Tuesday 9 August 2011

..:[ Doa 1 Ramadhan ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all

Hari ni jumpa doa-doa harian dalam Ramadhan dari fb. So, nak share and insya-Allah Cleo akan share daily bila dapat update kat fb ye. Jom sama-sama berdoa, moga Allah mendengar doa-doa kita, amiin ~



Hikmah Ramadhan 1:
"Kedatangan Ramadhan mampu menundukkan hawa nafsu kerana rasa kenyang, segar dan berhubungan dengan wanita dapat menyebabkan jiwa menjadi angkuh dan lalai kepada Allah..."

Kesilapan Berpuasa 1:
Berpuasa tetapi tidak solat 

"Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam."

Hadis & Al-Quran 1:
Hadis Abu Hurairah r.a:
"Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."


Diet Ramadhan 1:
"Kacang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, jenis-jenis kacang hendaklah dimakan sedikit, kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut."

Mutiara Kata 1:
"Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD lagi usaha, DELETE kan semua dosa, UPDATE doa dan TOP-UP kan ilmu di dada, supaya dapat REDEEM pahala di sana..."



Cleo
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter