Friday 22 October 2010

Rindu Sebening Wajah


(Irshad dalam kenangan)

Pada saat-saat genting ni, dalam kekalutan-kekalutan yang melanda untuk persediaan menghadapi imtihan, kadang-kadang terdetik rasa rindu kepada sebening wajah. Ada wajah-wajah yang kita nak sangat tatap pada waktu-waktu ni bagi menghilangkan gundah gulana. Hanya cukup sekadar menatap dari jauh sudah mampu menggamit ketenangan.

Psstt...Ayu, esei tak siap lagi...kenapa masih menyempat-nyempat bertandang ke blog?~ ya, my best partner dah bersuara...

Sekadar mengisi masa yang tak terluang untuk mengutus entri. Saya tahu ada yang merindu. Walaupun tak dapat menatap tuannya, cukuplah kiranya dapat menatap bait-bait kata yang diluahkan jauh dari dasar hati buat tatapan mereka yang merindu. Ada nada perasan tak? Mana mungkin tidak ada yang merindu kerana fitrah insani sentiasa merindu. Mungkin kerana persepsi saya begitu jadi saya fikir orang lain pun begitu. Kalau bukan, anda tidak akan membaca entri ini dan tidak mungkin membuka blog ini. Even musuh pun mungkin merindui musuhnya sebab tu lah dia membuka blog untuk mengupdate status musuh tersebut. Rindu itukan sesuatu yang subjektif?

Sebenarnya bukan tujuan utama nak bercakap soal rindu. Rindu itu hanya sebahagian daripada nikmat antara nikmat-nikmat yang saya peroleh apabila menjadi seorang bekas pelajar sekolah agama. Ya, orang lain pun punya rindu, tapi rindu yang saya alami ni adalah hasil tarbiyah selama 5 tahun di sekolah agama. Bukanlah nak cakap rindu saya ini agung tapi saya yakin dan percaya rakan-rakan yang mendapat tarbiyah sekolah agama akan memiliki rindu ini. Namun, masih saya pulangkan kepada setiap individu untuk membuat penilaian sendiri. Tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama. Ada sahaja yang tidak terkesan dengan tarbiyah sekolah agama, ada sahaja yang pengalaman di sekolah agama dahulu hanya pahit sahaja dan tidak ada manis untuk dikenang dan ada sahaja yang meninggalkan tarbiyah tersebut seperti mana mereka yang meninggalkan pasir-pasir pantai yang melekat di kaki sewaktu hendak pulang. Tapi percayalah, there were certain things in da religious school which we cannot even find here in university. Kalaupun berjaya membuang pasir tersebut, masih ada sisa-sisanya yang terperangkap di kaki seluar atau kain. Anda tidak dapat membuang identiti tersebut.

Jauh di sudut hati, masih rindu pada tarbiyah di sekolah agama. Apabila datang ke universiti, hanya ada dua identiti yang kita nampak, bekas sekolah agama dan bekas sekolah biasa. Tidak ada disebut bekas budak SBP, bekas MRSM, bekas sekolah sains...semua tu hampir tidak kedengaran. Kadang-kadang ada yang malu-malu kucing nak mengaku datang dari sekolah agama sebab imej tak selari dengan sekolah agama. Bagus la juga perasaan malu itu kerana menunjukkan hati masih sensitif dan hidup.

Bukanlah niat nak membeza-bezakan bekas sekolah agama dan sekolah biasa, bukan itu niat saya. Kalau ada ayat-ayat saya yang menunjukkan bias di situ, saya mohon maaf. Cumanya saya berharap nanti kalau masing-masing ada anak-anak, berilah pengalaman kepada mereka untuk berada di sekolah agama. Perbezaan dari sudut pemikiran akan wujud jika dapat dibuat perbandingan. Walaupun mereka kekurangan identiti bekas sekolah agama apabila keluar nanti, namun kesensitifan mereka terhadap agama masih ada. Saya yakin itu. Walaupun mereka tidaklah memakai imej ustaz atau ustazah, apabila agama mereka dihina, mereka akan mempertahankan agama mereka kerana mereka belajar yang mana salah dan yang mana betul. Berbanding jika sekolah biasa yang mana pendidikan agama tidak ditekankan, banyak yang mereka tidak tahu dan banyak benda yang mereka tidak sensitif. Saya bercakap dari sudut mereka yang tidak memakai imej ustaz atau ustazah. Ada sahaja bekas sekolah biasa yang lebih ustaz dari sekolah agama, yang itu bukan dalam skop perbincangan di sini. Kadang-kadang kita lihat mereka yang lebih ranggi dari sekolah biasa, tapi mereka mampu untuk menjawab soal-soal asas mengenai perkara agama berbanding budak yang langsung tidak tahu tapi kurang ranggi. Bukanlah nak menyokong perbuatan mereka untuk beranggi-ranggian, tapi bukankah ilmu yang ada itu mampu mengelak fitnah kepada agama? At least tidak berlaku fitnah pada ilmu walaupun berlaku fitnah pada amalan.

Pengalaman saya bercakap mengenai agama Islam kepada seorang bukan Islam dan dalam masa yang sama ada seorang kawan yang Islam tapi bekas sekolah biasa (ilmu bergantung kepada latar belakang pendidikan juga). Sukar untuk saya memberi kefahaman Islam itu dalam waktu yang sama kawan saya yang Islam itu sendiri cuba mempersoalkan perkara-perkara asas yang cuba saya terangkan. Sebabnya walaupun dia Islam tapi dia sendiri tak faham. Jika di sebelah saya itu bekas sekolah agama, walaupun dia tak mengamalkan ajaran Islam sebagai contoh tidak sembahyang, dia tidak akan sekali-kali menafikan kewajipan sembahyang itu dan tidak memperlekeh-lekehkan tuntutan untuk solat dan hubungan dengan Allah di hadapan orang bukan Islam! Paling kurang dia akan diam kalaupun dia tidak setuju sebabnya dia tahu yang perkara ini betul! Itu sekadar satu contoh antara banyak-banyak contoh. Kadang-kadang kejahilan kita selalu menjadi fitnah kepada Islam...

Saya tidak akan bercerita panjang mengenai perkara ini sebab rakan-rakan saya yang mana bekas pelajar sekolah agama sendiri dapat melihat 1001 perbezaan tersebut. Kadang-kadang terdengar rungutan betapa payahnya untuk mingle bersama mereka-mereka yang kurang mendapat pendidikan agama. Bukanlah salah mereka kerana berada di sekolah biasa dan bukanlah satu keistimewaan kepada kita kerana berada di sekolah agama. Hakikatnya ilmu agama itu wajib dicari dan diamalkan. Satu tanggungjawab kepada pemerintah juga untuk menjadikan semua sekolah sama ada sekolah agama atau sekolah biasa mendapat pendidikan agama yang setaraf agar tidak ada yang tercicir. Sebenarnya sistem pendidikan atau sistem pemerintahan sengaja mensekularkan kita dengan memisahkan dan mengadakan sekolah biasa dan sekolah agama sedangkan penuntutnya semuanya adalah dalam kalangan umat Islam. Seharusnya yang jahil berada dalam sekolah agama untuk ditarbiyahkan dan yang sudah berilmu berada di sekolah biasa untuk mengamalkan dan menyuburkan Islam dalam kalangan penuntut bukan Islam dan bukan sebaliknya. Sistem sekular ini sengaja melahirkan orang Islam yang tidak faham akan Islam supaya suatu hari nanti mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak faham Islam dan selalu bertekak dengan pemimpin-pemimpin yang faham Islam dan membiarkan orang bukan Islam melihat Islam sebagai agama yang memecahbelahkan....Nauzubillah

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

-nak cakap benda lain, tulis benda lain...semoga mendapat manfaat...jom sambung buat esei..

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter