Thursday 10 March 2016

..:[ Membedah P. Ramlee - Review ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Sementara ada masa ni, Cleo nak tunaikan janji yang dah tertunda hari tu masa International Book Day. Nak review sebuah buku hari tu kononnya. Kui3. Jadi, entri ni Cleo nak review buku tulisan Daniyal Kadir: Membedah P. Ramlee.



Sapa tak suka tengok filem P. Ramlee memang ceroi ~~

Bagi Cleo, perbahasan dalam ni okay. Buku ni membuatkan pembaca berfikir sambil membayangkan kembali babak-babak dari setiap filem dengan baik. Siap ada skrip lagi tu. Eh, kalau peminat filem P. Ramlee, memang hafal la skrip. Hihi.

Buku ni bahaskan filem P. Ramlee yang dihasilkan di Singapura sahaja. Yang di Malaysia tak termasuk sebab masa tu filem P. Ramlee dah kureng kualitinya. Bagi Cleo, kupasan penulis boleh diperhalusi lagi, sebab tak puas baca. Bak kata penyelia Cleo masa Cleo menulis tesis, "Masih belum cukup juicy." Faham ke tak..? It feels like, masih ada yang belum habis ditulis ni.

Apapun, terbaik dah penulis ni mampu hasilkan buku ni. Okay what, sebelum-sebelum ramai yang hanya post di Facebook, sembang-sembang, sekarang dah ada buku bukan akademik. Mana lah tahu, lepas-lepas ni RTM dah tak nak tayang filem P. Ramlee ka apa ka, at least buku ni dapat beri gambaran babak-babak dalam filem P. Ramlee.

Dan yang paling Cleo suka baca dalam buku ni, transkrip temu bual seorang jurnalis dengan allahyarham. Ayat-ayat beliau, jelas sekali kekecewaan di sudut hati beliau. Ah, itulah bangsaku. Dari turun temurun mengagungkan budaya asing. Tak hairanlah generasi sekarang macam ni. Tapi Cleo pasti, satu hari nanti pasti akan ada seniman anak Melayu berjiwa seperti P. Ramlee.

Rasanya itu saja. Ni pertama kali Cleo buat review buku jadi tak tahu apa nak dicakapkan lagi. 3 bintang untuk buku ni.





International Book Day
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ Pride and Prejudice and Zombie - Review Part 3 ]:..

With Allah's love
Assalamualykum to all


Okay uollss, jemput baca dulu Part 1 & Part 2 ya. Dalam part 1 kita dah bincang tentang pengenalan watak, part 2 is about 2 mysteries. Now, insyaAllah Cleo habiskan review dalam part 3. Kena kurangkan membebel la nampaknya. Haha.

Okay, here it goes. Dalam part 1, Cleo ada mention Lady Catherine ajak Lizzy lawan dengan dia, betul tak? Okay, part ni, memang rasa puas hati sebab - as usual - babak ni hilangkan ralat yang dirasa masa tonton PP. Pengarah berjaya resolve the problem in the best way dengan mengubah anggapan Lady Catherine, seorang aristokrat yang pandang sebelah mata (memang Lady Catherine ada satu mata ja - buta sebelah tapi still cun muka tu) pada Lizzy sebagai orang kebiasaan. Same goes to babak Lydia dilarikan oleh Wickham selepas cubaan dia melarikan Lizzy tak berjaya - sebab Lydia mudah ditipu berbanding Lizzy yang lebih panjang akalnya. Dalam PP, kes selesai dengan pembayaran yang dibuat oleh keluarga Bennet kepada Wickham with certain amount tanpa Lydia being aware of it tapi dalam PPZ, kes diselesaikan dengan Mr Darcy come to the rescue - yeay lagi! Hahaha. Jadi tiadalah baginya tercemar maruah keluarga si Bennet dengan kepulangan Lydia ke pangkal jalan. Let's just hope Lydia learnt her lesson. Owh teringat ada satu buku ni, depa buat kisah kehidupan Lydia lepas berkahwin dengan Mr Wickham. Lydia lari lepas tak tahan hidup dengan Mr Wickham. Hmmm. I wonder what kind of story she had.

Babak di gereja, let's not to forget yang babak ni dalam PP bertujuan menunjukkan cinta yang sedang berputik antara Lizzy dan Darcy. Dalam PP, dalam babak gereja ni lah Lizzy dapat tahu angkara Mr Darcy, hubungan Jane dan Mr Bingley terputus di tengah jalan. Dan babak ni jugak lah, the first proposal made by Mr Darcy towards Lizzy berlaku tapi ditolak mentah-mentah by Lizzy yang masa tu bengang dengan perbuatan Mr Darcy melukakan hati Jane. Okay, dalam PPZ pulak, babak gereja ditukar kepada pengenalan Lizzy dengan "aristokrat" zombie yang hidup dengan memakan otak oink oink. Mr Wickham bawak Lizzy ke St Lazarus untuk tengok sendiri bahawa zombie boleh dikawal selagi depa tak pernah merasa otak manusia dan diberikan ceramah agama. They can still live like a normal human being.

Dari sini, Lizzy bantu Mr Wickham untuk bertemu dengan orang yang paling kaya masa tu, Lady Catherine dengan jasa Collins. Lepas bentangkan perancangan dia, Mr Wickham ditolak mentah-mentah, juga dicemuh oleh Lady Catherine yang memang bencikan golongan zombie. Dan dalam babak ni jugak, Lizzy tersedar yang Mr Wickham is not the good man she thought. And then, comes the proposal part which takes place di rumah Collins. I guess, part proposal ni dibuat di dalam rumah agar lebih mudah to express the feelings between those two, so that they can give their best shot in fighting. And when I say fight, I meant a combat and also debate. Masa ni lah Lizzy serang Mr Darcy dengan semua sebab kenapa dia tolak pinangan Mr Darcy dengan ayat yang legend, "... you were the last man in the world I could ever be prevailed upon to marry." Okay ni ayat dari skrip PP tapi lebih kurang sama la jugak diguna dalam PPZ lepas Lizzy abes lawan dengan Mr Darcy. Babak ni, I really enjoy it to the core. They fight - with all their might. Walaupun boleh nampak, Mr Darcy bagi chance kat Lizzy, ya lah, dia kan gentleman, mana boleh pukul a lady. Wakaka. Dan babak Lizzy baca surat Mr Darcy yang menjawab segala prasangka dia tak diubah. Lizzy baru nampak segala kebenaran yang selama ni dia salah sangka. Ada satu ayat Mr Darcy yang dia kata kat Lizzy, about Lizzy yang bukan saja pandai curi dengar perbualan, hebat jugak dalam salah faham dan terus judge sesuatu perkara. Dalam PP, perkara ni disebut oleh sepupu Lizzy - Charlotte yang berkahwin dengan Collins. Charlotte terasa hati dengan Lizzy dan marah dia dengan ayat yang legend jugak: Don't you dare judge me, Lizzy!

Sekarang kita tengok pada peleraian kisah. Lizzy dan Jane terpaksa ke kubu pertahanan, tempat Mr Darcy dan Mr Bingley sedang bertugas mengawal zombies yang semakin mara menghampiri Wingham Bridge untuk menyeberangi jambatan dan selamatkan adik depa. Lizzy dan Jane asalnya nak pi selamatkan Lydia tapi end up terhenti kat kubu tu sebab Mr Darcy cakap gereja St Lazarus dah terbakar and there were no survivors katanya. Sweet ke tak sweet, bila Mr Darcy cakap macam tu sebab dia tahu Lizzy memang berani mati, akan pergi sana walaupun dia halang demi keselamatan Lizzy dengan Jane. Seems like Mr Darcy walaupun selalu terasa hati dengan kata-kata dan tuduhan melulu Lizzy, dia belajar mengenali Lizzy. Omo omo. Sweet tapi tak sweet sangatlah sebab dia menipu. Okay, fine. =P

And so, cerita bersambung dengan Lizzy dapat tahu Mr Darcy tipu dia jadi dia pergi ke gereja St Lazarus untuk team up dengan Mr Darcy. Dan, masa ni lah Mr Darcy dapat tahu Wickham salah satu dari zombie, in fact, dia yang merancang segala serangan zombies yang berlaku. Ingat tak dalam entri review Part 2, misteri pertama yang cuba diberitahu oleh Mrs Featherstone tu? Ni lah rahsia besarnya tu. Mrs Featherstone nak bagi tahu zombies ni dah ada ketua, iaitu Mr Wickham. Okay, lepas tu kita tengok pula misteri kedua, macam mana Mr Darcy boleh jadi cold hearted sangat, sanggup bunuh siapa saja yang jadi zombie? Sebabnya, Wickham yang dah jadi zombie gigit ayah Mr Darcy lepas dia balik dari perang. Mr Darcy yang sedih tengok ayah dia suffering jadi zombie, tekad untuk bunuh ayah dia dengan pedang samurai tu. So, itulah kisah dia. Ayah dia yang sangat disayangi pun dia pernah bunuh, apatah lagi orang lain. Dan masa dekat gereja ni juga la baru Mr Darcy tahu, Wickham la penyebab ayah dia jadi zombie dulu.

Dipendekkan kisah, Mr Darcy, Lizzy dan Lydia selamat menyeberangi Wingham Bridge sebelum jambatan tu diletupkan. Cuma masa tu Lizzy dan Mr Darcy terpelanting sebab letupan tu menyebabkan Lizzy ingat Mr Darcy dah tak bernyawa. Masa tu lah dia betul-betul sedar dia dah fall in love dengan Mr Darcy dan sedih gila-gila sampai dia bagi tahu perasaan dia kat "mayat" Mr Darcy.

And, lastly - tentulah tentang proposal yang sebenar-benarnya. Kalau bercerita tentang Pride and Prejudice, part ni tak boleh ditinggalkan. Senang cakap kalau kisah tu ditulis oleh Jane Austen la. Haha. Okay, di penghujung kisah, babak adik-beradik Bennet jadi kawan anak Lady Catherine dan depa sama-sama kemaskan weaponry dengan diperhatikan oleh Lady Catherine dan Mrs Bennet. Tetiba masuklah adik si Lizzy ni, yang dah curi dengar perbualan Mr Bennet dengan tetamu khas, Mr Bingley dan Mr Darcy. Pengakhiran kisah ni tidak diubah, dengan babak dua sahabat ni mohon kebenaran dari Mr Bennet dulu untuk propose Jane dan Lizzy. My oh my, that is how it should be, right? Begitulah sikap sebenar seorang gentleman yang bagi kita orang Islam, sama kan?

So that's a wrap. Oh wait! Lepas kredit tu ada tambahan: Wickham diiringi para aristokrat dan the Four Horsemen, diikuti belambak-lambak zombie datang serang majlis perkahwinan Jane dan Lizzy. And so, itulah pengakhiran yang penghabisan. So girls, ladies, berhenti berangan nak jumpa Mr Darcy, kemungkinan dia dah mati dalam serangan tu bersama Lizzy dan lain-lain. Tapi, mungkin juga Mr Darcy hidup lagi sebab dia hebat kot lawan-lawan ni. Nak pulak Lizzy ada di sisi. Cewah. Okay, jeles di situ.

Nah, uolls tengoklah video ni. The least I can do. Bila tengok PPZ ni, mengimbau kenangan bermain ganda dulu. Oh rindunya nak masuk gelanggang semula! Eh, enjoy ya!


Yah, itu dia. Akhirnya habis jua entri ni. Yatta! So uolls, untuk movie ni saya bagi 4 bintang. 1 bintang tak dak untuk dahaganya saya nak tengok scene berlawan lagi. Tapi logiklah, sebab filem ni tentang Pride and Prejudice, zombie tu sampingan saja untuk wujudkan versi yang lain. Apapun, kalau uollss jumpa kedai yang jual DVD ori movie ni, mohon roger. Cleo nak beli buat simpanan, tengok ulang kali bila stress. Wakakaka. So, see u soon. Ciao!



Demam Mr Darcy
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter