Friday, 10 September 2010

Diari Seorang Realist


10:52 p.m.


Di luar bilik kedengaran suara mak menakan dan pak menakan (mak n bapa saudara) tengah berceloteh sakan. Aku ada kat mana? Hah, mana lagi, biliklah. Kuikui. Letih, letih. Mata dah berat, tapi gagahkan juga nak menulis sepatah dua kata. In da spirit of raya. Jadi kena manfaatkan. Siapa yang nak baca post ni belakang kira, yang penting, aku nak simpan memori ni dalam blog.


Pada pandangan aku, selain nostalgia zaman kecik-kecik, hari ni merupakan sambutan Hari Raya yang paling meriah pernah aku alami. Sejak beberapa tahun sambutan yang hambar, hari ini Allah mengurniakan satu suasana meriah untuk diingati. Seingat aku, aku tak pernah ketawa seperti mana aku ketawa pada hari ni. Bukan ketawa yang terbahak-bahak tu, tapi ketawa bahagia. Ewah...Ada hikmahnya dua bulan di UKM yang penuh dengan turmoil. Macam la teruk sangat, tapi agak tragis juga la cubaan2 tu. Namun, berbaloi apabila Allah kurniakan nikmat sambutan Hari Raya yang sungguh syahdu lagi dirindu.


Eh, eh, kejam aku biarkan kakak aku sorang-sorang kat dapur...Kesian kat dia, tapi aku tak dapat nak kawal perasaan syok nak menulis nih...hoho...sabar ye kak, nanti cek pi...Antara perubahan-perubahan yang berlaku pada raya kali ni:


1) Mak aku gelak paling banyak. Tak pernah aku dengar mak aku gelak macam tu. Satu-satu benda melawakkan terjadi menyebabkan mak aku tak ble tahan gelak. Aku pun tumpang sekaki.


2) Adik-adik aku kurang bermasalah tahun ni. Alhamdulillah. Waktu salam dengan aku, ewah, "Ha K.Yu, taun ni 0-0 tau" (maknanya tak buat masalah ler tu..ye la tu...)


3) Adik-beradik sebelah mak datang tak putus-putus dari petang sampai sekarang. Cadangnya nak balik esok ke kampung sebelah mak, tapi depa pulak datang. Seronoknya mak tak terkira. ( Eh, depa dah nak balik, jap nak pi salam). Laksa yang aku buatkan semalam (nak juga..kui2, eh slalunya laksa aku yang kontrak, dah hantu laksa, kena la pandai buat, klu tak, teringin..) banyak, jadi jamu laksa jer la.


4) Perkara ini perubahan yang berlaku kat aku. Raya sebelum-sebelum ni, aku punya pesen (fesyen), saudara-mara datang, aku keluar dari bilik, salam, pastu masuk balik dalam bilik sampai depa balik. Bagus tak perangai? Aku biarkan kakak aku dengan mak berhempas pulas kat dapur. Itulah bertuahnya jadi adik bongsu perempuan. Sebab tu aku tak nak adik perempuan, nanti mengada-ngada macam aku. Tapi, taun ni aku buat turning point, aku all out kat dapur dari bancuh air, hidang makanan, sampai dok bersembang sekali. Huish, ingat senang aku yang memang tak amiable ni nak dok bersembang dengan orang-orang tua (Macam Mr.Darcy dalam Pride & Prejudice). Tapi itulah, taun ni aku buat perubahan. Motif? Hahaha, rahsia...practices make perfect. Nanti tak la kekok. Wah, wah, ada hati. Kakak tak jalan lagi, dia dah nak melompat dah? Tapi, bila dah first time ni, haaaa...dia punya kalut tok sah dok cakap la...Tengok tetamu ramai, kita kat sini menggelabah bewak dah, nak buat apa dulu? Capai sini tak kena, capai sana tak kena. Last-last kena kontrak basuh pinggan ja...jadilah. Tu pun nyaris-nyaris memecahkan cawan teh kesayangan mak aku. " Haish, baik-baik," Bancuh jus main bubuh jer air gula, tak rasa manis ke dak terus hidang~ hahaha, rasailah air bancuhan aku yang tak mesra tetamu~ Hasilnya, haa...letih terkelepek tapi puas hati. Tapi sekarang ni aku melepak kat dalam bilik, kakak aku still dok kat dapur...tak pa, jangan paksa diri. Aku kan amatur lagi.


Esok pula ada family gathering belah abah. Tapi tak payah la semua nak cerita kan. Semua orang akan sambut seperti mana aku, tapi bagi aku, tahun ni perubahan sambutan yang dirasai itu adalah berlawanan daripada sangkaan aku sewaktu di UKM hari tu. Silaturrahim semakin erat dirasai. Alhamdulillah. Kalau silaturrahim dalam keluarga besar dah ok tahun ni, maknanya boleh la terima orang baru pasni? Nak panjangkan silaturrahim pula...somebody pliz kick me!


~ Creating ideas for lives ~

5 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

Selamat Hari Raya ayu...
Hahaha...ayu dh berubah???hebat2.tabik springg la eh.

Haaaa,tak ble blah aaa ayat...
"boleh la terima orang baru pasni? Nak panjangkan silaturrahim pula...somebody pliz kick me!" Haha ayu dh sampai masa nmpak nya.apa salahnya lompat pagaq??

Jeng222...

ayu said...

Selamat Hari Raya mun...

Eh2, jangan salah faham no..yg perubahan tu hr first jer, hr second bkubang dlm blik juga..x layak lg kot...yg ayat last tu bg pihak kakak aku la...hehe..sabar2. Ag kot yang coming soon...nk kena fire??

p/s: slalu failed lari lompat pagar kat sekolah sbb x ckup tinggi...:P

nur iema said...

meh nk tlg kick..


larikkkk!!!!!!!!!!!!!!!!

ayu said...

kaki x sampai kot...hehe...dont take it personally...

nur iema said...

hak3... btol la tuh... sbb 2 pkai heels..ngeee ^^

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter