Monday 22 November 2010

Kusangka Panas Hingga ke Petang

(Kek Coklat Moist)

Sewaktu sedang meraut lidi daun tembakau di bawah rimbunan pohon

kacang kelisa yang memanjat , aku berhenti sejenak

lalu menebarkan pandangan ke tengah bendang di mana awan mendung

berarak datang menandakan hari hendak hujan.

Seperti mana hari-hari lain, hari ini juga menjanjikan bumi Pulau Pinang

akan basah pada malam ini, insyaAllah walhamdulillah...

Apabila sedang berlapar ni, macam-macam makanan menjengah ke minda.

Nak masak apa hari ni? Tiba-tiba teringin nak makan kek coklat. Nak cari mana?

Nak buat tak pandai...sebenarnya belum pandai.

Macam mana nak pandai kalau tak mula buat sekarang? A'ah...betul juga.

Aku persudahkan kerja yang terbengkalai untuk memulakan perancangan membuat

Kek Coklat Moist.

Sebelum membuat, nak korek mana resepi? Dalam buku memang tak boleh dipercayai.

Tak pernahnya betul. Aku SMS Alang meminta buah fikiran. Jawapannya...hampa.

"W'salam...kek gula hangus Alang x pandai.
Alang pernah buat tp x jadi.Maaf ye"

Aku buntu. Nak cari kat mana lagi ek? Siapakah yang reti? Nak tanya Kin

yang kat Mesir, kredit tak mencukupi. Munirah? Hehe...puding karamel dia pandailah.

Tiba-tiba teringat blog Kak Hajar. Dia pernah buat kek coklat dan rasa-rasanya

dia letak resepi dalam tu. Tanpa berlengah aku mula menyelongkar

entri-entri lamanya. Yes! Ada...Alhamdulillah.

First, make sure we have all da ingredients dat needed.

Ok, yang tak dak cuma minyak jagung, baking powder, dan telur.

Dipendekkan cerita, apabila semua bahan-bahan dah siap

proses membuat kek pun bermula. Pastu, topping.

Hasilnya macam dalam gambar.

As happy as I was, still it wasnt a very good ending I made.

Nampak comei, mak dan abah jadi perasmi. Mak cakap sedap, abah diam tapi makan

juga dalam dua tiga sudu. Selalunya chef bila dah masak, dia malas nak makan.

Ye ka sedap mak ni? Aku mencuba satu sudu. Eh, kenapa MASIN?

Huuu...baru teringat waktu buat topping tadi, tersilap letakkan Buttercup lebih...alahai...

Kenapalah mangkuk ayun sangat....mentega tukan masin???

Gara-gara nak menjadikan topping tu berkilat punya pasai.

Sangat sedih...cubaan pertama boleh dikatakan gagal.

Nak cover rasa masin tu, topupkan kek tu dengan jem Blueberry, baru ok.

Still, I felt quite dissapointed wif myself. But at least I try, didnt I?

Esok nak cuba lagi...haha..satu turning point yang baik daripada tukang makan kepada tukang masak

sekarang ini. Lepas ni, nak makan kek, dah boleh buat sendiri. Kredit utk K.hajar kerana

berkongsi resepi. Syukran:)

~ Creating ideas for lives ~

AGENDA PAGI RAYA


Ni Nur Ain Zulaikha. Macam familiar nama ni kan? Yerla, nama watak dalam novel. Mak dia memang peminat no.1 novel-novel cinta. Tengoklah betapa mischieviousnya ekspresi muka dia. Ish, geram aku. Sekali waktu aku duduk atas kusyen, aku angkat dia pastu pura-pura nak gigit dia. Apalagi, meronta habis dia nak melepaskan diri dari Mak Ngah Ayu. Tiba-tiba, ‘Aaaaaaa...’ I lost my balance terus terjatuh dari kusyen dan terlentang atas lantai di celah-celah kusyen dengan meja. Aduuuuih... Dengan dia-dia sekali aku angkut. Mak, kakak dan Cik dia yang tengah bersembang terkejut dengar bunyi benda jatuh. Cek-cek, nampak aku terbaring kat celah-celah kusyen dengan meja sambil memegang Ika. Pecah gelak depa dengan keadaan aku yang macam nangka busuk atas lantai. Err...sakit ok? Ika terdiam sebelum bangun dari atas badan aku. Nak tau apa ayat yang keluar dari mulut dia lepas tu? “Padan muka,”. Sungguh tak patut kau Ika kata padan muka kat Mak Ngah Ayu sedangkan akulah yang berusaha menyelamatkan dia dari terjatuh dengan lebih dahsyat. Ko lagi kejam Ika dari Mak Ngah. Tahniah...Ni mesti Cik dia yang ajar...




Ni Aleesya. Tu gambar dia waktu dia mula-mula masuk rumah aku. Yang gambar bawah tu selepas dia dikiss oleh aku. Sungguh tak patutkan? Dia meraung ok lepas aku kiss pipi dia. Orang cakap, budak-budak ni boleh nampak aura kita. Kalau aura kita tak baik, dia akan nangis bila tengok kita. Ye la tu...nak cakap aku ada aura tak baik. Pada pendapat aku, mereka nangis bukan sebab aura aku tak baik, tapi disebabkan hidung aku yang keras. Hatta, orang-orang tua pun komplen. Err, pernahkah ada orang yang hidung dia lembut? Musykil, musykil.

Ni Syifa. Dia demam, so aku tak ganggu dia lebih-lebih. Tenang jer tengok dia lena. Tapi mak dia cakap, dia selalu meraung macam Aleesya kalau sihat. Owh, I was glad she’s sick.

Hmm, cek mek molek ni namanya Athirah. Sopankan dia duduk? Adakah semulajadi camtu? Of coz not. Dia telah didoktrinkan oleh Nenek dia a.k.a Mak Jang aku yang kat sebelah dia tu. Sebelum dia duduk bersimpuh tu dia duduk macam biasa jer. Sekali Mak Jang aku kata, “Baby, duduk elok-elok, nanti tak dak orang nak pinang duduk camtu,” Hahaha...secara automatik, slow jer dia ubah posisi duduk bersimpuh. Ya Allah, she was juz 4 years old. Bertuah Mak Jang aku nih...kuat sungguh doktrin tu. Sabar jer la...the only grandaughter, camtu la. Very particular. Aku cukup suka protokol-protokol ni. Tapi bukanlah disebabkan nak bagi orang pinang. Tapi memang cucu dia sorang ni kecik-kecik lagi dah nampak cerewet. Imej jaga yang amat. Yer la, dari kecik mak dia sediakan satu beg penuh dengan Baby Johnson punya produk, bila ramai orang cium anak dia yang gebu tu, terus dia bagi mandi. Tak bleh busuk atau belemoih (kotor) sikit, terus bagi mandi. Baju tak payah cakap, lawa kemain. Ada gaya, mutu, keunggulan. Dari cara jalan, pegang tisu, bercakap, semua ada gaya. Sombong ler juga. Kena puji-puji dulu baru dia layan. Macam manalah besar nanti. Hehe...kita tunggu dan lihat.

Yang ni Barzun. Tengok gaya dah tahu yang dia ni pendiam dan mendengar kata. Dulu kecik-kecik kuat nangis juga. Tak boleh berenggang dari mak dia. Tapi dah besar ni ok sikit. Memang cerdik budak ni. Jadi aku tak kacau sangat. Bila tanya soalan, jawab pun gaya budak baik. Bagus-bagus...bakal gentleman akan datang macam ayah dia.

Last but not least, my buddies...Ammar a.k.a Ah Meng. Kesepetan dia menawan hatiku. Hehe. Kalau cuti tak jumpa dia, rasa macam cuti tak lengkap. Aku kelek dia ke sana ke mari. Semestinya seorang yang mesra alam, jenis tak merap (buat perangai), dan tak belemoih.

Tapi, dalam banyak-banyak budak-budak ni, tak ada lagi yang aku jumpa macam Acik, adik aku yang kedua. Uish, comei habis. Bukan sebab dia adik aku, tapi sebab dia memang seorang bayi yang amatlah comelnya sewaktu kecil. Dengan badan yang bertubuh, kulit yang gebu, mata yang bulat tapi sepet (mata dalam). Ada orang cakap macam anak Bosnia. Sekali tengok bila besar-besar ni, ada iras-iras Podolski pemain bola sepak Jerman tu.

Kenapa aku gigih sangat bercerita pasai budak-budak ni? Orang lain pun ada anak menakan (anak saudara) juga, tak kecoh-kecoh pun. Yer la, sebab orang lain ada dan aku tak adalah aku kecoh-kecoh. Memang jarang jumpa budak-budak kecil sekarang ni. Jangan ingat aku dah sampai seru nak berkahwin pula, wohoo...jauh panggang dari api. Baru-baru ni teman sahabat pergi shopping barang-barang kahwin dengan mak dia, dia merungut “susah juga nak kahwin ni,”...haha...aku angguk-angguk tanda setuju.

Biasalah tu, mungkin naluri kot. Kalau bukan naluri, tak adalah seorang perempuan yang ubah jantina jadi lelaki tiba-tiba teringin nak mengandung pula. Memang tak senonoh. Rindu nak ada budak-budak kecil kat dalam rumah yang keletah. Tapi tak nak jaga. Nak main bila dia ok jer. Bila dia nangis, buat hal, aku tak nak amik port. Bagi kat mak dia balik. Masih ada sisa-sisa kekejaman di situ. Ya, dulu aku agak kejam kerana tidak sukakan kanak-kanak sebab depa ni kuat nangis dan belemoih. Mesti ada yang cakap, eleh dia masa kecil dulu pun mesti kuat nangis juga. Eh, eh, tak ok. Bila aku tanya mak aku, ‘Mak, Ayu dulu kuat nangis macam budak-budak tu ka?”. Mak aku cakap, “Tak, Ayu dulu tak reti menangis,senang nak jaga” Takkan mak cek nak tipu kot. Aku dari dulu lagi dah jadi kejam. Mafia. Ayun buaian tinggi-tinggi sampai tersaruk (tersangkut) kipas angin. Tak cukup kipas angin yang jatuh, kipas angin tu tarik dengan TV sekali. Dua-dua jatuh atas lantai depan-depan mak abah aku yang tengah menonton. TV tu rosak terus. Tapi aku tak nangis. Aku terkebil-kebil ja. Menakjubkan sebab mak abah aku tak marah. Hehe. Mak aku yang cerita. Tapi sekarang aku rindu pada kanak-kanak, apalah dosa budak-budak tu untuk tidak digemari. Bahkan mereka itu suci berbanding dengan aku yang sudah terpalit dengan dosa-dosa buatan sendiri. Astaghfirullah...

~ Creating ideas for lives ~

Thursday 11 November 2010

TOLLGATE GIRLS


Aish...jauhnya, bila nak sampai ni?
Letih dok mengikut jalan yang dibentang dalam Google Maps ni...

Terima kasih kepada semua yang menyokong adventure aku nak balik ke Penang,
Abah dah bising-bising,
Seperti biasa mak menyokong walaupun awal-awal tu terkejut,

Persediaan yang dibuat:
1) Cari co-pilot...tak boleh memandu sorang-sorang, nanti cepat menggelabah
2) Bajet harga minyak untuk full-tank -RM 60 untuk Proton Saga baru
3) Bajet harga toll ke Penang- RM 49.70 at normal rates
4) Harap-harap tuan punya kereta dah check up apa yang patut, cek air untuk temperature, brek, bla..bla

Kawan-kawan pun dah pesan apa-apa yang patut,
safety drive, nasihat apa-apa yang patut sepanjang nak menempuh Lebuh raya Utara-Selatan

Ya, demi cintaku padamu...
Sanggup ku redah dari Utara ke Selatan, cewah...

Doakan la yer pembaca-pembaca semua,
Takut semangat melebihi keupayaan pulak...

Lemah kat tol-tol ni...
Dua peristiwa yang buat aku trauma bila tengok tol tu

1) buat drive through tanpa berhenti kat tol, terus straight jer ke depan. Ingat naik motor ke? Huu, terpaksa berhenti di tepi jalan pastu jalan kaki ke bilik tu amik tiket...buat malu kat drebar lain. Macam tak pernah lalu tol...aisehh

2) Disebabkan gabra selepas kereta kena langgar dari tepi kat dalam terowong Smart sehingga side mirror terkepak (tp side mirror memang fleksibel kan), pastu orang yang jaga tol tu lelaki (menambahkan gabra), terlupa nak amik baki duit tol terus jalan, pastu cam pelik kenapa lelaki tu tengok semacam jer, er terpana dengan paras rupakukah? Pastu kawan sebelah tegur, 'duit baki Ayu'....alamak! Dengan muka tersengih cam kerang busuk, aku undur kereta sebab nak amik duit baki...nasib baik time tu tak ada kereta lain...huuu.. nasib baik dia tak buat muka menyampah, tapi dalam hati entahkan dia kata
"hmm....orang perempuan bawa kereta, camnilah..."
Ish tak baik sangka buruk, dia senyum jer pun...

Alkisah orang yang cepat gabra dan gelabah, perlukan co-pilot yang efisien dan peka pada persekitaran...ikutkan hati tak nak jadi pilot, nak jadi co-pilot...
Tapi pilot yang sesuai masih tak jumpa-jumpa..
Mungkin masih menuntut ilmu macam mana nak jadi pilot yang hebat...
Bila tiba saat dan ketika, saya bersedia untuk jadi co-pilot anda,
Tapi buat masa sekarang, akulah yang kena memandu...huu

~ Creating ideas for lives ~

Tuesday 9 November 2010

WARKAH CINTA


Setelah menyulam kasih selama 5 tahun, saya bangkit untuk buat pendedahan untuk perkongsian semua. Sebenarnya ukhuwah itu indah jika kena caranya dan tepat orangnya. Selama 5 tahun berutus surat, dari darjah 6 sehingga ke tingkatan 5, pelbagai pahit manis dikongsi dan kasih disemai. Ukhuwah fillah itu memang indah. Kami berjaya istiqamah berutus surat walau jauh di mata. Dalam tempoh 5 tahun tu, kami menjadi saksi kematangan ukhuwah yang dibina. Dari sembang benda-benda kecil kepada benda-benda besar. Dari perkara umum sehinggalah kepada rahsia hati. Ada dalam 60 lebih pucuk surat yang telah dilayangkan. Saya ingat nak bukukan, jadi saya harap pembaca boleh respon idea saya ni. :) Kronologi bacaan, dari bawah ke atas...Selamat membaca... untuk pembacaan yang lebih jelas, boleh buka FB saya bagi yang ada. Surat di bawah ni daripada saya kepada Fatihah Harun, sahabat sekolah rendah, merangkap sahabat pena saya setelah berpisah...





















~ Creating ideas for lives ~

REZEKI SILATURRAHIM


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Sesungguhnya tidak sia-sia orang yang menjalinkan silaturrahim

Hari ni saya merasa sebahagian daripada nikmat silaturrahim ini

Dalam meeting hari Ahad, orang lain sibuk bermeeting, saya sibuk membuat nota ringkas

untuk madah akan datang, kadang-kadang saja mencelah waktu post mortem dijalankan

Kak Zira yang memerhatikan tingkah laku saya menegur;

"Baca buku apa khusyuk sangat?"

"Hubungan Insan, nanti ada dua madah satu hari, takut tak sempat nak cover"

Dia terdiam sebelum bersuara kembali;

"Akak ada sorang kawan ni, dia ada soalan past year siap dengan jawapan,"

Saya yang pada mulanya tunduk khusyuk, mendongak

"Ye ker kak? Nakkkkkk....tolong la..."

"Jap akak tanya dia, er..Ayu ada kredit? Akak tak de nak mesej dia,"

"Alamak, Ayu pun tak da ni,"

Saya fokuskan kembali tumpuan kepada nota di tangan, waktu mendongak kembali,

saya terpandangkan dia sedang menaip mesej kepada kawannya menggunakan henset Kak Jannah,

Terdetik dalam hati, 'Sungguh-sungguh dia nak membantu saya,'

"Ayu bila boleh ambil?"

"Malam ni pun boleh kak," balas saya dengan bersemangat.

Siapa yang tak nak soalan past year ni, untuk subjek major mungkin kurang diberi perhatian,
tapi subjek U2, U3 ni, soalan past yearlah yang menjadi rebutan.

"Akak dah bagitau kat dia, nanti Ayu pergi ambil kat KTHO lepas Maghrib ye, ni nombor dia,
cakap kat dia Ayu ni kawan Kak Zira, dia cakap tak payah photostat, ambil terus"

"Ye ke kak? Bestnya, ok. Lepas Maghrib ni Ayu pi, terima kasih"

Lepas Maghrib jer saya terus menapak ke KTHO. Waktu tu jam menunjukkan pukul 8 malam.
Meredah malam sorang-sorang dari PMFST ke KTHO hanya nak dapatkan satu set soalan exam.
Waktu membelok ke laluan Canselori yang gelap, hati dah cuak. Terbayang benda-benda pelik muncul, tapi
disebabkan kurang melihat cerita-cerita hantu, jadi satu imej pun tak keluar.
Dipendekkan cerita selepas ambil kertas soalan saya menapak pulang ikut jalan lain.
Risau ada orang tunggu di laluan yang sama...

Tapi, serius tak sentuh pun kertas tu. Lepas jawab madah Kedinamikan Sistem Antarabangsa
yang tragis, baru sempat nak selak kertas exam. Dalam masa sejam saya menelaah (kalau boleh dipanggil
menelaah sebab punyala ekspres)

Waktu masuk ke dewan, mencongak-congak, apalah yang ada dalam otak aku.

Sewaktu membuka kertas soalan, WAH! Sebijik dan sebutir sama macam soalan past year.

Kalau waktu menelaah tadi ekspres, sekarang waktu menjawab pun ekspres sebab

takut terkeluar apa yang sudah dibaca. Jenuh nak kepung.

By the end of the day, Alhamdulillah...pesanan buat semua, menjalinkan silaturrahim itu adalah ibadah yang cukup-cukup Allah kasih. Kalau kita lihat rahsia keberjayaan Lim Goh Tong, taikun Genting tu adalah dia bersilaturrahim dengan setiap orang yang dia jumpa tanpa mengira pangkat, darjat hatta status seseorang. Sebabnya kita tidak tahu siapakah yang bakal kita jumpa pada masa-masa akan datang dan siapakah yang akan membantu kita ketika dalam kesusahan...

Jadi, berbuat baiklah dengan orang sekeliling, hatta orang yang kita jumpa di jalan,
hatta cashier kedai, penjual pasar malam, di mesin ATM kerana
boleh jadi mereka bakal membantu kita pada masa akan datang.

Sesungguhnya Allah selalu memudahkan urusan dua orang yang ingin bertemu untuk mengeratkan silaturrahim...sebenarnya salah satu petua panjang umur adalah menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan silaturrahim...wallahu'alam

~al-islmu ya'lu wala yu'la 'alaih~



~ Creating ideas for lives ~

Monday 8 November 2010

KASIH SEORANG WANITA


Wanita itu Allah kurniakan kepadanya sekeping hati yang penuh dengan kasih sayang. Beruntung orang yang mendapat kasih sayang wanita. Mungkin sebab itulah lelaki sentiasa tertawan kepadanya. Tambah-tambah wanita solehah. Tutur kata yang lembut, seulas senyuman yang manis, sepasang mata yang redup dan tingkah laku yang sopan. Saya antara yang tertawan. Walaupun saya ni termasuk dalam golongan wanita, tapi saya masih tertawan kepada golongan ini. Apatah lagi saya dapat merasai kasih sayang mereka tanpa batasan.

Menjengah ke blog-blog akhowat, hati bagai terpujuk. Walaupun hanya dapat menatap bait-bait kata tanpa berhadapan dengan orangnya, kasih mereka mengalir dari tulisan terus ke hati. Sejuk membasahi hati yang kering. Nak sangat berjumpa dengan mereka. Mendengar nasihat-nasihat mereka, menatap wajah mereka sedalam-dalamnya, memeluk mereka dan merasai hangatnya ukhuwah yang telah dibina.

Memanglah wanita solehah itu seindah-indah perhiasan. Saya tak reti nak menyusun bahasa yang berbunga-bunga seperti mana mereka, tapi memanglah mereka insan yang istimewa. Sungguh bertuah ikhwan yang dapat menyunting mereka. Mesti rumah mereka akan menjadi seperti mana taman-taman syurga. Ya Allah, cemburunya. Kadang-kadang rasa berat hati ini apabila memikirkan mereka tidak akan bersama-sama saya untuk selamanya. Seorang sahabat yang akan berkahwin sudah cukup membuatkan hati ini gundah gulana. Pada siapakah akan dicurahkan masalah selepas dia berkahwin? Semestinya suami dia yang selayaknya mendapat sepenuh kasih sayangnya. Saya faham itu dah saya tak akan merebutnya walaupun dia berjanji akan tetap setia menemani saya.

Berada bersama-sama mereka merupakan sumber kekuatan saya. Mengapa didamba kasih seorang lelaki sedangkan wanita itu lebih melimpah ruah kasih sayangnya? Hatta tulisan-tulisan mereka di blog-blog sudah mampu membelai jiwa yang kosong, dan membangkitkan semangat yang hilang. Tulisan yang ditulis dari hati terus ke hati. Ya Allah, rindunya kepada mereka. Rahmati mereka ya Allah kerana merekalah penyambung zuriat keturunan kekasih-Mu, Muhammad S.A.W. Saya sangat sayang kepada kalian...sayang yang amat...

Buat lelaki, jangan cemburu kerana tidak dapat merasai kasih sayang wanita-wanita solehah ini buat masa sekarang. Dambalah belaian kasih sayang ibumu. Nikmatilah kasih sayangnya yang melimpah ruah. Sangat rugi seorang anak yang tidak menikmati kasih sayang ibunya. Tidurlah di ribaannya dan rasailah belaian ibu. Berbuat baiklah kepada orang tuamu, semoga kau dikurniakan seorang isteri yang solehah hasil baktimu kepada mereka.

~coretan khas buat umy,k.hajar,k.sakinah,munirah...blog-blog kalian sangat membimbing saya...ukhuwah fillah~




~ Creating ideas for lives ~

Sunday 7 November 2010

Selamat Hari Lahir


ramai yang dilahirkan bulan november ni, alhamdulillah..=)
khas buat diri (hehe..nk jugak!), ahli keluarga, teman2, muslimin muslimat yang dikasihi dan disayangi Allah
yg ada exam bulan ni, SPM, final exam U dsb, em..slmt membuat persediaan & menempuhi peperiksaan itu..
semoga mendapat yg terbaik buat diri, agama & masyarakat (dunia akhirat) amin..
(ttbe jd takut pulak nk ucap, huhu..)
BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

~ Creating ideas for lives ~


*ilalliqa'

Wednesday 3 November 2010

ZON TIDAK SELESA


(Lautan luas sanggup kurenangi~berenang pun tak pandai)

Pernah tak kita berada dalam keadaan yang tidak patut? Tidak patut ni maksudnya dalam keadaan yang kita rasa kalau lantai tu boleh telan kita macam batu belah batu bertangkup mesti kita dah seru, "Batu belah batu bertangkup, tangkuplah aku, aku tak boleh terima keadaan ni".

Baru saya sedar selama ni saya terlalu selesa. Teramat-amat selesa. Kadang-kadang kedudukan yang selesa membuatkan kita seakan-akan jalan tak pijak tanah. Di awang-awangan. Sekali ada satu masa, ada orang yang menyedarkan kita, menghumban kita kembali ke tanah, menempelak kita 'ha, nilah asal kamu'. Perasaan terhempas dan mencium tanah itu teramatlah pedih dan sakit. Tapi ia berjaya membawa kita kembali ke tempat asal kita.

Memetik kata-kata H.M. Tuah;

"Jangan marah kalau orang letakkan kita dalam

tak selesa, tak sesuai, tak patut, sebab boleh jadi di situlah

kita boleh bina kecemerlangan diri kita. Jangan marah dengan cabaran

sebab cabaran itu hambatan. Hambatan adalah makanan. Hambatan

adalah peraturan menuju jaya"

Ya, setakat peperiksaan, masalah peribadi tu perkara enteng. Kita masih selesa apabila kita menghadapi masalah tersebut sebab ia hanyalah melibatkan diri dan hati. Macam mana yang dikatakan keadaan tidak selesa? Apabila kita berada dalam keadaan yang bukan kebiasaan kita berada. Apabila kita berada di keliling orang yang bukan kebiasaan kita bersama. Terdiri daripada pelbagai jenis orang yang punya pelbagai persepsi terhadap kita. Mempunyai gaya berfikir yang berbeza. Dan apa yang lebih penting, kita tak boleh lari dari keadaan tersebut. Memetik nasihat sahabiah yang jauh, 'keadaan tak kawal kita, kita yang kawal keadaan'.


Dalam satu-satu keadaan, ketidakselesaan itu akan menjadi semakin parah apabila kita ditegur di khalayak ramai tanpa kita punya peluang untuk membela diri. Ya...apa perlunya pembelaan diri kalau itu memang salah kita. Tapi untuk ditegur di hadapan khalayak atas kesalahan yang memang berpunca dari kita, itu memang dah cukup untuk menjatuhkan ego kita macam kek dibaling ke atas lantai. Kek yang tadinya lawa macam manapun akan terpenyek dan menjadi huduh. Itulah yang saya rasa. Saya memang tak boleh nak rasionalkan keadaan tersebut. Tambahan pula ditegur pula oleh orang tak kita kenali. Siapakah dia???

Siapakah dia tu tak penting...hatta yang menegur kita itu si benggali jual karpet, kalau itu memang kesalahan kita dan kesalahan kita memberi kesan kepada kemaslahatan ummah, kejayaan dakwah, keberkesanan tarbiyah, kita kena terima. Ya, kena terima dan muhasabah kembali selepas tu teruskan berjuang. Kita takkan tahu potensi diri selagi mana kita berada dalam zon selesa. Berada dalam bilik, dikelilingi oleh rakan-rakan yang kita sukai, pergi ke tempat yang memang kita nak pergi dan segala sesuatu yang menjadi kebiasaan.

Sudah tiba masanya kita keluar dari zon ini, cabar diri sendiri, pergi ke tempat baru, bersama dengan orang-orang yang sangat asing dengan kita, cuba untuk mencari titik persamaan, dan yang penting sekali, cuba untuk mencipta keselesaan dengan keadaan baru tersebut. Berada dalam ketidakpastian memang sesuatu yang sungguh tidak selesa. Apatah lagi kita bakal diserang dari segenap sudut di luar jangkaan. Jadi keterbukaan hati itu penting. Kena teruk macam mana pun, akhir sekali kita kena ingat, semua ini adalah tarbiyah dari Allah. Manusia sekeliling hanya merupakan alat tarbiyah untuk diri kita. Ya, ya, semakin dapat merasionalkan diri sendiri dan membina semangat baru. InsyaAllah.

Pokoknya letakkan keredhaan dan tawakal kepada setiap apa yang bakal Allah berikan kepada kita sama ada perkara tersebut merupakan sesuatu yang manis atau pahit untuk ditelan. (walaupun tak suka ubat, kena telan juga okeh). Akhir sekali, moga kita lebih kuat dan thabat untuk berjuang di jalannya.

Memetik nasihat seorang rakan yang diambil dari pesan Hassan al-Banna, sebenarnya kita sekarang ini hanya bermain-main di pinggir pantai dan tidak pernah cuba untuk berenang dalam lautan perjuangan. Jadi kalau setakat air membasahi kaki seluar, tak perlulah kita terus lari dari pantai dan mengaku kita dah lemas.

Faiza'azamtafatawakal'alallah

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

Monday 1 November 2010

CERITA BUDAK MALAS 2

"Eh cek...tak nak balik rumah lagi? Sekarang kan ada cuti sampai 8hb?" Aku berdialog dengan diri sendiri macam Gollum berdialog dengan dirinya dalam cerita Lord of The Ring.

A'ah la kan...Aku mengangguk-angguk. Habis tu, kenapa tak pergi lagi ni? Hari tu tak sabar-sabar nak balik sampai tak sempat-sempat. Nak tahu kenapa Aku tak balik kali ni?

Ya...kerana Aku ialah seorang budak malas...sebab dia malas la dia tak balik. Kalau dia balik kali ni, mesti orang cakap, "rajinnya ko balik"...nanti hilanglah title budak malas. So, konklusinya Aku tak balik.

Sekarang ni semua mahasiswa dan mahasiswi sedang berada dalam mode exam. Masing-masing memencilkan diri ke 7 lapisan bumi, 7 petala langit gara-gara nak mendapatkan kekhusyukan dan kefokusan yang absolute. Jumpa pun hanya di dewan peperiksaan, tu pun tak sempat nak sapa sebab sibuk dok menyumbat-nyumbat input yang boleh disumbat macam tauhu sumbat. Orang Utara panggil 'tokua sumbat'. Mana dapat istilah 'tokua' tu Aku pun tak tahu. Mesti gara-gara terlalu lama berasimilasi dengan apek-apek Cina jual ikan. Punyanya khusyuk membaca sampai dah tak peduli orang sekeliling. Ya, itu yang terjadi dekat Aku. Aku tak tahu sama ada Aku seorang sahajakah yang berperasaan begini, tapi Aku memang sukakan suasana exam (pelajar-pelajar Aku sewaktu jadi guru KAFA sebentar marah "Ustzah ni...kenapa ustzah panggil exam? Peperiksaan la"...Er, siapa guru sebenarnya ni?)

Sebab Aku sukakan suasana exam:

1) Semua orang jadi baik. Yang tak solat, Aku tengok baru keluar dari surau tadi. Alhamdulillah. Tapi tak pelikkah, adakah mereka ingat Allah tu ada hanya pada waktu exam? Sungguh Aku tak faham dengan peel mereka. Kalau tak, solat Jumaat pun skip. Aku pernah tanya kat sorang siswa ni, solat Jumaat kalau tinggal berdosa tak? Dia cakap berdosa (ya...dalam masa yang sama dia tak pergi semayang Jumaat pada waktu itu). Aku yang susah hati tengok muslimin tak pergi solat Jumaat. Macam nak perambat dengan batang penyapu. Tapi Aku tengok muslimin ni santai ja...melenggang-lenggok jalan ke masjid (boleh guna ke term ni untuk lelaki?). Mungkin sebab benda selalu buat jadi rasa jemu dan malas. Mungkin sebab khatib kurang hensem (err...perlukah?)...Wallahualam. Pernah terjadi, gara-gara semangat untuk bersolat jemaah Zohor sekali pada hari Jumaat, sewaktu masuk ke bilik air wanita, seorang pak cik ni keluar dari tandas sewaktu kawan Aku nak masuk. Owh, baru ku tahu rupa-rupanya muslimin akan gunakan bilik air wanita bila hari Jumaat. Patutlah pelbagai kerosakan berlaku...selama ini Aku pelik, takkanlah wanita yang lemah-lembut ni akan merosakkan facilities bilik airkan? Ok2,no need to get angry.

2) Barulah semua orang akan gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa macam tak cukup. Semua waktu yang ada hanya cukup-cukup untuk ulangkaji,makan,tidur (tu pun kalau sempat),ibadat. Kiranya memang serius dan menghayati betul peranan sebagai seorang mahasiswa...ya, itu baru betul. Memang exam oriented betul. Kiranya tak dak masa nak buat kuak lentang, kupu-kupu, dan sebagainya. Nak buat benda jahat lagi la tak sempat. Alhamdulillah, kan bagus kalau kita boleh maintain macam ni sepanjang masa. Disiplin. Semua benda yang dibuat semua yang ada nilai utiliti. Tak dak buang-buang masa. Kalau buka FB pun sembang ilmiah. Ya, itu baru mahasiswa namanya...kalau bulan Ramadhan Aku macam ni...ya Allah, mantapnya. Bulan tu pun bulan exam juga sebenarnya. Exam rohani. Rasa-rasa Aku, Aku macam boleh agak result macam mana. Hancusss...Astaghfirullahal'azim. Subjek tahajud failed, subjek mengawal nafsu makan failed, subjek khatam Quran failed...huhu. Kenapakah begini...? Ayu pi tekan tubi 1 kali! Cepat! Muhasabah balik...pointer dah jatuh. Ramadhan tahun depan (insyaAllah kalau umur panjang) kita semua ramai-ramai kejar dean list..okeh?

Tak nak melalut banyak-banyak sebenarnya...cumanya exam 3 hari berturut-turut. Lepas tu subjek kritikal. Jadi nak santai-santaikan otak sebelum diisi dengan subjek lain. Sebenarnya seronok menjawab exam nih. Perasaan sewaktu mencurahkan idea ke atas kertas dalam dewan besar memang merupakan perasaan yang Aku nanti-nantikan setiap semester. Setiap kali keluar dewan peperiksaan, kawan-kawan mesti tegur "Amboi bahagianya dia...boleh jawab la tu...". Boleh jawab? Mestilah boleh...Ada soalan mesti ada jawapan...saya hanya menjalankan peranan saya. Jangan tensen-tensen okeh. Semua orang boleh jawab...macam mana tragis pun mesti boleh jawab. In our own ways. Jadi, juz give da best shot walaupun soalan exam memang sangat hensem dan lawa. (apa kaitan?) Kalau anda dah berikan yang terbaik, usaha sehabis baik, mohon kat Allah baik-baik, tak sepatutnya anda merasa sebaliknya pula bila keluar dari dewan. Kata pensyarah Falsafah saya, 'jika anda tidak faham soalan, itu tandanya anda dah berjaya menjawab soalan'~saya sendiri pun masih tak faham statement ni...huu~...Kalau macam tu, kita tinggal blank page kat exam sheet (p/s: saya tak faham soalan...dengan ini saya dah menjawab soalan...jadi saya berhak dapat markah penuh)...Agak-agaknyalah, apakah yang akan kita dapat? Sebelum anda sampai ke tahap tersebut, maka berusahalah+berdoalah+bertawakallah...

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter