Wednesday 26 May 2010

KESABARAN PENAWAR KEBOSANAN

Manusia ni banyaknya yang jenis cepat bosan. Termasuklah aku. Kalau kena buat perkara rutin, mesti perasaan bosan tu akan singgah. Rasa macam masa bergerak seperti siput. Kalau boleh nak tiap-tiap hari happening jer. Tapi bila happening, mulalah kelam-kelibut perasaan.
Apakah yang cuba aku sampaikan ini? Sebenarnya, aku memiliki perasaan cepat bosan yang keterlaluan dan sebenarnya perasaan ini kadang kala menyakiti hati sesetengah pihak terutamanya sahabat-sahabatku. Tapi kalau yang dah rapat tu, mungkin tak ambil kisah. Kebosanan yang terlampau akan menyebabkan seseorang itu menjadi tidak berperasaan. Dia menjadi kurang sensitif dengan suasana persekitaran.
Tapi masalah aku sekarang, aku kebosanan dengan rutin harian di tempat kerja. Aku rasa masa bergerak seperti siput meniti di atas permukaan daun. P e r l a h a n- l a h a n. . .Aku agak tidak sabar menanti hari aku akan balik ke rumah menandakan pengembaraan aku sepanjang cuti semester ini akan berakhir tidak lama lagi.
Tapi, sejak beberapa hari ini aku merasakan masa bergerak dengan begitu cepat ( hakikat sebenar masa sememangnya cepat), tinggal lagi 7 hari aku di sini. Hal ini demikian kerana, aku menemui penawar kepada kebosanan aku iaitu kesabaran. Besar peranan sabar ini. Contoh-contoh sabar:
1) Tidak merungut. Kalau kita perhatikan, dalam satu minit, berapa patah perkataan yang manusia boleh tuturkan? Banyakkan? Sebab itulah kita rasakan lecture dua jam rasa macam satu hari. Sebabnya manusia boleh tuturkan banyak benda dalam satu minit. Hal ini akan menyebabkan manusia yang mendengar kebosanan apabila terlalu banyak input yang menerjah ke dalam tempurung kepala. Jadi, apabila kita mula merungut, itu hanya menyebabkan masa dirasakan lambat bergerak sebab kita merungut dan merungut tanpa ada kesan pun terhadap masa. Sehingga kami terpaksa tubuhkan Kelab Janggut (Jangan Merungut) waktu peperiksaan semester hari tu bagi mengelakkan banyak merungut. Cuba kita tak merungut langsung dengan perkara rutin kita. Kita buat jer. Pastu kita jangan banyak bercakap. Tup-tup, aik dah tinggal 7 hari jer lagi. Sekarang aku merasakan masa bergerak pantas apabila aku tidak merungut.
Alamak, tadi rasanya idea macam mencurah-curah ke ladang gandum, tapi bila mengadap laptop dah tak tahu nak taip apa. Disebabkan tak tahu dah nak sambung apa, aku just nak pesan kat diri dan semua, kurangkan merungut dan tingkatkan kesabaran. Orang selalu cakap, sabar ada batasnya. Hakikatnya, kesabaran itu tidak ada batasan bahkan ia adalah infiniti. Nafsu kita yang meletakkan batas tersebut. Yer la, kalau dah nafsu amarah menguasai diri, mestilah dia nak pastikan nafsu tersebut puas. Jadi guna alasan kesabaranku ada batasnya. Tapi bergantung juga kepada situasi. Kan ada marah yang dituntut. Marah kerana Allah. Hmm...aku cuma menyampaikan dan dalam masa yang sama dalam proses pengaplikasian sifat sabar nih.
Kebosanan juga menyumbang kepada berlakunya segala gejala sosial. Banyak situasi yang kita dapat lihat hari ini terjadi disebabkan ada unsur-unsur kebosanan yang terlampau dalam diri dan tidak diubati. Salah satu ubatnya ialah sabar. Contohnya, kalau kita bosan dengan perangai seseorang, kita akan jadi cepat melenting jika dia buat kesalahan yang sama. Cuba kalau kita sabar. Arwah tok aku memang sabar orangnya. Walaupun aku fikir tok aku ni bosan dengan perangai tok wan aku yang suka mengutuk tok aku depan-depan orang, tapi kesabaran tok aku jelas kelihatan. Dia senyum jer. Aku tak pasti aku boleh sabar ke dak. Tapi memang orang dulu-dulu nih, tahap kesabaran dia tinggi sehingga mengatasi rasa bosan mereka. Sebab tu mereka boleh duduk rumah jaga anak-anak sampai 13 orang, layan kerenah anak-anak dan suami. Buat rutin harian dari pagi sampai malam selama 50 tahun hidup bersama. Sabarkan? Salah satu faktor mereka sabar itulah, sifat kurang merungut tu. Berleter lain. Berleter tu salah satu cara menghidupkan suasana. Berleter macam mana pun orang-orang dulu, tak pernah pun berpatah arang, berkerat rotan. Orang sekarang nih, tak berleter pun, tak cakap banyak pun, tup-tup..." Abang, ceraikan saya. Saya dah tak serasi hidup dengan abang." Yang suami plak. " Kalau itulah yang awak pinta, saya tunaikan. Saya pun rasa kita memang dah tak sehaluan."
Contoh lain kesabaran ialah:
2) Tidak memikirkan bahawa anda sebenarnya berasa bosan.
Jangan sesekali buat kesimpulan, aku dalam kebosanan. Itu yang selalu aku buat dan ia amat menyeksakan. Menjadikan aku manusia yang tidak berperasaan dan selalu membuat keputusan yang tergesa-gesa bagi mengelakkan kebosanan. Hakikatnya, aku hanya menjerumuskan diri ke dalam situasi yang membuntukan fikiran dan menyenakkan kepala otak. Walaupun kita bosan tahap cipan, cuba untuk tidak mempedulikan perasaan tersebut dan membuat kesimpulan bahawa kita merasa bosan dengan keadaan kita sekarang. Hal ini akan membuatkan kita memikirkan perkara-perkara baru bagi mengelakkan kebosanan. Kalau perkara yang kita fikir tu adalah perancangan yang teliti dan dipertimbangkan tak pa la juga. Tapi kalau keputusan tergesa-gesa sebab dah tak sabar-sabar nak keluar dari rasa bosan, ianya akan memakan diri di kemudian hari.
Setakat itu sahaja, aku sahaja nak pujuk diri dan mendorong diri supaya lebih banyak bersabar.
-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-
~ Creating ideas for lives ~

Sunday 23 May 2010

ANTARA TERJAH DAN FITNAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Sekarang inikan waktu cuti semester bagi pelajar universiti. Jadi, sekarang ini juga waktu pemuda pemudi kita membina masjid atau mengikat tali pertunangan. Kawan-kawan aku pun tak terlepas dari perkara-perkara ini. Sebenarnya aku tak suka menyentuh mengenai perkara sebegini. Kalau aku buka mulut jer mesti kawan-kawan akan komen, " Ang ni, jangan menolak fitrah." Bukanlah aku menolak fitrah, tapi dah kalau 24 jam asyik bercerita pasal kahwin-kahwin jer, orang lain kahwin, depa pun teringin nak kahwin, berbulu ler juga telinga.
Kawan aku nak kahwin hujung minggu ni. Ok, fine. Kahwinlah. Baguslah. Tapi yang kita ini pun berangan-angan sama sedangkan jodoh tak sampai lagi, bawa-bawalah bersabar. Banyak lagi benda nak kena fikir. Ustazah cakap, kalau kita nak yang terbaik, kita kena jadi yang terbaik. Tu salah satu faktor yang membuatkan aku malas nak fikir pasai benda ni. Aku tawakal jer.
Tapi ada satu perkara yang akan membuatkan aku fikir nak cepat kahwin. Fitnah. Dengan dunia sekarang yang fitnah macam kegelapan malam, aku pun kadang-kadang tak terlepas. Dekat KL ni, hanya ada aku dan dua adik laki aku. Kalau jalan sensorang mestilah bahaya. Nak bawa kawan, kawan tak nak ikut. Jadi siapa lagi yang boleh kuharap selain daripada adik-adik laki aku. Mereka kan mahram aku. Yang tak bestnya bila aku dengar dari mulut-mulut orang yang menuduh aku berjalan dengan pak we. PAK WE? Dengar perkataan tu pun buat aku senak perut, inikan pula nak memiliki satu. Nauzubillah. Aku masih waras ok. Kalau nampak aku pegang lengan lelaki, itu tandanya adik aku. Faham? ADIK aku. Dalam keluarga kami memang dah dididik macam tu. Aku tahu aku ni bertubuh kecil, tapi tak bermaksud aku tak layak nak jadi kakak.
Tapi lebih baik diterjah berbanding difitnah. Aku diterjah gara-gara dilihat memegang lengan adik lelaki aku. Ni sape ni?
Kakak saya.
Ye ke kakak? Abis tu kenapa pegang tangan?
Ya Allah, dunia sila beritahu aku, adik dan kakak tak boleh pegang tangan kah? Kami diterjah sampai tahap aku kena tunjuk IC, baru nak percaya. Dunia sekarang memang dah terbalik. Manusia sudah tidak boleh berbaik sangka. Sedangkan pada waktu tersebut aku berpakaian muslimah. Takkanlah seorang muslimah nak berpegangan tangan dengan bukan mahramnya . Rasionallah sikit. Ok, aku faham. Dunia sekarang memang macam tu. Kasih sayang antara saudara-mara dianggap pelik, tapi kalau kasih sayang antara bukan mahram dianggap suatu perkara yang suci dan kudus sehingga tahap melahirkan anak luar nikah. Apa semua ini? Ok, mungkin aku agak emosional dalam mengulas isu ini.
Mungkin disebabkan kena terjah. Tapi bukan sekali perkara ini terjadi. Sebelum ini, cerita-cerita ini selalu sampai ke telinga aku. Kawan kepada roommate aku pernah nampak aku dengan dua orang laki di Mid Valley. Nak tahu apa mereka cakap? " Tak sangka, Ayu macam tu. Tengok baik." Ya Allah, aku memang baik...:P Nasib baik roommate aku tahu aku pergi jumpa adik aku kat Mid Valley. Jadi dia terangkan perkara yang sebenarnya. Tapi kalau yang tak tahu? Sabar jer lah...
Jadi sesiapa yang kenal aku kat sini, dan baru membaca entri ini, aku beritahu korang semua, aku ada tiga orang adik lelaki dan adik aku semua tinggi-tinggi dan besar-besar belaka. Jadi kalau ternampak aku bersama-sama either one of them, itu adik-adik aku. Muka kami memang tak serupa. Yer lah. Genetik mak dan abah. Tapi kami semua memiliki mata yang sama kalau diperhatikan betul-betul. Alah, buang masa jer aku bagitau. Orang kalau dah suka memfitnah, memang tak akan perhati dua kali.
Adakah ini cara Allah nak ubah persepsi aku terhadap perkahwinan? Wallahualam. Tapi memang Allah menjanjikan ketenangan dalam perkahwinan. Tapi perkara ini bukanlah satu perkara main-main. Ia berkaitan dengan hak dan tanggungjawab. Tak tenang juga kalau kita tak faham hak dan tanggungjawab setiap pasangan,. So far, aku tak faham. Jadi aku bukan dalam kategori wajib atau harus berkahwin. Sementara nak reda trauma diterjah, aku fikir nak kahwin. Tapi lepas dah reda, aku takkan fikir perkara ini dan kawan-kawan aku kembali berkata, " Ayu, jangan menolak fitrah, kahwin sebahagian daripada sunnah, bla...bla..bla".
Al-islamu ya'lu wala yu'la a'laih
~ Creating ideas for lives ~

Friday 21 May 2010

SURAT CINTA MONYET YANG KURAMPAS

(Surat cinta monyet)

2o Mei 2010,

Baru-baru ni masa jaga peperiksaan budak-budak KAFa darjah 4, aku rampas surat di atas yang dipassing antara pelajar laki dengan pelajar perempuan. Terkejut aku masa baca isi surat tersebut. Sabar jer lah. Kalaupun nak passing kertas, tunggu la lepas periksa ker, ni tak. Bila aku baca isi surat tu, aku geleng-geleng kepala. Terimbas aku kembali memori silam sewaktu aku di sekolah rendah.

Teringat aku kembali kepada satu peristiwa 14 tahun lalu. Perkara yang sama terjadi kepada seorang kanak-kanak darjah satu. Dia pun bermain-main surat cinta monyet dengan seorang lelaki. Satu hari, surat tersebut dirampas oleh cikgu dari kelas lain. Kemudian, cikgu tersebut memberi surat tersebut kepada guru kelas murid tahun satu tu. Esoknya, dia dipanggil bersama pasangannya di hadapan kelas. Nak tahu apa jadi? Kedua-dua orang murid tersebut kena rotan dengan bulu ayam di hadapan rakan-rakan yang lain. Teresak-esak dia menangis kerana sakit dan malu. Apa yang aku tahu mengenai kanak-kanak tersebut, peristiwa tersebut menjadi turning point atau pengajaran besar baginya bahawa hubungan antara lelaki dan perempuan tidak boleh lebih dari hanya satu keformalan.

Aku sempat memerli budak-budak yang menulis surat tersebut, tapi dengan tanpa perasaan malu atau bersalah, budak laki tu suruh aku buang jer surat tu. Pada zaman aku, rotan adalah perkara biasa. Kalau aku hukum budak-budak tu sekarang ni, mesti esoknya aku kena serang dengan ibu bapa.

Teori mengatakan bahawa kanak-kanak sekarang ini bernafsu besar disebabkan oleh terlalu banyak makan daging dengan ayam. Ada logiknya. Ayam dan lembu kan dicucuk dengan satu ubat yang menyebabkan haiwan tersebut sentiasa kelaparan yang menyebabkannya sentiasa makan. Akibatnya, badan haiwan tersebut membesar bagai dipam-pam. Belum sempaT ubat tu absorb sepenuhnya dalam tubuh badan atau dikumuh, haiwan tersebut disembelih dan dimakan oleh anak-anak kita. Jadi ubat tu pun beralih ke dalam badan-badan budak-budak sekarang ini. Kesannya, mereka bernafsu besar dalam makan. Kanak-kanak mana yang tak suka ayam? KFC lagilah.

Oleh itu, nanti ada anak-anak, jangan latih anak-anak makan ayam terutamanya yang makanan segera. Nanti mereka malas belajar. Asyik nak bercinta jer. Ada satu hari tu, sewaktu aku sedang mengajar dalam kelas pra-KAFA, seorang kanak-kanak perempuan datang beritahu aku rakannya, A besar nanti nak kahwin dengan aku. Lawak pun ada, sedih pun ada. Yer la, baru 6 tahun dah bercita-cita besar nak kahwin. Di mana silapnya didikan kita? Kan bahagia kalau dengar mereka bercakap besar-besar nanti mereka nak berjuang untuk Islam. Sepertimana kanak-kanak Israel yang ditanamkan dengan sifat benci kepada Islam sedari kecil dan bercita-cita untuk membunuh orang Islam apabila dewasa nanti, kita seharusnya buat macam tu juga. Tak gitu? Biar dari kecil lagi mereka tahu bahawa mereka ada tanggungjawab yang lebih besar nak dibuat bila besar nanti. Ok, mungkin perkara ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa. Aku jer yang perasan lebih. Mungkin naluri kanak-kanak cepat suka kat seseorang apabila diberi layanan baik. Sampai ada yang datang cium pipi aku masa nak balik rumah. Terkejut ustazah! Astaghfirullahalazim...tak pa. Kanak-kanak laki. Tak baligh lagipun. Jangan sampai yang darjah lima pun datang cium ustazah. Pengsan aku. Persoalannya, apa agenda kita untuk mereka sebenarnya?

Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih



~ Creating ideas for lives ~

Monday 10 May 2010

RINDU...TAPI TAK MAMPU...

Lokasi: Dalam bilik kawan sekerja
Situasi: line internet yang sekejap on sekejap off...( curi line rumah sebelah)- berdosa ke tak? Ok, KIV.

Nak cerita! nak cerita! nak cerita! Nak cerita!

Ada dua perkara yang aku nak cerita kat sini
i) Journey aku ke Pahang
ii) Pengalaman aku bekerja

Macam-macam kan aku nak cerita? Semua ni adalah warna-warna dalam kehidupan aku sepanjang dua bulan ni. Tapi aku terfikir satu benda. Aku pernah dengan pendapat orang yang kata, 'tak perlulah nak story semua benda yang kita buat dalam hidup ni'. Semua nak cerita. Bila fikir-fikir balik, betul juga. Sedangkan benda-benda yang kita buat tu tak besar pun. Tapi nak counter pendapat tu, biarlah kalau orang nak cerita kat dalam blog apa-apa yang dia buat pun, kalau tak suka, jangan baca. Habis cerita.

Bukan senang manusia nak share sesuatu kat seseorang. Jadi, inilah peranan blog. Kita story kat umum, kadang-kadang ia boleh membawa kelegaan. Tapi cerita aku bukan sekadar cerita tersurat, ada yang tersirat yang aku ingin kongsikan.

Tapi, disebabkan internet yang ngok-ngek, aku terpaksa nantikan peluang lain pulak. InsyaAllah. Banyak sangat benda nak cerita, kalau aku dah boring, aku biarkan gambar yang bercerita. Sekarang, kawan sekerja aku tengah memujuk aku untuk makan malam. Pukul 11.30 p.m.! Nak ke tak? Nak ke tak? Nafsu mengata ya, akal mengata tidak! Alasan, nanti kena tunggu 2 jam untuk digestion plak, baru ble tido. Kalau tak, mau esok bangun lambat. Camna eh? Tapi, sedap ler gak kalau makan megi malam-malam ni. Sayur kubis dah hiris, telur pun ada. Baru jer tadi buat mi goreng untuk makan malam. Ya Allah, Ayu, sabar ok? However, by the end of this post, you will find me cooking da maggi...sorry...cant help it.

Ok, tu je kot... sebelum internet ni totally lost, so, I better get going now. Pray for my success here. Really need it. ~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter