Tuesday 27 April 2010

RINTIK...RINTIK...HUJAN DAH TURUN:)





Kenapa aku suka hujan? kenapa aku suka hujan? kenapa aku suka hujan?...(ubahsuai dari iklan Petronas)

Kalau hari hujan, senyuman akan melebar di wajahku...:)

Secara umumnya aku suka air, secara khususnya air hujan, air terjun, air laut, salji, air perigi dll.

Mak aku cakap sebab waktu mak aku melahirkan aku, waktu tu hujan turun renyai-renyai pukul 2.56 p.m. Mak aku tengah dok masak tengah hari kat umah tok aku, tiba-tiba rasa sakit, pastu tok wan aku bawa mak aku pi hospital sebab abah aku kerja, masuk bilik bersalin terus bersalin dengan mudahnya...alhamdulillah...


Mak aku tengok aku macam tomato masa tu, sebab tu bagi nama Nurhidayu...tapi aku tak ayu pun...ganas semacam jer...hihi

Masa mak aku mengandung aku plak, mak aku cakap dia suka pepak (loghat utara utk mamah) ketul ais @ air batu @ ice tube...sampai berplastik-plastik tiap-tiap hari sebelum beranakkan aku...macam makan keropok jer

Sensitif gigi bila teringat...sabar jer la.

Jadi kejadian di atas menjelaskan kenapa aku suka air?

Ok, aku pasti semua orang pun suka hujankan? So, whats the big deal?








"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Sekiranya Kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya asin, mengapa kamu tidak bersyukur?" ( Al-Waqiah:68-70)


"Dialah (Allah) yang telah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu menggembalakan ternakmu. Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman,zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir".
(An-Nahl: 10-11)


"Dan Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih, agar (dengan air itu) Kami menghidupkan negeri yang mati (tandus), dan kami meberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan, (berupa) haiwan-haiwan ternak dan manusia yang banyak". ( Al-Furqan: 48-49)


Hujan itu nikmat, namun pernah dengar suara-suara merungut bila hujan turun?
"Laaa...hujan ler plak, apa pun tak bleh wat"
" Haish, time ni lah nak ujan, time aku tak keluar tak hujan pun"
"Hujan ni, bila aku nak, tak turun, bila aku tak nak , time tu lah nak turun"
"Rain-rain go away, come again another day"
Berdesing telinga aku dengar rungutan-rungutan camni. Aku tanya balik " Kenapa tak suka hujan turun?"
"Bukan tak suka, tapi tak kena masa nak turun pun"... Amboih...tak kena dengan masa sapa nih? Kena ikut masa awak ker??...Bercakap macam yang turunkan hujan tu pak cik mak cik dia jer... Awak tak sedar ker, kalau Allah tak turunkan hujan terus...tak payah terus, seminggu pun cukuplah, menggelupur macam cacing kepanasan.
Alamak, tiba-tiba tak dak mood nak teruskan menaip...
Ni gara-gara ada hamba Allah tanya soklan cepu gangsa, ada minat kat mana-mana budak laki tak? Aduhai...
Hmm...setakat ni minat kat Ammar...tapi dia jauh, jarang-jarang bleh jumpa, so perasaan tu dah berkurang
Kalau kat UKM ni mana ada budak laki, ada pun anak kakak cafe nama Adam...tapi Adam tu kurang cute...
Ammar lagi cute, dah la bertubuh, mata sepet, chubby, ish rindu ler plak kat anak Mak Su ku sorang nih... dah ble berjalan ker dak gi...
Oklah, nak sambung baca buku, esok exam Pentadbiran Awam, dah tau killer subject, ble jer sedap-sedap mengadap blog...huhu...
Pengajaran dari cerita di atas, rasa-rasanya rata-rata boleh berfikir...jadilah hamba Allah yang betul-betul bersyukur...Wallahualam
-Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-



~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter