Tuesday, 2 August 2011

..:[ Pengajaran 1 ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum semua ~


Hari ni, dapat satu pengajaran hidup masa tarawih tadi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Al-kisah . . .

Sementara menunggu Tarawih tadi, lalu sorang budak lelaki. Mungkin dalam lingkungan 8 atau 9 tahun usia. Muka yang suram, persis susah hati mencari seseorang. Mundar-mandir berseorangan. Melihat dia, terusik hati. Cari ibu ke dia? Kasihan. Mahu ku tolong tapi tak tahu bagaimana.

Selesai dua rakaat. Kanak-kanak tu masih mundar-mandir. Ah. Terganggu juga, kasihan melihat dia bersusah hati mencari. Kemudian, menghilang lagi kanak-kanak itu di sebalik dinding putih. Ku teruskan mengikuti imam. Selesai berdoa, terdengar suara seorang wanita persis memujuk. Ku lihat kelibat kana-kanak tadi bersama ibunya, mungkin. Melangkah ke arah pintu Muslimin yang berdekatan.

"Abah ada tang tu. Ni, lalu kot tepi ni, nampak sana tu? Mak tak boleh pi situ," kata si ibu.

Mungkin kanak-kanak tadi tidak mahu berganjak, lalu dibawa kembali ke kawasan Muslimat. Terusik lagi hati ini. Akhirnya, terbiar dia di situ berseorangan. Abah, mak berjamaah menghadap Tuhan. Dia? Masih lagi mundar-mandir, tiada hala tujunya. Sekejap duduk di bangku, sekejap memanjat motor entah siapa-siapa. Ah. Sungguh, terganggu aku hingga kini.

Okay. Cukup takat tu kisah. Hmm.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Bersangka baiklah. - Peringatan untuk diri sendiri sebelum mula berbicara.

Nak dikongsi jugak kat sini, moga bermanfaat buat yang membaca.

Kenapa perlu jadi macam tu? Tak ada niat nak berlaku diskriminasi kaum kat sini. Tapi, bila jadi macam tu, selalunya mak akan dipersalahkan, betul? Kalau lah jadi apa-apa kat budak lelaki tadi tu, mesti mak akan dipersalahkan, betul? Hmm.

Kenapa ayah tak memainkan peranan kat sini? Benar, betul, ibu sepatutnya menjaga anak. Tapi betul ke dengan cara tadi tu? Kanak-kanak di umur tu, diorang dah mula ada rasa malu, segan. Apatah lagi dengan yang berlainan jantina, yang ajnabi, yang asing. Plus, dia a boy. Kalau mak dia tarik dia masuk kawasan Muslimat, betul ke didikan tu? Kenapa tidak ayah bimbing dia, bawak dia masuk ke kawasan Muslimin? Kawasan yang sememangnya tempat dia, bertepatan dengan dia? Kenapa? Adakah alasan susah nak jaga? Susah? Ya, memang susah sebab itu tanggungjawab kamu untuk mendidik dia, menjaga dia, amanah yang Allah dah beri.

Apa salahnya ayah pegang tangan dia, bawak dia masuk kawasan Muslimin. Ajak dia ambil wudhuk, then cakap kat dia, "Kita nak solah ni, nanti masuk barisan ni, ikut abah solah." Or at least, lebih kurang macam tu. Budak-budak, kan memang kita kena didik dia untuk solat?

Or at least, kalau nak ambil saf depan, tunjuk kat anak tu mana tempat ayah. "Abah nak pi dok depan, tengok mana abah pi, satgi apa-apa senang." At least pesan macam tu kat anak tu bila nak tinggal dia. At least dia rasa comfort, senang hati dia yang resah, yang tak pernah-pernah pergi masjid, kena tinggal sorang-sorang kat saf belakang. At least dia tau abah dia ada kat mana. Biasa la tu kan. So tak de lah budak tu ke hulu ke hilir tak ketahuan. Hmm.

Sirius, terasa sangat tak senang hati tentang tadi tu. Masjid tu betul-betul tepi jalan. Jalan tu pulak bukan jalan kampung biasa, jalan utama. Segala bas, lori, treler, kereta laju semua. Apa nak kata kalau jadi something nanti? Nyawa hanya satu yang Allah bagi pinjam. Tolonglah, hargai anak yang sorang tu. Ada orang bertahun tunggu tak dapat anak, dah dapat, jadi musibah pulak. Macam-macam. Tolonglah.

Memang, lepas solah tadi budak tu bercerita macam-macam kat mak dia. Tapi siapa yang tahu, mungkin dia bercerita tu untuk menghilangkan resah dia selama tadi berjam-jam dok sorang-sorang? Untuk menunjukkan betapa dia lega akhirnya dia keluar dari "penjara" tu? Hmm.

Ingat tak kisah Rasulullah saw sujud lama sebab cucu Baginda main panjat-panjat masa sujud? Pernah terpikir tak, macam mana cucu Baginda boleh ada kat situ sedangkan jemaah tengah solah? Ada tak kemungkinan, Rasulullah sendiri cuba untuk pastikan cucu-cucu Baginda tau yang Baginda akan berada di tempat tu? Ada tak Baginda tinggalkan cucu-cucu Baginda dalam jagaan Saidatina Fatimah masa tu?

Fikir-fikirkan lah. Moga kisah tadi sedikit sebanyak membuka minda kita untuk berfikir soal didikan kehidupan kita. Wallahu a'lam.






Hati yang terganggu
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

hana_aniz said...

btol pe yg jijah ckp.

bkn nak dikriminasi or menuduh ke apa. tp masih ada segelintir golongan ayah2 ni lepas tangan. semuanya harapkn si isteri. bg mereka, anak2 kecik tanggungjawab ibu. mandikan, siapkn makan minum, tolong pakaikn baju, ajar solat.. ayah? tolong hantar anak pergi sekolah je. or worst, semua harapkn isteri yg buat. si ayah fikir cari duit je.

bila anak-anak membesar tak seperti yg diharapkan, salahkan si ibu yg tak pandai didik anak. sedangkan tanggungjawab didik anak tu tanggungjawab bersama.

kita pun pernah tengok situasi macam ni. cuma bkn kt masjid la.

kesian sangat si ibu tu. sugul n suram je muka dia. apa guna kahwin kalo peranan ibu bapa tu sebelah pihak je. mmm. tu mungkin sebabnya Allah kurniakan sifat tabah dan penyayang pada perempuan lg tinggi dari lelaki.

kagum dengan mak!

cleo said...

betul tu..moga kisah ni sama2 jd pgajaran kt kita..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter