Monday 27 September 2010

SILA SAMBUNG AYAT DI BAWAH

Ok, lectures dari pukul 10-6 petang. Fine. Aku masih cool dan steady. Alah, dah beberapa minggu macam ni. Habis tu apa yang istimewanya hari ini sehingga mendapat tempat di blog lonerangers? Hihi....

Sewaktu tahap klimaks otak dibambu dengan pelbagai input dan mengerahkan output untuk dipertonjolkan di khalayak ramai, pada sesi tutorial terakhir 5-6 petang aku ambil kesempatan untuk memerhatikan rakan-rakan di kiri dan kananku. Sebelum-sebelum ni, memang cukup payah aku nak amik tau pasai kawan-kawan sebelah. Aku sedaya-upaya mengerahkan seluruh perhatian kepada presentation kawan-kawan walaupun tulisan-tulisan yang dipertontonkan cukup untuk membuat mata aku berair sebab tulisan terlalu kecil dan padat dalam satu slide. Menuntut pengorbanan. Tapi, hari ni aku surrender apabila melihat slide rakanku kali ini memang padat dan sendat sehingga tiada ruang untuk otakku bernafas.

Apabila memerhatikan rakan-rakan di sebelah, timbul persoalan di benak, betulkah depa semua ni sedang bagi tumpuan? Hmmm, aku mengangkat kening sebelah....eheh. Nak uji jap apa yang ada di benak depa nih..Ok. Jadi, aku dengan berbesar hati telah membuat satu ujikaji yang dinamakan

SILA SAMBUNG AYAT DI BAWAH. Melibatkan 4 orang rakanku, Asmida, Nengcy, Fiqah dan Tika. Kita lihat apa yang ada di benak mereka sekarang ini:

A~Pada suatu hari yang dingin...
B~Aku teringin minum kopi yang panas...
C~Biarlah kopi itu dibuat daripada tenom asli...
D~Sambil makan coki-coki...
E~Tapi stok kopi dan coki-coki dah habis...
A~Perut aku meraung-raung minta diisi...
B~Sambil menyanyi lagu dangdut...
C~"yang digoyang-goyang yang"...
D~"yang terkocok-kocok, terkocok-kocok perutku yang, ah ah"...
A~Hmmm, tak jadi kalau asyik bermonolog sahaja...
E~Baik aku pergi mandi dulu, dah dua hari tak mandi...
B~Aku nak mandi air perigi la...tp mana nak carik perigi...mandi shower je la...
C~Alamak terlupe bawak baju ***** lebih la....
A~Lebih baik aku pergi baca buku atau buat assignment...
D~Hmm...indahnya jika idea-idea di atas dapat diaplikasikan dalam satu masa...
E~Baik aku buat satu-satu...
A~atau buat dua-dua...
B~Aku kan superwoman, mesti boleh buat semua...
C~Semua tu kacang je nak buat...
D~Nak buat apa dulu ni???
E~Takpa-takpa, aku mulakan dengan Bismillah...

Haaa....terbongkar sudah apa yang berlegar di benak rakan-rakanku...huh...nampak sangat tak fokus. Daripada cerita-cerita yang direka nih, ada rumusan yang boleh dibuat tentang apa-apa yang berlegar di otak mereka:

1) masing-masing tengah kelaparan sebab kelas satu hari suntuk sampai tak sempat makan
2) masing-masing dah rasa x selesa dan nak mandi, satu hari bergerak ke sini sana...ngeh2
3) masing-masing dok fikir assignment yang bertimbun-timbun
4) masing-masing dah senget sampai dah nak jadi superwomen, nak berdangdut...siap buat lagu dangdut lagi...yang 'terkocok-kocok' tu bleh teka orang dia dari negeri mana.....alahai:)

Ni lah peel rakan-rakanku yang selalu menghiburkan. Depa pun cakap Ayu senget hari ni sebab tiba-tiba jer aku tak bagi tumpuan hari ni kat kelas.

Tiba-tiba sewaktu nak keluar kelas, ada orang bagi note dalam secebis kertas:

"My Dearest Beloved
AYU,

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Please esok, sama-sama kita bentang essay Murtad
SKSJ 2083.

P** L**
019-xxxxxxx"

So, bentang ke dak esok dengan dia? Hmm...malas nak fikir. Folded kertas dan letak dalam beg, pastu balik... Lapar dah...

p/s: Kalau pembaca pandai dan faham saya, teka antara A,B,C,D dan E yang mana tulisan saya dalam Sila Sambung Ayat di bawah? :P

~ Creating ideas for lives ~

5 comments:

luvly iema said...

kak ayu yg A tuh..btoi dak??? ^^

luvly iema said...

uiyo..."my dearest beloved AYU"....
;)

ayu said...

absolutely...bijak adikku husnul nih...sbnrnya senang jer kan soklan dia...?(^_^)
"my dearest beloved Ayu" ada mkna diucapkan tuh...jgn amik pusing. Hehe. Sungguh pesimis di situ. cuba tulis my dearest beloved pastu diselitkan sekuntum mawar merah, baru bleh consider kes xfile, :P

luvly iema said...

A~Lebih baik aku pergi baca buku atau buat assignment...---> this statmnt is so u lar kak ayu..hehe

xkn kasik mawar je..the flower must come along with chocolate.ngeh3..

tp rsanya kak ayu xlyn cm 2.. kn3

ayu said...

klu org bg apa salahnya...coklat dahla mahal...:)rezeki jgn ditolak...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter