Tuesday, 26 October 2010

CERITA BUDAK MALAS

(tempat kejadian)

Ada seorang siswi, namanya Aku. Punya malas siswi ni, bila study week ja dia akan lari balik rumah. Orang lain stay di UKM bertungkus lumus buat discussion, dia awal2 lagi dah cabut. Tapi sem ni UKM tak dak study week, jadi budak malas ni tak boleh la nak balik...tak gitu? Rupa-rupanya dia masih nekad untuk balik. Tambah-tambah pula ada geng taun ni. Geng Aku tu bernama Mun. Konon Mun tu nak datang study kat UKM sepanjang study week USIMKL, last-last dua-dua orang siswi ni cabut balik rumah nun jauh di Penang.

Al-kisah maka tersebutlah kisah, dua orang siswi yang memang kaki balik rumah ni pun menempah tiket kereta api malam tu juga untuk pulang. Yang Aku ni, lepas ja habis ko-k membersihkan bukit paku-pakis, terus Aku isikan beg dengan buku-buku yang konon hendak diulangkaji. Adalah dua tiga bahan-bahan bacaan. Sampai di KL Sentral, berborak-boraklah mereka berdua sampai pengumuman ketibaan tren no 20 Senandung Langkawi ke Butterworth. Maka, bersenandunglah dua orang siswi ni dalam tren sampai ke Bukit Mertajam.

Ahad
4.30 a.m.
Sampai di Stesyen Bukit Mertajam. Tumpang ayah si Mun ni sampai ke rumah.

7.30 a.m.
Cerah-cerah tanah, Aku dah menapak ke luar rumah nak menghirup udara segar sebelum memulakan ulangkaji. Terdengar bunyi anak-anak ayam berdecit, tapi tak nampak rupa anak-anak ayam pun. Perhati sekeliling ternampaklah seekor ibu ayam. Bila diperhatikan betul-betul, rupa-rupanya anak-anak ayam tu menyorok bawah sayap ibunya. Amboi...comeinya...Aku mencapai sebatang ranting buruk lalu dikuis-kuis sayap ibu ayam tu sebab nak tengok anak-anaknya...Ternampaklah seekor dua..."Aish, ibu ayam...kedekut betullah, mai la Aku nak tengok anak ang ni,"

Malas nak layan gelagat ibu ayam yang sombong tu, Aku masih tak berganjak untuk masuk ke dalam dan memulakan ulangkaji. Dicapainya penyakar atau dalam bahasa Melayunya rake (ada orang tak tau benda tu dinamakan penyakar sebab waktu bersihkan bukit paku pakis ada yang bertanyakan Aku, benda ni orang panggil apa?) err...Ok, Aku pun memulakan usaha menyakar daun-daun kering. Sewaktu sedang menyakar tu, tiba-tiba idea jahat muncul di kepala...hoho. Anak-anak ayam tu dah keluar dari bawah sayap ibunya dan berlenggang-lenggok di hadapan aku. Oooo...ingat Aku takut kat mak ang...tunggulah.. Aku amik penyakar tu dan Aku cakar seekor anak ayam. Dia terperangkap dalam jaring(?) hujung penyakar tu. Aku tengok mak dia macam menjauh sedikit, jadi Aku cuba nak pegang anak ayam yang terperangkap dalam jaring tu. Sikit lagi tangan Aku nak capai anak ayam tu, sekali dia menjerit "Mummy! Mummy! Help me!" dan tiba-tiba
"Aaaaaaaa!", Aku melepaskan penyakar dan terus berlari menuju ke pintu rumah. Sekonyong-konyong ibu ayam tu mengembangkan sayap dan menerpa ke arah Aku. Panic stricken Aku waktu tu. Mak Aku yang terkejut dengan jeritan nyaring yang once in a blue moon dia dengar pun panik juga.

"Awat ni? Ulaq ka?" Aku yang dah masuk ke dalam rumah tercungap-cungap sebentar.
"Tak, ibu ayam nak sembur," dan Aku pun menjelaskan perkara yang berlaku.
" Yang dok pi kacau anak dia tu buat apa, marah la dia,"
"Ala, nak pegang anak dia sikit pun kedekut,"
" Dah la, pi study, pagi-pagi ni tak dak orang nak kacau, bek pi baca buku, senang masuk." Akhirnya budak malas ni pun pi ulangkaji. Dan daun-daun yang dicakar tu dibiarkan begitu sahaja tanpa diteruskan usaha untuk menghabiskan kerja yang terbengkalai...malas punya budak...

Isnin,
9.00 a.m.
Sewaktu nak amik serai di tepi rumah, tiba-tiba Aku nampak ibu ayam dan anak-anaknya menuju ke arah Aku. Aku dah panik takut kena serbu lagi dengan ibu ayam. Ibu ayam tu semakin mendekat. Kebetulan abah Aku baru balik dari mana ntah, cepat-cepat Aku panggil abah Aku,
"Abah, abah...halau lekas mak ayam tu, dia nak patuk Ayu, cepat! Cepat!"
"Laaa...dia lapar tu,"
"Tak, tak...dia nak balas dendam ni...aaa...cepat la abah, cepat, takut ni,"

Sambil Aku minta tolong tu, tangan Aku sibuk dok ambil serai, manakala mata Aku dok perhati ibu ayam yang semakin mendekat. Tiba-tiba "Zaasssss!",..... mata Aku beralih ke tangan dan terpandang warna merah cair atas tangan. Semakin membesar warna tu. Tangan Aku mula terasa bisa. Cepat-cepat Aku habiskan kerja pastu terus masuk rumah. Aku basuh luka terkena daun serai tu pastu tempek plaster. Pedih terasa. Nasib baik luka tak besar. Terlupa sebentar pasai ibu ayam tu. Bila Aku jenguk kat luar, nampak abah tengah tabur jagung kat ibu ayam dengan anak-anak dia. Yer la, dia lapar la tu, bukan sebab nak balas dendam...Hmmm...dengan binatang pun nak sangka buruk, itulah akibatnya.

Moral of da story, kalau niat nak balik ulangkaji, ulangkaji betul-betul, jangan dok pi kacau rumahtangga ayam-ayam...ish2...

~ Creating ideas for lives ~

7 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

Salam ayu...

ahaaa~ tu la akibat suka kacau rumahtangga ayam tu. dia x bersalah.. ibu mana x marah anak dia cuba diganggu.
hahaha...jgn duk su'uzhon dgn haiwan (makluk Allah) mahupun manusia. Remind diri sendiri juga,belajar utk memaafkan si ibu ayam tu. dia mengamuk masa tu ja..kan2... Ayam pun tahu bermuamalat dengan baik, dia mai cari kita bila dia lapar. X da la dia mai trus gigit kita mintak makanan..(toing2!!!)

wallahu'alam

ayu said...

salam mun,

ayam patuk la mun, ka ayam kat umah ag gigit...hihi...seram mun masa mak ayam tu serbu aku, dah la laju pastu dikembangkan sayap, tu yg aku fobia...huhu, x nak kacau dah pasni...betul2, x baik berburuk sangka...huhu.

cleo (クレオ) said...

ayu mengarot tol!!! XD

kan dh kna..haa...ngan ayam pon bley jd la minah ni...hahaha

ayu said...

kita ni nk mesra alam, mak ayam x mesra alam, payah betul...

Ibnu Ahmad Al-Asghar said...

ahaha..lwk yg sgt lahgo..tp bes..

Jannati said...

Salam ayu..haha..lawak la cita ni..sbnarnya..wahid pn pernh gak bt keja kacu anak ayam tu..hihi..tp masa kecik2 la..:)

ayu said...

salam

ibnu>lagho? hmm...tp tu cerita betul bkn cubaan...:P
wahid>aku sentiasa kacau ayam dari kecik smpai besar...nk buat mcam mana, komuniti ayam byk sgt kat keliling rumah. tapi masa kecik lg kejam...huuu, skrg ni btimbang rasa sket...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter