Sunday 5 September 2010

MENENTANG ARUS


Bismillahirrahmanirrahim...


~dont cross the border. U will regret~


Status tajuk adalah milik sahabat kat FB. Apa motif dia berstatus sedemikian pun x tahu. Hari ni rajin sikit pi menjenguk2 di serata ceruk blog sahabiah. Awat tak? Dah kena tinggal sensorang sekarang ni. Kerja banyak tapi otak jadi blank sebab cuba merasionalkan keadaan ditinggalkan keseorangan. K.Adau n Cleo dah balik. Coursemate yang lain pun dah cabut. Semua orang tengah dalam spirit nak raya dan aku ni gatal nak menentang arus. So, padan muka. Huhu. Selalu jadi lagu ni. Sudah terantuk baru tengadah. Hari tu orang cuti sem dia sibuk pi kerja. Last2, stranded in da middle of nowhere and feeling half insane. Patient my dear...Konon nak timba pengalaman, last-last sibuk dok timba air mata sebab terpenjara tahap giga. Tapi tu cuti sem dulu, sekarang ni tak nak nangis-nangis dah. Dalam blog senior ad satu tazkirah yang berguna. Nak ceduk jap:


KECANTIKAN LELAKI


Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan berlapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA


Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Yang kecantikan lelaki tu aku tak dapat nak ulas sebabnya bukan dalam bidang kepakaran. Tambahan pula semua tu adalah perkara dalaman. Tapi yang kegagahan wanita tu memang aku akur bahawa wanita ni mudah tewas dengan perasaan. Aku selalu kalah kalau diuji dengan perasaan. Perasaan ni memang ujian paling besar dan berat untuk seorang wanita. Hatta, aku yang dikatakan takdak perasaan ni pun sebenarnya terpaksa berhempas pulas untuk menjadi gagah apabila diuji dengan perasaan2 nih. Mai aku ulas satu2 berdasarkan pengalaman yang cetek ni.


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.


Aku pernah mengucapkan satu ucapan yang bodoh kepada mak ayah aku " Mak abah jangan tinggal Ayu sebelum Ayu kawin tau. Biar Ayu kawin dulu. Pastu takpa la. Mak abah kena jaga kesihatan lek lok sampai Ayu kawin". Huh, tak senonoh punya anak. Tapi itu semua didorong oleh perasaan takut tak dapat bertahan dengan kehilangan dua orang yang paling aku sayang. Kalau dah ada suami mungkin akan ada pengganti atau pendorong untuk menghadapi kehilangan yang berat ni. Hari tu abah masuk hospital sudah cukup membuatkan aku menangis di hadapan abah tanpa dapat ditahan-tahan. Tak beretika betul menangis depan orang sakit. Bila abah tanya kenapa menangis ni? Aku jawab, " Ayu bukan nak menangis, tapi air mata ni yang nak keluar. Tiba-tiba ja keluar, tak ble nak tahan". Last-last kain cadar abah aku jadi mangsa aku lap air mata dan hingus. Sabar jer la. Aku begitu takut dengan kehilangan mereka berdua ni. Ya Allah, panjangkan umur mereka dan kurniakan kesihatan yang baik buat mereka...aamiin.


Pernah suatu ketika dulu, aku pulang lewat ke rumah sebab kawan aku bagi hilang kunci moto dia waktu pergi ke pasar malam. Dah nak dekat senja baru aku nak sampai rumah. Takut kena marah, aku ajak kawan aku temankan, suruh dia explain sebab lambat balik tu. Belum sampai ke rumah, aku dah nampak mak aku atas moto dari arah bertentang. Jantung aku dah berdebar-debar. Owh, tdak, mati aku sekarang. Dengan wajah pucat aku tunggu mak aku. Instead of kena jerkah aku nampak muka mak aku yang menggambarkan seribu kerisauan dan kebimbangan. First word yang keluar dari mulut mak aku lepas aku cepat-cepat xplain,... 'mak boleh gila kalau ayu hilang'. Terkejut aku. Second time ayat yang sama keluar waktu berita kehilangan budak di radio. ' Kalau anak mak yang ni hilang, mak boleh gila terus.' Bukanlah bermaksud di sini nak menunjukkan yang aku ni anak emas atau konon anak yang baik, tapi nak menunjukkan bagi seorang wanita, kehilangan merupakan suatu ujian perasaan yang besar. Hanya yang gagah yang boleh menanggungnya.


2) Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan


Ni merupakan kunci kepada persoalan kenapa kadar penceraian semakin meningkat. Wanita sekarang ini dah tak gagah sepertimana wanita zaman-zaman dahulu. Wanita sekarang cukup takut dengan kemiskinan. Sebab itulah bercinta boleh 10 tahun, tapi the moment they live together, barulah teruji janji-janji manis, susah senang bersama. Nak bagi bini makan batu? Tu ayat untuk orang-orang lelaki yang prospek harta sungguh tak menjamin sewaktu nak berkahwin. Bukan salah laki tu, tapi hakikatnya wanita sekarang tak mahu hidup dalam kesusahan. Waktu bercinta, masing-masing hidup dengan keluarga dan ditanggung beres oleh mak ayah. Kredit mak ayah topupkan, baju mak ayah belikan. Ni untuk wanita la ni. Bila dah kahwin, si suami tak dapat beri setimpal dengan apa yang pernah si isteri ni rasa waktu bujang dulu, haaa..mulalah si isteri ni nak buat perangai. Last-last bercerai. Tanda-tanda akan berlaku penceraian ni adalah bilamana si isteri menggunakan wang gajinya untuk biaya rumah dan anak-anak. Waktu nilah si isteri akan rasa tak puas hati dan terbeban sehingga menyebabkan dia minta cerai. Daripada menanggung biawak hidup katanya. Di sini nampak salah si suami. Tapi tu kalau dah 20 tahun dok macam tu. Tapi yg kahwin setahun bercerai ni sebab isteri tak nak susah sewaktu suami susah. Memanglah peringkat permulaan kehidupan berdua itu susah, dah sepatutnya isteri ni kena all out bantu suami. Macam orang-orang dulu, tok aku sanggup bersusah payah tolong tok wan cari harta. Dia bersengkang mata buat kuih untuk dijual, pergi ke bendang dan ke kebun dengan tok wan mana nak jaga anak 9 orang lagi. Makan pun ala kadar. Akhirnya bila dah tua-tua, harta banyak, tanah ada 7, pergi haji dua kali. Tapi lelaki zaman dulu-dulu memang boleh diharap untuk menjaga keluarga, pulun cari harta dunia dan akhirat, lelaki sekarang??? Macam manalah wanita nak berkorban untuk mereka. Dah la harta dunia pun tak dapat nak kumpul, harta akhirat pun tercicir. Dua-dua pihak perlu cari jalan penyelesaian. Tapi kat sini nak ditekankan, perempuan yang takut kepada kemiskinan ini memang tak gagah.


3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan


Siti Hajar adalah lambang wanita yang gagah kerana dapat menanggung kerinduan apabila ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s. Ditinggalkan di sini boleh jadi kena tinggal seperti bercerai hidup atau mati atau ditinggalkan suami yang merantau. Kalau isteri-isteri jemaah tabligh tu memang gagah la kerana sentiasa ditinggalkan suami. Kawan aku, belum kahwin lagi, baru jer ditinggalkan kekasih dah macam separuh gila menangis. X makan, tak tidur, tak pasti la plak mandi ke tak, kerjanya menangis sepanjang masa. Sampai lembek-lembek badan. Sedangkan si lelaki tu sedang bergembira dengan kekasih baru. Pandangan aku mungkin nampak bias, biasalah aku kan wanita. Tapi tujuan sebenar adalah nak menghighlightkan yang wanita kalau nak jadi gagah, kena tabah menanggung kerinduan. Sebut perkataan rindu pun dah membuatkan hati jadi lemah. Alahai...Aku ni kena tinggal dengan kawan-kawan, tapi rindu kat kampung. Alah, releks la...nanti sampai juga. Kita biarkan mereka di kampung rindu kat kita plak.


4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Ni orang yang dah kahwin mungkin lebih arif. Pernah berlaku kepada saudara-mara aku, isteri dia menggugut untuk membunuh diri kalau dia tak berpindah ke rumah baru. Siap pegang pisau lagi. Tapi tak sampai bercerai sebab sayang bini...MasyaAllah...wanita ni memang sukar diramal. Orangnya lemah lembut jer pun. Tapi kalau suami buat silap sikit, terus bertukar jadi Hulk Hogan. Bersedialah wahai para lelaki di luar sana. Jangan mudah tergoda dengan kelembutan dan kecantikan wanita. Hehe. Sepupu aku diketuk dengan kasut oleh si isteri sedangkan dia tu tinggi dan besar yang amat dan isteri dia kecik jer pun macam Najib dan Rosmah. Boleh jer kalau dia nak angkat dan buang dari tingkat kondo dia. Tapi itulah..hmm..jadi wanita bila tengok laki yang kat luar nampak garang dan serius tu, sebenarnya dia seorang yang lembut hati dengan isteri. Kalau yang pandai bermadah berhelah ni belum tentu akan seperti begitu once jadi suami. :P Tengok Firaun sudah. Mafia bukan main. Tapi Asiah dapat memujuk dia untuk memelihara Nabi Musa a.s. Keinginan wanita ni akan cross the border dalam situasi:


a) nak raya

b) nak kenduri

c) waktu mengandung

d) waktu suami dapat duit pencen @ kwsp


Walaupun aku tak berpengalaman luas lagi, tapi aku share pengalaman-pengalaman orang lain di sekeliling yang dah mengharungi perkara-perkara di atas. Moga menjadi panduan pada masa akan datang. Oleh itu, kalau kita rasa kita ni kekurangan dari segala segi, rujuklah orang yang lebih berpengalaman dari kita supaya kita dapat memperbaiki diri sendiri di samping banyakkan membaca. InsyaAllah, kita akan lebih yakin dalam mengharungi kehidupan. Renung-renung dan selamat beramal.
p/s: pagi ni hujan renyai-renyai dan langit redup satu hari.. Adakah semalam malam lailatul-qadar? Kalau semalam lailatul-qadar mengunjungi, k.adau, saya, awe, mahirah n cleo sempat mengaminkan doa semoga dikurniakan suami yang soleh...Amiin.:)
p/s/s: segala tulisan di atas adalah, selain dari point utama kecantikan lelaki dan kegagahan wanita merupakan pandangan penulis semata-mata. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~


~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter