Thursday 26 May 2011

[ Belajar dari Pengajar ]

With Allah’s love
Assalamualykum my dear


Hari ni, ada ustaz baru masuk bagi tazkirah lepas bacaan Quran. Bukan la baru cuma dia lama dah tak masuk and kebetulan dia baru masuk hari ni sejak 1st day Cleo lapor diri. Tak pernah jumpa lagi sebelum ni. Wah, best dengar tazkirah ustaz ni, senang faham. Okay, the point is, nak kongsi kat sini apa yang dapat tadi. Maaf la kalau tak dapat bagi 100% ye.

Bismillahirahmanirahim ~

Hari ni kami baca Surah at-Thur, ayat 32 – 49. Ustaz Lukman start dengan ayat 29 untuk tafsir ayat.

“Maka peringatkanlah, kerana dengan nikmat Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula seorang gila.” - 29

“Bahkan mereka berkata: Dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya.” – 30

Ayat 30 ni, ustaz terangkan:
Orang-orang kafir ni tunggu saat Nabi SAW mati, atau jatuh sakit dan sebagainya.

“Katakanlah Muhammad: Tunggulah! Sesungguhnya aku pun termasuk orang yang sedang menunggu bersama kamu.” – 31

Ayat 31 ustaz cakap:
Kat sini Allah mengajar kita bagaimana nak hadapi orang yang sedang marah atau benci kita. Sebab orang-orang kafir masa ni sangat membenci Nabi SAW. Jadi Allah ajar Nabi untuk buat macam mana yang diorang buat kat nabi. Means, Allah suruh nabi cakap balik kat diorang: Sesungguhnya aku juga tertunggu-tunggu saat kecelakaan menimpa kamu. (Lebih kurang macam ni la ayatnye, format je lain. Huhu.)

Then baru ustaz masuk ayat yang kami baca hari ni, ayat 32 sampai habis. Panjang jugak sesi hari ni. Huhu.

Okay, jap. Cuba kita perhati kay. Lam muka surat ni, banyak ayat yang dimulakan dengan kalimah ‘Am’ – Alif, lam – Sori, laptop ni dah tak reti nak tukar tulisan. Hehe.
Kalimah ni is istifham mungkar – kalimah persoalan yang menunjukkan pengingkaran. Means dalam ni, persoalan yang ditimbulkan menunjukkan pengingkaran. Contohnya, A tengah baca surat khabar. B datang and tanya, “Dok baca paper ka?” A jawab, “Habeh, hang nampak ku dok makan?” – Haa, this last one yang menunjukkan contoh tu. Tak faham lagi? Tak pe, jom tengok tafsir ni, insya-Allah faham kayh. ;)

“Apakah mereka diperintah oleh fikiran-fikiran mereka untuk mengucapkan (tuduhan-tuduhan) ini ataukah mereka kaum yang melampaui batas?” – 32

Nampak tak? Allah tujukan persoalan ni menggunakan ‘Am’ – ‘Apakah’, diikuti dengan ayat ingkar perintah Allah. Take it slowly okay. Baru faham. =)

“Ataukah mereka berkata: Dia (Muhammad) mereka-rekanya. Tidak! Merekalah yang tidak beriman.” – 33
Okay, kat sini, tambah lagi yang tadi. Bila ‘Am’ bertemu dengan ‘Bal’ – Ba, lam – it means persoalan tu dituju kepada orang yang dah tau kebenaran. (Kalau baca lagi, banyak lam muka surat ni ‘Am’ diikuti ‘Bal’ dalam satu ayat yang sama) Means, sebenarnya, orang-orang yang tuduh Nabi SAW mereka-reka al-Quran, tuduh Nabi seorang yang gila, etc, sebenarnya diorang pun tau nabi bukanlah seorang yang gila, diorang tau al-Quran tu mustahil dari Nabi sendiri.

“Maka cobalah mereka membuat yang semisal dengannya (Al-Quran) jika mereka orang-orang yang benar.” – 34

“Atau apakah mereka tercipta tanpa asal-usul ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?” – 35

See? Sama dengan tadi, guna ‘Am’.

“Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan).” – 36

“Ataukah di sisi mereka ada perbendaharaan Tuhamu ataukah mereka yang berkuasa?” – 37

“Atau apakah mereka mempunyai tangga (ke langit) untuk mendengarkan (hal-hal yang ghaib)? Maka hendaklah orang yang mendengarkan di antara mereka itu datang membawa keterangan yang nyata.” – 38

“Ataukah (pantas) untuk Dia anak-anak perempuan sedangkan untuk kamu anak-anak lelaki?” – 39

“Ataukah engkau (Muhammad) meminta imbalan kepada mereka sehingga mereka dibebani dengan hutang?” – 40

“Ataukah di sisi mereka mempunyai (pengetahuan) tentang yang ghaib lalu mereka menuliskannya?” – 41

“Ataukah mereka hendak melakukan tipu daya? Tetapi orang-orang yang kafir itu, justeru merekalah yang terkena tipu daya.” – 42

“Ataukah mereka mempunyai tuhan selain Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” – 43

Sekadar hiasan


Semua ni ustaz combine bincang macam tadi je. Ada la tambah-tambah sikit, tak berapa ingat sangat. Sorry ye.

“Dan jika mereka melihat gumpalan-gumpalan awan berjatuhan dari langit, mereka berkata: Itu adalah awan yang bertampuk-tampuk.” – 44

Haa… yang ni memang ingat sungguh. Ustaz cakap, ayat ni dituju kat orang-orang kafir yang masa tu, kalau diorang nampak langit tu runtuh sekalipun, diorang anggap tu tak ada apa, hanya langit yang bergumpal-gumpal. Sama jugak la ngan zaman kita. Yang bila lihat berlaku bencana alam, kita anggap itu hanyalah kitaran alam. Allah jadikan ribut, taufan, banjir, tanah runtuh, kita umpamakan berlaku kerana bencana alam, berlaku kerana beberapa sebab kitaran alam, it’s the nature, factor geografi. Tapi kita tak lihat pada janji Allah tentang akhir zaman, berlakunya banyak kebinasaan. Allah nak tunjuk kat kita tanda-tanda akhir zaman, dengan turunnya bala Allah secara terang-terangan, tapi kita ditutupi dengan tanggapan: “Eh, ye lah, tempat tu jadi gempa bumi sebab dia duduk dalam lingkungan kawasan tu.” See? Kadang kita pun tak sedar akal kita berpandangan macam ni, kan?

Tersentak jugak masa dengar tadi. Hmm.

“Maka biarlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka, pada hari itu mereka dibinasakan.” – 45

Masa ni, Allah perintahkan Nabi biarkan je orang-orang kafir ni sampailah diorang hadapi sendiri hari kiamat. Hmm. Rasa tak best kan bila orang yang sayang kita mula buat tak reti kat kita? Ya Allah, mohon dijauhkan dari jadi macam ni. Amin.

“(Iaitu) Pada hari (ketika) tipu daya mereka tidak berguna sedikitpun bagi mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan.” – 46

“Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim masih ada azab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” – 47

Yang ni ustaz tak hurai, ustaz skip je.

“Dan bersabarlah (Muhammad) menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun.” – 48

“Dan pada sebahagian malam bertasbihlah kepada-Nya dan (juga) pada waktu terbenamnya bintang-bintang (pada waktu fajar).” – 49

Okay, yang kat atas ni, untuk tatapan semua.

Allah bagi kita cara, kalau hati tak tenang, ada problem, dalam gelisah, Allah suggest kita banyak mengingati Allah. Bangun di sebahagian malam, dan sebelum berakhirnya malam untuk memohon dan mengingati-Nya. Tengok? Sayangnya Sang Pencipta kat kita, siap offer lagi untuk kita, gi jumpa dia anytime kita perlu untuk tenangkan hati kita. Tapi kita…? Wallahu a’lam ~




Berleter mode lagi
Cleo

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 8 May 2011

I AM FREE




ALL THE BEST FOR YOUR LIFE JOURNEY!
RELY UPON ALLAH
BE GRATEFUL
APPRECIATE WHAT HE HAS GIVEN TO US

HOLD YOUR LADDER TO CLIMB UP, NOT TO CRAWL DOWN BEFORE THE TIME


~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter