Tuesday 27 April 2010

RINTIK...RINTIK...HUJAN DAH TURUN:)





Kenapa aku suka hujan? kenapa aku suka hujan? kenapa aku suka hujan?...(ubahsuai dari iklan Petronas)

Kalau hari hujan, senyuman akan melebar di wajahku...:)

Secara umumnya aku suka air, secara khususnya air hujan, air terjun, air laut, salji, air perigi dll.

Mak aku cakap sebab waktu mak aku melahirkan aku, waktu tu hujan turun renyai-renyai pukul 2.56 p.m. Mak aku tengah dok masak tengah hari kat umah tok aku, tiba-tiba rasa sakit, pastu tok wan aku bawa mak aku pi hospital sebab abah aku kerja, masuk bilik bersalin terus bersalin dengan mudahnya...alhamdulillah...


Mak aku tengok aku macam tomato masa tu, sebab tu bagi nama Nurhidayu...tapi aku tak ayu pun...ganas semacam jer...hihi

Masa mak aku mengandung aku plak, mak aku cakap dia suka pepak (loghat utara utk mamah) ketul ais @ air batu @ ice tube...sampai berplastik-plastik tiap-tiap hari sebelum beranakkan aku...macam makan keropok jer

Sensitif gigi bila teringat...sabar jer la.

Jadi kejadian di atas menjelaskan kenapa aku suka air?

Ok, aku pasti semua orang pun suka hujankan? So, whats the big deal?








"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Sekiranya Kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya asin, mengapa kamu tidak bersyukur?" ( Al-Waqiah:68-70)


"Dialah (Allah) yang telah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu menggembalakan ternakmu. Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman,zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir".
(An-Nahl: 10-11)


"Dan Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih, agar (dengan air itu) Kami menghidupkan negeri yang mati (tandus), dan kami meberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan, (berupa) haiwan-haiwan ternak dan manusia yang banyak". ( Al-Furqan: 48-49)


Hujan itu nikmat, namun pernah dengar suara-suara merungut bila hujan turun?
"Laaa...hujan ler plak, apa pun tak bleh wat"
" Haish, time ni lah nak ujan, time aku tak keluar tak hujan pun"
"Hujan ni, bila aku nak, tak turun, bila aku tak nak , time tu lah nak turun"
"Rain-rain go away, come again another day"
Berdesing telinga aku dengar rungutan-rungutan camni. Aku tanya balik " Kenapa tak suka hujan turun?"
"Bukan tak suka, tapi tak kena masa nak turun pun"... Amboih...tak kena dengan masa sapa nih? Kena ikut masa awak ker??...Bercakap macam yang turunkan hujan tu pak cik mak cik dia jer... Awak tak sedar ker, kalau Allah tak turunkan hujan terus...tak payah terus, seminggu pun cukuplah, menggelupur macam cacing kepanasan.
Alamak, tiba-tiba tak dak mood nak teruskan menaip...
Ni gara-gara ada hamba Allah tanya soklan cepu gangsa, ada minat kat mana-mana budak laki tak? Aduhai...
Hmm...setakat ni minat kat Ammar...tapi dia jauh, jarang-jarang bleh jumpa, so perasaan tu dah berkurang
Kalau kat UKM ni mana ada budak laki, ada pun anak kakak cafe nama Adam...tapi Adam tu kurang cute...
Ammar lagi cute, dah la bertubuh, mata sepet, chubby, ish rindu ler plak kat anak Mak Su ku sorang nih... dah ble berjalan ker dak gi...
Oklah, nak sambung baca buku, esok exam Pentadbiran Awam, dah tau killer subject, ble jer sedap-sedap mengadap blog...huhu...
Pengajaran dari cerita di atas, rasa-rasanya rata-rata boleh berfikir...jadilah hamba Allah yang betul-betul bersyukur...Wallahualam
-Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-



~ Creating ideas for lives ~

Thursday 22 April 2010

SAYA PERLUKAN UBAT...SEKARANG!

Nak menaip lagi...
Nak menambah koleksi sebelum cuti sem...
Nanti balik ke kampung memang tak buka internet dah...so...amik peluang

Kali ni nak marahkan diri sendiri...
Tak dak penyakit cari penyakit...
Baru jer hari tu tulis saya tak suka sakit...huhu...pergi cari penyakit
dan sekarang ni aku rela untuk menelan ubat...Ya ALLAH, cepat bagi ubatnya...saya nak telan.
Sebelum penyakit membarah...nenong...nenong...(bunyi ambulans)
Sebenarnya lepas dapat jer penyakit tu terus taip kat blog ni...
Cepat-cepat memarahi diri sebab takut nanti penyakit tu menular...
Benci! benci! benci diri sendiri! Huhu...kalau ada orang nak rotankan saya rela dirotan sekarang juga...

Sakit....cepatlah hilang...kena buat sesuatu ni...anything...something to distract me.
Cuba tak nak pikirkan kesakitan tu...sebab tu keep typing...keep typing.
Tarik nafas...lepas...jangan fikirkan kesakitan yang menjalar...
Ok! Thats it! I know what to do!

Terima kasih...saya akan lakukannya sekarang...
Astaghfirullahal'azim...kalaulah ada penyakit amnesia sekarang...
Pengajaran...jangan cari penyakit kalau tak ada penyakit...

Rasa dah lega sikit...
Nak pergi cari ubat jap...tapi sebenarnya nak jer ada orang yang boleh cubit diri ni...
Biar padan muka...huhu...suka menyakiti diri sendiri.

-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-
~ Creating ideas for lives ~

Wednesday 21 April 2010

X-file: Kunci ke Hati Wanita Solehah...

(sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan cerita)

Apa nak jadi ni...

Masa-masa exam ni lah idea nak menaip mencurah-curah ke ladang gandum...

Tak boleh nak khusyuk sikit, idea-idea tu melintas...

Idea tu ditrigger waktu aku pi beli makanan kat Cafe Canselori

Kat TV tu dok tayang Si Sudin dan Si Eton tengah bercengkerama pastu adik Eton yang bernama...ehm..ehm..Ayu la...kuikui...minta 20 sen sebagai upah mengcover projek akak dia dengan Si Sudin tu...uish...kalau ditanyakan Ayu ni...dah lama aku report kat mak...biar kantoi... ataupun aku yang amar maaruf nahi munkar...hihi



Ok, korang pernah tak dengar lagu yang dinyanyikan oleh Robbie William dengan Nicole Kidman?

Sebahagian daripada lirik tu camni..."That I'll go and spoil it all by saying something stupid like I love u..."

Nampak tak? Omputih pun tau yang buat pengakuan bahawa 'Aku cinta padamu' adalah a stupid mistake...

Wow...



Ok, itu bukan tujuan aku kat sini...

Aku nak buat kebajikan dengan mendedahkan rahsia bahawa kunci hati wanita solehah dan baik-baik ni dipegang oleh ibubapa...itu jer.

Kenapa aku baik sangat mendedahkan benda ni yang kira-kiranya highly confidential? Adakah kerana aku kesiankan muslimin kat luar sana yang failed untuk mendapatkan muslimat yang disukai? Probably...no.

Aku bukan membincangkan perkara ni atas dasar aku ni wanita, tapi atas autoriti pendengar yang setia atau 'doktor cinta'...ewah2...sapa yang mengiktiraf ni? Saya sendiri ler...knp? Tak boleh?

Sebenarnya fail kes-kes ni dah dibuka sejak di sekolah menengah lagi dan baru hari ini aku rasa nak mendedahkan benda ni...

Responden terdiri daripada kawan-kawan, lawan-lawan, orang-orang awam yang dijumpai di kedai makan, di pertandingan-pertandingan sukan, di kedai lesen dan di mana-mana sahaja yang berkesempatan.

Metodologi adalah temubual dari hati ke hati.

Hasil temubual tu kalau nak paparkan di sini memang akan menyebabkan esok aku akan berkata hi hi bye bye kat subjek exam esok...jadi aku paparkan beberapa kes yang kiranya munasabah untuk menjelaskan teori aku bahawa kunci hati wanita solehah dan baik-baik ni ada kat ibubapanya...so lepas ni trigger mak bapak bukan sibuk buat confession yang akhirnya melukakan diri sendiri...awak tu pejuang Islam, jangan lemah untuk perkara-perkara sebegini...Islam perlukan awak untuk teruskan syiar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kuatkan diri!

Macam sorang ustaz tu cakap sikit-sikit nak menikah, sikit-sikit nak menikah...terasa ler juga...



Kes 1:

Ni pengalaman peribadi...kengkawan aku tak tahu pun...di dunia ni hanya aku dan sorang sahabat baik jer yang tau...tapi aku nak kongsikan supaya korang amik pengajaran daripada cerita ni...

Aku pernah suka tahap babas kat sorang senior ni...wuwu

Masa tu aku tingkatan satu okey...dan dia tingkatan lima...(zaman jahiliahku:( )

Disebabkan aku suka sangat kat senior ni, aku pun suruh kawan aku tepon dia...biasa ler...trick lama.

Ditakdirkan Allah, mak dia yang angkat...nak tahu apa yang sahabat aku buat? Dia cakap kat mak cik tu camni, "Mak cik, kawan saya suka kat anak mak cik"....waaaaa...menggelabah aku takut kena marah. Tapi tahu apa yang mak cik tu cakap, " Cakap kat kawan awak, suruh dia belajar sungguh-sungguh dulu, mak cik paham, tapi belajar dulu, pasni baru fikir pasal benda ni"....aaa...aku insaf dan miraclenya, tak ada sekelumit pun perasaan terluka dengan kata-kata mak cik tu yang sah-sah mereject aku dari menjadi menantu pilihan...kuikui

Kalau aku yang perempuan ni bleh buat, apalah salahnya kalau guys out there buat macam ni... tak akan terluka punya kalau direject oleh orang tua perempuan tu sebab mak cik pak cik tu bukannya tahu pun awak tu sapa...perempuan tu pun tak tahu...selamat harga diri...fuhhh.



Kes II:

Ni kes kawan sekolah...tapi masa ni dah habis sekolah menengah...kiranya dah jadi ex masing-masing.

Waktu jumpa, temubual pun diadakan...Dia cerita ada seorang hamba Allah ni memang suka dekat dia, lelaki ni duduk di pantai Timur dan perempuan ni (kawan aku) di pantai Barat...bila dah jauh ni slalunya dikenalkan oleh orang tengah ler. Drastiknya lelaki ni, dia dengan beraninya datang ke rumah kawan aku dan jumpa mak bapak kawan aku dan cakap ,"Pak cik, saya nak kawan dengan anak pak cik, saya ikhlas ni"....aaa...ternganga aku dengar kawan aku cerita. Kawan aku pun terkejut. Sekadar untuk berkawan jer datang ke rumah minta izin menunjukkan kesungguhan laki tu. Dia bukannya kenal sangat pun dengan kawan aku...kagum juga aku dengan semangat dia. Tapi itu kalau yang berani, kalau tak ada kekuatan lagi tepon jer la...supaya kita tahu fikrah mak bapak perempuan tu...kalau dimaki pun takkan terluka berbanding kalau direject secara langsung dengan wanita solehah dan baik-baik tu. Bukan salah mereka kerana hati mereka diserahkan bulat-bulat kepada mak dan ayah mereka...tak payah tunggu green light dari wanita tersebut untuk bercakap dengan mak bapaknya, cakap jer terus...itu kalau ikhlas ler...kalau tak? Stay out of the way, please.



Kes III:

Seorang hamba Allah ini sering dihubungi oleh seorang lelaki, walaupun dimarahi, lelaki ni cakap "Saya lagi suka awak bila awak marah", apa kes??? Sabar jer la...Pastu aku syorkan kat hamba Allah ni cakap kat laki tu, kalau serius nak berkawan (bukan nak berkahwin pun), minta izin mak ayah saya dulu, pastu dia cakap kat laki tu camtu, laki tu kata saya nak kenal awak dulu, ok... pastu hamba Allah ni cakap kat laki tu, "Bagi saya nombor tepon mak awak, saya nak tanya mak awak, bleh ke dak awak berkawan dengan saya"...apa laki tu cakap.." Ish, tak payahla, takut saya..."....Laaa...nak takut apa? Pelik. Nampak sangat tak ikhlas...nak seronok-seronok jer. Ingat wanita ni apa, bahan eksperimen? Kena buktikan dia ni barang baik baru nak amik? Wanita solehah dan wanita baik-baik nak ker orang macam ni? They've got brain ok...not that bird's brain like in Full House.



Kes IV:

Kes ni aku dapat dari seorang wanita yang ditemubual di pusat latihan memandu. Sambil tunggu giliran nak bawa kereta, aku berbual-bual dengannya. Tak sampai lima minit, dia dah mula menceritakan masalah peribadi. Jadi tak salahkan aku gelar diri aku 'doktor cinta'? Kuikui,...come on. Dia cerita dia ni anak yatim piatu, baru jer kematian ibu. Pastu dia ada ler kakak dan abang. Dia ni anak bongsu. Dipendekkan cerita, dia berkawan dengan sorang laki ni, secara sembunyi-sembunyi ler. Abang dan kakak dia ni punya garang dan mengongkong (itu pendapat dia)... Disebabkan dia selalu diterjah oleh abang dan kakak dia, dia mengadu kat lelaki ni...dengan gagah perkasa lelaki ni pi jumpa abang dia...konon nak buat pengakuan cinta yang tak berbelah bagi kat abang dia (macam cerita hindustan gitu)...last2 apa jadi? Kena belasah dengan abang dia kat depan2 tu juga...aaa...tragis...tapi laki ni tak defend diri dan tak melarikan diri...kalau nak tunjuk hero pun... tak tau aku nak cakap apa. Fikir la dulu kok ye pun nak buat pengakuan, ye dok? Kan bagus kalau tepon dulu ker, cek fikrah abang dia. Baru ler tahu dia ni mafia ke tak...tindakan abang dia tu betul gak kadang-kadang bila difikirkan balik...sebelum perkara buruk terjadi baik belasah dulu. Nanti dah jadi perkara terlanjur, tak boleh diundur. Kena belasah tu sebagai ujian ikhlas ke dak laki ni? Jawapannya...lelaki tu dah tak kawan dengan perempuan tu dah...huhu...ikhlas ke dak? Mungkin dia fikir balik kot nak beriparkan abang macam mafia tu...



Uish, ni baru 1% kes yang dipaparkan, ok2 ni kes last sebelum buat rumusan:



Kes V:

Aku pendekkan cerita, kawan aku yang dilamar secara terbuka mereject lamaran tersebut dan kemudiannya dilamar oleh pemuda lain yang dah tahu rahsia ni dan lamarannya diterima...nampak konsep tu? Wanita itukan dihiasi dengan sifat malu...alahai...tambah-tambah wanita-wanita yang nak disunting tu terdiri dalam kalangan yang solehah dan baik-baik. Kadang-kadang kita nampak wanita tu macam peramah, happy go lucky, macam sporting jer, tapi kalau benda-benda camni mereka ni sensitif ok??? Selalu bila mereka ceritakan benda-benda ni kat aku, mereka akan akhirkan dengan soalan, "Takkan aku nak mengaku Ayu yang aku pun suka, takkan aku nak terima, malulah...huhu, betul tak apa yang aku buat ni?" dan selalunya jawapan aku adalah " Tak payah nak rasa bersalah, jodoh pertemuan di tangan Allah"...



Semoga membantu...
p/s: Bacaan tambahan: Pemilik Cintaku sesudah Allah dan Rasul- Fatimah Syarha Mohd Nordin


-Al-islmu ya'lu wala yu'la 'alaih-


~ Creating ideas for lives ~

SAYA TAK NAK SAKIT


Tangan rasa gatal nak menari-nari di papan kekunci...


Walaupun buku yang perlu dibaca tak belek-belek lagi


Tapi tetap tak melunturkan semangat aku nak buat storytelling kat sini



Ini semua bermula dari dalam dewan peperiksaan

Semalam menjawab paper falsafah politik yang memang buat aku separuh mereng macam menjawab subjek sains jer...

Pukul 2 semua candidates dah blah keluar dewan, tinggal bebudak Sains Politik thn 1 sebaris di tengah-tengah DTAMS berhempas-pulas menghabiskan perenggan-perenggan terakhir karangan falsafah yang kalau dibaca jawapan-jawapan kitorang memang bukan karangan falsafah, tapi karangan cerita seribu satu malam...huhu

Minit-minit terakhir aku kekeringan idea macam kereta kekeringan minyak...buntu...

Pandang kiri kanan....kerusi-kerusi kosong memenuhi mata...lagi buntu

Bila pengumuman masa tamat..."pelajar-pelajar diminta menghantar kertas soalan dan kertas jawapan ke hadapan dewan"...tangan aku baru terhegeh-hegeh nak mencoretkan bait-bait terakhir ke atas kertas... apa yang aku tulis pun aku tak tahu...tapi yang pasti ada nama Aristotle di situ...inilah yang dinamakan agi idup agi ngelaban (selagi hidup selagi itu melawan)...

Keluar dewan hanya bebudak berjaket Political Science kelihatan, yang lain dah bertebaran lari dari medan perang setengah jam yang lalu...sekarang kita tahu siapakah pejuang sebenarnya...cewahh:P


Perut pun dah berkeroncong...tapi aku ada agenda hari ni...sms masuk menyuruh aku tunggu di kolej dulu..

ok, roger n out...apalagi...aku menghayun langkah ke cafe kolej...beli nasi+ikan goreng+air sirap=rm4.70... adakah ini realiti atau aku yang bermimpi??...perut aku yang dari tadi berdemonstrasi terus menyepikan diri... tahu pun kau...

Tengah dok sedap-sedap mengunyah, call dari k.Aisyah masuk, 'ok2, saya turun sekarang'...roommate aku hanya menggeleng-geleng kepala melihat kegopohan aku...selepas mengucapkan selamat tinggal dekat ikan goreng yang baru separuh aku habiskan (aku berjanji jika dijodohkan aku akan berjumpa semula dengannya)...sampai di bawah tepat-tepat waktu k.Aisyah sampai dengan m.o.t.o.s.i.k.a.l.... laaaa...knp tak cakap...aku dengan ayu berbaju kurung...

Naik atas bilik, roommate menanti di hadapan pintu...aik??...tahu-tahu jer aku nak balik ke bilik...rindu ler tu...kikiki...


Dari DTAMS terus ke Metropoint...itu agenda aku semalam...

Berkumpul di Kenny Rogers dengan K.Zahrah, K.Bun, K.Aisyah, K.Kinah, K.Jawahir, Mahfuzah, Hazirah dan K.Jannah...sebenarnya aku dah ketinggalan agenda pertama iaitu main bowling... hakikatnya aku tak kisah...

Bowling tiada dalam agenda hidup...hihi

Makan-makan, sembang-sembang , amik gambar ... macam esok takkan jumpa dah...:P...lepas solat terus balik.

Dalam teksi tu rupanya lagi hangat daripada luar(lagipun kat luar hujan :P)...pak cik teksi tu memang sefikrah...macam-macam agenda ummah yang diperdebatkan...aku pun tumpang sekaki...mana boleh diam... macam belia penggerak ummah la konon...huhu...jawab soalan exam pun macam buat cerita bedtime story...


Sampai di bilik...lepas jer solat maghrib aku dah away from this world...capek bangat... aku terjaga sebab aku mimpi aku berenang dalam laut yang jernih sangat-sangat air tu sampai aku nampak ikan yang berwarna-warni...ada warna oren...belang-belang..merah....hmm...Subhanallah...


Tu jer benda aku nak cerita...terjaga pagi tu...solat + aku berjumpa kembali dengan ikan goreng dan ikan tu masih boleh dimakan...wawawa...tunggu apa lagi? Tak baik membazir...nanti tak dapat suami soleh... ada plak camtu...tapi teori tu yang membuatkan kengkawan aku yang dulu makan tak pernahnya nak licin terus licin bila kemukakan teori tu...bagus teori tu...tapi bila dah lama-lama dah tak berkesan, bila aku cakap macam tu, depa balas balik " Tak palah, ang jer abiskan Ayu, aku bagi suami soleh tu kat ang..." ...Ooo...macam tu plak ek? Kang aku dapat sungguh, jangan nanti berputih mata sudah...sabar je la...walaupun aku gelak tapi sebenarnya aku sedih tau kalau kengkawan tak habiskan makanan...bukan takut depa tak dapat suami soleh tapi sedih mengenangkan orang yang payah nak jumpa makanan...kalau kita tak boleh memberi mereka makanan apalah salahnya kita jangan membazir makanan...hatta dah kenyang sangat pun...lain kali pepandai ler bajet makanan sendiri kalau dah tau perut tu besar mana...bukan berniat nak melukakan hati...tapi bayangkan kita ada kakak, pastu kakak kita makan tak cukup, kita plak terlebih makan, siap buang lagi. Kalau ada yang nak abiskan tak pa la juga...Apa perasaan kakak kita? Macam tu ler juga perasaan saudara kita di Palestin, Pakistan atau di mana-mana sahaja. Sedihnya...semoga Allah memberi mereka syurga dan kesabaran menempuhi mehnah dan tribulasi di dunia...InsyaAllah.


Berani kerana benar...Rasulullah s.a.w bersabda: "Qulil baqqa walau kana murra"- katakan yang benar meskipun pahit...pahit itu ubat...hihi...saya tak suka ubat sebab tu saya tak nak sakit...renung-renungkanlah...


-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-


~ Creating ideas for lives ~

Thursday 15 April 2010

X-FILE-CASE CLOSED

Assalamu'alaikum,

As I was flipping through pages of unread notes, I thought of sharing something in this blog. I have been thinking bout it lately and I think it will be no harm if I share it with all of you. Have you ever heard about mutual understanding or happen to discuss about it? I find it interesting to be shared here since there's a lot of incident occured to me that can be related to mutual understanding.

What is mutual understanding anyhow? Mutual understanding is feeling that two or more people have for each other equally (Oxford Dic). Mutual understanding occur when two or more people having likemindedness (having similar ideas and interests).
Well, our likemindedness will only be known if we sit together and discuss something or we simply agree with a person's ideas. Right? However, the question is, what if the likemindedness occur when we least expect it? I mean, we never sit with someone or share that person's idea but we simply have the same thinking and what makes me wonder is, it happen at the same time but we are not with the person. In fact, the person is far from our reach and of course we have not discuss bout the things with the person.

Well, it happened to me. One day, when I was discussing something with my roommate, I opened someone's blog and the blogger was sharing the same thing that I have just discussed with my roommate. It is not the first time if you all say I am juz being a paranoid and the thing is, it was not a current issue. Not at all and the topic was unpopular. I said that it was not the first time because before this, that thing happened to me and guess what? It was with the same person, the blogger. But it was not in the blog. The blogger was delivering a speech and the issue was the same thing that had being played in my mind that day. That what startled me and make me confused. It happen to be the blogger's ideas came across my mind at the same time. For example, when I was talking to my roommate, certain words that were not related to what we were discussing came through my mouth because it came across my mind in a sudden. Then, I asked my roommate. Why am I talking bout this? Then, I opened the blog and for real the blogger's post that same thing I had just said. Isnt dat ridiculous? But its really happen. Thus, I start thinking back the previous incident. Ok, those what I have found out by Allah's will of course, but what about the other times? How can this kind of likemindedness in an instant occur? If it happens to me, it might have happen to everybody else. It just that we notice it or not.


I think, too much watching the X-Files had influence me into thinking about some weird stuff. However, is it weird? I think there are explanations about this phenomenon. Wow, I am using the word phenomenon. Well, if we can transfer our ideas through mind, there's a lot of things we can do. In exam probably. Hihi. Honestly, I dont know how to make it. It just happen. How can the blogger's wave of thinking reach me? In what sense we are related? I would have believed if it twins or our parents, but strangers? Except that we are Muslim and as Muslim, we all have that likemindedness. It just we are too ignorance to clean our heart and mind and keep blacking our heart and mind with sins. Thus, we cannot see our connection.


Aaaa!....I remember a story told by an ustaz. Can't remember which one, he told me that one of Rasulullah's companion ( I cant remember who), he can see the image of the battlefield when in reality he was in the mosque and he gave direction to the commander through his mind. MasyaAllah! Allahuakbar! Now, I have sort the puzzle here. Alhamdulillah...:) Allah The Almighty had giventh me the inspiration. If I have found the full story, I will post it here. InsyaAllah.


As the case with me, if it work with me, then it might have been a common things to us Muslim as brotherhood. Isn't that fabulous? We don't need the Facebook anymore and our agenda is totally seal from outsiders. Who's the blogger that I had mentioned just now? let it remains as secret. I am not thinking we are destined to be together as some of us who always remark mutual understanding as reason to be together. In fact, we are all already together as brotherhood in Islam. We all have the same mutual understanding from the very beginning. It's just we have to work hard to preserve it and strengthen it. Clear your mind and heart from sins step by step. If you cant wash them away, do not keep them. People said 'mens sana in corpore sano'- healthy mind come from healthy body.


Lastly, I want to tell that my question has been answered here. Lets see if the blogger also posting anything that relate to the issue here or the blogger will post the story bout the companion that can vision the battlefield. Hope so. I am transferring my signal to the blogger.

Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih


~ Creating ideas for lives ~

Monday 12 April 2010

Mimpi Yang Indah


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti


download here
http://rapidshare.com/files/52292818/07_-_Mimpi_Yang_Indah.mp3




Selamat membuat persediaan menghadapi peperiksaan kepada semua bloggers dan sesiapa sahaja yg akan/sedang menduduki peperiksaan. Semoga selamat menjawab peperiksaan itu nanti. Berusaha dahulu disertai dengan doa, kemudian barulah berserah segalanya kepada Allah SWT. Redho sahaja keputusan yang akan keluar nanti, percaya dgn yakin akan hikmah disebalik kenyataan & cuba perbaiki untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang selepas itu pula.
*Patik dengan ini mencemar duli memohon maaf  atas segala kesalahan yang pernah (dan mungkin akan) patik lakukan samada sengaja mahupun secara tidak sengaja..=)
Terima kasih teman2ku (termasuk keluargaku) dunia akhirat..
~Ya Allah, Izinkan kami kembali kepadaMu Tuhan~





BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 11 April 2010

HUJAN! Cucilah hatiku...




Assalamu'alaikum...

Langit mendung di luar tanda hujan nak turun
But wait a second
Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Roomate tengah menyanyi mengikut alunan muzik dari handphone

'Kerna ku menyintaimu...' sambil melihat ke arahku...erm...ada makna apa2 ke tu?

What the...?

Sebenarnya beberapa minggu lepas, kami sentiasa dok ingat mengingati beberapa hari lagi kami
akan bersama...
Sedih kan?
Selama hampir setahun bersama menempuh onak dan ranjau di UKM
berkongsi suka dan duka
Seriously she is a true roommate. She knows every single problem that I was having. She even knows my affection. Is that important?

Naahh...not worth knowing...

Sebenarnya apabila tengok awan mendung kat luar tu, tiba-tiba jer terilham nak mencoretkan sesuatu di blog...
Sebenarnya rasa bersalah sebab aku jer yang menggunakan blog ni...
Tapi blog ni kan untuk lone rangers? So, as a matter of fact...
I'm still a lone ranger and always being one...
Is it really?...hmm...not anymore I think...in what context Ayu?

Bla...bla...bla

Save the best for the last...

Orang sibuk study aku sibuk dok berblogging...
Sebenarnya inilah masalah aku apabila menjelang exam
Walaupun dah deactivate Facebook, but still ada distraction
Whatever...sendiri buat sendiri tanggung.
Sebenarnya tengah tunggu ilham.
Kau ilhamku...

Eh, tiba-tiba teringat lagu tu...

Beribu bintang di langit kini menghilang...
Meraba aku dalam kelam...

Rembulan mengambang kini makin suram...
Pudar ilhamku tanpa arah...
Tolong sambung...:)
Baca sepintas lalu coretan di atas
sungguh nampak sangat tak dak satu pun sumbangan untuk membina iman aku hari ini...
Jadi haruslah aku melarikan diri dari perkara-perkara yang melaghokan
dan kembali membuat persediaan untuk menghadapi perang kertas



Jujurnya,
aku suka exam...

I love the feelings of tense, panic, seram sejuk, blurr
medan peperangan tu...lagi best
seeing everyone in a tense situation

focusing every bit of attention

squeezing till da last drop of idea in da brain

but there are certain people who...

if you watch carefully

do not develop this kind of feelings
there are so...undescribable ( sambil mulut mengunyah kek coklat)
Relax jer... luks like nothing happen...blank expression being displayed.
blank goes da paper in front of them...

blank...

fill in da blank...
blank...blurr

OK! ENOUGH OF THAT!

"Pernah dikau kucinta...setiap detik kupuja...
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang terindah...
Berikan aku diari tulis setiap hari"

p/s: lagu terakhir yang dinyanyikan oleh roommate aku...

Isu Solusi ke-18 ada menyebut tentang 'pandangan mata yang menyihir'
tapi kalau kita tertengok atau terpandang sekali jer?
Sekali jer tapi panahan syaitan tu tepat kena ke hati...susah betul...
Avoid eyes contact...
Tapi aku tak sengaja...
Itu tandanya ujian Allah dah datang...hmm...bengong jugak jadiknya...
Stay calm...stay calm...do not panic...we are trained professional ( The Buglife)
Ujian itu malah berentetan tika aku cuba untuk mengubat hati
Macam mana nak berjuang kalau ujian macam ni pun dah nak collapsed?
Ignore jer bisikan-bisikan syaitan tu...
Buktinya, benda tu dah tak nampak macam masalah...
Its not the time yet...so, relax sudah...
Biasala perasaan dan perasan tu...nama pun manusia
Kadang-kadang lawak jugak benda nih...:) gelak Ayu...gelak...kang kena batang hidung sendiri padan muka...
Eleh, dah kena...tak dak apa-apa pun...

Alhamdulillah, Allah masih sayang...ya, Allah sayang saya...buktinya sentiasa mengiringi setiap langkah kaki saya di UKM ini...bahagianya

Ubat hati ada 5 perkara:

1) yg pertama baca Quran dan maknanya

2) Solat malam dirikanlah

3) berkumpullah dengan orang soleh

4) Berbanyaklah berpuasa

5) zikir malam berpanjanglah

Salah satunya, sapa bisa menjalani, moga-moga Allah akan memberkati...
Serasa-rasa macam pernah tulis entri ni, dejavoo la plak...
Nak wat iklan kat sini, saya nak cari calon suami untuk kakak, tapi betul ke cara camni?
Tak serius betul...eh, ini serius, ada sapa-sapa yang nak membantu?
Sekadar berkongsi...


SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN

MAN JADDA WA JADDA


-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-


~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter