Saturday, 25 September 2010

GELAK TERGOLEK~review


12:43 a.m.


Selesai membaca novel bertajuk Gelak Tergolek. Apa yang boleh aku katakan, aku Tak tergelak dan tak tergolek pun. Ada unsur sarkastik di situ.


Setelah lama tak meluangkan masa untuk membaca novel, novel ni telah menarik minat aku sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke kampung sebelum raya hari tu. Sambil-sambil menunggu panggilan kereta api Senandung Mutiara ke Butterworth, aku membaca Majalah Solusi isu 23- Sejauh Mana Cinta Kita Kepada-Nya? Sewaktu sedang membelek-belek majalah tersebut, aku terdengar orang di sebelah aku ketawa. Pada mulanya sekadar ketawa perlahan. Kemudian ketawa tu berlanjutan membuatkan aku mengalihkan perhatian kat orang sebelah aku nih. Seperti biasa aku terus straight to da point bertanya


" Bestka novel tu?" Dia memandang aku lantas mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum.

" Lawak, tengoklah." Aku pun mengambil novel yang berada di tangannya. Seperti biasa, aku membaca sinopsis dan ayat terakhir sinopsis tu dinyatakan 'Pasti anda akan gelak tergolek!' Siap ada tanda seru lagi. Macam meyakinkan sebab orang sebelah aku gheja gelak tak berhenti-henti dari tadi. Boleh tahan novel nih. Aku mengangkat kening. Sambil-sambil aku membelek-belek novel tu, kami bertaaruf sebentar. Rupa-rupanya dia baru lepas grad tahun nih kat UKM. Oooo, graduan UKMlah ni. Pelajar FST kos Sains Matematik. Sekarang bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian unit analisis. Baguslah, baru grad dah dapat kerja. Ada gaya.:) Nak balik ke Perak. Bertukar-tukar pandangan mengenai suasana belajar di UKM dan nasihat-nasihat berguna, perbualan tamat sewaktu pengumuman dibuat:


"Panggilan untuk penumpang Tren no 20 Senandung Mutiara ke Butterworth,

anda diminta berkumpul di Platform A dan kereta api akan berlepas pada pukul 11 mlm"


Kami berpisah di situ sebab koc dia bersebelahan koc aku. Seperti biasa, tak sempat bertanyakan nama apatah lagi bertukar-tukar nombor. Jauh sekali. Tapi itulah buat pertama kali aku menyimpan hasrat untuk membaca novel Gelak Tergolek nih.


Balik ke UKM, selepas 3 minggu drp pertemuan tu, aku terjumpa novel ni dijual kat depan Pusanika. Kan ada function apa ntah, aku terus beli novel ni. Siap rekemenkan kat kawan lagi. Lusanya, novel Inggeris yang aku beli secara online dari Australia The Twin oleh Gerbrand Bakker tiba di pejabat pos setelah sebulan lebih menunggu. Alhamdulillah. Takut kena tipu sebab baru pertama kali beli secara online. Tapi aku mengambil keputusan untuk baca novel Gelak Tergolek ni sebab meyakini novel ini akan membuatkan aku tak kering gusi.


Tapi betullah pepatah Inggeris mengatakan;


"Don't judge a book by its cover"


Novel ini menghampakan aku...Adakah aku terlalu berharap? @ kotak ketawaku (dlm cerita Spongebob) dah tak berfungsi? Aku dah bertukar menjadi Squidward. Namun, masih ada yang lucu juga yang mampu membuatkan aku mempamerkan sebaris gigiku sewaktu membacanya. Tapi tu jer lah. Kawan aku sempat memerliku:


"Hah, gelaklah, kenapa tak gelak?"


Hakikatnya apabila manusia semakin dewasa mereka semakin sukar untuk ketawa. Sebabnya takut diconsider tak matang apabila gelak kat sesuatu yang dilabel lawak bodoh. Pada pendapat aku novel ini mematikan nafsu aku untuk ketawa apabila:


1) cerita ini mempamerkan watak utama Rahman terlalu melebihkan isteri berbanding ibunya. Walaupun ibunya kurang suka kepada isterinya, Maimun, Rahman sanggup mendahulukan isterinya berbanding ibunya dalam buat sesuatu perkara sampai ibunya terasa hati.


2) Rahman ini seorang yang amat jahil agama. Bila cakap amat jahil ni bermaksud rakaat solat pun tak tahu. Dia mengharapkan isterinya untuk membimbingnya. Nasib baik dia dapat pak mentua yang garang dan sanggup membimbingnya. Tapi takkah sedih dapat suami yang solat pun kadang-kadang, suka berdalih, panas baran, kepala angin, dll...Nauzubillah. Aku tumpang simpati kat Maimun. Hopeless...hopeless...ish.


3) dia tak suka isteri dia ceritakan perkara peribadi kat ibunya, tapi dia sendiri boleh ceritakan kat temannya, Fauzi tanpa rasa bersalah. Apa kes?


4) Rahman ni memang seorang yang bodoh sombong. Di sini, penulis dia menceritakan peristiwa-peristiwa si Rahman ni sewaktu dia belajar jalankan ibadat. Pada sesetengah orang, kesilapan dan kejahilan si Rahman ini merupakan perkara lawak, tapi ia membuatkan aku rasa macam nak belasah si Rahman ini. Pada pandangan penulis ia suatu perkara yang melawakkan, tapi bagi aku ia suatu perbuatan yang tak menghormati agama dan orang di sekelilingnya seharusnya tidak ketawa tapi membantunya atau merejamnya dalam air.


Kesimpulannya, Ayu, ang tak payah baca novel pasni. Dah cakap dah. Mesti ada ja yang tak kena. Ingatkan dapat gelak tergolek, last-last mulut mencebik jer.



~ Creating ideas for lives ~

5 comments:

nur iema said...

hehe..kak ayu..org da novel lawak
nk try x?
tajuk nye "bini aku tomboy ke??"
hee

ayu said...

mcm pernah tgk novel tu n baca sinopsis dia. Serius lawak? benda free apa salahnya bacakan? :) tp bagi lepas examlah, baru bleh bg tumpuan. nnti ingatkan.:)

nur iema said...

exam abes bila? ^^

ayu said...

11/11~ bg novel tu bla husnul dah nak balik..ble?

nur iema said...

balik ngn has n qilah..11/11 gk lar..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter