Wednesday 21 April 2010

X-file: Kunci ke Hati Wanita Solehah...

(sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan cerita)

Apa nak jadi ni...

Masa-masa exam ni lah idea nak menaip mencurah-curah ke ladang gandum...

Tak boleh nak khusyuk sikit, idea-idea tu melintas...

Idea tu ditrigger waktu aku pi beli makanan kat Cafe Canselori

Kat TV tu dok tayang Si Sudin dan Si Eton tengah bercengkerama pastu adik Eton yang bernama...ehm..ehm..Ayu la...kuikui...minta 20 sen sebagai upah mengcover projek akak dia dengan Si Sudin tu...uish...kalau ditanyakan Ayu ni...dah lama aku report kat mak...biar kantoi... ataupun aku yang amar maaruf nahi munkar...hihi



Ok, korang pernah tak dengar lagu yang dinyanyikan oleh Robbie William dengan Nicole Kidman?

Sebahagian daripada lirik tu camni..."That I'll go and spoil it all by saying something stupid like I love u..."

Nampak tak? Omputih pun tau yang buat pengakuan bahawa 'Aku cinta padamu' adalah a stupid mistake...

Wow...



Ok, itu bukan tujuan aku kat sini...

Aku nak buat kebajikan dengan mendedahkan rahsia bahawa kunci hati wanita solehah dan baik-baik ni dipegang oleh ibubapa...itu jer.

Kenapa aku baik sangat mendedahkan benda ni yang kira-kiranya highly confidential? Adakah kerana aku kesiankan muslimin kat luar sana yang failed untuk mendapatkan muslimat yang disukai? Probably...no.

Aku bukan membincangkan perkara ni atas dasar aku ni wanita, tapi atas autoriti pendengar yang setia atau 'doktor cinta'...ewah2...sapa yang mengiktiraf ni? Saya sendiri ler...knp? Tak boleh?

Sebenarnya fail kes-kes ni dah dibuka sejak di sekolah menengah lagi dan baru hari ini aku rasa nak mendedahkan benda ni...

Responden terdiri daripada kawan-kawan, lawan-lawan, orang-orang awam yang dijumpai di kedai makan, di pertandingan-pertandingan sukan, di kedai lesen dan di mana-mana sahaja yang berkesempatan.

Metodologi adalah temubual dari hati ke hati.

Hasil temubual tu kalau nak paparkan di sini memang akan menyebabkan esok aku akan berkata hi hi bye bye kat subjek exam esok...jadi aku paparkan beberapa kes yang kiranya munasabah untuk menjelaskan teori aku bahawa kunci hati wanita solehah dan baik-baik ni ada kat ibubapanya...so lepas ni trigger mak bapak bukan sibuk buat confession yang akhirnya melukakan diri sendiri...awak tu pejuang Islam, jangan lemah untuk perkara-perkara sebegini...Islam perlukan awak untuk teruskan syiar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kuatkan diri!

Macam sorang ustaz tu cakap sikit-sikit nak menikah, sikit-sikit nak menikah...terasa ler juga...



Kes 1:

Ni pengalaman peribadi...kengkawan aku tak tahu pun...di dunia ni hanya aku dan sorang sahabat baik jer yang tau...tapi aku nak kongsikan supaya korang amik pengajaran daripada cerita ni...

Aku pernah suka tahap babas kat sorang senior ni...wuwu

Masa tu aku tingkatan satu okey...dan dia tingkatan lima...(zaman jahiliahku:( )

Disebabkan aku suka sangat kat senior ni, aku pun suruh kawan aku tepon dia...biasa ler...trick lama.

Ditakdirkan Allah, mak dia yang angkat...nak tahu apa yang sahabat aku buat? Dia cakap kat mak cik tu camni, "Mak cik, kawan saya suka kat anak mak cik"....waaaaa...menggelabah aku takut kena marah. Tapi tahu apa yang mak cik tu cakap, " Cakap kat kawan awak, suruh dia belajar sungguh-sungguh dulu, mak cik paham, tapi belajar dulu, pasni baru fikir pasal benda ni"....aaa...aku insaf dan miraclenya, tak ada sekelumit pun perasaan terluka dengan kata-kata mak cik tu yang sah-sah mereject aku dari menjadi menantu pilihan...kuikui

Kalau aku yang perempuan ni bleh buat, apalah salahnya kalau guys out there buat macam ni... tak akan terluka punya kalau direject oleh orang tua perempuan tu sebab mak cik pak cik tu bukannya tahu pun awak tu sapa...perempuan tu pun tak tahu...selamat harga diri...fuhhh.



Kes II:

Ni kes kawan sekolah...tapi masa ni dah habis sekolah menengah...kiranya dah jadi ex masing-masing.

Waktu jumpa, temubual pun diadakan...Dia cerita ada seorang hamba Allah ni memang suka dekat dia, lelaki ni duduk di pantai Timur dan perempuan ni (kawan aku) di pantai Barat...bila dah jauh ni slalunya dikenalkan oleh orang tengah ler. Drastiknya lelaki ni, dia dengan beraninya datang ke rumah kawan aku dan jumpa mak bapak kawan aku dan cakap ,"Pak cik, saya nak kawan dengan anak pak cik, saya ikhlas ni"....aaa...ternganga aku dengar kawan aku cerita. Kawan aku pun terkejut. Sekadar untuk berkawan jer datang ke rumah minta izin menunjukkan kesungguhan laki tu. Dia bukannya kenal sangat pun dengan kawan aku...kagum juga aku dengan semangat dia. Tapi itu kalau yang berani, kalau tak ada kekuatan lagi tepon jer la...supaya kita tahu fikrah mak bapak perempuan tu...kalau dimaki pun takkan terluka berbanding kalau direject secara langsung dengan wanita solehah dan baik-baik tu. Bukan salah mereka kerana hati mereka diserahkan bulat-bulat kepada mak dan ayah mereka...tak payah tunggu green light dari wanita tersebut untuk bercakap dengan mak bapaknya, cakap jer terus...itu kalau ikhlas ler...kalau tak? Stay out of the way, please.



Kes III:

Seorang hamba Allah ini sering dihubungi oleh seorang lelaki, walaupun dimarahi, lelaki ni cakap "Saya lagi suka awak bila awak marah", apa kes??? Sabar jer la...Pastu aku syorkan kat hamba Allah ni cakap kat laki tu, kalau serius nak berkawan (bukan nak berkahwin pun), minta izin mak ayah saya dulu, pastu dia cakap kat laki tu camtu, laki tu kata saya nak kenal awak dulu, ok... pastu hamba Allah ni cakap kat laki tu, "Bagi saya nombor tepon mak awak, saya nak tanya mak awak, bleh ke dak awak berkawan dengan saya"...apa laki tu cakap.." Ish, tak payahla, takut saya..."....Laaa...nak takut apa? Pelik. Nampak sangat tak ikhlas...nak seronok-seronok jer. Ingat wanita ni apa, bahan eksperimen? Kena buktikan dia ni barang baik baru nak amik? Wanita solehah dan wanita baik-baik nak ker orang macam ni? They've got brain ok...not that bird's brain like in Full House.



Kes IV:

Kes ni aku dapat dari seorang wanita yang ditemubual di pusat latihan memandu. Sambil tunggu giliran nak bawa kereta, aku berbual-bual dengannya. Tak sampai lima minit, dia dah mula menceritakan masalah peribadi. Jadi tak salahkan aku gelar diri aku 'doktor cinta'? Kuikui,...come on. Dia cerita dia ni anak yatim piatu, baru jer kematian ibu. Pastu dia ada ler kakak dan abang. Dia ni anak bongsu. Dipendekkan cerita, dia berkawan dengan sorang laki ni, secara sembunyi-sembunyi ler. Abang dan kakak dia ni punya garang dan mengongkong (itu pendapat dia)... Disebabkan dia selalu diterjah oleh abang dan kakak dia, dia mengadu kat lelaki ni...dengan gagah perkasa lelaki ni pi jumpa abang dia...konon nak buat pengakuan cinta yang tak berbelah bagi kat abang dia (macam cerita hindustan gitu)...last2 apa jadi? Kena belasah dengan abang dia kat depan2 tu juga...aaa...tragis...tapi laki ni tak defend diri dan tak melarikan diri...kalau nak tunjuk hero pun... tak tau aku nak cakap apa. Fikir la dulu kok ye pun nak buat pengakuan, ye dok? Kan bagus kalau tepon dulu ker, cek fikrah abang dia. Baru ler tahu dia ni mafia ke tak...tindakan abang dia tu betul gak kadang-kadang bila difikirkan balik...sebelum perkara buruk terjadi baik belasah dulu. Nanti dah jadi perkara terlanjur, tak boleh diundur. Kena belasah tu sebagai ujian ikhlas ke dak laki ni? Jawapannya...lelaki tu dah tak kawan dengan perempuan tu dah...huhu...ikhlas ke dak? Mungkin dia fikir balik kot nak beriparkan abang macam mafia tu...



Uish, ni baru 1% kes yang dipaparkan, ok2 ni kes last sebelum buat rumusan:



Kes V:

Aku pendekkan cerita, kawan aku yang dilamar secara terbuka mereject lamaran tersebut dan kemudiannya dilamar oleh pemuda lain yang dah tahu rahsia ni dan lamarannya diterima...nampak konsep tu? Wanita itukan dihiasi dengan sifat malu...alahai...tambah-tambah wanita-wanita yang nak disunting tu terdiri dalam kalangan yang solehah dan baik-baik. Kadang-kadang kita nampak wanita tu macam peramah, happy go lucky, macam sporting jer, tapi kalau benda-benda camni mereka ni sensitif ok??? Selalu bila mereka ceritakan benda-benda ni kat aku, mereka akan akhirkan dengan soalan, "Takkan aku nak mengaku Ayu yang aku pun suka, takkan aku nak terima, malulah...huhu, betul tak apa yang aku buat ni?" dan selalunya jawapan aku adalah " Tak payah nak rasa bersalah, jodoh pertemuan di tangan Allah"...



Semoga membantu...
p/s: Bacaan tambahan: Pemilik Cintaku sesudah Allah dan Rasul- Fatimah Syarha Mohd Nordin


-Al-islmu ya'lu wala yu'la 'alaih-


~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah satu perkongsian yang amat bermakna..buat muslimin yang menjengah kat blog ni, kira beruntunglah antum...dapat 'step' yang sepatutnya antum buat nak merisik wanita2 yang solehah ni..masyaAllah..subhanallah..insyaAllah terbaik buat antum dan antunna.

ayu said...

wa'alaikumusalam
semoga bermanfaat untuk yang nak mengambil pengajaran dalam kes-kes tersebut...insyaAllah

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter