Sunday 17 October 2010

HALLOWEEN...Jangan Taklid!

(Jack-o-Lantern)

Labu berukir ni memang akan cukup popular around dis month.

(Jack~Nightmare before Christmas)

Saya memang cukup teruja dengan cerita Nightmare before Christmas ni. Kalau pembaca semua perasan dan alert, banyak hiasan sama ada key chain, sticker, wallpaper, patung, dan sebagainya berbentuk watak cerita ni, Jack. Ramai anak-anak muda suka dengan watak Jack ni terutamanya perempuan termasuk saya. Sebabnya Jack ni romantik dalam kisah ni sebab dia menyelamatkan seorang wanita ni yang kesunyian. Dia ada seekor anjing peneman. Cerita ni berlatarbelakangkan graveyard yang dipenuhi roh-roh orang yang dah mati. Dah mati tapi still ada peminat. Saya tertarik dengan cerita ni sebab rekaan grafik Jack yang unik dan cerita dia ala-ala eerie tapi lawak. Dengan gaya jalan Jack yang ala malas-malas, terlebih tinggi dan panjang dari segenap segi, nampak cool gitu. Tapi perasaan suka dan minat tu wujud sebelum saya mengetahui hakikat sebenar Halloween. Walaupun Halloween ni bukanlah suatu fenomena yang luas dalam masyarakat, tapi disebabkan bangsa Melayu yang fleksibel ni, kita perlu alertkan mereka di sekeliling kita yang selalu taklid atau mengikut secara membuta-tuli benda-benda sebegini.

Saya yakin dan percaya
kalau ditanyakan kepada mereka yang suka Jack ni dan membeli
setiap hiasan-hiasan berbentuk watak ni,
"Kenapa beli?"
Jawabnya;
"Suka"
Itulah kelemahan umat Islam sekarang ni yang mudah diperguna-gunakan dan dipergula-gulakan
oleh kafir...
Mereka menyebarkan sesuatu dan kita dengan bodohnya mengutip tanpa mengkaji
terlebih dahulu apakah yang ditaburkan oleh mereka ni?

(Labu tu tak bersalah)

Jika kita melihat perayaan Halloween seperti mana sekarang, perayaan ni disambut setiap tahun pada 30 Oktober. Pada hari perayaan, kanak-kanak akan memakai kostum watak-watak yang mengerikan seperti hantu, ahli sihir, goblin, drakula dan sebagainya. Kanak-kanak akan pergi ke setiap rumah dan menjerit "Trick or treat!" yang bermaksud 'beri kami gula-gula atau kami buat kacau'. Kiranya kalau tuan rumah tu tak beri gula-gula maka kanak-kanak ni akan buat kacau. Kalau hari raya kita aplikasi benda ni, agak-agak apa budak-budak tu kata? :P Jimat la duit kan. Lagipun pemberian duit raya tu adalah budaya yang diceduk daripada perayaan Tahun Baru Cina iaitu pemberian ang pow. Bukankah bagus kalau kita ambil 100% daripada Islam?

Okeh, tu kalau definisi perayaan Halloween mengikut zaman sekarang, tapi kalau kita lihat way back asal-usul Halloween ni merupakan satu perayaan agama Kristian Katolik! Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina. (Sumber wikipedia)


"Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093)."


Oleh itu, dengan membeli barang-barang yang ada watak Jack ni bukankah seperti kita menyokong syiar Kristian ni? Tak salah kalau sekadar menonton cerita, cumanya jangan terlalu terbawa-bawa sampai mengumpul koleksi barang Jack ni. Samalah seperti kita meraikan Halloween ni sedangkan kita tidak ada kena mengena pun dengan perayaan ni. Peringatan ni ditujukan kepada saya juga sebab saya salah seorang peminat perayaan Halloween sebelum ni. Astaghfirullahal'azim. Sebab tu bersempena bulan Oktober ni saya kongsikan mengenai perayaan ni supaya kita boleh menyampaikan kepada orang sekeliling kita. Kadang-kadang setiap kali pergi supermarket atau kedai-kedai barang perhiasan, saya selalu belek-belek Jack ni. Keinginan nak beli tu ada tapi tak pernah berjaya. Mungkin Allah pelihara. Alhamdulillah. Jadi sampai sekarang saya tak pernah ada apa-apa koleksi barangan Jack ni.

Pengajaran buat saya dan pembaca sekalian, orang-orang kafir sentiasa mengintai-intai kelemahan kita dan mencari lubang-lubang kelemahan umat Islam. Dunia hedonisme semakin berkembang sehinggakan semua perkara hendaknya berakhir dengan keseronokan dan kepuasan nafsu. Seperti mana Hari Raya Aidilfitri pun, kita muhasabah balik adakah ending sambutan Hari Raya Aidilfitri kita diakhiri dengan puasa enam sebagai penutup Hari Raya yang hanya SATU hari dan bukan SEBULAN! atau diakhiri dengan jamuan rumah terbuka yang ke-30? Wallahu'alam~

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter