Sunday 27 March 2011

..:[ Jaga-jaga Uit... ]:..

With Allah's love
Assalamualykum to all


Pagi ni, meh kita ramai-ramai baca entri ni and mula bertindak jaga makanan kita yok ~

Eeeeeuuuuuwwww..........

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar 
Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.   
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!


http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu.jpg
Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.

http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu2.jpg
Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu5.jpg
Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu4.jpg
Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

Ngaa ~
Aigoo aigoo.... Barangsiapa yang masih tak insaf lepas tengok gambar-gambar ni memang salute la...adoyai....


Erk....
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Friday 25 March 2011

..:[ Makhluk Halus X Supernatural ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear

Okay, rasanya, bagi yang dah pernah baca ni, ulangkaji la eh. Sekadar nak mengisi kekosongan yang ada. Cleo ambil ni dari my personal blog jugak. Lately sedang korek-korek balik, tengok mana-mana entri nak post kat sini. So, enjoy your reading kayh 


= Makhluk Halus X Supernatural =

Dua benda ni, memang rasanya yang paling popular zaman ni. Movies sekarang pun banyak yang berunsurkan ni. Ye, ada la yang guna animation semua tu. Yang tak pun sama ja. Melayu ke, English ke, Thai ke, semua bahasa ada.

Pernah sekali tu, Cleo tengok dokumentari about supernatural movies ni. Satu dunia akui, movies yang seram-seram ni memang Barat kalah ngan Asia, especially Thai ngan Indonesia. Sebab? You all pun boleh bagi tau kan? Sebab yang Barat buat seram tak berunsurkan makhluk-makhluk halus ni. Diorang seram kes-kes pembunuhan la, psycho la. Contoh movies? Saw tu.. Lagi? Freddy.. Nak kata yang berhantu pun, paling jauh rasanya The Others yang Nicole Kidman berlakon tu. (Mesti la sokong ni sebab Nicole Kidman yang berlakon..hihi)

The Others



Satu lagi yang paling obvious, mesti la series Supernatural tu. Dean ngan Sam tu. Minat jugak walaupun citer ni sangat-sangat merapu meraban..ngiahaha



Supernatural



Semalam pun sempat gak tengok movie Ghost Town. Sungguh tak best betul movie ni. Awal-awal cerita dah dapat view plot. Cemana klimaks movie tu, cemana ending dia pulak. Lastly sampai kat ending, hadoi, jadi sungguh sebijik macam yang dah imagine awal tadi. Hampeh betul terasa. Kalau tukar tengok channel lain pun tak menyesal. huhu..

Tak pa lah. Dah tengok pun, so let's move on, okay? huhu
Dalam dokumentari tu state, produser Barat tak dapat atasi kejayaan produser-produser movie genre seram Asia sebab dari Asia, movies ni datang bersama satu unsur kepercayaan, ancient belief, turun temurun digeruni dalam kalangan masyarakat tu. Barat cuba bangkitkan benda yang sama, ancient belief diorang tapi tak jadi sebab? Yang diorang belief tu langsung tak menimbulkan keseraman, betul tak? Serigala jadian la, vampire la, dracula la. Apa lagi? Demon from hell (konon nya) la, witches, sorcerers la.. macam-macam.

Seriously, kalau tanya Cleo, langsung tak menyeramkan. Lawak lagi ada la. Sebab? Ye la, diorang siap boleh transform vampire yang sepatutnya menyeramkan (bagi orang Barat) to someone yang digilai ramai pulak (bajet HOT =P) cam Twilight tu. (Sorry, tak minat Cleo ngan watak cam ni..haha)

Twilight


Okay, move on to Asian pulak. Kalau nak tengok semua koleksi (kot), you all boleh try view website ni


Sila klik gambar di atas untuk linking.


Seriously, movies Asian bagi Cleo walaupun tak 100% tapi boleh la cakap majoriti, seram. Kalau movies Barat tu, tengok sengsorang, tadak hal. Tapi Asian, sorry okay.   At least adik or rumet Cleo kena teman tengok skali. haha =P

Kalau Astro Prima tu, ada hari tertentu diorang siarkan movies seram Melayu or Indonesia. Korea tak pernah lagi la tengok setakat ni. Kalau HBO tu, ikut season. Tengah sibuk Halloween, dia boh la movies seram-seram.

Nape la Cleo bebel-bebel sal movie seram eh? Sebab... just terasa nak bebel la. http://www.emocutez.com

Okay, kalau tengok balik kan, satu dunia ni craving for something, betul tak? That is craving for something to believe living in the other world, they call it. Kalau Melayu nye la, perlukan something untuk percaya wujudnya alam ghaib tu... kan, kan?

Melayu, ngan cara Melayunya. Indon pun, ngan cara diorang. Orang Barat, pun ada jugak sal benda-benda ni walaupun most of them cuba deny yang all these crap (bagi diorang) tak wujud. Hanya khayalan.  Ye la, khayalan pun, korang terpikir gak kan sal benda ni? (toin toin =p) 

Allah dah lama dah state sal alam ghaib and isi nya kat dalam Quran:

إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga..
Surah an-Najm, ayat 16.

Ada lagi bukti-bukti, cuba la buat homework ye bukak tengok dalam tafsir-tafsir tu.  huhu

Well, nak percaya tu, memang kena percaya, sebab ni semua diciptakan oleh Allah. Tapi, jangan lah sampai kepercayaan tu melebihi percaya pada Pencipta ye?
Macam yang ada sekarang ni, mula dengan percaya pada tahyul, bomoh semua ni, dah dianggap kolot oleh orang sekarang.  Tapi sekarang diganti dengan yang lain that is: horoskop, kira-kira umur, bacaan tapak tangan etc.

The point is, we all have the same feeling deep inside to believe in something. Perasaan seram ni timbul bila kita percaya sesuatu tu wujud tapi kita tak nampak kewujudan dia. So, jadilah situasi tu seram. (Nampak tak linking dia? Seram = Believe). Nak buat something pun, each of us mesti ada prayer masing-masing. Yang berdoa cara berdoa, yang mengharap cara mengharap. So, it's just the same. Still deep inside believe in something. Senang cakap, percaya ada satu kuasa lain dan luar bidang kita, tu la something tu.

Berbelit ke faham? Pandai-pandai hampa la kay? huhu

Yang pentingnya, kita boleh percaya KEWUJUDAN something ni, tapi kita dilarang percaya KEKUASAAN yang ada pada something ni. All of it, kita kembalikan pada yang berhak, Allah, yang Maha Berkuasa. (Peringatan untuk Cleo jugak nih.)

Susah? Memang susah. Tapi, susah-susah cemana pun, kita kena start didik diri kita, we have to try. Kalau Cleo, Cleo start ngan peringatan berterusan kat diri Cleo. Bila dah terasa agak terpesong, cepat-cepat istighfar, straight kan balik.

I believe, each of us ada cara yang berbeza. So, apa-apa pun, kita perlu mencuba. At least, ada jugak usaha tu dari statik je kan? huhu.

Okay, dah abes modal nak beleter sepanjang hari ni. Sebenarnya, dah berhari simpan idea ni, tunggu line okay je baru post. huhu. Apa-apa pun, tak perlu tunggu something happen baru nak peringat, kita kena selalu memperingati walau apa pun situasi kita..kan?

Well, this is it. I guess we'll see around next time. Ciao ~


Typewriter
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Thursday 24 March 2011

..:[ Komen je... ]:..

With Allah's love
Assalamualykum to all

Ni actually post dari my personal blog tapi memandangkan ada sedikit info nak share, so go on. Bacalah ye.

***
Okay, entri ni actually satu reply/komen utk entri Niza sal brita remaja kna pukul tu. Law nak tau, bleh view kat blog Niza kay..nak komen situ tp pjg plak, so bt satu entri tuk komen..hehe

* * *

assalamualykum, niza..ni just nk kongsi pandangan ye..xad meaning tsurat atau tsirat kayh =)

1stly, ap2 pn, smua ny bmula dari rumah. cuba fikirkan kay, law dr kecik2 lagi, ayh dan mak dah mula btegas: walau curi duit singgit pon, seposen pon, hatta amek brg2 adik2 atau akak2 atau abg2 snri pon, tetap kna hukum. xde la smpy pkul n sakitkan hati smpy dak tu mbenci, tp hukuman ckup skadar nk gtau anak tu: ni salah, Islam x ajar bt ni, n mak n ayh pn xsuka kamu bt cmni, dah ckup..

n mesti la, kna gtau anak tu, yg betulnya cmni: nk ap2, mintak, mst tuan empunya tu bg kbnrn, slagi xdpt, jgn amek, napa? sb tu bkn hak milik kita, tu dia yg pny..penat lelah, susah payah dia simpan, jaga brg/duit tu..tu yg Islam ajar kita..then, kalo ad selit kisah2 pgjrn cm yg kita slalu bca dlu, lg terbaek..cth: sal hmba Allah ni tmakan buah epal yg jatuh lam sg tu, lg bagus..siap ad gtau ap yg salah, ap yg betul, cemana nk bt kalo dh tbuat salah tu, n ap ganjaran yg Allah janjikan a.k.a. hikmah d sebalik smua yg jd tu dlm satu kisah tu je..igt lg x?wpun crita berbeza, tp sama je konsep ny dlm Islam n dlm logik akal kita sniri pn..harta awam, utk org awm, bkn utk kita sorg..

dak2, hati suci bersih lg, so ap2 yg kita ajar masa kecik, kompem2 igt smpy tua..
dr pglmn idup kita sniri pun stakat ni, kita msti igt ap2 yg jd msa kecik2 dlu, n kita snri automatik amek iktibar bila da besar2 ni, btul x? =)

and then, bila ank tu dh besar, dh terdedah pd masy n dunia sebenar, xperlu bimbang dah, xperlu pening2 dh cari siapa punca masalah tu, insya-Allah..sebab? sebab asas tu dh kuat, kukuh, terpahat lam jiwa anak tu, Islam x ajar umat dia amek hak org lain. jd, x bmbang la wpun dia idup lam masy yg memg amalan riba atau rasuah yg bcambah2 skalipun, or dia lam keadaan yg amat terdesak skalipun, dia tetap ngn pdrian agama dia jugak, yg mak n ayh dia ajar dlu2 tu..insyaAllah.. ;)

sorry ye niza, pjg lak komen..hehe..ni nk smbg lg ni.. =P

2ndly, sal remaja tu..aizh kurang stuju ngn tindakan org kg tu..np ye? sb bg aizh, lebih baik remaja tu kna hukum hudud dr kna belasah. yg tkilannya, memg hukum hudud ni x djlnkn kt cny..maaf kalo isu sensitif tp ni kbnrn yg smua org dh tau kan? =)

alasan aizh, yg memg tuntutan agama tu, yelah, smua memg dh tau tu..tp bkn tu jd alasan aizh sb tu dh memg suruhan agama =)

kalo pikirkn kn, remaja tu, law dia kna potong tgn, anggota bdn dia yg lain masih bfungsi dgn sgt baik, mcm sdia kala, cm org normal. dia cuma hilang sebelah tgn, tu pn pergelangan tgn ja. nk2 skrg tgn palsu blh dpt, so xde hal sgt pn, lbey krg cm bley dpt blek tgn yg ilang tu. n, dia kmgknn besar lps ilang tgn tu, btaubat sb da rasa humiliation tu, n ras btpa sakit tgn dia dpotong. so bila da insaf, dia still dpt bkerja mcm seorg yg normal tuk dptkn duit scra halal. n, org pn law nk trima dia keja pn, mst ad skit ras lam hati tu, dak ni mgkn da insaf. sb? muka dia msa tu da suci, Allah bersihkan dari kekotoran dosa curi dia tu, sb dia dh dhukum ikut yg Allah dh tetapkan..beza bila dia kna blasah...sb? hukuman belasah tu bkn Allah yg tetapkan. dia still tanggung dosa tu smpy la dikenakan hukuman yg Allah tetapkan, baru ilang dosa dia. slagi x, dia tanggung pi mana2 dosa tu smpy ke akhirat, trima hukuman kt sna plak...haaa....kan...tu beza...lg pn, bila kna hukuman hudud tu, automatik lam hati org2 kaw tu akan puas hati, sb remaja tu dh dihukum..tu dh memg fitrah manusia, Allah faham tu, jd Allah tetapkan, law jenayah cmni, patut dihukum cmni2... =)

but, law dia kna blasah, lam hati org2 setempat tetap x ad ras puas hati tu, sb tu dia kna blasah smpy teruk cmtu..bilamana dguna frasa ni: "Tak apa, dah dihukum dak tu, Allah (Tuhan kita) yg tetapkan hukuman cmtu." memg kita akan redha ngn hukuman tu, tul x? sb lam dri kita, dah set, Tuhan tahu segala ttg ciptaanNya. Apa yg terbaik utk kita. Tapi, bilamana kita dgr frasa ni: "Tak apa, dak tu dah kitorg blasah tadi, padan la ngan apa yang dia buat." Sedar tak, hati kecil kita still pertikai: Siapa kita nak tentukan hukuman kita tu sepadan ngan jenayah dia? Betul ke hukuman yg kita cipta tu yg terbaik?" See...? renung2kan...

Okay, ckp pulak bila dia kena belasah smpy cmtu skali (xtgk pn gmbr tu, xminat bca metro, cuma bley byg keadaan bdsrkan knyataan niza tu) byk impak bley kita lihat sma ad kt diri remaja tu, org2 yg belasah dia tu, n termasuk masy yg bca berita tu. nk tau? meh nk bebel lg..hehe

Impak kat remaja tu kay... dia bkemungkinan besar patah tulang2 rusuk or rosak any parts of organs, tol x?paling kureng pn, dia nti tlantar kt katil dua tiga bulan, berbandage sana, kain anduh sini, plaster sana, simen sini..dah dia x dpt nk g bt keja, xdpt nk cari income cm org normal dh..kompem dia mcuri sb nak duit kn? org nk trima dia keja pn nak tak nak ja, takot rugi..tu satu..lagi, bila dia dh sakit2 tu, kompem2 dia simpan dendam, bukan dia trima pgjrn pn..psikologi manusia kn memg cenggitu, tol x? hatta kanak2 skalipun, baru pkul sket je, da merajuk..npa? sb dia xtau nk bls cemana, dia tarik dri dari pdgn mak ayh, sembunyi, kt blakang nanges, lam hati, "benci la ayh, benci la mak, nape pukul kakak/abg/adik?" tol x? ni bru dak kecik, yg hati masih suci dr mngenali dendam kesumat, law remaja? yg dh memg tau selok belok dunia smpai boleh gi mcuri ni?? cemana ye...hmmm


bila da jd cmtu, ad kmungkinn x remaja tu jd lebih agresif? silap2 dia tukar g jd kaki pukul, sb nk bls blk ksakitan yg dia dpt tu..dah tambah lagi jenayah yg dia buat...kan?

okay, tgk lak impak kt org yg pukul remaja tu: selalu kita dgr pesanan ni, xkisah la dr org tua2, pakar2 motivasi etc, "jgn biasakan diri memukul, sb nti pbuatan tu akn jd kbiasaan", pernah jugak dgr ni "jgn mulakan hidup rumah tangga ngan pukul isteri, walaupun tampar dia sb kesalahn kecik, takut2 nti jd tbiasa, sikit2 nak tampar, sikit2 nak pukul" the point is: bila org2 kg/kaw ni da mula hukum ngan memukul, lama2 nti masy setempat tu smua jd kaki pukul..adei...x ke jd penambah masalah tu? sikit pukul, ap2 jd, jgn pgil polis lagi, kita belasah dlu dak nih. jenayah yg dia bt xley dterima. haa...bila dh guna ayat tu, abes la...memg seronok je la diorg belasah dak tu, x hingat dunia org kata...hmmm.....nak ke kita idup lam masy kaki pukul?? minta maaf, aizh tanak...kang x pasei ja ahli kuarga kita plak yg kna wpun masalah kecik je...

okay, ni, point aizh utk masy yg tau, tgk n dgr brita tu.. bila diorg tu dh mula mhukum remaja/pcuri/peragut dll ngan pukul sblm polis dtg (selalunya kan?), kejadian ni lama2 akn dianggap biasa. perasan tak, dlu masa benda ni mula2 jadi, kita jd terpegun kejap, terkejut ada, tak terkata ap pn ad. "eh, boleh pulak jd mcm ni, diorg pukul pjenayah tu eh..." jd satu kepelikkan bg kita,suatu masa dlu, kan? kan? tp skrg, dh x pelik dah...sebb? point td tu la, dh tbiasa, dh jd perkara biasa bg kita skrg, kan? kan?

malahan, kita pun dh ras, haa, memg patot la ko kena blasah, hamek ko...dah, kita jugak jd pnyokong kaki pukul td tu..kat sini, impak negatif sgt bahaya, kat sapa? kat anak2 generasi muda, yg bakal jga kita masa kita dh tua nti...tgk eh..masa brita ni kuar lam paper, lam radio, lam tv, generasi tu masih muda, kecik2 lg..diorg dah dcanang ngan kbiasaan pukul2 ni sbg "hukuman yg sepadan" ngn jenayah tu...haa....dr sni, mslh lain pulak timbul, malah lg besar dr impak 1 n 2...anak2 ni nti kompem ikut cemna yg dia nmpk, satu je jln pnyelesaian yg slalu dia dgar, dia nmpk: belasah pjenayah tu. dia dh x nmpk dh, actually, mslh ni blh selesai ngn mudah je. xperlu kotor kan tgn ramai org ngan darah pjenyah tu, yg akhir2 nti, beri seribu penyesalan kt kaki2 pukul ni..nyesal g pkul ank org bila nmpk org tu dh cacat sana sni satu hal, nyesal sb remaja tu bt jenayah lg teruk satu hal...kn dah jd satu masy yg idop lam x aman tu....hmm.....bayang kan esok2 kita dh tua2, tpaksa survive idup lam suasana amat bahaya cmtu...adei....nauzubillah.....tanak......

* * *
Haa.....tu la sikit sbyk pandangan dri aizh sdri kay..ap2 pn, stiap dr kita ad pndgn masing2, Allah sniri pn jadikan kita berbeza2 akal n minda, so, harap xde sbrg pselisihan faham eh..huhu


Berpendapat, berpandangan
Cleo

~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 22 March 2011

..:[ Noktah ]:..

Mungkin bagimu mudah didekati
Mungkin bagimu mesra bererti
Mungkin bagimu pahit manis dikongsi
Tapi maaf
Antara kita takkan pernah hilang
Hijab abadi

Jika mereka berbicara
Tidak bererti ia nyata
Jika dari mereka doa
Pohonlah lindungan-Nya

Pabila ia kembali
Alunkan kata noktah
Pabila ia pergi
Bermuhasabahlah

Sungguh
Maafkan ku
Jika nyata kesakitan itu
Maafkanku
Bila belum waktunya



Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Friday 18 March 2011

[ Sharing Sharing ]

With Allah's love
Assalamualykum to all


This eve, I had the chance to go around blogging world and reading FB notes. There're some I would likely to share because I think these posts should be shared to people around. Have a nice Friday eve journey =)



and here

and here

and also here.

So, I guess that's all for now. Thanx for visiting. =)


Sharing sharing
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Sunday 6 March 2011

..:[ Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi… ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all

Early morning, I have to check on my Facebook to complete my task and I found an entry to share with all of you. May it be a reminder to me and you, insya-Allah.

***

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.
Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.

Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.
Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


Source: Click Here


Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter