Sunday 3 January 2010

[ Untuk Mu, Duhai Wanita ]


Dengan Cinta Yang Maha Esa
Assalamu'alykum buat semua



Sebelum memulakan post Cleo kali ini, ingin sekali Cleo memohon keampunan ke hadrat Ilahi atas segala dosa yang pernah dilakukan mahupun yang pernah terlintas dalam hati kecil ini.


Dah lama rasanya semenjak Cleo post dalam LR. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan tambahan, termasuklah kepeningan permulaan sem. =)


Kali ini, tiada yang istimewa bagi Cleo untuk dikongsi bersama para pembaca LR. Cumanya, akhir-akhir ini, Cleo sering mendengar beberapa keluhan daripada rakan-rakan berkaitan wanita. Tak kira lah sama ada pendapat mereka ni positif atau negatif. Setiap manusia Allah kurniakan ragam dan pemikiran yang berbeza-beza. Kita tiada hak untuk menyangkal atau menyanggah pendapat daripada sesiapa pun.


Jangan lah tersalah tafsir pula bila Cleo menulis sebegitu. Kita tiada hak untuk menyanggah, tetapi kita masih diberi hak untuk mengeluarkan pendapat yang sebaiknya untuk memberi peluang kepada sesiapa yang mendengar itu mengambil dan menganalisa setiap bait kata-kata kita. Kerana itulah, dikatakan :

Setiap kata-kata mu itu adalah dakwah.

 Dan daripada kata-katalah seseorang itu dapat dinilai kebijaksanaannya berdakwah dengan penuh hikmah.


Oh, dah lari jauh nampaknya Cleo ni. Hajat di hati bukan lah ingin berleter panjang, hanya ingin berkongsi satu atau dua link berkaitan wanita. =)












Cleo rasa, cukup lah setakat ini dulu perkongsian kita pada post kali ini. Ya, bagi Cleo, setiap bait-bait dan kalimah-kalimah pada posts di atas amat menyentuh hati Cleo. Tambahan pula diiringi musik latar. : )


Semoga dengan perkongsian kali ini, kita sama-sama mula melangkah ke arah kebaikan.

Tidak kira lah siapa diri kita,
Lelaki mahupun wanita,
Muda ataupun tua,
Kerana di sisi Tuhan yang Maha Esa,
Kita semua adalah serupa,
Yang membezakan kita hanyalah iman yang dijaga.


Renungkan-renungkan lah ~



Salam sayang dari
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter