwa ingin menebus kesalahannya dengan ahli-ahli keluarga, harta, kekayaan, pangkat hatta seisi dunia. Semua kesalahannya kalau boleh nak diletakkan di pundak orang lain.

Jadi sebelum mereka berbuat demikian kepada kita, biar kita menegur mereka sekarang. Biar nanti mereka tidak punya alasan untuk meletakkan kesalahan tersebut kepada kita.

Sepatutnya orang yang ditegur harus berasa bersyukur kerana masih ada lagi yang ambil berat padanya. Bukan dengan mempersoalkan kembali "kenapa awak tegur saya bukan orang lain", "adik awak pun macam tu, kenapa tak tegur dia dulu", "mind your own business", "kubur lain-lain", bla bla bla...

Ya, mungkin cara teguran itu tidak kena gayanya. Apalah salahnya berlapang dada. Selagi mana orang yang menegur tersebut tidak menggunakan kekerasan fizikal, cubalah terima dan bawa-bawalah bersabar. Kalau itu adalah salah faham cuba terangkan dan jelaskan. Kalau dia tak nak terima itu dia punya pasal. Apa yang penting adalah pandangan Allah.

Kita merasa kecewa dengan manusia sekeliling kerana kita terlalu berharap pada mereka, tapi kalau kita berharap pada Allah, nescaya kita takkan kecewa dengan sikap mereka. Percayalah sahabat-sahabat.

"Benci anda tidak akan membawa kesan kepada saya sekiranya Allah redha dengan perbuatan saya"

Cuba katakan itu pada diri sendiri. Bukti Allah redha dengan kita adalah apabila kita tak merasa terkesan pun dengan kebencian dan kemarahan orang pada kita. Malah kita boleh ketawa dengan tindakannya. Bila Allah redha, Allah akan campakkan ketenangan kepada kita.

Katakan saja pada orang yang marah kepada kita,

"Mutu biqaizikum"

(Matilah kamu dengan kemarahanmu)

Yakin dan percayalah, bila Allah redha, hati akan tenang dan kebencian manusia tidak terkesan...

p/s: Syukran Umy atas perkongsian...ayu kongsikan kalam hadis sedikit..

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

Wednesday 6 October 2010

THE TWIN~review


Setelah menunggu selama sebulan lebih, akhirnya novel ini tiba ke pangkuan saya. Dibalut dengan padded bags macam balut barang elektrik yang ada bubble2 kecik yang boleh diletupkan tu. Hmm...satu hari saya pulun letupkan bubble tu. Dah dapat tu tak tunggu lama, terus baca. Terhidu aroma kulit pokok melalui kertas.

Mula-mula jumpa buku ni waktu baca paper The Star. The moment I laid my eyes on dat book, I already fell in love with it. I said to myself, I should buy dis book as soon as possible. Tambah pula buku ni menang International Book Award. Jadi bermula episod pencarian. Dari satu kedai buku ke kedai buku yang lain, saya cari buku ni. Popular Bookstore, Gramedia Bookstore, MPH, di Penang, KL, tapi tak ketemu.

Jalan terakhir- online bookstore. Bermulalah episod penantian yang penuh penyeksaan. Akhirnya, penantian terbayar dengan ketibaan novel ni. Tapi, saya KIV sebab nak habiskan bacaan novel Gelak Tergolek. Kekecewaan membaca novel Gelak Tergolek digantikan dengan kepuasan membaca novel ni. Serius, saya memang jatuh cinta dengan novel ni. Komen yang diberikan terhadap novel ni memang menepati apa yang saya rasa selepas membacanya.

"A novel of restrained tenderness and laconic humour"
~J.M. COETZEE~

"Stealthy, seductive stroy-telling that draws you into
a world of silent rage and quite unexpected relationship. Compelling
and convincing from beginning to end."
~ TIM PARKS~

Saya ambil masa selama seminggu lebih untuk habiskan bacaan sebanyak 283 mukasurat. Kalau novel Melayu satu malam boleh habis, kalau Inggeris, amik masa sikit. Tapi mula-mula membaca tu memang tak boleh nak letak tepi novel ni. Seductive story-telling, bayangkan. Watak Helmer memang hidup dan menghantui hidupku...hehe.

~devoted son
~adore his mother so much

Bagi saya yang keputusan dalam hidup saya ditentukan oleh diri sendiri dan bukan ibu bapa, watak Helmer yang sentiasa menurut apa sahaja kemahuan ayah dia merupakan satu pengorbanan yang besar dan amat mengharukan. Tambahan pula latar cerita di kawasan rumah ladang yang diulas dengan detail memang menyebabkan saya terpaut hati. Saya juga terpaut dengan watak Helmer yang lurus, tidak banyak bercakap, dan seorang yang amat menyayangi adik dia, Henk yang dah meninggal. Kadang-kadang gaya percakapan dia yang bersahaja mengundang jenaka. Kiranya waktu baca novel tu, pulse rate dalam keadaan yang stabil dan relax.

Lagi satu, Helmer ni tak kahwin semata-mata nak jaga rumah ladang dan ayah dia yang sakit. Bayangkan devoted tak devotednya si Helmer ni? Teringat cerita yang pernah dibaca sewaktu sekolah rendah Seorang Tua di Kaki Gunung. Saya baca cerita ni sambil bercucuran air mata. Bagaimana cerita tu membawa kita dekat dengan alam di kawasan pedalaman. Bagaimana dia berusaha menjaga alam daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab walaupun ditinggalkan keseorangan oleh ahli keluarga. Dia punya prinsip,

'Agi idup agi ngelaban'
(Selagi hidup selagi tu melawan)

Prinsip yang dia pertahankan sampai dia mati. Part yang mati tu yang sedih. Nasib baik Helmer ni tak mati. Helmer ni keseorangan sampai ke sudah bila ayah dia dah mati walaupun ada godaan-godaan sampingan daripada bekas tunang adik dia. Oklah, tu jer kot. Kalau nak tau lebih lanjut, baca sendiri. :)

~berkesempatan travel ke Belanda walaupun hanya sekadar dalam novel...


~ Creating ideas for lives ~

INTAN PAYUNG BUAH HATI BETA



Sekadar memenuhi ruang-ruang masa waktu petang. Terasa nak bercerita sikit pasai Intan nih. Dia mesti takkan baca blog ni sebabnya dia selalu cakap buang masa baca @ tulis blog. Tu pandangan dialah. Jadi bolehlah amik kesempatan ni nak bercerita sket pasai si Intan ni. Apa yang menariknya si Intan ni? Kenapa dia menjadi subjek post aku kali ni sedangkan nak kata kami ni akrab, tak sampai tahap tu.

Entahlah, tiba-tiba rasa nak berkongsi, jadi berkongsilah aku dengan pembaca sekalian. Waktu mula-mula jumpa Intan ni masa kuliah Pengurusan Masjid, dalam hati aku terdetik,

"Comeilah dia ni," Tu pandangan pertama aku. Bila aku tanya dia pulak apa yang terdetik dalam hati dia bila tengok aku kali pertama, dia cakap,

"Kekwatnya (sombong) budak ni,"...huhu. Aku tanya la sebab apa cakap macam tu? Dia kata waktu dia tanya nama aku, aku cakap sepatah jer "Ayu," pastu tak tengok muka dia. Yerla, waktu tu Athirah ada di tengah-tengah antara kami and kuliah dah nak mula. Tapi memang tu pun persepsi orang kalau pertama kali tengok aku. Biasalah...tak kenal maka tak cinta.

Tapi tu cerita masa first year, Intan ni sebenarnya kalau orang tengok dia pun orang cakap dia sombong. Muka ketat katanya... Kawan-kawan pelik macam mana aku bleh terjebak dengan dia ni. Aku tak rasa dia sombong cumanya dia ni payah nak mesra dengan orang dia tak kenal. Macam Mr.Darcy dalam Pride and Prejudice.

Kami selalu berkepit hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dia selalu melepak bilik aku dan kadang-kadang teman aku tidur. Yer la, since aku tak dak roommate. Antara ciri-ciri Intan ni:

1) Die-hard fan of Korean. Gila tengok drama Korea, layan lagu Korea, kiranya makan Korea, tidur Korea, segala-galanya Korea. Sampai muka pun ada ala-ala Korea. Kalau orang lain minat Wonder Pet, dia minat Wonder Girls. Punyanya kipas susah mati, sampai boleh buat tarian Korea dan akulah penontonnya. Sekarang dia dok pujuk aku amik Bahasa Korea sem depan. Lepas tu minta aku tolong carikan lelaki yang muka ala-ala Korea bagi kat dia. Huh, kalau aku jumpa takkannya aku bagi kat dia, aku amik dulu...hihi. Aku pun tak dak, nak carikan kat ko Tan...

2) Dia ni cermin aku. Sahabat kan selalu jadi cermin kita. Maksudnya menegur perangai kita. Tapi si Intan ni bukan tegur pun, tapi perangai dia memang macam aku. Kadang-kadang aku rasa itulah aku dan aku ni orang lain yang sedang melihat perangai aku. Cepat menggelabah, kalut, tak dak perasaan, dll. Bila berhadapan dengan perangai dia, baru aku rasa macam mana orang sekeliling aku berhadapan dengan perangai aku. Wahh, agak menyakitkan kadang-kadang. Maaf yer semua yang terpaksa berhadapan dengan perangai aku. Jadi bila dalam situasi macam ni, aku atau dia selalunya akan bertegang urat sampailah kami puas hati. Tapi tu antara aku dan dia, tak boleh diaplikasikan dengan orang lain. Orang lain nanti merajuk, membawa diri, menangis, makan hati dll. Tapi kalau aku dengan si Intan ni, apa-apa yang tak puas hati memang depan-depan tu juga kami luahkan sampailah penat. Jadi, stress waktu tu jerlah. Lepas pada tu, we act like theres nothing big happen between us. Dia punya tak dak perasaan tu...hmm...samalah macam aku. Nak kata apa lagi. Kadang-kadang aku straight forward cakap kat dia, "Intan, ko ni memang x dak perasaan,". Seperti biasa, dia buat donno ja. Jadi antara kami tak dak sharing secret atau berkongsi masalah hati pun. Sebabnya masing-masing takkan bagi solusi. Selesai sendiri. Entah apa jenis hubungan pun aku tak pasti...tapi by the end of the day, kami tetap berkepit. Tapi tak tahulah sampai bila. Peliknya, aku selesa dengan keadaan macam ni. Walaupun dia tak pernah nak dengar masalah aku, dan aku pun tak pernah tahu apa masalah dia, macam ada satu mutual understanding yang mengikat kami.

3) Walaupun dia ni tak dak perasaan, tapi kalau mai time dia nak buat lawak tu, haa....tak larat aku nak gelak. Aku ingat waktu nak keluar dari PTSL, ada sorang kawan aku ni sorokkan buku dalam beg. Masing-masing takut nanti alarm tu berbunyi, si Intan ni dengan eksyen berkata,

"Kalau alarm tu bunyi, aku buat-buat sawan," Kiranya nak alihkan perhatian. Sambil dia bercakap tu dia buat gaya sawan dia. :)) Aku dah gelak dah time tu. Sekali waktu kawan aku lalu tu, alarm tu tak bunyi pun, legalah kiranya. Tiba-tiba waktu Intan lalu tuh, alarm tu bunyi! Haaa...panicked blur dia. Aku menantikan sawan yang dia nak buat tu. Aku dah tahan gelak dah time tu, buku yang dia pegang tu aku tak pinjamkan lagi. Aku pun capai buku tu nak pi pinjam. Sambil dia ikut tu, aku tanya dia,

"Mana sawan yang ko nak buat tu?" Hahaha, tergelak aku sampai terduduk-duduk. Yang dia plak tersipu-sipu kat situ.

Haa..tu tahap lawak kalau si Intan ni buat. Jadi mungkin tu yang membuatkan aku masih bersama dia. Tak memboringkan. Kalau kita selalu berhadapan dengan benda yang sama setiap hari, kita akan bosankan? Tu penyakit akulah, cepat bosan. Tapi disebabkan si Intan ni penuh dengan pelbagai kejutan, jadi aku tak cepat bosan dengan dia. Selalu ternanti-nantikan lawak kering dia sebab dia ni kan payah nak buat lawak. Tapi kalau dia seorang yang selalu buat lawak pun akan memboringkan juga. Jadi dia pandai simpan senjata dia untuk guna waktu-waktu tertentu sahaja. Intan payung buah hati beta...

Walaupun dia ni tak dak perasaan, tapi dia selalu amik berat pasai aku. In her own way. Style, quality, excellent. Kadang-kadang kalau dia duduk dalam bilik dengan aku, kami tak banyak bercakap pun. Dia dengan FB dia, aku dengan blog aku. Cuma kadang-kadang bercakap benda-benda yang bersangkutan dengan kuliah. Kalau makan bersama pun, kami diam juga. Tak bercakap sampai habis makan. Kalau bercakap pun,

" Ayu, nanti ko try ikan sardin ni. Aku tak pernah tengok pun kau makan ikan sardin." Pastu sambung makan.
"Ayu, cuba ko try lauk ni. Pedas."
"Ayu, berapa ringgit nasi ko?"

Aku pulak, kalau di meja makan dengan dia.
" Intan, ko makan bagi habis."
"Intan, ko jangan amik banyak, nanti tak habis."

Perbualan hanya berkisar tentang makanan tu. Masing-masing layan perasaan sendiri. Jalan pergi kelas pun tak bersembang. Kat FB pun dia jarang comment status aku, dan aku pun sekali dua jer stalk page dia. Pelikkan hubungan ni? Macam kebersamaan itu sudah cukup tanpa perlu diluahkan atau dikongsi. Kehadiran tu macam sudah cukup. Aku tengok kau, kau tengok aku...tak bersuara. Sudah cukup.

Nak kata kami berkongsi minat, huh...jauh. Dia gila Korea, aku ulat buku. Dunia dia dan aku berbeza. Tapi dia tetap Intan payung buah hati beta...kadang-kadang dia kritik minat aku, aku kritik minat dia. Rasa-rasanya yang menyatukan kami adalah kuliah, dan assignment. Tapi, instead of hubungan tu berakhir bila habis kuliah atau assignment, hubungan tu tak berhenti di situ.

Kalau macam cuti semester, tak dak pulak nak bermesej-mesej. Tambah-tambah nak meluahkan rindu. Cuma kadang-kadang aku teringat dia, dan dia pun teringat aku. Dalam fikiran jer.

Pada pendapat aku, mungkin kebersamaan tu wujud sebab masing-masing tak demand atau mengharapkan sesuatu yang tidak boleh diberi. Jadi masing-masing tidak akan kecewa jika rakannya bukanlah seperti apa yang diharapkan sebab sejak awal-awal lagi memang hubungan tu tak pernah melebihi tahap sebagai kawan. Hmm...sebenarnya aku pun masih konpius hubungan aku dengan Intan ni dan macam mana kami boleh get along sampai mengundang tanda tanya pihak lain sebabnya dia course lain dan aku lain. Apakah yang menyatukan kita? Mungkin juga sebab kami tak pernah amik kisah perasaan masing-masing.


~ Creating ideas for lives ~

Friday 1 October 2010

HERO HINDUSTAN VS HERO KOREA

Hindustan
Korea

Sedang mendengar lagu Allahi Allah Kiya Karo oleh Maher Zain. Hmm...bahasa Urdu ni memang puitis. Sebab tulah kalau kita kaji tamadun India, India banyak melahirkan penyair2 yang hebat dan ahli-ahli falsafah yang kalau kita baca karya-karya mereka, memang menyerap ke dalam jiwa. Tengok sahaja Allama Iqbal (pengasas penubuhan Pakistan) dengan falsafah Dirinya, Mahatma Gandhi dengan (alamak, tlupa...) falsafah Tanpa Kekerasannya (terlupa istilah dalam Urdu), dan lain-lain lagi. Mereka ini memang terkenal dengan kebijaksanaan dan keindahan puisi-puisi mereka. Sebab itulah wujud penyair-penyair cinta yang hebat dan munculnya hamba cinta seperti Shah Jahan yang membina Taj Mahal sebagai simbol cintanya kepada isterinya.

Bertitik tolak dari keindahan bahasa dan kesenian bahasa Urdu itu, Bollywood menjadi industri filem yang melahirkan banyak filem-filem yang menunjukkan pengorbanan demi sebuah cinta yang kononnya kudus. Filem-filem Bollywood telah dilambakkan ke dalam negara kita sejak dari generasi sebelum merdeka lagi. Filem-filem kita pun meniru style pembikinan filem dari sana. Bernyanyi di taman, membaca puisi-puisi cinta, mengungkap bahasa2 yang indah untuk menarik perhatian pasangan masing-masing. Hero-hero Hindustan digilai seperti Rajesh Khanna, Shah Rukh Khan (sekadar menyebut beberapa nama) dan meniti di bibir wanita-wanita generasi tersebut. Wanita pada generasi tersebut juga mengimpi-impikan suami yang berwajah Hindustan termasuklah mak saya.:) Mak saya minat kat Rajesh Khanna so she said. Alhamdulillah, Allah mengabulkan impian mak apabila dia berkahwin dengan abah yang rupanya ada iras-iras Rajesh Khanna. Seronok mak bukan kepalang, boleh tayang kat satu kampung dengan bangga. Mula-mula ingat dah tak nak fikir pasai kahwin sebab semua kawan dah kahwin, tinggal mak jer belum. Akhirnya berkahwin juga dan tambah seronok dapat seperti mana impian.


Namun generasi Bollywood telah berlalu walaupun masih terdapat filem mereka ditayangkan. Sekarang ini, generasi mengilai filem cinta Korea pula dibawa masuk dan dilambakkan ke dalam negara. Bermula dari drama Winter Sonata (saya tak pernah tahu pun jalan cerita drama tu), drama-drama yang masuk kemudiannya mendapat sambutan yang hangat daripada generasi sekarang ini iaitu generasi saya. Berlaku pertembungan di sini dan sebenarnya perangai dan style bercinta pemuda-pemudi sebenarnya dipengaruhi oleh dua fenomena ini.

Generasi filem cinta Hindustan:
1) wanita minat kepada lelaki yang mata besar, hidung besar atau tinggi, kuat manakala yang lelakinya minat wanita yang bermata besar, hidung tinggi, body cantik
2) gaya percintaan agak puitis dan romantis. Menulis surat, puisi puji-pujian. Kalau tangkap gambar tu, belakang gambar mesti tulis kata-kata romantik. Saya ada jumpa gambar lama mak saya. Gambar kat air terjun tu. Kat belakang gambar ada tulis sesuatu. Waktu tu abah bekerja di KL dan mak di Penang (dah bertunang), jadi mak kirim gambar. Saya baca kuat-kuat depan mak yang waktu tu duduk depan cermin, tak ingat ayat tapi sebahagiannya berbunyi : '.....buat teruna setia.' Hahaha. Gelak mengekek saya. Mak senyum ja. Rupa-rupanya abah ada kat depan saya dan turut mendengar. Abah angkat kening sebelah, heheh, saya terus menyorok belakang mak. Romantik2..
3) Kalau nak berjumpa mesti pergi taman atau air terjun atau tempat2 yang pemandangan indah macam latar belakang filem Hindustan..

Generasi filem cinta Korea:
1) wanita minat kepada lelaki yang bermata sepet, hidung kecik tapi tinggi, tak kisah kuat ke dak, jambu manakala yang lelaki pula minat yang bermata sepet juga, hidung kecik, mulut kecil, kulit putih mulus, body sepapan pun x pa.
2) tidak suka puisi-puisi cinta sebab semua nak cepat ja. Kalau nak meluahkan cinta tu tak diiringi dengan puisi-puisi cinta dah, terus straight to the point. Saranghaeyo...bogosheppo (ntah betul ke dak eja)..yer la tekno dah canggih. SMS, MMS, FB, Twitter, 3G ntah apa benda lagi. Sebab tu semua nak cepat. Tak bleh dah tunggu-tunggu. Kalau sejam tak jumpa, tak cakap muka macam kucing nak beranak. Malam bergayut sampai ke pagi.

Tengok orang-orang dulu, sabarrrr....kekasih jauh di awan pun, masih setia menanti. Surat kalau hantar hari ni, seminggu baru balasan sampai. Sekarang ni, kalau tak balas sms dalam masa sejam dah fikir bukan-bukan . Terus minta putus, cakap kekasih curang, tengah buat date dengan orang lain, dah tak sayang dan macam-macam lagi. Disebabkan semua nak cepat dan easy access, haaa...kisah cinta pun cepat jer sampai ke penghujung.

Mula-mula sms 'saya cinta awak', pastu 'jom keluar sama-sama', pastu 'jom kawin'. Bila dah respon boleh dalam masa yang singkat, kita jadi kurang masa untuk berfikir sebab tu lah terjadinya kes-kes terlanjur nih. Kalau sekali boleh lagi, ni berkali-kali... err itu terlanjur atau terlunjur? Nauzubillah...kalau generasi dulu, kalau hantar surat, planning nak jumpa untuk seminggu yang akan datang. Jadi ada masa untuk berfikir dua tiga kali, tanya pendapat orang-orang sekeliling, dan segala pertimbangan baik buruk. Ni, 'saya nak jumpa awak skrg', tak sempat nak reply dah ada depan mata.

3) Kalau nak jumpa, tak perlu pergi ke taman. Dalam toilet pun dah boleh buat date. Kalau jumpa kat taman pun jumpa waktu malam, macam mana nak hayati keindahan alam macam tu? Pelik...Nilai-nilai kesenian tu dah kurang.

Tapi kalau dibandingkan hero Hindustan dengan hero Korea ni, pada pandangan peribadilah, saya prefer yang Korea kot...ehemm. Mungkin sebab nampak hygienic kot walaupun hakikatnya bukanlah begitu pun. Hoho. Yer la, saya tak boleh menolak hakikat yang saya pun terpengaruh juga sikit-sikit dengan fenomena ni.

Tapi kalau berlaku pertembungan generasi ni, saya lebih suka amik langkah berkecuali. Bila berlaku pertembungan? haaa....bila kakak nak tengok cerita Korea dan abah nak tengok cerita Hindustan. Bila kakak tengok cerita Korea, abah pun buat ceramah keburukan cerita Korea ni, cukup untuk buat isi karangan. Bila abah tengok cerita Hindustan, saya tak dengar ler plak ceramah dari abah. Saya perhatikan cerita Hindustan ni banyak unsur-unsur ganas dan merapu. Lepas tu pengaruh buruknya pasangan bercinta ni sanggup membelakangkan famili hanya kerana mengejar cinta mereka. Uish, pantang betul.

Waktu raya hari tu, ada tayangan cerita Mohabbatein. Apa lagi, Mak Cik, Mak Tam, Abah, Kak Kiah terpaku kat hadapan tv menonton. Ni satu lagi cerita yang tak pernah saya tengok sampai habis. Madah berhelah dia terlalu banyak. Bila Shah Rukh Khan buka mulut nak buat puisi cinta, saya lari masuk ke bilik. Mak Cik pelik. Mak sengeh ja. "Ayu memang macam tu, bila cerita Hindustan ada dia lari". Saya tak tahan tengok hero Hindustan ni berhujah mempertahankan cinta mereka, saya macam nak belasah-belasah ja.

Tapi saya juga tak tahan kalau tengok cerita Korea yang menangis-menangis meleleh ni. Sebelum sempat dia nak menitiskan air mata, saya dah lari masuk bilik juga dan tinggalkan kakak menonton sorang-sorang. Kadang-kadang kakak ajak tengok cerita Korea sewaktu saya ada dalam bilik, tapi saya tanya dulu "Cerita dia sedih atau lawak?", bila kakak cakap "Sedih la juga", Owh, no thank you. Bukan sebab saya takut saya termenangis sama, tapi kadang-kadang saya rasa tindakan mereka tu bodoh. Lagi satu suka menipu. Last-last, when things get complex, baru la terhegeh-hegeh nak menangis. Menipu ni lagi satu pengaruh kepada pasangan bercinta sekarang. Suka sangat menipu. Konon nak jaga hati. Akhir sekali, bukan jaga hati, tapi makan hati.

Last-last saya layan cerita Spongebob. Tu pun kena kritik juga sebab perangai Patrick yang bengap tahap gaban. Tapi kita tahu yang ni cerita kartun, jadi kalau nak layan cerita kartun kena jadi kartun juga la. Logik tak diaplikasikan...tapi metafizika masih ada.

Hakikatnya, cinta itu telah disalahtafsirkan. Sebab itulah kita tak dapat menikmati kepuasan dalam menghayati cerita cinta yang disajikan sama ada dari Korea atau Bollywood apatah lagi dari Barat. Cuba negara kita bawakan pula cerita cinta dari Iran atau Arab, mana tahu boleh bawa fenomena yang positif di sini. Boleh?

Tak pasti sama ada menepati tajuk atau tak. Tapi kalau Hero Hindustan vs Hero Korea, sapa yang menang?..............mestilah Hero Islam menang...tu pun susah.

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter