Thursday 26 August 2010

RAMADHANKU YANG SURAM DAN MURAM...

Melihat kepada tajuk pun dah tahu ada benda tak best yang nak dikongsi. I cant bare dis any longer. Selagi tak diluahkan rasa tak beres benda ni. Apabila diluahkan kat orang rasa macam mengumpat pula. Berkali-kali memujuk hati tapi tak beres juga. Aduhai...Akibatnya Ramadhan saya kali ni menjadi suram dan muram. Cuba sedaya upaya untuk membereskan masalah ni sebelum Ramadhan menjelma tetapi gagal. Kesannya, bulan Ramadhan saya terisi bukan dengan perkara-perkara yang mahmudah tetapi dicacatkan dengan perkara-perkara mazmumah. Ya Allah, ruginya...
Sebelum para pembaca nak hakimi saya, lihat dulu masalah ni. Kemudian saya hargai kalau sesiapa ada cara bagi selesaikan perkara ini dan menyelamatkan saya dari mengamalkan sikap mazmumah seperti marah, mengumpat, merungut dan sebagainya.
Tiba-tiba semester ini saya sudah mula belajar membenci orang. Selalunya saya lebih menumpukan kepada sikap seseorang. Kan saya pernah cakap, hate the sin not the sinner. Jadi saya tak ada masalah dengan sesiapa. Lagipun kadang-kadang saya pun menunjukkan sikap yang tidak baik juga. Jadi saya berharap orang lain akan membenci sikap saya dan bukannya diri saya. Tapi saya mula tahu bahawa saya dah pandai membenci orang apabila saya tak boleh tengok mukanya sedangkan dia tak menunjukkan sikap yang buruk pun pada satu-satu masa tu. Yelah, dia pernah membuatkan saya marah tapi selalunya saya akan marah pada saat itu sahaja dan kemudian berkawan seperti biasa. Tapi kali ni marah saya berpanjangan hanya kerana sikapnya yang tak saya senangi pada masa-masa tertentu. Ini bermakna saya membenci orang tersebut dan bukannya sikap dia. Masalahkan?
Individu ni pula bukanlah terdiri daripada kawan-kawan rapat saya sebab diorang dah boleh tahu perangai saya. In fact, saya pun tak tahu bila dia wujud. Masa dok menaip ni pun otak saya bercelaru. Sepanjang bulan Ramadhan saya terganggu dengan masalah ni. Huhu. Saya cuba untuk mengambil langkah tidak peduli tapi semakin menjadi-jadi perangai dia. Ini menyebabkan kepala saya berserabut dan saya rasa masa saya lebih banyak terisi dengan perasaan marah kepada sikapnya.
Masalah ini sebenarnya kecil ja. Masalahnya ialah sikap peduli yang berlebih-lebihan. Saya ini kan lone ranger. Sebagai seorang lone ranger saya sudah terbiasa untuk tidak dipedulikan. Semua hal buat sendiri. Tidak ada sesiapa yang ambil tahu dan tidak ada sesiapa pun yang nak campur tangan. Dan perkara ini berterusan untuk setahun di UKM dan saya bahagia dengan keadaan ini walaupun kadang-kadang terpaksa bersusah-payah sendirian. Tapi semua ni berubah pada semester ini. Tiba-tiba ada orang yang nak ambil tahu setiap gerak langkah saya. Kiranya dia cuba nak menjadi sebahagian daripada hidup saya. Dia nak berada dalam perjalanan hidup saya untuk semester ini (harap bukan sampai habis belajar). Satu sahaja perkataan untuk mengambarkan perasaan saya. RIMAS. Ya, saya rimas dengan perhatian yang diberikan, saya rimas dengan sikap ambil berat dia, saya rimas dengan sikap pemurah dia, saya rimas dengan pujiannya yang melambung-lambung, saya rimas dengan kehadirannya, saya rimas dengan penglibatannya untuk berada dalam setiap kumpulan pembentangan saya, saya rimas dengan sms-sms dia, saya rimas apabila semua soalan untuk setiap subjek dia nak sama dengan saya. Ya ALLAH, saya rimas...isk..isk...rimas. :'(
Kawan-kawan semua sedar dengan perubahan sikap saya apabila wajah saya kerap mendung sewaktu berada dalam kelas. Kawan-kawan yang memahami simpati kepada saya, kawan-kawan yang tak memahami cakap saya nampak redha dengan apa yang dibuatnya. Sedangkan hakikatnya saya cuba melarikan diri tapi tak boleh. Takkah dia nampak yang saya tak gembira dengan sikapnya?
Apa kes la saya tahun ini. Saya cuba nak slumber dengan semua ni. Taknak la nampak macam psiko. Benda kecik pun nak berat-beratkan. Saya tahu masalahnya dan saya cuba membantu. Cuma tolong jangan ambil kesempatan. Tak perlulah setiap masa nak pamper saya. Saya tak biasa dan tak selesa. Dia selalu highlightkan saya dalam kelas. Saya malu tau tak?! Daripada orang tak tahu pasal saya, orang tahu. Kalau tahu tu boleh bawa faedah tak pa lah. Ni apa gunanya? Saya takut dia cuba membunuh 'angsa emas' saya. Tolonglah, kesian kat 'angsa emas' saya. Saya masih perlukan telur emas tu sampai habis belajar di UKM ni.
Pernah dengar tak pujian itu membunuh? Haaaa...itulah yang dia cuba lakukan kengkawan. Dia cuba nak membunuh saya. Tolonglah selamatkan saya. Tak pasal-pasal dia dapat pahala berganda-ganda dan saya mendapat dosa berganda-ganda sebab selalu meluahkan masalah ini kepada kawan-kawan. Tadi waktu pembentangan tadi pun dia telah memalukan saya. Huhu, apa faedahnya mengaitkan perkara peribadi saya dengan perkara yang dibentangkan. Malu saya dengan pensyarah. Waktu tu saya rasa macam nak membunuh. Bayangkan kawan-kawan betapa ruginya saya dalam bulan Ramadhan ini kerana berperasaan mazmumah. Dia baik, terlalu baik sehingga menyebabkan saya rasa saya terlalu jahat.
Kalau saya tak jumpa dia, perasaan saya akan neutral (x berperasaan seperti biasa). Tapi the moment I see him, saya rasa risau. Saya risau dengan tindakan-tindakan dia. Unpredictable. Saya kan cakap saya tak suka surprises. Bila saya masuk kelas jer nak tegur, asal masuk kelas jer nak tegur. Boleh tak buat tak tahu jer kat saya??? Bukanlah dekat saya seorang sahaja dia peduli, adalah beberapa orang kawan saya yang dia ambil berat juga. Mungkin lebih dari apa yang dia buat dekat saya. Tapi apa yang dia lakukan ini tak sesuai dengan jiwa saya, lahiriah saya, sikap saya. Tak sesuai! Tak sesuai! Tension! Tension!
Rumitkan masalah ni? Tapi pembaca jangan tension-tension. Biasalah masalah ni kan lumrah manusia. Cumanya saya susah hati sebab ia berlaku sewaktu saya sedang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya punca masalah ini datang dari saya juga. Disebabkan saya agak bersikap terbuka semester ini menyebabkan dia mengambil kesempatan. Dan sekarang saya kena selesaikan perkara ini once and for all. Sebelum saya bazirkan bulan Ramdhan ini dengan perasaan mazmumah, lebih baik saya cuci balik hati ini. Tarik nafas...lepas...Sama-sama kita muhasabah kembali niat kita sepanjang menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan. Doakan saya tenang dalam bulan ini. Tak nak sengetkan kepala dengan perkara-perkara sebegini. Biarlah dia nak buat apa pun. Saya buat tak tahu jer. Boleh tak? Dan tak larat nak mengadu kat kengkawan. Rasa macam lagi menambah dosa. Wuhuuu..
~ Creating ideas for lives ~

Sunday 15 August 2010

SATU HARI DI BULAN RAMADHAN...

Sekarang ini kalau kita hendak membuat sesuatu tetapi terlalu sibuk, kita haruslah pandai 'mencuri' masa dan bukan lagi 'mencari' masa yang sesuai. Nak menggambarkan betapa sibuknya saya. Er, berdosa tak mencuri masa?
Alkisah, saya pun mencuri masa pada hari Khamis-Sabtu lepas untuk pulang ke kampung. Walaupun nampak tempoh macam lama, tapi hari yang benar-benar ada di kampung hanyalah Jumaat dan Sabtu (tu pun separuh hari). Apa motif cerita balik kampung kali ni?
Sebenarnya, sepanjang berpuasa di UKM nih, saya rasa roh Ramadhan tu tidak meresap ke dalam jiwa. Saya tercari-cari roh tersebut seperti mana tahun-tahun sebelum ni. Tiba-tiba rasa kosong. Rasa macam beribadat pada bulan ini hanya sekadar zahirnya sahaja dan batinnya tiada. Walaupun saya berpuasa, berqiamulail, bertarawih, bertadabur dll, rasa macam ada yang tak kena. Apabila diajukan kepada sahabat masalah ni, sahabat bagitau mungkin tak cukup persediaan sewaktu bulan Syaaban. Dia minta saya muhasabah kembali sama ada solat saya itu solat zahir dan batin atau solat zahir sahaja. Ada benarnya.
Ok, berbalik kepada cerita sewaktu berada di kampung. Saya cukup seronok kalau berpuasa di kampung. Kalau tak keterlaluan saya nak cakap serasa-rasa aroma Ramadhan di kampung. Huhu. Tak tahu kenapa. Adakah kerana saya membesar di situ? atau sebenarnya aroma itu adalah aroma semangat nak raya? atau adakah kerana di situ masih berbaki semangat persaudaraan antara yang muda, tua dan kanak-kanak? atau semua itu adalah nostalgia sejak zaman berzaman? Segalanya masih menjadi tanda tanya.
Malam selepas berbuka puasa for the first time kat rumah sepanjang Ramadhan ni, saya bersiap-siap nak pergi tarawih. Siap bertelekung kemudian membonceng adik pergi ke surau. Langit Ramadhan memang indah. Tambah-tambah pula kampung dikelilingi sawah padi dan bukit bukau. Tiba-tiba ada satu kapal terbang terbang rendah sangat. Rupa-rupanya awan gelap pekat itu bukan semata-mata gelap tapi mengandungi hujan. Sebab itu kapal terbang terbang rendah. Hmm...nak hujan satgi. Sewaktu membonceng tu, di kiri kanan jalan tu adalah mak cik-mak cik dengan budak-budak menapak ke surau mencari pahala lebih.
Dipendekkan cerita, waktu solat tu hujan turun lebat sangat. Best la camni. Sejuk. Bolehla khusyuk solat sebab suara budak-budak yang dok main kat belakang surau tu tenggelam dengan bunyi hujan. Juz dengar suara tok imam dok baca ayat Quran...Tengah dok menghayati bacaan tu....tup tup BLACKOUT! Apa lagi....bercempera budak-budak kat belakang surau tu lari selamatkan diri. Menjerit tu tak payah cerita la. Alahai...hilang khusyuk....suara imam dengar sayup-sayup jer tenggelam dgn suara hujan dengan budak-budak yang histeria macamlah surau tu nak runtuh...
Habis jer dua rakaat pertama, elektrik ada balik. Pastu di balik tirai yang jarang tu saya nampak sepupu Abang Mi bangun menapak ke belakang. Ah...sudah... Kedengaran suara dia bertempik kat budak-budak kat belakang surau. Suasana hening seketika. Budak-budak tu menikus. Tapi saya yakin hanya sementara...budak-budak. Sepatutnya ibu bapa kena warning sama itu anak. Kalau buat bising jangan bagi ke surau dah. Mak saya pun slalu pesan camtu. Suara anak sendiri mestila kenal. Adik saya kalau balik mesti kena kutil (cubit) kalau dengar suara dia bersembang kat belakang. Pesen budak-budak nih, dia solat sampai imam habis baca al-fatihah jer. The moment imam sebut amiiiinnn...depa pun pakat buat okestra aaaaammmmiiiinn...terus lari maksud. Lepas dah amiiiin tu, hang tengok aku, aku tengok hang, pastu pi lari ke belakang sambung projek. Main bunga api. Macam upin ipin.
Tapi apa yang nak dihighlightkan kat sini, selepas habis witir, disebabkan hujan lebat, saya pun tunggulah. Lagipun hari tu ada tazkirah oleh ustaz jemputan. Mungkin ada hikmah hujan lebat dan saya tak balik. Ingat nak balik lepas witir sebab adik kena baca buku, tapi tergendala sebab hujan. Hikmahnya bila dengar jer tazkirah tu, jiwa tiba-tiba rasa hidup dan segar. Teringat ada kata-kata hikmah bahawa orang yang berilmu itu lebih baik berbanding abid yang hanya beribadat semata-mata. Betullah. Sekarang terjawab sudah persoalan kenapa rasanya jiwa tu kosong walaupun kita solat, puasa, qiamullail dan terawih. Rupa-rupanya makanan jiwa itu adalah peringatan-peringatan yang baik atau majlis ta'alim. Oleh itu, sewajarnyalah selepas terawih itu diadakan tazkirah. Peringatan buat yang lupa. Pedoman buat yang hilang arah. InsyaAllah...
"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat kulalui dengan sempurna..."
-manbai & raihan-
Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih


~ Creating ideas for lives ~

Monday 9 August 2010

Nota Cinta-Saujana



BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Sunday 8 August 2010

AINA ANTA YA SYABAB?-




Dalam hidup kita, perlu ada satu turning point bagi mencapai impian dan cita-cita. Ada orang yang membuat resolusi setiap kali tahun baru menjelma. Tapi bg saya, saya membuat resolusi mengikut peningkatan umur. Setiap target umur tertentu, saya akan pastikan saya berjaya membuat sesuatu yang pada saya merupakan satu lakaran sejarah yang bermakna bagi diri. Tak bermakna bagi orang lain, tapi cukup bermakna bagi diri kita. Saya bukanlah bercakap seperti orang yang telah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tapi saya merupakan antara orang-orang yang berusaha ke arah itu. Dan saya yakin rakan-rakan di luar sana pun seperti saya mempunyai harapan dan impian. Alhamdulillah, setiap sasaran yang saya buat berjaya dipenuhi menyebabkan saya berani untuk menukilkannya di sini. Bukan atas niat nak menunjuk-nunjuk, tapi apabila kita ingin memotivasikan orang ramai, kita perlu melakukannya dahulu. Action speaks louder than word, rite?


Seperti dalam novel Ayat-ayat Cinta, watak utama Fahri kalau tak silap saya telah menetapkan hala tuju hidupnya dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memanglah perjalanan hidup telah ditentukan dalam Lauh Mahfuz, namun manusia itu mempunyai hak untuk membuat pilihan. Dalam firman Allah, " Tidak Allah merubah nasib sesuatu kaum, melainkan ia mengubahnya sendiri." Meaning, the choice is in our hand. Grab the chance to make the best in every opportunity dat comes in our way.


Saya mula meletakkan sasaran ini selepas habis SPM. Sebelum itu, sewaktu di sekolah menengah, saya selalu membuat resolusi awal tahun. Tapi tak pernah diikuti atau dipenuhi, mungkin kerana teknik yang tak sesuai. Sesetengah orang tidak suka membuat resolusi atau azam tahun baru sebab mengetahui ianya tidak akan dapat dipenuhi. 'Alah...buang masa. Kalau rasa nak berubah, berubahlah.' Itu pendapat sesetengah orang. Bagi yang membuat resolusi, tapi tak dapat nak ikut, salah teknik itukah, atau salah sikap sendiri?


Umur yang ada hanya menjadi satu pembaziran jika kita tidak mengetahui sejauh mana potensi diri. Kadang-kadang kita perlu meletakkan turning point pada sesuatu tempoh atau perkara supaya kita mempunyai arah tuju. Impian untuk cemerlang akademik atau sebagainya itu bukanlah pula matlamat utama dalam hidup, tapi jadikannya sebagai alat untuk mencapai matlamat abadi iaitu menjadi hamba ALLAH yang taat. Hendak taat kita perlu belajar mendisiplinkan diri dan mempunyai panduan.


Jika mengikut teknik saya dan mungkin beberapa orang di luar sana, saya meletakkan tempoh pencapaian matlamat (baca alat) mengikut umur. Sebagai contoh, apakah pencapaian yang ingin saya capai pada akhir teenage years iaitu 19 tahun? Saya tak meletakkan pencapaian yang spesifik, tetapi lebih bersifat umum. Sebenarnya matlamat umum itu adalah INGIN MELAKAR SEJARAH. Apabila disebut ingin melakar sejarah, tak kiralah apa-apa pun yang dicapai pada umur 19 tahun, ia mestilah merupakan sejarah yang besar dan akan diingati. Kemudian, saya pasang pula impian, memasuki umur permulaan 20-an, saya perlu berbuat sesuatu yang bermakna sebagai tanda pembukaan memasuki umur 20-an. Dan semangat untuk mencoretkan suatu sejarah yang indah dalam umur itu memang membantu saya mengharungi kehidupan sepanjang tahun itu. Kiranya, saya berjaya dengan bantuan dan izin Allah jua, mencipta ending yang baik untuk penutup teenage years dan pembukaan yang baik untuk umur 20-an pada umur 20 tahun. Alhamdulillah...


Saya terfikir untuk berkongsi perkara ini apabila saya memasuki umur 21 tahun, timbul persoalan dalam benak saya, apa yang sudah saya lakukan sepanjang 21 tahun hidup ini? Dengan mengingati penutup yang baik pada umur 19 tahun dan pembukaan yang baik pada umur 20 tahun, saya dapat memadam coretan-coretan yang comot dalam diari kehidupan saya.


Sekarang, saya sedang mencongak-congak agenda untuk memasuki lembaran hidup sebagai seorang dewasa. Walaupun masih dalam kategori belia, di Malaysia kebebasan seorang remaja adalah apabila berumur 21 tahun. Apabila berumur 21 tahun, dia sudah tidak berada di bawah tanggungan ayah dari segi konteks undang-undang. Sepenuhnyalah. Walaupun budaya di sini, selagi tidak bekerja dan berkahwin, maka anak-anak masih ditanggung oleh ibubapa. Antara agenda yang sudah menerjah benak saya adalah:


1) Mendaftar sebagai pengundi- hak saya untuk menjadi pengundi sah. Yea!:)

2) dll


Yang itu saja kot agenda saya yang boleh saya war-warkan, yang lain-lain biarlah rahsia...:) Namun, apa-apa pun agenda kita, kita perlu bermula dengan langkah yang baik. Tapak permulaan yang baik perlu dibina. Apabila dikatakan membina ini, bermaksud kita harus berusaha mencari dan berusaha membina. Bukan menunggu dan menongkat dagu. Saya cuba membuka tirai umur 21 tahun saya ini dengan pembukaan yang baik. Alhamdulillah, ianya merupakan satu pembukaan yang baik. Terima kasih ya Allah, terima kasih... dan saya berharap penutupnya pada umur 29 tahun ini merupakan penutup yang baik juga. InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Saya berharap pada umur 29 tahun, saya berjaya melakarkan sejarah besar dalam diari kehidupan saya.


Sempena dengan mendengar Seminar Baitul Maqdis di bawah Persatuan Ulama Malaysia yang berlangsung tadi dan akan berakhir esok, terngiang-ngiang di telinga ucapan pembentang kertas kerja Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor. Beliau menyebut sekarang kita sedang berada pada zaman kebangkitan Islam. Bibit-bibit kebangkitan atau Renaissance sudah kelihatan di seluruh dunia. Kebangkitan ini sudah tentu mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Saidina Umar Al-Khattab merupakan orang pertama membuka Baitul Maqdis, kemudian dirampas oleh orang kafir. Pembukaan kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi, dan kemudian dirampas kembali pada tahun 1948. Dan sekarang kita sedang menanti-nantikan siapakah pula yang akan membebaskan bumi suci Al-Quds buat kali yang ketiga? Selalunya yang ketiga merupakan yang terakhir dan apakah dunia akan kiamat? Apakah sementara menanti tempoh dunia akan berakhir setelah 1400 tahun lamanya kita ditinggalkan Rasulullah s.a.w, kita hanya ingin menjadi penonton setia bibit-bibit kebangkitan semula Islam? Tidakkah ada sekelumit pun rasa di hati kita untuk menjadi sebahagian, kalau pun bukan batu batanya, tapi butir-butir pasir bancuhan simen bangunan pun jadilah, perjuangan pembebasan Baitul Maqdis bersama-sama mereka? Apakah itu tidak termasuk dalam agenda hidup kita ya Malayzi? Aina anta ya syabab?


-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

Sunday 1 August 2010

SUNYI

(Gumpalan awan membawa hujan di Kelantan)

Tiba-tiba ter'klik' apa ntah, ter'published post' tanpa cerita. Senget betullah. Taulah tajuk Sunyi, tapi takkanlah post ni sunyi dari cerita. Sungguh tak logik rasanya. Ok, ok, jangan marah kat diri sendiri. Tak baik untuk kesihatan badan.

Kalau anda semua perasan, beberapa post saya kebelakangan ini agak santai. Wait a minute! Ya Allah, apa-apa jer la yang dibuat budak-budak kat bilik atas nih. Hmm...itulah tujuan entri kali ni. Ada kaitan dengan bebudak kat bilik atas.


Masih segar di ingatan, sewaktu isi borang kolej hari tu, saya minta untuk ditempatkan di asrama dan bukannya pangsarama atau sewaktu dengannya. Alasannya, saya tak nak duduk sorang-sorang. You can guess da reason right? Tak nak kesunyian. Tapi akhirnya... saya kesunyian juga sebab rakan sebilik tak dapat bersama-sama saya mengemudi bilik 216 hingga habis semester ni. Saya dibiarkan keseorangan dalam bilik ini di lorong yang dihuni oleh mahasiswi tahun 1. Awal-awal saya agak kesedihan dan kesunyian. Setelah biasa berteman apabila ditinggalkan keseorangan which was not my choice, saya rasa agak gelisah apabila malam menjelma dan perlu tidur berseorangan. Ok, dont get me wrong. Bukan saya takut dekat benda-benda tu k, walaupun sometimes I got dat idea. Huh..


Tapi memegang lirik lagu Saleem,..."Kesunyian itu terlalu indah walaupun pahit..." Saya cuba merealisasikannya dan akhirnya saya dapati seronok juga duduk sensorang. Apabila sudah biasa, saya rasa ada hikmahnya juga saya duduk seorang.


Namun, kesunyian itu tidak lama. Sejak akhir-akhir ini, lorong ini agak meriah dengan suara-suara mahasiswi Tahun 1 yang sudah bermesra dengan jiran tetangga. Malam-malam saya ditemani oleh suara-suara mereka di kiri kanan dan atas. Tapi yang pastinya bilik atas bilik saya memang meriah semacam. Tapi, saya menghargainya kerana menunjukkan saya masih berada dalam kalangan masyarakat. Saya boleh dengar butir bicara mereka dengan jelas. Tapi sebagai seorang yang tidak suka menjaga tepi kain orang (remember split personality?). :)) saya kurang memberikan perhatian mengenai perkara yang dibualkan.


Kiranya kesunyian telah berkurangan. Cuma dalam bilik saya agak kesunyian walaupun ditemani dengan lagu-lagu dari laptop. Yer lah, untuk orang yang suka bersembang macam saya, dibiarkan keseorangan memang meresahkan. Tapi hikmahnya, Allah memberi ruang kepada saya untuk fokus kepada pelajaran.


Saya cuba untuk jadikan masalah ini sebagai satu peluang yang baik. Lagipun, adik-adik di atas kadang-kadang menghiburkan saya dan membuatkan saya gelak sensorang. Erk, saya masih waras kan?.... Sebab itulah saya banyak mengganggu anda-anda di luar sana dengan entri-entri saya setiap hari. Kiranya saya tak tahu nak sembang dengan sapa. Kalau tidak sebelum ini saya selalu berkongsi idea dengan roommate lama sebelum tidur. Sambil baring-baring sebelum tidur, kami akan bercerita kegiatan harian. Apa yang terjadi sewaktu di fakulti atau dalam kelas. Alamak, kenapa sebak ni?? Bukan tujuan saya nak buat entri ni nampak macam menyedihkan cumanya....isk2...memang sedih pun. Sedih sebab tak dapat bersama dengan roommate lama. Wani...saya sayang kamu.:_(


Saya tak dapat nak teruskan menaip. Bukan sebab sedih, tapi cukup setakat ini dahulu. Pengajarannya, hargailah mereka di sekeliling kamu sementara mereka masih ada. Hargailah roommate masing-masing. Kadang-kadang kita yang harus hulurkan tali persahabatan dahulu. Jangan cepat putus asa. Jangan disebabkan pandangan stereotaip yang mengatakan roommate dari negeri ni, perangai macam ni macam ni, menyebabkan kita kurang menghargainya. Eh, roommate saya orang Kelantan ok. Kelantan sejati. Sebelum masuk UKM, saya dipenuhi dengan pandangan stereotaip daripada orang sekeliling saya mengenai orang Kelantan. Tapi Allah itu kan Maha Mengetahui. Saya dapat roommate yang amat baik. Kawan-kawan saya cakap saya dapat roommate 5 bintang. Ye, tepat sekali. Remember, persepsi awal itu mempengaruhi.


Ubah persepsi, tingkatkan prestasi!! :)


~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter