Thursday 31 December 2009

MENYELIT DAN TERSELIT



(sayang mak dan abah)


Seperti mana tajuk, jadi post kali ini aku nak selitkan macam-macam sekaligus.

Tadi mesej masuk.( Abah: Salam. selamat sambut tahun 2010. Buat kerja pun mesti sungguh-sungguh jangan bersungut, jangan mengeluh agar nanti cita-cita dan masa depan tak hancur luluh.)

Aku memang tak sambut tahun baru tapi apa yang membuatkan aku terharu ialah ucapan dari mak. Tinggi betul harapan mereka berdua kat aku. Selama ini, mak mana pernah mesej ucapan-ucapan. Jadi, agak terkejut apabila dapat mesej camni daripada mak. Selalu mak pesan ( seperti mengerti perasaan remaja ) 'Jangan sedih kalau rasa orang tak sayangkan kita, ingatlah masih ada yang sayang'. Jadi patutkah aku melukakan perasaan mereka berdua bila mana aku mengetahui merekalah orang yang paling menyayangi aku selama ini. Memang terkutuklah aku jika aku sanggup melukakan hati mereka berdua.

Dulu masa dalam proses membesar hingga ke peringkat ini, seingat aku tak pernah mak aku cakap sayang kat aku. Maksud aku cakap ' Ayu, mak sayang kat Ayu'. Tak pernah pun. Dulu aku tak mengerti kenapa, sekarang baru aku tahu. Kebanyakan ibu bapa bersikap begitu kerana mereka takut akan dilukai apabila mereka menyatakan sayang kepada si anak. Mereka takut hendak mengharap kasih si anak. Takut kasih sayang mereka tidak dibalas dengan sepatutnya oleh si anak. Sedihkan? Kita sebagai anak, sepatutnya berusaha supaya ibu bapa itu jatuh cinta kepada kita. Bukan mengharapkan orang lain yang tidak pernah pun bersusah-payah memelihara kita, membesarkan kita menyatakan cinta kepada kita atau jatuh cinta kepada kita.

Apabila ibu bapa itu sampai meluahkan kecintaan dan sayangnya mereka kepada kita, itu menunjukkan mereka percayakan kasih kita kepada mereka. Pernahkah saudara-saudari sekalian menerima ucapan cinta daripada ibu bapa? Contoh ' Mak abah sayang Ayu', 'Mak rindu kat Ayu'. Walaupun perbuatan mereka memanglah sudah menunjukkan sayangnya mereka kepada kita, tetapi bukankah luahan kata-kata itu lebih bermakna seperti mana kita mengharapkan ada orang meluahkan kata-kata sayang kepada kita bagi membuktikan perasaan tersebut? Pernahkan tengok filem-filem di mana si kekasih merayu-rayu supaya kekasihnya menyatakan kecintaan? 'Say that you love me or i will die'. ( Geli nak tulis dalam bahasa Malaysia). Sampai macam tu sekali. Cuba kita buat macam tu kat ibu bapa kita. 'Mak..cakaplah mak sayangkan cek...pliz'. Pastu kita tengok reaksi mak kita. Paling kurang dia akan kata ' Ha lah..ha lah..mak sayang kat ang'. Tapi betulkah dia menyatakannya dari hati?
Sebenarnya kebanyakan ibu bapa ragu-ragu menyatakan kasih sayangnya kerana takut dikecewakan. Takut tak dihargai. Hal ini demikian terjadi sebab kita tetap mendambakan kasih dari orang lain dan kasih mereka berdua masih tidak dapat memuaskan hati kita. Kecewa mereka apabila mendapati kita lebih senang mengucapkan sayang dan cinta kepada orang lain tetapi begitu berat hendak meluahkan kasih dan cinta kepada kedua orang tua. Sedangkan merekalah yang selayaknya mendapat cinta dan perhatian kita selepas Allah dan Rasulullah s.a.w.

Berapa banyak anak-anak yang cium ibu bapa tanpa disuruh? Kecuali sewaktu bersalam, bila lagi kita cium ibu bapa kita? Sewaktu mak berpeluh-peluh memasak di dapur, pernahkah kita pergi kepadanya dan cium dia? Sewaktu mak sedang membasuh pinggan di dapur? hatta sedang menyapu daun di halaman? Walaupun ciuman itu tidak dipinta, tetapi bukankah itu tanda kasih kita kepadanya? Kita lebih berkeinginan hendak mencium pipi kekasih yang gebu dan wangi berbanding pipi mak yang kendur dan berpeluh. Tahukah kita betapa hati kecilnya menangis mendambakan perhatian seorang anak yang dipeliharanya dari kecil. Jika di saat ini kita tidak pernah melakukan semua itu, adakah sewaktu kita sudah dewasa dan sibuk dengan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga kita dan kerja, kita mampu untuk berbuat demikian? Bagi yang lelaki nanti isteri cemburu habis, bagi yang isteri perhatian perlu lebih kepada si suami kerana syurga di bawah telapak kaki suami. Apabila tiba waktu tersebut, kita akan lebih banyak diliputi perasaan serba salah terhadap kedua ibu bapa.

Aku pernah jumpa seorang sahabat ini. Sewaktu dia kecil-kecil dia pernah berjanji kepada mak dia bahawa dia takkan berhenti cium mak dia walaupun dia sudah besar. Apabila kita mendengarnya kita akan tergelak dan berkata 'Alah, itupun kena berjanji ke?'. Rupa-rupanya apabila kita membesar kita akan semakin malu atau kurang untuk mencium ibu bapa kita kecuali ketika bersalam. Bagi sahabat ini, dia masih cium maknya walaupun ketika ini umurnya sudah 20-an. Dia tak pernah malu mencium emaknya hatta di hadapan rakan-rakannya. Suatu perkara yang normal jika mendapati dia memeluk dan mencium emaknya dengan tiba-tiba walaupun di pusat membeli-belah, kenduri dan sebagainya. Baginya ia sudah menjadi rutin dalam hidup atau tabiat apabila telah diamalkan sejak kecil. Jika dia boleh berbuat demikian terhadap emaknya, semestinya dia akan menjadi isteri yang baik buat suaminya, pelindungnya nanti. InsyaAllah. Betapa kasih dirinya kepada emaknya menyebabkan dia telah berjaya menggapai cinta ibu dan ayahnya. Emaknya sentiasa meluahkan rasa rindu dan sayang kepadanya. Bahkan emaknya mengharapkan adik-beradiknya yang lain sepertinya.

Cerita di atas bukanlah hendaklah mengangkat sesiapa, tetapi cuba bandingkan diri kita dengannya. Jika emak dan ayah yakin akan cinta kita kepada mereka, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk menyatakan rasa cinta mereka kepada kita. Adakah kita sudah mencapai tahap tersebut?

Bukankah dalam hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah ada menyebut " Aku bertanya kepada Nabi SAW, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua-dua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam sehingga jihad berada selepasnya. Apalagi yang ditunggu saudara-saudari sekalian? Jika hati ibu bapa pun tidak mampu dijaga, bagaimana kita hendak disukai oleh Allah Azza Wajalla? Bagaimana kita hendak ditolong dalam berjihad? Tidak cukup sekadar hanya menghormati mereka, tetapi kita mestilah mendekati mereka, fahami mereka, dan buat mereka jatuh cinta dengan kita. Sehingga tahap itu, keberkatan sentiasa akan mengiringi kita. InsyaAllah. Terdapat seorang pemuda tahfiz yang meninggal pada usia yang muda (20-an). Pada saat ayahnya hendak meninggal dunia, sewaktu dalam keadaan nazak, pak cik ini memberitahu isteri yang berada di sebelahnya bahawa dia sedang melihat anaknya berdiri di hadapannya dan menunggunya. Isterinya hanya mampu mengalirkan air mata kerana isterinya tidak dapat melihat anaknya. Pak cik inipun tidak sabar-sabar hendak pergi mengikut anaknya yang dikatakan berjubah putih dan sedang tersenyum. Jika seorang anak mampu membuatkan ibu dan ayahnya merasa tenang hendak meninggalkan dunia ini, di manakah lagi tempat anak ini jika bukan di syurga? MasyaAllah....

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, dambalah cinta kedua ibu bapa kita sebelum kita mendamba cinta orang lain. Antara tips memilih suami atau isteri solehah adalah dengan melihat hubungannya dengan ibu bapanya. Jika seorang wanita memelihara hubungannya dengan ibu bapanya maka dia tidak kisah jika suaminya nanti lebih sayangkan ibunya kerana dia tahu syurga lelaki di bawah telapak kaki ibunya dan syurganya di bawah telapak kaki suami. Dia tidak akan membuat suaminya berasa serba salah antara isteri dan ibu. Begitu juga lelaki yang menyayangi ibunya dan tidak malu menunjukkan kecintaannya kepada ibunya, maka dialah lelaki terbaik yang boleh menjadi pelindung seorang wanita. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang wanita selain seorang pelindung yang boleh memelihara maruahnya dan menyayanginya sebagaimana dia disayangi oleh ibu bapanya dahulu....

Sebagai selitan, tadi aku pergi menyelit ke kuliah pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI), Jabatan Dakwah dan Kepimpinan sewaktu kuliah mengenai Gerakan Misionari Kristian. Bukankah al-ilm yu'ta 'alaih wala ya'ti? (ilmu itu didatangi bukan mendatangi). Bagusnya tiada mata-mata yang memandang pelik menunjukkan keterbukaan siswa dan siswi FPI dalam berkongsi ilmu yang penting dan berguna dengan siswi FSSK (Sains Politik). Sewaktu bersembang dengan siswi dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dia pun tertarik hendak menyertai kelas tersebut. Hmm...Jika ada inisiatif dari FPI untuk berbincang dengan pensyarah mereka agar dibukakan satu kelas mengenai Gerakan Misionari Kristian kepada pelajar-pelajar fakulti lain, rasa-rasanya pasti akan ada sambutan yang hangat. Bukankah ilmu itu sebaik-baiknya dikongsi dan disebarkan agar berguna untuk kemaslahatan ummah dan bukannya hanya dijadikan subjek pengajian untuk mendapat ijazah?

Sebagai selitan lagi, kalau rajin belilah Milenia muslim Januari 2010 thn.8 bil.89. Tajuk hadapan 'Penangan Si Tanggang Moden. Salah siapa?' Mungkin kita akan menyedari kita sudah tidak selamat untuk menjadi ibu bapa pada masa hadapan jika kita tidak melayan ibu bapa kita sebaiknya...




~Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

Monday 28 December 2009

QURANIC VERSES...



73. Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah.

74. Mereka tidak mengagungkan Allah dengan sebenar-benarnya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

75. Allah memilih para utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.

76. Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.

77. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

78. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

(surah Al-Haj: 73-78)

Aku memang terkesan dengan ayat ini. Tak dapat nak digambarkan perasaan sewaktu membaca ayat ini berulang-ulang kali di dalam Al-Quran. Kalaulah bolehku kongsi dengan yang bukan Muslim...

~ Creating ideas for lives ~

Thursday 24 December 2009

NAK BERGADUH? BERGADUHLAH...

Suatu pagi yang damai, sewaktu aku sedang menyapu dedaunan yang berguguran dari pohonan ceri di halaman rumah, ( abah memang tak suka pokok ceri tersebut sebab daun cepat gugur tapi mak suka sebab burung selalu datang makan buah ceri ) aku dikejutkan dengan suara ayam jantan dua ekor sedang bergaduh atau bersabung. Jarang aku tengok ayam jantan bersabung sebab aku memang tak pernah bercampur dengan mamat-mamat yang suka main sabung ayam ni. Tak bermoral permainan tersebut. Oleh itu, aku pun mengambil kesempatan yang jarang diperolehi untuk melihat dengan lebih dekat peristiwa ini. Memang mantap ayam jantan dua ekor ini. Masing-masing tak nak mengalah. Aku sempat merakamkan pergaduhan tersebut.


Tak tahulah apa motif ayam jantan tersebut bersabung. Kalau motifnya kerana berebutkan teman wanita, memang aku akan bagi ceramah free kat ayam-ayam jantan tersebut.Tetapi aku lihat tak ada pun ayam betina di sekitar kawasan tersebut, jadi aku memutuskan tak perlulah aku berleter kat ayam jantan tersebut. Tengah khusyuk menyaksikan pergaduhan tersebut, tiba-tiba...

"Ayu! Boleh tengok saja ayam tu berkelain (berkelahi), leraikanlah!". Mak aku menjerit dari pintu dapur. Pastu dengan lurusnya aku berkata..

"Owh, kena leraikan gak ka?" . Semestinya mak aku tak menjawab soalan yang agak bodoh tersebut. Mak aku kembali menyambung tugas di dapur. Sayang mak...Ops, kita kembali ke cerita ayam jantan tu. Apalagi, dah dapat arahan dari mem aku pun cuba leraikan pergaduhan tersebut dengan menghalau ayam jantan yang tengah beradu kekuatan. Berselerak ayam tersebut lari menyelamatkan diri ke dusun sebelah rumah.

Selepas itu, aku kembali menyambung kerja aku yang tergendala sebentar gara-gara pergaduhan ayam jantan tersebut. Nak tahu apa jadi kat ayam-ayam jantan tersebut? Ayam-ayam tersebut kembali bersabung di tengah-tengah hutan. Pelik aku. Sepatutnya ayam tersebut berterima kasih kat aku yang dah meleraikan pergaduhan mereka. Ini lain pulak jadinya. Tak mahu menjadi mangsa nyamuk yang amatlah besar aku bergegas masuk ke rumah untuk bersarapan sambil memikirkan kejadian tersebut.

Moral daripada cerita di atas, kalau ada orang bergaduh, biarkan mereka bergaduh sepuas-puasnya selagi tidak membahayakan nyawa. Kadang-kadang melalui pergaduhan baru kita tahu perangai sebenar seseorang tersebut dan bagaimana cara dia menghandle pergaduhan tersebut.

...dan yang terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mudah memaafkan.
~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

Wednesday 23 December 2009

TERBAKARNYA HATI...TERSAYATNYA SANUBARI...



Terbakarnya hati sebab apa-apa yang diperkatakan oleh saudara tersebut amatlah tidak betul. Tersayatnya sanubari sebab aku tak mampu langsung menepis tuduhan tersebut.

Kadang-kadang terfikir yang mana satukah kebenaran? Semua orang berlagak pandai apabila memberikan pandangan dan merasakan pandangannyalah yang paling tepat dan tak dapat dipertikaikan lagi sehingga benda yang sah-sah tidak bermoral tiba-tiba orang lain menjadi was-was akan duduk letak perkara tersebut. Adakah ini yang dikatakan syaitan bertopengkan manusia? Membisikkan was-was ke dalam hati manusia tanpa disedari.

Rela merendahkan agama sendiri hanya kerana hendak menjaga hati orang bukan Islam. Tak dak kaitan pun dengan soalan tapi sengaja perkara agama juga nak dibawa jadi topik. Lepas tu, guna sumber autoriti atuk dia.

Inilah masalah FSSK, betul sangatlah orang cakap dulu Fakulti Sains Kelam-kabut. Memang kelam-kabut pun. Pemikiran kelam-kabut, itu yang cakap ikut sedap akai ja! Terlalu teruja nak menunjukkan kebolehan bercakap sampai tak sempat hendak duduk dan berfikir akan buruk baik perkara yang hendak dicakapkan. Lepas tu, meletakkan perkara benar dan batil dalam satu perahu pastu main kayuh ja! APA NI?

Yang aku pun satu, tahu benda tu tak betul, kenapa tak bangun dan terangkan perkara yang sebenar...Masalahnya, aku tak cukup sumber berautoriti kerana kurangnya membaca kerana kurangnya mendengar pengajian agama kerana terlalu leka dengan dunia kerana bangangnya diri yang sekejap tenggelam sekejap timbul. Apabila jadi benda-benda camni, boleh benci dalam hati ja. Stress satu hari...kenapa jahil sangat?

Masalah mahasiswa sekarang ini ialah mereka melihat, mendengar, membaca dari sumber tak berautoriti dan terus membuat kesimpulan ikut akal sendiri dan bukan berdasarkan ilmu kerana ilmu guna waktu peperiksaan sahaja, lepas periksa terus lupa.

Apabila Islam direndah-rendahkan oleh penganut Islam sendiri baru nak menggelabah cari hujah tapi malangnya otak kosong. Hujah tak mantap. Malangnya Islam tidak ada pembela walaupun penganutnya ramai. Sedihnya Rasulullah s.a.w ada umat sebegini. Malunya aku...

Betapa umat Islam dihina oleh Allah kerana mengabaikan suruhan-Nya. Inilah akibatnya apabila urusan agama itu diremehkan oleh penganutnya sendiri...

Ya Allah, ampuni daku, tak layak aku masuk ke syurga-Mu namun tidak aku mampu menanggung siksa neraka-Mu...

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 22 December 2009

TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Tips membina keyakinan ni dicedok dari Metro bertarikh 15 Nov 2009. Ramai sebenarnya dalam kalangan kita yang mengalami masalah ini terutamanya mahasiswa mahasiswi. Oleh itu, tips ini bolehlah dipraktikkan dalam hidup. Selamat mencuba...

1) Berpakaian menarik-Pakaian banyak mempengaruhi emosi seseorang dan boleh mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg supaya kelihatan menarik. Ketidakpadanan antara pakaian dengan tudung atau aksesori boleh membuatkan pakaian mahal tampak murah.

2) Berjalan cepat sedikit-Individu yang mempunyai keyakinan diri tinggi kebanyakannya berjalan cepat kerana mereka mengejar masa. Walaupun tidak mengejar masa, cubalah berjalan lebih cepat daripada biasa. Anda akan berasa keyakinan menjadi lebih baik. Kaedah ini secara tidak langsung boleh menjadi 'senaman' kerana anda memaksa badan menggunakan lebih tenaga dan dapat menjimatkan masa. Anda akan mempunyai lebih masa untuk melaksanakan tugas harian. ( cara ini sudah menjadi budaya di Irshad)

3) Belajar postur badan yang baik- Jangan membongkok. Postur badan yang kurang baik akan memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita kurang keyakinan diri dan tidak merasakan dirinya penting. Mengamalkan postur badan yang baik sama ada ketika duduk atau berdiri secara automatik membuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri. (dulu masa kecik-kecik cuba2 nak jalan bongkok, tapi mak marah. Nasib baik kena marah, kalau tak mesti dah bongkok. Macam manalah tak sayangkan mak, always know the best for her daughter. I adore u mom...)



(Mengglamourkan adik aku sekejap...)



4) Cari kelebihan diri sendiri- Ramai orang tidak sedar mereka mempunyai lebih banyak pemikiran negatif. Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, berdasarkan kajian, apabila ditanya mengenai bentuk emosi, kebanyakan orang akan menyenaraikan lebih banyak emosi negatif berbanding emosi positif. Pemikiran negatif seperti inilah yang menyebabkan kita selalu melihat orang lain lebih baik sedangkan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuba senaraikan kelebihan masing-masing. Cuba senaraikan kelebihan anda dan buat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri. (nanti jatuh ujub plak , kurangkan emosi negatif pun dah baik)


5) Bersyukur-Luangkan masa setiap hari untuk bersyukur ke atas apa yang anda miliki. Sebenarnya anda mempunyai terlalu banyak perkara perlu bersyukur kepada Tuhan, antaranya perkahwinan, keluarga, dianugerahkan anak (walaupun anak angkat), pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan kemahiran. Jika tidak memiliki walau satu pun daripada disenarai di atas, anda masih perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita berdoa dan meminta banyak perkara daripada Allah untuk menikmati hidup tetapi Allah memberi kehidupan supaya anda boleh menikmati semua yang diminta tadi. (betul...betul)

6) Jangan kedekut dengan pujian- Apabila kita berpandangan negatif pada diri sendiri, kita secara tidak langsung (tanpa disedari) mempamerkan perasaan itu pada orang lain. Belajarlah memuji orang dengan ikhlas. Ia bukan saja akan membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan. Elak terbabit dalam gossip (mengumpat), terutama jika ia membabitkan rakan sekerja. Mengumpat akan mengundang lebih banyak perasaan dan pemikiran negatif kepada anda. ( bukan pujian bawa rebah)

7) Duduk di depan- Di seluruh dunia, tidak kira sama ada di sekolah, universiti atau perhimpunan umum, kebanyakan orang lebih suka memilih untuk duduk di belakang. Untuk meningkatkan keyakinan, belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ketakutan yang tidak rasional itu. Duduk di barisan depan membolehkan anda melihat, mendengar dan mendapat maklumat dengan lebih jelas. Malah, mempunyai lebih peluang untuk bertanya. Dengan duduk di depan, anda lebih mudah dikesan individu penting yang memberi taklimat. (setuju sangat-sangat, kenapalah orang suka dok belakang. Mahasiswa kurang berada di hadapan, adakah ini menunjukkan mahasiswa kurang keyakinan diri dan mahasiswi semakin bertambah keyakinan diri?)

8) Ambil peluang bercakap- Di dalam perbincangan kumpulan, cuba bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.

9) Bersenam- Tahap kesihatan dan kecergasan memberi banyak kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan yang seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri. Kita akan berasa kurang yakin apabila tidak selesa dengan badan sendiri akibat masalah berat badan dirasakan tidak cantik atau menarik. Bersenam bukan saja penting untuk meningkatkan kesihatan, tetapi ia juga akan memperbaiki bentuk badan. (suka ;)) jom joging di stadium waktu pagi? Petang tak layan, panas)

(Kakak manalah tak bangga adik masuk paper kan?:P...yang depan sekali atas rakit. Orang dok pulun kayuh, dia tengok ja. Go Acik!)

10) Murah dengan senyuman- Senyuman memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.

~ Creating ideas for lives ~

Thursday 17 December 2009

SEPUTAR DI MENGKUANG DAM

The view always captivate me when I went to jog. Subhanallah.Take a look at these pictures especially to Cleo. Next time I will bring you along and we can enjoy the moment together. By and bye, I also insert the extremely delicious ais kacang from Restoran Sahabat. Remember that my dear friend?? Always the best from Penang.


( scene from below the dam)



( joging track...as far as eyes can see)




(Entering the forest. Frequently I went there. Cannot go there alone, have to bring company. Plus this trip, its the second time of entering it.)


( Magnificent view from the side of the forest)



( View from above the dam)

( If going in the morning, it feels like walking in 4 season country)

( The best ais kacang in Penang...every Irshadian must have known it. But some doesnt know the existent. Poor they never treasure every bit of the area. Nasi goreng ayam Pak Cik Lan, tom yam Pokok Sena, pasar malam Wednesday nite life, bazaar Ramdhan, KB . They always remain near my heart in remembrance of our friendship from the past years)
~ Creating ideas for lives ~

Sunday 13 December 2009

Saudara yg Hilang


Siri Posting... NEED ALL HELP..!!!!

Salam To All My Friends.. ANYBODY SEE HER??.. IF ONE OF U SEE HER PLEASE CALL THE NUMBER ON THE PHOTO.. PLEASE..PLEASE.. BANTULAH KELUARGANYA SEDAYA YANG BOLEH.... HARI INI HARI MEREKA... SEBARKAN GAMBAR INI... MAY ALLAH SAVE THE GIRL... Sincerely.. eJam....




~ Creating ideas for lives ~

Wednesday 9 December 2009

Ibu Oh Ibu

KENTUCKY: Ibu paling kecil di dunia, Stacey Herald kini meraikan kelahiran anak ketiganya. Sebelum itu, doktor melarang wanita yang hanya memiliki ketinggian 64 sentimeter itu untuk hamil kerana terlalu berbahaya buat dirinya. Beliau bagaimanapun enggan mendengar nasihat doktor itu dan nekad ingin hamil dan kini beliau meraikan anak ketiganya dalam tempoh tiga tahun. Pada 28 November lalu, Stacey menjalani pembedahan lapan minggu lebih awal dan melahirkan Malachi dengan berat hanya 1.1 kilogram.

“Beliau sempurna dan saya hanya ingin duduk di sampingnya sahaja,” katanya.



Stacey dijangka melahirkan anaknya sebelum Krismas tapi doktor mempercepatkan kelahiran anaknya itu kerana berasa tidak selamat untuknya terus hamil. Stacey yang berasal dari Kentucky menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh, paru-paru tidak membesar dan membantutkan tumbesaran.

Meskipun berkerusi roda, Stacey, dengan bantuan suaminya, Wil, 27, mampu menjaga anak perempuannya, Kateri, 3, dan Makya, 18 bulan. Kini pasangan itu tidak menolak kemungkinan untuk memperoleh anak lagi. Malachi yang hanya panjang 12.5 sentimeter dijangka ditempatkan dalam inkubator untuk beberapa bulan di hospital di Cincinnati, Ohio. Agensi

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Global/20091208102829/Article/index_html


~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 8 December 2009

Monday 7 December 2009

PELAKSANAAN SYARIAH DI ACEH

Mingguan Malaysia

Ahad 6 Disember 2009



Tajuk: Pelaksanaan syariah di Aceh

Oleh: Zulkiflee Bakar



Pada 1 Disember lalu, beberapa wanita sedang bersiar-siar di Banda Aceh ditahan oleh pegawai penguatkuasa Pemerintah Daerah. Mereka terkejut dengan penahanan itu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan. Namun segalanya terjawab apabila di pinggir jalan mereka diberi 'kuliah' mengenai peraturan pakaian mengikut Islam bersesuaian dengan pelaksanaan Peraturan Daerah atau Kanun mengenai syariat Islam...



...Sememangnya pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh turut menarik perhatian kuasa besar seperti AS. Ia terbukti apabila Timbalan Dutanya ke Indonesia, Ted Osius dalam pertemuan dengan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Hashim Muzadi bertanyakan mengenai hukuman merejam yang terdapat dalam undang-undang syariah bagi kesalahan zina...



...Demikianlah antara reaksi yang diberikan apabila Aceh ingin melaksanakan undang-undang syariah. Tetapi sama ada suka atau tidak pemerintah daerah Aceh akan tetap memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan sama ada ia akan dibantah atau tidak. Pemerintah Aceh tidak mahu, wilayah itu hanya bercakap sahaja melaksanakan syariah Islam tetapi dari segi tindakan ia boleh disifatkan satu retorik.



Itulah sebahagian daripada berita yang ditulis Zulkiflee Bakar. Perkara ini turut diulas di dalam Harakah. Perasaan aku bercampur-baur semasa membaca berita ini sehingga aku tak dapat nak gambarkan apakah perasaan tersebut. Kalau perkara sebegini dilaksanakan di Malaysia, aku merupakan orang yang paling menyokong perkara sebegini 101%. Perasaan risau akan kejadian rogol dan pelbagai lagi mungkin akan berkurang dalam hati ini. Orang lelaki pun tak akan 'top up' dosa melihat aurat wanita seperti mana kata seorang blogger tu...ye dok?



Sentiasa merindukan pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Islamlah satu-satunya penyelesaian bagi masalah di Malaysia ini. Bilalah pemimpin kita yang memerintah sekarang akan menyedarinya? dan tidak hanya beretorik semata-mata.



~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

KENAPA KITA SELALU GAGAL??

Bismillah...suatu hari, beta ter'join' satu laman perniagaan. dalam laman tu, macam2 promosi dan penerangan ada. beta hanya mahu mengetahui serba-serbi sahaja tentang perniagaan itu. maka, beta pun bertekad isi borang maklumat peribadi untuk join sebab dia akan beri sedikit-sebanyak info perkembangan syarikat dsb menerusi emel. beta selalu baca emel2 yg beta terima tapi lepas tu, beta abaikan shj sbb beta tak berapa berminat join "perniagaan atas angin" ni.. kebanyakan emel tu memaklumkan kpd beta bahawa sesungguhnya, ada beberapa orang telah mendaftar dibawah akaun beta. maksudnya, beta akan mendapat keuntungan free drp depa ni..astaghfirullah...cuba kita siasat balik, dari mana datangnya duit2 bayangan tu? kita daftar pun tak keluarkan modal, tetiba dapat mcm2 (berbentuk kewangan) pastu secara automatik, orang lain daftar, depa masukkan beberapa orang tu kat bawah akaun kita menyebabkan kita dgn tak pasal2 dpt profit..hmm..sistem apa tu? MLM lg ke? oh tidak2..beta pun tak berapa arif dgn bab2 ni. beta tak mahu terjebak dgn kegiatan yg beta sendiri tak tahu menahu kesan dan akibatnya..silap2 beta dpt bala pulak nnt.. tak di sini, di akhirat pulak..kn2? adus! huhu..

Maka, pada satu hari, tatkala menyemak emel drp pihak sykt, beta pun terkejut! bak kata abang kpd si Syawal dlm cerita Ahmad Albab ketika seekor kucing tiba2 menghampiri mereka suami isteri yg sedang bersuka-ria dgn "harta rampasan perang" yg dibawa pulang oleh si suami. maka berkatalah si suami kpd isterinya tatkala mendapat tahu bahawa ia hanyalah seekor kucing;"Terperanjat ana! ana sangkakan Mato2 (mata-mata/polis).." Sebabnya, tiba2 emel yg beta terima adalah berbentuk motivasi kerjaya sebagai usahawan seperti di bawah ni (nnt korang tengoklah ye..) hmm, beta fikir, ada baiknya jika kita mahasiswa/i atau sesiapa pun kita, ada baiknya jika kita dapat adaptasi emel ni sebagai peringatan utk kita sesuai dgn tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah (sbg anak,pelajar,pemimpin,pensyarah,ustaz,ibu ayah dll) di muka bumi ini, insyaAllah..salam selebar ukhuwah! =)

*petikan emel*
Naimah, Dahsyat sungguh apa yang ingin saya sampaikan di sini...ini melibatkan 'DIRI' anda sendiri!

Kenapa Kita Selalu Gagal?

1) TIDAK FOKUS KEPADA SATU-SATU PERKARA
- Fokus adalah element yang sangat penting di dalam menentukan kejayaan seseorang..Hilang fokus bermakna hilanglah pegangan kita terhadap sesuatu…INGAT!!!!! Jangan terlompat sana terlompat sini…FOKUS!!!

2) BERLENGAH-LENGAH
- Mungkin sifat seseorang itu yang suka berlengah-lengah melakukan sesuatu menyebabkan kita sering tertinggal satu tapak ke belakang…Jadi…tekadkan pada diri hari ini..”AKU TIDAK AKAN BERLENGAH LAGI!!!”

3) BERFIKIRAN NEGATIF
- Selalukah anda mendengar petikan ini? " EMMM…NAK BUAT CAMNE KAN AKU NIE……..” "AKU RASA AKU TAK BOLEH BUAT…….” jadi....... fikir-fikirkanlah....

4) BERPUTUS ASA
- Adakah anda mahu menjadi usahawan yang berjaya? Buang terus dari kamus hidup anda perkataan ini…insyallah anda akan mula tersenyum…..

5) TIADA PENDIRIAN
- Apabila kita mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif, maka pendirian kita mula bergoyah…Apabila pendirian sudah bergoyah….maka tiadalah kejayaan yang di kecapi…


Daripada 5 sebab di atas inilah yang membuatkan anda GAGAL, jika GAGAL maknanya anda berada dalam suasana kehidupan yang kurang selesa, negatif dan sebagainya.

Jadi berubahlah sekarang! Ya...saya katakan SEKARANG!


~ Creating ideas for lives ~

Friday 4 December 2009

..:[ Lirik Lagu Kucing ]:..

Dengan rahmat dan kasih-Nya
Assalamu'alykum utk semua


Ingat lagi tak dulu time kita darjah dua, cikgu muzik ajarkan satu lagu tajuk dia 'Kucing Saya'?

Nak jadi ceritanya, dua hari lepas terjadi satu kejutan pada diri Cleo.
Kucing Cleo kat rumah ni, colour putih, so mostly orang dalam rumah ni panggil dia Teh or something like that.

Beza sekali dengan Cleo sebab Cleo panggil dia BONCET. Sebab? Sebab masa 1st time dia diselamatkan dari hujan lebat dulu, dia terlalu buncit. ^^

Sebelum2 ni, bila Cleo panggil, agak susah dia nak datang. Jenuh gak dua tiga kali panggil baru dia datang tapi semalam, sekali panggil je dia datang terus.

Haaa...masa saat tu lah tiba-tiba terlintas lagu kucing ni kat otak Cleo ni.
Tapi, seperti biasa, otak ni ligat menukar lirik yang telah diajar..hihi..

So, ni nak berkongsi lirik terbaru versi Cleo. Ada loghat Penang sket no.
Enjoy! ^_~


Saya ada kucing
Namanya Boncet
Bulu warna putih
Ekor berbelang


Bila saya panggil Boncet
Dia pon datang
Tersangat lajunya
Saya pon ketaq


Saya tak bagi makan
Nasi campur ikan
Dia tak minum susu
Riang selalu


Tidoq waktu malam
Siang pon dia tidoq
Lain daghi yang lain
Saya pon sayang...



P/s: Nyanyi ikut irama betul tau... :)

Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter