Wednesday 28 November 2012

..:[ Hancur! Hancur! Hancurkan Semua! Kecuali P. Hilton...? ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear readers


Setelah beberapa hari ketandusan idea nak update walaupun banyak masa terluang, hari ni alhamdulillah idea-idea tu tumbuh kembali. ^^

Yang nak jadi sebabnya bila terbaca satu post by a friend kat FB about kerajaan Arab Saudi yang dah buat macam-macam perubahan di Mekah. Boleh baca news kat sini.

Before this, selalu dengar je dalam perbualan antara family members ngan kawan-kawan, tapi tak terbayang how did it actually done by them. Mungkin sebab hati sendiri la kot, pemalas nak korek-korek kaji about this. Diri sendiri punya masalah. Tapi alhamdulillah, Allah hantarkan sahabat ni untuk sedarkan balik akal ni.

Sedih! Sedih! Sedih!

Kenapa perlu buat macam tu? I admit, tak pernah kisah pun before this orang tu nak pegang mazhab mana pun, selagi diri dia sendiri sedar apa yang dia buat tu betul ke tak ikut Islam, fine with me. Sebabnya, according to my cousin, dia sendiri banyak tanya-tanya kat kawan-kawan foreign dia, mereka sendiri mengaku, kalau ikutkan it's about diri masing-masing la. Yang ikut adat mengarut-mengarut tu memang sendiri tau la kurafat. Tapi ada ja antara mereka yang betul-betul ikut Islam walaupun golongan pegangan lain. *Pandai-pandai paham la ye. Tak nak nanti ada yang terasa hati bila sebut.*

Seriously, kalau guna alasan nak robohkan tempat-tempat bersejarah Islam kat Mekah and Madinah tu sebab dah jadi tempat pemujaan orang Islam, please! Okay jom pikir kejap ye.

Kenapa orang Islam pakat pi berdoa, memohon kat tempat-tempat tu?
Sebab tempat tu memberi satu tempat mengenang sejarah-sejarah yang berlaku, so dari situ, psikologi sebagai seorang manusia tertusuk dalam sampai menguasai hati dan akal manusia, so manusia akan lebih khusyuk dalam memohon, and of course, memohon macam-macam perkara kebaikan termasuklah memohon moga dipertemukan dengan Rasulullah s.a.w., insan-insan gagah perkasa, srikandi-srikandi berani yang pertahankan Islam untuk kita. For me pun, tak perlu pergi sampai sana, setakat tengok a little bit gambar tu pun da menyusup satu rasa lam hati. I believe dear readers pun ada rasa tu bila tengok gambar-gambar kat link tu, betul tak? So, bayangkan apa rasa bila orang-orang muslim dapat pergi and tengok live bekas tinggalan sirah tu? Hmmm.. You see, manusia ni Allah anugerahkan mental, psikologi, cukup main dengan tu je, mampu ubah hati, cara fikiran and so on.

Kalau tengok balik dalam sejarah umat-umat terdahulu pun, kalau kita belek balik ayat dalam al-Quran, ada Allah berfirman about ditinggalkan kesan-kesan sejarah sebagai peringatan, pengajaran untuk umat terkemudian. Nampak tak kat situ? Pencipta kita sendiri tunjuk psikologi manusia berperanan penting. Sorry lah, Cleo memang cukup tak suka orang yang berfikiran terlalu negatif sampai tunjukkan ketidak rasionalan alasan yang dia bagi tu. Daripada kita sibuk hapuskan benda yang kita sendiri tak pasti, ye lah, soal hati, soal niat kenapa orang ke sana tu urusan dia dan Allah. Kenapa mesti kita hukum orang tu bila kita sendiri tidak ada kepastian niat dia yang sebenar? Kalau pun kita khuatir berlaku benda-benda karut tu, tak susah kalau kita usaha untuk memperingati insan-insan tu supaya betulkan niat dia bila dah ada kat sana. Kalau tak apa fungsi Allah bagi kita mulut, lidah, akal? Apa guna Allah turunkan ayat saling nasihat-menasihati tu?

Sibuk halau orang macam tu yang ntah berapa peratus ja, habis orang lain terabai. Faham-faham la ye. Yang lagi tak rasionalnya, boleh pulak runtuhkan semua tinggalan sejarah tu, ganti dengan binaan yang ntah apa-apa. Dulu pernah terlintas jugak kat hati, pergh orang Arab ni, lagi dasyat bangunan-bangunan dia. Kalau ada sepuluh bintang, rasanya tak cukup tu. Tapi tak pikir panjang sangat la, setakat kagum dengan binaan kat sana. Tapi bila kes ni diutarakan sahabat tadi, hmmmm. Apekah...??

Hmm rasanya da bebel panjang da ni. Yang selebihnya, Cleo tinggalkan ruang untuk dear readers la ye? This is pendapat dan pandangan Cleo. So you all pulak, korek-korek la lagi, like I always said, do some research for yourself okay?

By the way, esok siapa yang free tu jemput ke Planetarium Negara, tengok gerhana bulan penumbra. Jangan tanya, Cleo pun tak berapa arif bab ni. hohoho
[Klik sini]

Orite, moga berjumpa lagi. Ciao darling ~





Hancurkan kezaliman mereka ya Allah
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Monday 19 November 2012

..:[ Terjemahan: Kalaulah Mereka Percaya seperti Percayanya Burung-burung ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear readers


Cleo yakin, kebelakangan ni kebanyakan kita semakin alert dengan pemboikotan terhadap barangan USA dan Israel terutamanya produk McDonald's. (tapi produk lain pun kalau boleh boikot la sama) Dari dulu, seingat Cleo, ramai yang pertikai nasib pekerja Malaysia yang berada bawah syarikat-syarikat ini. Sebelum pergi lebih jauh, Cleo nak ketengahkan satu artikel yang pada hemat Cleo sangat berkaitan dengan isu ni. Artikel ni in English (klik sini) tapi Cleo cuba terjemahkan supaya mudah bagi pembaca fahami. In shaa Allah, moga maksud yang disampaikan tidak menyimpang, amiin. Kalo yang rasa tambah pening-pening baca bahasa Cleo, dinasihatkan baca versi English tu la. hahahaha.

Dengan nama Allah ~

- - - -


Maksudnya: Jikalau mereka meletakkan kepercayaan mereka hanya kepada Allah seperti yang seharusnya, Dia akan mengurniakan mereka  sepertimana Dia memberi kurnia kepada burung-burung yang berterbangan di pagi hari dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang.

Kepercayaan kepada Allah, seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W. ini merujuk kepada perkataan Arab: tawakkul. Perkataan ini bermaksud meletakkan urusan seseorang dalam jagaan orang lain.

Jika kita lihat, salah satu daripada nama-nama Allah ialah Al-Wakeel iaitu yang Maha Memelihara. Dalam al-Quran, nama ini disebut sebanyak 14 kali.

Sebagai contoh:


Dan juga:


Dan:


Dan:


Allah, dengan pengetahuan, kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya yang tiada batasan, mengawal setiap aspek dalam urusan makhluk ciptaan-Nya. Peliharaan Allah adalah umum untuk semua perkara, sama ada yang bernyawa atau tidak, yang beriman atau tidak, yang soleh atau toleh (tidak mejaga agamanya), yang bersyukur atau tidak bersyukur. Ambil berat, jagaan dan belas kasihan Allah merangkumi semua ciptaan dan manusia, sama ada mereka beriman atau tidak kepada Allah dan sama ada mereka meletakkan kepercayaan atau tidak kepada Allah.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara istimewa tentang nama ini, satu perkara yang hanya dirasai oleh mereka yang benar-benar meletakkan kepercayaan dan kebergantungan mereka kepada Allah sepenuhnya. Allah menjanjikan mereka ini kemudahan dalam setiap perkara dan menghapuskan segala kesusahan dari mereka.

Inilah yang cuba disampaikan oleh salah seorang sahabat Baginda S.A.W dalam:


Allah menjaga mereka yang beriman dengan jagaan yang istimewa, kesejahteraan hidup dan rezeki mereka. Allah memberikan keprihatinan yang istimewa terhadap segala pekerjaan, terutamanya mereka yang meletakkan seluruh kepercayaan kepada-Nya. Allah berfirman:


Apabila kita mempunyai kesedaran yang benar tentang sifat Allah yang Maha Memelihara segala urusan, kita akan meletakkan seluruh keprihatinan kita kepada Allah, Tuhan kita. Kita akan menerima segala ketentuan-Nya dan akan cuba untuk mendapatkan segala limpah kurnia dan rahmat-Nya.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W:


Perumpaan yang diberikan iaitu keluarnya burung-burung di pagi hari menunjukkan kita satu ekspresi terbaik dalam kepercayaan dan penyerahan yang menyeluruh dengan melakukan setiap langkah dalam memungkinkan kita mencapai hasrat atau target dan dalam masa yang sama meletakkan keseluruhan kebergantungan kita kepada Allah untuk hasilnya.

Dalam firman Allah lagi:


Begitu juga larangan Allah terhadap kita dari meletakkan kepercayaan kita terhadap sesuatu selain dari Allah:


Melalui kedua-dua ayat ini, terbukti kepada kita bahawa dengan meletakkan seluruh kepercayaan dan keyakinan kita kepada Alalh juga merupakan salah satu bukti penyembahan kita kepada-Nya. Melalui penyerahan seluruh kepercayaan dan kebergantungan inilah, kita meluahkan kepercayaan kita kepada yang Esa, maka dengan itu perkara-perkara ini (percaya dan bergantung harap) perlu kita serahkan secara terus kepada Allah sahaja.

- - - -

Dear readers, perkara ni bukan tertakluk kepada isu boikot barangan, tapi jugak dieprtikai bila ada antara kita yang cuba berjuang demi Islam. Benar, manusia tak kan dapat lari dari memikirkan isu besar, malahan isu utama dalam kehidupan kita: how to survive, bagaimana nak sara hidup, nak cari rezeki. Dan persoalan mula timbul dengan satu perkataan: What if? Jika... Sahabat-sahabat, Cleo nak seru, kalau boleh, terutamanya yang beragama Islam, yang mengaku makhluk Allah s.w.t., usahlah kita pertikaikan soal rezeki yang Allah turunkan. Allah dah janji, semua yang ada atas muka bumi ni Allah jadikan untuk kita. So what? Yang dilarang tu sikit je, yang perlu kita korbankan tu sikit je berbanding kebaikan yang akan kita dapat nanti. Tak kira lah dapat masa di dunia or masa akhirat nanti, tak kira lah sama ada hanya libatkan diri kita or seluruh saudara seIslam kita.

My dear, jom kita sama-sama berpesan pada hati, selagi mana kita mendoakan orang lain, selagi mana kita cuba sedaya upaya membantu orang lain, selagi tu lah seluruh isi alam ni berdoa untuk kesejahteraan kita. Manusia, tak mampu bagi jaminan rezeki untuk kita melainkan Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. "Kun fa yakun." Dengan kalimah ni je, semua benda mungkin menjadi, or mungkin tak menjadi. Yang Allah pesan untuk kita: berusahalah, selagi jalan yang terbentang itu halal bagi kita, maka Allah sentiasa ada sediakan pintu-pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita. In syaa Allah, my dear.

Tak susah, Cleo pun masih berusaha tiap-tiap hari peringatkan akal dan hati: Have faith in Him, trust in Him. Kalau betul kita akui hanya Allah Tuhan kita, kenapa tidak kita berikan sepenuh pengaharapan pada Tuhan kita...??

Wallahu a'lam




Have faith in Him, He will never let you go
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Thursday 16 February 2012

[ Awak Cannibal..?! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Hmm. Rasanya, kita ni cannibal tak? Eeeeuuuuwww...!! Geli satu hal, seram pun satu hal, kan? Haha. Tapi, cuba berfikir sejenak, betul ke tak?? =)

Cannibal.. istilah untuk orang yang makan orang. Ergh.. Tapi betul, cannibalism ni wujud antara kita, malah ramai ja orang keliling kita ni macam tu. Tak percaya? Meh nak tunjukkan...

Ghibah. Pernah dengar tak istilah ni? Ghibah ni perkataan Bahasa Arab, meaning dia backbiting. Nak tau lebih sikit baca kat sini. Okay. Allah cakap, sesiapa yang buat ghibah, umpama dia makan daging saudara dia sendiri. Haa.. kan dah ada bukti, kukuh lagi tu. Secara sedar atau tak, tak pasal-pasal kita bergelar cannibal, nauzubillah...

Dua tiga hari lepas, memang banyak masa lapang, hati pun sama lapang, so terfikir satu persoalan ni dan maka terhasillah satu teori sendiri. Kenapa Allah larang ghibah ye..? Kenapa Allah umpamakan makan daging saudara tu sendiri ye? Korang pernah terfikir tak..? Mesti ramai yang pernah terfikir masa first time tau sal ni kan? Kompem la.. hehe. Cuma tak dapat jawapan je, tu yang lenyap terus tu kan? huhu.

Okay, pikir punya pikir punya pikir, akhirnya... Ketemu satu teori kehidupan dan terasa nak sharing kat semua. Toin toin ~

Kita buka minda, cuba pikir macam ni. Kalau kena backbiting ni, sakit tak...? Sakit kan? Kat mana yang sakit nye tu ye..? Hati, betul tak? Hmmm. Allah dah ajar kita dari awal, kita je tak perasan. Allah dah ajar ilmu psikologi: Hati manusia tu lembut. Hati manusia tu ada rasa sakit.

Umpama makan daging saudara tu, daging tu, kita selalu bayangkan daging kat tangan la, kat perut la, macam yang kita tengok cerita-cerita Barat about cannibal ni. Tapi kita tak cuba dalami, daging yang Allah maksudkan tu is the one and only, hati saudara kita sendiri. Okay, kita masuk dalam lagi untuk teori ni.

Bayangkan, bila kita bersaudara, what is the first thing kita buat..? Confirm: serahkan hati kita pada dia.


Sebab tu kita boleh terima dia seadanya, sebab tu kita senang dengan dia, sebab tu kita dapat terima dia dalam kehidupan seharian kita, sebab tu selalu teringat kat dia, sebab tu selalu nak sembang ngan dia. Banyak lagi lah. Betul tak?

Imagine, kita terima hati saudara kita, dan kita simpan. Tiba-tiba kita ambil hati dia, kita makan. 


Apa jadi kat hati tu..? Still bentuk yang sama or berubah? Mesti jadi bentuk lain kan..? Tu la broken heart.


Saudara kita ada satu hati je untuk kita, and kita makan hati tu. Tak kira la sikit-sikit or banyak-banyak sekaligus. (Ergh.. geli kot terbayang. Macam Mak Lampir =.=) Boleh ke kita luah kan balik hati tu, cantumkan balik hati tu..? Boleh ke eh..? Hati tu Allah buatkan, perfect je sifat dia. Tapi kita? Nak samakan dengan creation Allah..? Mampu ke..? Mesti hati cacat jugak jadinya kan?


Kalau kita tengok balik pun, buruk benar dah hati yang kita simpan tu betul tak? Seburuk mana hati tu kita kerjakan, then berhati-hatilah. Macam tu jugaklah effect dia. Walaupun saudara kita tu tak tahu kita dah potong, belah, hiris, cincang hati yang dia bagi tu, tapi instinct, intuition tu ada. Ingat, hati tu sebahagian dari diri dia, mestilah terdetik jugak walau sekelumit.

Sebab tulah, dari awal Allah dah berpesan pada kita, hindari ghibah. Amaran keras dah Allah bagi tu: Umpama makan daging saudara sendiri. Tapi kita lalai, alpa, malas nak dalami kalam Allah. Allah didik kita, ada adab-adab bermasyarakat, ada adab-adab bersahabat, ada adab-adab berkomunikasi mengikut Islam. Bukannya sebab Islam ni banyak sangat larangan, banyak sangat halangan, banyak sangat complicated things, menyusahkan segala. TIDAK. Sama sekali tidak. Kita yang membutakan mata hati, memekakkan telinga naluri sedangkan benda-benda ni tiap-tiap hari Allah hantar ilham kat hati kita. Kadang-kadang terdetik kat hati, cuma kita yang selalu abaikan. Ambil mudah.

Kalau hal ni kita tak dapat handle, tak perlulah nak kata: Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan sahabat lain la. Stop it. Ambil inisiatif, buat homework. Kaji balik, macam mana perhubungan Rasulullah s.a.w., hubungan sahabat-sahabat, hubungan para ulama dulu boleh jadi sangat indah. How? Why?

Tu homework yang saya tinggalkan untuk kali ni lepas lama kita bercuti. Husnuzan, dan cubalah mengkaji. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang menerima sesuatu itu tanpa selidik, tanpa kajian. Ganbatte-neh!!

^.^



Baru balik bercuti
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter