Wednesday 9 December 2009

Ibu Oh Ibu

KENTUCKY: Ibu paling kecil di dunia, Stacey Herald kini meraikan kelahiran anak ketiganya. Sebelum itu, doktor melarang wanita yang hanya memiliki ketinggian 64 sentimeter itu untuk hamil kerana terlalu berbahaya buat dirinya. Beliau bagaimanapun enggan mendengar nasihat doktor itu dan nekad ingin hamil dan kini beliau meraikan anak ketiganya dalam tempoh tiga tahun. Pada 28 November lalu, Stacey menjalani pembedahan lapan minggu lebih awal dan melahirkan Malachi dengan berat hanya 1.1 kilogram.

“Beliau sempurna dan saya hanya ingin duduk di sampingnya sahaja,” katanya.



Stacey dijangka melahirkan anaknya sebelum Krismas tapi doktor mempercepatkan kelahiran anaknya itu kerana berasa tidak selamat untuknya terus hamil. Stacey yang berasal dari Kentucky menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh, paru-paru tidak membesar dan membantutkan tumbesaran.

Meskipun berkerusi roda, Stacey, dengan bantuan suaminya, Wil, 27, mampu menjaga anak perempuannya, Kateri, 3, dan Makya, 18 bulan. Kini pasangan itu tidak menolak kemungkinan untuk memperoleh anak lagi. Malachi yang hanya panjang 12.5 sentimeter dijangka ditempatkan dalam inkubator untuk beberapa bulan di hospital di Cincinnati, Ohio. Agensi

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Global/20091208102829/Article/index_html


~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter