Friday, 29 October 2010

DI HUJUNG USIA

(doa seorang ayah; Semoga menjadi syifa (penawar) sepertimana namanya)

Sedang menelaah Teori Sistem Dunia Moden kegemaranku, fokus aku tiba-tiba lari. Serius memang teori ni best dan aku dah menghadam teori ni cumanya perlukan pembacaan lanjut supaya ada modal nak goreng dengan bahan-bahan yang lebih up-to-date. Tapi masih fokus itu bisa lari. Aku dibawa untuk mengimbau peristiwa yang terjadi sewaktu sedang menunggu tren 1 Ekspres Rakyat dari Bukit Mertajam ke KL Sentral pada 26/10 pukul 7.30 a.m. Peristiwa yang berlaku sangat terkesan kat hati:

1) Sewaktu mak aku menghantar aku ke stesyen kereta api sebelum pergi ke tempat kerja. Dis time, mak aku tak boleh temankan aku untuk tunggu kereta api sebab kena pergi kerja. Entah macam mana, dada aku jadi sesak dan rasa sebak menyerang bila tengok mak aku berlalu meninggalkan aku. Bukanlah nak cakap aku ni anak manja yang kena tinggal pun nak nangis, tapi rasa sebak tu hadir bila mana aku terfikir sempatkah aku berjasa kepada mak aku seperti mana susah payahnya mak aku jaga aku sampai sekarang? Tapi aku taklah meraung kat situ, aku kuatkan hati dan menapak ke arah kerusi yang disediakan.

2) Sewaktu sedang khusyuk menelaah handout falsafah, ada seorang pak cik berkepiah putih yang aku kira sebenarnya berpangkat datuk. Dia mengambil tempat di sebelahku di tempat menunggu. Aku perasan dia sedang memerhatikanku tapi aku tak mengangkat muka dan mataku masih melekat di kertas. Aku kira dia nak menegurku tapi sebab aku khusyuk (buat-buat khusyuk) menelaah, jadi dia berlalu dari situ. Dia datang kembali dengan surat khabar Metro di tangan. Aku menjeling tajuk utama, Anak Nak Campak Ibu dari Tingkat 14, begitulah tajuknya lebih kurang. Otakku ligat berpusing. Pelbagai tanda tanya muncul dalam kepala. Aku jarang baca Metro sebab setiap kali aku menyelak dari satu muka ke satu muka, kepala aku akan mula berdenyut-denyut oleh sebab banyak sangat masalah sosial yang kadang-kadang tak terfikir dek kepala aku. Kat rumah pun surat khabar yang selalu abah beli pun Berita Mingguan (hari Ahad sahaja) dan Harakah. Dalam Harakah pun aku tak baca sangat isu-isu, aku pergi ke bahagian Mauizah yang Tok Guru tulis, pastu perkembangan-perkembangan saudara seIslam kat rantau lain, tu je. Sebenarnya isu di Malaysia tak banyak mana pun. Kalau baca surat khabar Mingguan sudah cukup nak tahu apa isu yang diperkatakan sepanjang minggu tu.

Ok, berbalik kat pak cik tadi. Aku lihat dia macam berseorangan ja, terdetik dalam hati, mana ahli keluarga yang lain?

" Pak Cik nak pi mana ni?"
"Nak pi balik rumah anak kat KL"
"Pak Cik tinggal kat sini ka?"
"Tak lah, ni pun dari rumah anak juga"
"Oooo...Pak Cik asal mana?"
"Kulim"
"Selaluka Pak Cik pi rumah anak-anak?"
"Lama-lama sekali" (kadang-kadang) Aku mengangguk-angguk.

Save part dia interview aku. Dalam hati aku tertanya-tanya. Kenapa anak-anak dia tega biarkan Pak Cik ni berulang-alik dari satu rumah anak ke rumah anak yang lain tanpa berhantar? Aku tengok Pak Cik ni bukanlah gagah mana pun. Jalan pun dah slow. Sebak bertandang. Ada dua sebab kenapa aku rasa sebak:

1) Adakah aku akan membiarkan mak bapak aku berulang-alik begini untuk pergi ke rumah anak-anak? Tak sanggup rasanya. Tapi aku tak tau apa yang masa depan janjikan. Dari kecil sampai ke besar, kenapa semua benda mak abah yang lakukan untuk kita, kenapa kita tak boleh berkorban untuk mereka? Kenapa mereka sentiasa ada masa untuk kita, kenapa kita sentiasa tak ada masa untuk mereka? They always attend our needs, why can't we? Aku tak tergamak tengok mak atau abah aku berseorangan bersusah payah ghabat (naik) bas atau kereta api semata-mata nak pi melawat anak-anak dia yang dah berumahtangga. Aku pandang Pak Cik tu lama-lama. Sewaktu mata kami bertembung, kalau dia abah aku dah lama aku peluk, tapi disebabkan dia orang asing, jadi aku hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang aku terfikir nak kahwin dengan orang tua sebabnya kesian tengok mereka berseorangan. Gelong tak gelongnya aku..tapi kalau kahwin atas dasar simpati takut nanti jemu bertandang pula. Mungkin tu hanya mainan perasaan timbul atas dasar simpati...takkanlah nak kahwin dengan orang tua...Astaghfirullah...Bila tengok situasi ni, teringat beberapa rangkap lirik;

Jangan biarkan mereka,
Sia-sia di hari tua,
Kecewa hidup dan merana,
Kerna perbuatan anak derhaka.

Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia,
Bila sampai waktu ajalnya,
Anak soleh sebagai harta...

~Rabbani~

2) Timbul rasa sebak sebab tengok dia berseorangan tak berteman. Apabila dikatakan berteman ni, aku maksudkan isterinya. Di manakah dia? Sakitkah? Sudah tidak adakah? Dekat kampung, ada sepasang suami isteri ni. Dah tua dah. Si suami ni Tok Imam aku rasa sebab berserban dan berjubah. Selalu aku nampak dia membonceng isteri dia ke hulu ke hilir. Sama ada pergi solat berjemaah di surau atau pergi mengaji di masjid-masjid atau pergi kenduri. Tak pernah aku tengok dia bawa motor sorang-sorang. Isteri dia sentiasa setia berada di belakang motor memegang erat pinggang Tok Imam seperti tak nak dilepaskan. Setia seorang isteri. Romantisnya...Melihat pasangan tersebut membuatkan aku berkobar-kobar nak jadi isteri solehah...Tapi tak semua orang Allah kurniakan nikmat kebahagiaan sehingga ke hujung usia bersama-sama pasangannya. Macam Pak Cik tadi. Aku yakin isterinya seorang yang baik, tapi dia tak mampu menemani suaminya menghabiskan sisa-sisa usia bersama-sama. Mesti salah seorang akan pergi dahulu. Pak Cik tersebut ditinggalkan kesunyian. Kalau isterinya masih ada, dia mungkin takkan pergi melawat anak-anaknya. Dia mesti akan menghabiskan hari-harinya bersama-sama isteri tercinta. Ish Ayu...jangan kalau-kalau...huuu

Pesanan ringkas aku, raikanlah kedua-dua ibubapa anda dengan sebenar-benarnya. Anda adalah anak dan akan sentiasa menjadi anak walaupun anda sudah berumahtangga dan memiliki anak-anak. Di mata ibubapa anda ialah anak kecil yang dipeliharanya dari kaki sebesar dua jari sehinggalah sekarang. Dahulukan ibubapa anda selepas Allah dan bukanlah orang di sekitar anda. Jangan biarkan mereka merasa tersisih walaupun anda sebenarnya berada di depan mata mereka. Wallahua'lam...

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

3 comments:

nur iema said...

hurmm....

Munirah Mohd Rosali said...

huuu

sebak~ Nauzubillah kita tergolong org yg mensia-siakan ibu bapa kita.

waaa...mak abah!!!(over plak,padahal skrg duk depan mak n abah ja pun)

Ayu sungguh mulia kamu~ temankan lah pak cik tu (jadi isteri solehah)....hahaha

ayu said...

husnul> knp mengeluh husnul?
mun> pi la tlg2 mak masak tu mun klu kesian...hihi. Kalau ak temankn pak cik tu waktu dia tua, siapa plak nk temankan aku Mun bla aku tua? Aku nk jadi mcm isteri Tok Imam tu...tua bersama-sama.:) Wallahu'alam...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter