Saturday 31 July 2010

CERITA MERAPU

Berehat sebentar. Betulkan urat-urat belikat dan leher setelah tunduk selama 10 minit. Macamlah lama. Itulah masalah saya, sambil buat kerja, otak mesti ligat berfikir macam-macam. Tak boleh nak fokus langsung. Tiba-tiba timbul persoalan. Apa akan jadi kalau kita bagitau kat seseorang kita suka kat dia? Apa reaksi dia? Yer la orang perempuan kalau buat macam tu mesti orang ingat gelong kan? A'ah, in fact saya pun akan cakap 'kau ni gelong'...
Saya pernah la mengutarakan persoalan ni kepada seorang cikgu di tempat kerja saya dulu. Surprisingly, dia bagitau yang dia pernah buat macam tu. Masa tu dia kat U. Dia suka dekat senior nih. Setelah lama memendam perasaan dia dengan beraninya berhadapan dengan senior tu dan bagitau, "Saya suka kat awak, awak suka kat saya tak?"...Haaa, amik kau. Senior tu tergamam dan speechless.:)) Pastu cikgu tu bagitau, " Tak pa, awak fikir dulu, tak payah bagi jawapan sekarang."
Menurut cikgu tu, mereka berkawan sehingga cikgu tu nak graduate. Tapi cikgu tu cakap, sewaktu berkawan dengan senior tu, cikgu tu dapati senior tu memboringkan. Haha. Dia rasa menyesal pulak sebab bagitau yang dia suka senior tu...:)) Perasaan suka pun dah hilang. Hubungan itu pun terhenti setakat itu sahaja sebab senior tu pun dah bekerja dan cikgu pun mengikut haluan sendiri.
Pastu saya tanya, habis tu, macam mana cikgu kenal suami? (Jaga tepi kain betul yer saya ni...hihi). Cikgu cakap dia kenal sewaktu dia bekerja sambilan di kedai runcit. Suami dia selalu datang ke kedai. Kadang-kadang dia saja buat-buat beli benda sebab nak tengok cikgu. Akhirnya suami dia bagitau yang dia suka kat cikgu. Then, cikgu cakap masuklah meminang. Bertunang dua bulan, pastu terus kahwin. As simple as that. Hmm, kalau lelaki yang meluahkan perasaan jadi ler plak, kalau perempuan ada ja yang tak kena kan...
Ada pengajaran tak daripada cerita di atas? Maafla agak merapu. Sementara nak tunggu Maghrib ni. I have split personality. Sometimes I can be Dr.Jekyll and sometimes I can be Mr.Hyde. Ni mungkin dalam kategori Mr.Hyde kot.Ok, dah Maghrib. Adios...
~ Creating ideas for lives ~

Thursday 29 July 2010

SUKARNYA UNTUK JATUH CINTA


Di kala sedang menyental kotoran degil di kaki seluar yang

tak nak tanggal, saya terfikir...

Allah Maha Penyayang sebab tak palitkan dosa kita di muka seperti mana

kotoran degil. Susah nak tanggal dan kadang-kadang memang tak tanggal.

Maka semua orang boleh melihat dosa tersebut.

Kena betul-betul taubat dan menangis barulah hilang kotoran tu

macam basuh baju, kena sental betul-betul atau rendam dalam clorox (erk, betul ka ejaan tu?)

Adakah berani kita nak buat dosa? Tambah-tambah wanita yang menjaga kecantikan

kulit ni. Tapi Allah tak buat sebab Allah nak ukur setakat mana iman kita.


Lagi satu, kalau buat dosa, jadi macam Pinocchio (lg skali, betul ka ejaan?)

Bila bohong saja hidung jadi panjang. Uish gerun.


Sebenarnya bukan isu itu yang saya nak sentuh malam ni.

Apa yang buat saya terfikir dan tertanya-tanya...

Banyaknya manusia itu jatuh cinta kat seseorang apabila melihatnya.

Love at first sight la konon. Dari mata turun ke hati.

Untuk lebih adil, saya ni pun termasuk la dalam golongan tersebut.

Tapi saya lagi dahsyat. Love at bersight-sight. (perosak bahasa)

Saya pernah menyebut sebelum ini kita akan suka kat seseorang itu apabila kita melihatnya selalu.

Kalau dah jauh atau tak kelihatan, mesti pudar rasa cinta. ( ini untuk orang yang baru mula jatuh cinta)

Eleh, tapi ada juga orang yang bercinta bagai nak rak,

dari sekolah menengah, tapi apabila berjauhan di universiti berlainan,

cinta pun pudar.


Tidakkah kita terfikir, kalau kita boleh jatuh cinta tahap giga kat seseorang,

sanggup diperbodoh dan memperbodoh diri sendiri, (maaf bahasa kasar)

sanggup jadi macam Majnun, di mana-mana sahaja bayang-bayang Laila sentiasa mengekori,

Inikan pula sahabat-sahabat alam maya sekalian, inikan pula....


PENCIPTA insan-insan yang kita sayang ni.

Kita akan berjuta-juta kali ganda sayang pada Allah S.W.T. apabila kita melihat-NYA.

Allahuakbar!!!

Renung sejenak...

Sedangkan ciptaannya pun sudah mampu membuatkan kita makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, jantung berdebar-debar apabila berjumpa, macam nak terkeluar pun ada.

Bayangkan kelak apabila kita berjumpa dengan Pencipta insan ini?

Saya yakin jantung kita akan pecah disebabkan rasa cinta yang meluap-luap.

Mata terbeliak, mulut ternganga, air mata berjuraian disebabkan

JATUH CINTA pada-Nya.


Tapi, pada masa itu, disebabkan dosa-dosa kita di dunia, ALLAH tak nak pandang pun kita.

Kalau di sini, orang yang kita cinta tak pernah pandang pun kita, kita rasa

sedih dan rendah diri. Siapalah aku disisimu?

Inikan pula ALLAH , Tuhan kita yang apabila satu-satunya peluang untuk

melihat-Nya, tapi Dia tak nak pandang kita...

Ya Allah, hancur lebur hati ini.


Kenapa sehingga saat ini pun, aku masih gagal untuk jatuh cinta pada-MU?


Jadi, apabila kita cintakan seseorang, sebenarnya kita mencintai Penciptanya.

Allah yang telah menciptanya seindah-indah ciptaan yang menepati cita rasa kita.

Macamlah disebabkan masakan mak kita yang sedap, kita semakin sayangkan mak kita.

Begitu juga, disebabkan oleh sukanya kita pada seseorang, kita sepatutnya semakin menyayangi Penciptanya.

Bukankah sifirnya begitu?


Habis tu, apakah yang menghalang kita dari jatuh cinta kepada Allah???

Ya, tepat sekali. Sebab kita tak dapat lihat Allah.

Kalau mak, sambil kita menikmati masakan mak yang sedap, kita dapat tatap wajah mak.

Tapi Allah...Maha Besarnya Engkau

Kita hanya mampu melihat dan melepaskan rasa cinta kepada ciptaan-Nya sahaja,

which is a wrong did. Love the creation but fall in love with the Creator.


Sayang Allah pada semua makhluk, tapi cinta Allah itu mahal harganya.

Nak dapatkan cinta Allah memang bukan ini jalannya.

Baring atas katil sambil mengadap laptop, which is wat I was doing rite now.


Saya tahu, tapi sukarnya untuk jatuh cinta...


Rabiatul Adawiyah jatuh cinta pada Penciptanya, Allah

dan menjadikan Allah sebagai kekasih gelapnya.

Tidak dapat dilihat tapi dia mencintai Allah sepenuh hati.


Bercinta dan tidak dapat melihat sesuatu yang kita cinta itu

lebih menguji kesucian cinta kita.


Ya Allah, pandainya saya bermain dengan kata-kata

padahal sukarnya saya untuk jatuh cinta.........


-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-





~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 27 July 2010

TEROKAI DIRI ANDA

Banyak benda nak dibuat dalam satu masa
Semuanya disebabkan sikap suka bertangguh
kurang disiplin dengan masa
akhirnya, jadi macam kartun
Ada satu benda yang rasanya semua orang memiliki sikap ini
Awal-awal penubuhan blog, semangat betul post macam-macam
lama-lama semangat itu menurun,
Bukan dah malas, idea ada cuma .....masa???
Adakah masa yang harus disalahkan?
Of course not you.....
Saya nak buat pengakuan ikhlas
Rupa-rupanya saya ni cemburu orangnya
Dulu tak nak mengaku
Tapi bukan cemburulah kot, tapi bersifat possesive
atau dalam bahasa Malaysianya, mengawal
pengakuan ini dibuat tidak berlandaskan keadaan emosi semasa atau apa-apa,
juz merely a fact of human personality.
Sifat ini saya sedari apabila kalau saya buat temujanji dengan seseorang,
saya nak hanya saya dan dia dan tidak ada orang lain bersama-sama
sama ada dari pihak saya atau pihak dia.
Kalau temujanji itu melibatkan banyak orang, saya perlulah dimaklumkan terlebih awal
untuk persiapan mental dan fizikal terlebih dahulu
kalau tidak, saya akan rasa kurang senang untuk berbual dan hajat saya bertemujanji
akan terbantut, ringkasnya
I dont like surprises.
Makluman itu pula perlulah dibuat the moment temujanji itu dipersetujui
supaya saya boleh mengelat awal-awal daripada berjumpa dan
mengaturkan temujanji yang melibatkan saya dan dia sahaja.
But of course, dis situation differ if it relate to guys,
In fact I will avoid them whatsoever in every way.
Saya pernah beritahu ayah saya bahawa saya bersedia untuk berpoligami,
sebabnya ayah cakap kalau kita kahwin kerana Allah,
maka kita akan anggap apa sahaja yang kita buat adalah kerana Allah.
Tapi setelah menyedari saya ini bersifat mengawal,
saya perlu berfikir dua kali untuk berkongsi suami dengan orang lain.
Cerita-cerita di atas bukanlah ditaip dalam keadaan saya sedang beremosi atau apa-apa,
Hakikatnya, saya memang tak berperasaan pun sewaktu sedang menaip ni.
Memang saya ini jenis tidak berperasaan kot.
Sebenarnya saya masih dalam proses mengenali diri,
berada di dalam badan 'saya' ini bukanlah bermaksud saya memahami
segala tindak balasnya dan gerak lakunya.
Kadang-kadang sikap-sikap dan sifat-sifat yang ditonjolkan merupakan
sesuatu yang di luar kawalan dan di bawah sedar.
Untuk sedar siapa diri kita memerlukan masa.
Memang menarik pencarian diri ini.
Kita dapat mengetahui tindak balas kita dari segi fizikal dan emosi apabila
kita berada dalam sesuatu situasi.
Bagaimana kita refleks dengan situasi tersebut.
Dan sifat mengawal atau possesive atau bahasa kampung 'mengawai'
ini merupakan antara sifat-sifat saya yang baru saya ketahui.
Sebenarnya ia bermula dari kecil-kecil lagi tapi itulah, ia berlaku di bawah kawalan.
Saya kalau mak bawa pi kedai saya tak bagi adik-adik yang lain ikut,
tapi kalau mak bawa adik A, saya akan menghasut
supaya adik B minta untuk ikut sama.
Perbuatan ini memang mengundang kemurkaan di pihak mak saya.
Dan saya berhenti berkelakuan sedemikian
dan sangka sifat tersebut sudah hilang.
Rupa-rupanya masih ada dan dikawal oleh sifat tidak berperasaan tersebut
yang dibentuk sejak dari darjah Satu.
Kepada kawan-kawan saya katakan saya sukakan sesuatu yang eksklusif.
Apabila menyebut sifat ini, bukanlah bererti sifat ini
tidak boleh dibendung atau dihapuskan. Boleh jer.
Kita perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri.
Hate the sin, not the sinner, kan?
Unikkan manusia itu? atau adakah sifat ini kita kongsi juga
dengan binatang?
Alamak kena kongsi juga ker.....
~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 20 July 2010

ETIKA SEWAKTU MAKAN

Dalam aktiviti harian kita, pernah tak kita mengikut etika yang ditetapkan? Dari kecil sampailah besar, ibubapa merupakan orang yang sentiasa mengajar etika kepada kita tanpa kita sedari. Sebagai contoh, mereka menetapkan macam mana kita harus beradab apabila berada dalam sesuatu situasi. Contoh, kalau malam kena tidur awal. Sebelum tidur, basuh kaki dan baca doa tidur. Bangun tidur, basuh muka dan gosok gigi sebelum makan. Depan rezeki jangan bersembang. Kalau tetamu datang, jangan berlari-lari di hadapan tetamu. Semua etika-etika yang diterapkan ini kalau dilanggar, maka ibubapa tidak akan teragak-agak untuk menghukum. Bagi kita yang masih kecil, menerima hukuman untuk perbuatan yang kita rasa tak salah pun menunjukkan ibubapa tak sayang kepada kita. Tetapi apabila besar, mereka yang hidup sentiasa penuh dengan etika sedari kecil, akan merasa bersyukur apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka tidak akan berasa kekok berhadapan dengan pelbagai peringkat manusia.
Perlu sebenarnya kita mengetahui etika-etika asas dalam kehidupan. In fact, dalam agama Islam penuh dengan garis panduan tentang etika menjadi seorang Muslim yang terbaik. Ish, skema betul penulisan. Nak menaip secara santailah.
Hari tu, ada dengar dalam radio siaran Light.fm. Dia ada menyebut "chew with your mouth close"...."have a table manner"..Ha.... Sebenarnya kengkawan, mengunyah dengan menutup mulut ini merupakan SALAH SATU DARIPADA ETIKA! Terutamanya untuk wanita nih. Jujur aku katakan, memang buruk sebenarnya mengunyah dengan membuka mulut. Kenapa?
1) Membuat bunyi bising yang mengganggu orang sekeliling
2) Memperlihatkan makanan yang kita kunyah tu...ewww
Bunyi kunyahan itupun dah amat mengganggu. Amat tidak selesa. Kalau kita makan sensorang tak apalah. Ini makan dengan orang-orang lain. Mana tahu, salah seorang dari kawan kita itu tidak selesa dengan cara kita tu. Kita kena terima hakikat bahawa etika di meja makan adalah:
1) Mengunyah kena tutup mulut
2) Ambil makanan yang berhampiran dengan kita
3) Jangan meletakkan tangan kiri kita di atas meja apabila ada orang di sebelah kita sebabnya orang di sebelah akan menggunakan tangan kanan untuk makan.
Adik-adik penulis sentiasa kena tegur dengan penulis kerana mereka suka kunyah dengan mulut terbuka. Ini menyebabkan apabila penulis berada berhampiran dengan mereka, mereka akan mengunyah dengan menutup mulut. Latihan ini berguna juga untuk mereka kerana bunyi kunyahan makanan dengan mulut terbuka boleh didengari sebatu. Percaya dak? Kalau tak percaya betapa huduhnya mengunyah dengan mulut terbuka, cuba makan di hadapan cermin. Tengok imej anda. Ooohhh...sungguh tidak molek. Bukan penulis sahaja beranggapan sedemikian atau bersikap prejudis. Radio Light.fm pun telah menyebut mengenai perkara tersebut. Ini menunjukkan perkara ini merupakan sebahagian dari etika umum dalam masyarakat. Alah, dalam Kemahiran Hidup dahulu pun pernah belajar. Apa guna pelajaran kalau tak praktikkan?
-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 18 July 2010

JEJAK BAHAGIA SEORANG MUSLIM




Dari mana datangnya bahagia bagi seorang Muslim? Dari luar atau dari dalam? Kenapa kita melihat orang bukan Islam lebih bahagia daripada kita? Adakah kita mengukur kebahagiaan itu dengan keelokan paras rupa, kekayaan harta benda, kekuasaan yang mutlak, banyaknya teman dan pengikut, atau kejayaan akademik? Kalau itulah ukuran kita, kita bukanlah betul-betul bahagia. Akuilah, hakikatnya kita lebih sibuk menggapai kebahagian dari luar berbanding kebahagiaan dalaman.

Sebenarnya, beza antara Muslim dan kafir itu adalah ia bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar jika ditimpa musibah. Itu adalah hasil kebahagiaan yang dicari dari dalam. Orang kafir tidak memiliki kebahagiaan dalaman. Allah tidak memberi mereka ketenangan hati seperti mana kita. Mereka sentiasa resah dan gelisah. Jika kita membaca pengalaman-pengalaman mereka yang memeluk Islam, rata-rata menjawab jiwa mereka kosong sebelum memeluk Islam. Oleh sebab itu, mereka yang tidak mendapat hidayah sentiasa tercari-cari kebahagiaan dari luar yang berupa, ramainya teman, rumah yang besar dan selesa, teman wanita dan lelaki yang jelita dan hensem, populariti, melancong ke serata dunia, kereta yang mewah, pengikut yang ramai, dan bermacam lagi perkara yang boleh membahagiakan mereka. Namun, apabila mereka kembali berseorangan di bilik setelah pulang dari parti, majlis, atau pejabat, mereka akan merasakan satu kekosongan yang amat sangat sehingga kadang-kadang kekosongan itu membuatkan mereka seperti hendak gila dan takut. Ya, perkara ini merupakan suatu kebenaran kalau kita baca novel-novel mereka. Semestinya novel itu menggambarkan pemikiran penulisnya. Adakah kita merasakan Angelina Jolie yang kaya-raya, memiliki ramai anak, teman lelaki yang hensem, rupa yang jelita dan populariti itu bahagia? Ya, semua itu adalah kebahagiaan. Tetapi semua itu luarannya sahaja. Bahagia yang dicari dari luar. Sentiasa tidak habis dan tidak lama bahagianya. Harta boleh habis, populariti boleh menurun, teman lelaki boleh berpisah, anak akan bermasalah dan lain-lain lagi.

Persoalannya, adakah kita pun seperti mereka?
Kita berusaha mencari kebahagiaan dari luar tanpa kita sedari. Cuba kita fikirkan sejenak. Kita sentiasa berusaha mencapai tahap akademik yang tinggi dengan harapan ia akan membahagiakan kita. Ya, perasaannya memang membahagiakan sewaktu mendapat tahu keputusan peperiksaan yang cemerlang. Namun, perasaan tersebut lenyap dalam beberapa saat. Kita cuba memberitahu diri sendiri, 'ya, aku bahagia'. Tapi kenapa hanya seketika? Selepas itu kita berusaha lagi dan kita berjaya lagi mendapat kebahagiaan dengan keputusan yang baik. Namun, apabila kita mendapat keputusan yang kurang elok, kita tidak mampu merasakan perasaan bahagia apabila mendapat keputusan yang cemerlang.
Kita berusaha mencari sahabat sejati dan menjumpainya. Kita bahagia. Tetapi, apabila sahabat kita sudah tidak sehaluan, dapatkah kita merasakan kembali kebahagiaan pertama kali kita bersahabat dengannya? Kita mengimpikan rumah yang mewah dan besar. Apabila kita memperolehnya, kita merasakan ini merupakan kebahagiaan kita. Namun, apabila kita ditimpa musibah, rumah yang besar dan mewah tersebut terasa sempit dan menghimpit. Di manakah perasaan bahagia memiliki rumah tersebut? Kita berusaha mencari pasangan hidup yang menepati ciri-ciri yang kita hendak dengan harapan semua ciri-ciri tersebut akan membuatkan kita bahagia. Kita memang takut rumahtangga kita tidak bahagia. Sebab itulah ramai wanita yang tidak berkahwin dengan alasan takut pasangan hidupnya nanti tidak mampu membahagiakan mereka. Apakah jaminan bahawa yang menepati ciri-ciri yang kita kehendaki itu akan membuatkan kita bahagia?
Kenapa kita sibukkan diri dengan sesuatu yang tidak pasti sedangkan kita mempunyai pilihan untuk merasa bahagia? Sedarlah, Muslim itu telah dikurniakan jalan oleh Allah untuk memiliki kebahagiaan yang mutlak yang tidak diperoleh oleh orang kafir. Kenapa kita mengikut jalan mereka dalam mencari bahagia? Kita kata kita tak bahagia sebab Allah tidak mengurniakan rezeki kepada kita, kita tak punya rupa yang cantik, tak punya ibu bapa yang memahami, tak pandai dan segala macam. Tidak sedarkah kita bahawa kebahagiaan datang dari hati? Iaitu dari dalam? Bukankah hati itu hak kita? Bukankah kita berkuasa ke atas hati kita? Oleh itu, kalau kita tak bahagia, salah siapa? Manusia boleh cipta seribu satu peraturan dan kawal hidup kita. Manusia boleh penjarakan jasad kita, hina kita, lukakan kita dengan kata-kata, tetapi tidak ada sesiapa yang berkuasa atas hati kita. Kita rasa terluka kerana kita sendiri benarkan hati kita terluka. Tidak ada manusia dapat ubah hati kita melainkan dengan izin kita dan izin Allah jua kerana kita masih hamba-Nya. Jadi, KUATKAN HATIMU! BAHAGIAKAN HATIMU dahulu sebelum kita mencari kebahagiaan dari luar!
Jumlah tentera Israel yang membunuh diri lebih banyak daripada yang terkorban di medan perang. Kenapa? Kerana hati mereka resah dan gelisah, hati yang kosong menyebabkan mereka merasa tidak pasti dan tidak selamat. Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang terpenjara tidak sekali pun takut dan gentar menghadapi tali gantung. Said Qutb mati di tali gantung dan sedikit pun dia tidak gentar. Kerana apa? Kerana walau jasad diseksa, hati beliau tetap tidak berubah. Walaupun mereka berada di dalam penjara, namun penjara tersebut tidak mampu memenjara hati mereka. Kerana kebahagiaan mutlak bukanlah terletak pada aspek luaran tetapi aspek dalaman iaitu hati.
Jika kita berjaya memperoleh kebahagiaan hati, tidak kira dalam situasi apa pun kita berada, kita masih boleh merasa bahagia dan tidak bersedih hati. Kita boleh lihat perbezaannya antara orang yang bahagia hatinya dan orang yang tidak bahagia hatinya. Orang yang bahagia hatinya, walau masalah sebesar gunung menimpa, dia masih mampu tersenyum dan tenang. Kita yang mendengar masalahnya pun sudah menggeleng-geleng kepala, namun dia masih mampu melemparkan senyuman. Bandingkan pula dengan orang yang tidak bahagia hatinya, masalah yang hanya sekadar ribut secawan kopi, mampu membuatkan dia mengambil jalan singkat seperti membunuh diri sedangkan jalan penyelesaian itu boleh dicari.
Jalan penyelesaian? Tidak mahu tidak, sebagai seorang Muslim kebahagiaan mutlak itu hanya diperoleh apabila kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bersamaan dengan hampirnya bulan Ramadhan ni, eloklah dilakukan pembersihan hati supaya kita memperoleh bahagia yang dicari. Jika bahagia hati kita, dalam keadaan apa pun, senang atau susah, kita tetap akan merasa bahagia menghadapinya. Perasaan bahagia ini akan berpanjangan kerana kita tahu Allah sentiasa memelihara kita. Jika tidak, Allah tidak akan mengurniakan perasaan bahagia ini yang hanya eksklusif milik seorang Muslim. Jika kita tidak merasa bahagia, kita ubatlah hati kita dahulu.
Ubat hati ada 5 perkara:
1) Baca Quran dan maknanya
2) Berbanyaklah berpuasa
3) Berkumpullah dengan orang soleh
4) Solat malam dirikanlah
5) Zikir malam berpanjanglah
Salah satunya, sapa bisa menjalani, moga-moga Allah Taala mencukupi (lirik nasyid)
Semoga perkongsian ini mampu membantu kita semua dalam menjejaki kebahagiaan yang hakiki milik Illahi. Hidup ini singkat sebenarnya apabila mereka yang kita kenali pergi meninggalkan kita pada usia yang muda.


"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya;
tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang
ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang
tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan
bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering,
yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
(Surah Al-An'am: Ayat 59)
~ Creating ideas for lives ~

Thursday 1 July 2010

NOVEL & WANITA

Keluar dari Popular dengan kekecewaan. Hope to find something interesting to buy and read. Inilah masalahnya bila kita hanya mampu membeli dalam kewangan yang terhad. Ok, it had nothing to do with money. Tapi, bila kita nak beli beberapa buah jer buku, kita mestilah mahukan yang terbaik. Sesuatu yang berkualiti untuk dibaca. Rupanya ia sesuatu yang sukar melebihi jangkaan. Buku ilmiah memang dah bertimbun kat rumah dan seperti biasa ia memerlukan lebih masa untuk menghabiskannya berbanding novel atau buku cerita. We cannot simply read it, we have to digest it too. Nak beli buku ilmiah ini lebih senang daripada beli novel rupanya. Pada pendapat akulah.
Niat di hati nak rehatkan minda daripada tengok buku-buku ilmiah dan berat dengan informasi dengan novel. Belek punya belek, tak ada satu pun yang berkenan di hati. Novel-novel sekarang ini, bila aku baca terasa seperti kehilangan sesuatu. Something is missing. Berbeza betul dengan buku-buku cerita dahulu yang pernah aku baca kat rumah tok aku. Sesuatu yang aku cari-cari dalam setiap pembacaan novel-novel sekarang ini sudah tak ada. Nak cakap macam mana ek? Rasa macam tak ada roh dalam novel-novel tu. Bukan sahaja novel-novel cinta Alaf 21 yang sememangnya menjemukan dan aku dah berhenti membaca terbitannya sejak tingkatan Lima, malah novel-novel lain sama ada dari Kaki Novel, Karisma dll.
Apa yang aku dapati, perjalanan cerita lebih kurang sama yang pastinya kita dah dapat teka. Memang boring. Nak tau kenapa? Penulis-penulis sekarang ini macam tak buat homework sebelum menulis. Memanglah aku ni bukan orang sastera, tapi melalui pembacaan aku, cerita-cerita novel ini lebih berkisar tentang kehidupan watak-watak tersebut. Maklumat tentang watak-watak ini semua adalah maklumat-maklumat yang biasa. Sesuatu yang semua orang sudah tahu. Rupa paras watak, tempat dia tinggal, jenis kereta, pekerjaan dan maklumat-maklumat yang biasa-biasa. Bukanlah aku mahukan sesuatu yang luar biasa macam watak ini berasal dari Planet Marikh dan merupakan kacukan alien-manusia. Itu macam jauh dari realiti pulak. Ketidakpuasan ni bukanlah timbul melalui pembacaan sebuah buku sahaja, tapi setelah terlalu banyak membaca sehingga muak dengan persembahan yang sama. Sekarang aku dah berhenti daripada membaca bahan-bahan picisan dan lebih tertumpu kepada bahan bacaan yang berat-berat. Tetapi, kadang-kadang kita perlukan bahan bacaan yang dapat membina jiwa. Dan sumbernya bukanlah semata-mata daripada buku agama atau motivasi tetapi juga melalui novel.
Novel yang menceritakan mengenai kehidupan. Bila cakap mengenai kehidupan bukanlah setakat kasih sayang antara lelaki dan wanita yang diceritakan dengan gaya yang sungguh tak membina jiwa. Penulis pulak agak mementingkan diri sendiri dengan menceritakan mengenai situasi dan keadaan watak-watak utama sahaja tanpa menyentuh mengenai benda-benda di sekeliling watak yang memberi pengaruh kepada perkembangan imaginasi pembaca. Seperti budaya di sekeliling tempat watak tersebut, alam sekitar, cuaca, manusia-manusia sekeliling. Macamlah mereka ini semua tak memberi pengaruh kepada watak-watak utama. Watak-watak tersebut dilihat lebih tertumpu kepada masalah hati dan perasaannya 24 jam. Kiranya penulis hanya menceritakan mengenai apa yang dibuat watak tanpa menyorot suasana di sekeliling yang dapat memberi maklumat kepada pembaca.
Mungkin penyampaian aku agak memeningkan, tapi aku mencari sesuatu yang kian pupus daripada penulis-penulis baru. Walaupun aku bukan penulis, tapi aku pembaca. Sebagai pembaca aku nak baca sesuatu yang membina jiwa. Seperti kisah manusia dengan alam, manusia dengan binatang, gelagat manusia di sesuatu tempat. Bukan semata-mata cerita lelaki dan wanita yang berkonflik. ITS SOOO BOORING. Bila aku luahkan kat mak aku, mak aku cakap aku nak cerita rakyat. A'ah. Mungkin itu yang aku cari. Sesuatu mengenai kehidupan masyarakat. Yang ditulis dengan serius berdasarkan kaji selidik mengenai sesuatu kawasan tersebut. Melihat kembali budaya, asal-usul, perjalanan hidup masyarakat. Ok, mungkin aku nampak tua dan permintaan aku mungkin tak akan terpenuh kerana jenis bacaan tersebut tidak ada market value atau mungkin aku kena cari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau mungkin aku kena tulis cerita sendiri. Remember, Im juz a reader, ok?
Lastly, I grabbed Free Star World Cup and One Fifth Avenue. Apparently, One Fifth Avenue was a wrong choice. I ended up feeling a sense of guilt by reading it if you know what I mean. However, it wasnt a bad idea at all put aside the sinful parts. With 564 pages, its like a guidance book to know New York and New Yorkers. Thats what book is all about. It keeps you inform about world, culture and place you have never been before. We can picture every piece of description made to the place aside the story about the conflict of the characters. And it wasn't just two lovechicks conflict, but it was conflict between residentials in One Fifth Avenue. If only you understand...
Tapi tak boleh nak salahkan penulis sebabnya permintaan di pasaran macam tu. Jadi kita lihat remaja kita, ewah tak sedar diri tu remaja gak. Ok, ramai dalam kalangan kita remaja yang suka membaca sesuatu yang picisan tanpa di selang-selikan dengan bacaan ilmiah. Dr.Vernon Jones, seorang psikologi Amerika yang ternama, melakukan eksperimen kepada sekelompok anak sekolah yang usia dan status pendidikan yang sama. Cerita tertentu dengan bias khusus diceritakan kepada kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya adalah, cerita-cerita ini membuat "perubahan kecil tetapi kekal terhadap karakter kanak-kanak ini, meskipun di dalam situasi kelas yang terbatas." Ada sebuah hukum yang berlaku: Secara fiziknya anda adalah apa yang anda makan dan secara moral dan mental anda adalah apa yang anda baca. Pembacaan novel picisan yang menghidangkan mengenai konflik dua hati hanya menyebabkan remaja menjadi self-centered kerana cerita tersebut hanya menumpukan kepada masalah hati dua watak dari mula bertemu sampailah watak tersebut berhasil untuk melakukan sesuatu dengan perasaan tersebut. Ini menjadikan remaja begitu determine nak pursue cinta sejati dan memuaskan perasaan sendiri sehingga perkara lain dah tak penting dah. What a lament...
Ni yang buat aku nak berleter lagi panjang nih. Ok2. This is the solution. Part of suggestion. Buatlah sesuatu cerita mengenai masyarakat, budaya dan alam. Gabungkan kesemua elemen ini supaya imaginasi pembaca menjadi lebih luas dan tidak hanya tertumpu dalam dunia dua watak atau beberapa watak sahaja. Jangan terlalu menumpukan kepada hubungan lelaki dan wanita sahaja, kaitkan juga hubungan-hubungan sosial yang lain. Contoh, macam buku cerita Lasykar Pelangi. Cerita macam itu adalah cerita masyarakat yang digarap dengan rapi. Penuh dengan details tentang keadaan dan latar cerita.
Sebagai sampingan buat remaja-remaja perempuan yang mana tengah mengalami masalah jiwa-jiwa nih, come on, have a pride. Put down dat novels. They will not help. Sebenarnya masalah ini bermula apabila dari mata turun ke hati. Betullah. Cuba kalau kita tak pernah tengok seseorang tu, kita takkan tau pun dia wujud. Betul dak? Ok, tapi sekarang masalahnya dia wujud. Cuba kalau kita jumpa sekali jer, mesti kita takkan sempat nak jiwa-jiwa kan? Tapi ini jumpa hari-hari. Ha, di situlah masalahnya. Jumpa hari-hari. Lepas tu layan pulak novel-novel cinta. Tak kiralah cinta islamik ker, cinta biasa ker, bukan cinta biasa ker, sama ja. Semua tu hanya membuatkan kita terlebih sensitif dalam berperasaan. Lepas tu layan sensorang, dengar pula lagu-lagu jiwa-jiwa...ish,ish,ish. Thats a burden dear. Lepas dah jumpa hari-hari, si lelaki pula berkelakuan yang pada pandangan perempuan yang sudah jiwa-jiwa ini seperti memberikan perhatian lebih kepada perempuan ni dan mempunyai maksud di sebaliknya. Sedangkan lelaki ni tak bermaksud apa-apa pun. Kadang-kadang kaum ni memang sengaja wat camtu. Betul dak, kaum Adam?? Owh, pesimis betul aku dengan kaum ni. Sorry, cant help it. Its reality. Jadi kaum Hawa, kalau rasa sesuatu yang tak kena pada perasaan, itu bukanlah tandanya dia pun suka pada anda, tetapi tanda anda bakal berperang dengan hati besar dan hati kecil anda. Oleh itu, bagi mengelakkan segala macam salad perasaan (perasaan yang bercampur) silalah tinggalkan sesuatu yang merangsang perasaan anda untuk mengingatinya. Kalau sebelum ini suka novel cinta, bacalah sesuatu yang serius dan ilmiah. Macam buku-buku mengenai masalah dunia Islam, perjuangan, sirah Nabi, politik dan pelbagai lagi. Barulah kita sedar bahawa banyak lagi masalah yang perlu kita fikirkan daripada masalah hati dan perasaan nih. Tak payah dengar lagu jiwang-jiwang. Kalau perlu, ambil masa untuk keluar dari universiti dan bersiar-siar lihat keindahan alam, tenangkan fikiran bersama rakan-rakan. It will work that way. "Stronger than yesterday, now it nothing but my way"-Britney Spears, Stronger Than Yesterday. Hihi. Jadilah wanita yang kuat.Have a big agenda in lives and you will not waste your time crying for nothing. Adios...
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang,
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter