Tuesday 9 November 2010

REZEKI SILATURRAHIM


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Sesungguhnya tidak sia-sia orang yang menjalinkan silaturrahim

Hari ni saya merasa sebahagian daripada nikmat silaturrahim ini

Dalam meeting hari Ahad, orang lain sibuk bermeeting, saya sibuk membuat nota ringkas

untuk madah akan datang, kadang-kadang saja mencelah waktu post mortem dijalankan

Kak Zira yang memerhatikan tingkah laku saya menegur;

"Baca buku apa khusyuk sangat?"

"Hubungan Insan, nanti ada dua madah satu hari, takut tak sempat nak cover"

Dia terdiam sebelum bersuara kembali;

"Akak ada sorang kawan ni, dia ada soalan past year siap dengan jawapan,"

Saya yang pada mulanya tunduk khusyuk, mendongak

"Ye ker kak? Nakkkkkk....tolong la..."

"Jap akak tanya dia, er..Ayu ada kredit? Akak tak de nak mesej dia,"

"Alamak, Ayu pun tak da ni,"

Saya fokuskan kembali tumpuan kepada nota di tangan, waktu mendongak kembali,

saya terpandangkan dia sedang menaip mesej kepada kawannya menggunakan henset Kak Jannah,

Terdetik dalam hati, 'Sungguh-sungguh dia nak membantu saya,'

"Ayu bila boleh ambil?"

"Malam ni pun boleh kak," balas saya dengan bersemangat.

Siapa yang tak nak soalan past year ni, untuk subjek major mungkin kurang diberi perhatian,
tapi subjek U2, U3 ni, soalan past yearlah yang menjadi rebutan.

"Akak dah bagitau kat dia, nanti Ayu pergi ambil kat KTHO lepas Maghrib ye, ni nombor dia,
cakap kat dia Ayu ni kawan Kak Zira, dia cakap tak payah photostat, ambil terus"

"Ye ke kak? Bestnya, ok. Lepas Maghrib ni Ayu pi, terima kasih"

Lepas Maghrib jer saya terus menapak ke KTHO. Waktu tu jam menunjukkan pukul 8 malam.
Meredah malam sorang-sorang dari PMFST ke KTHO hanya nak dapatkan satu set soalan exam.
Waktu membelok ke laluan Canselori yang gelap, hati dah cuak. Terbayang benda-benda pelik muncul, tapi
disebabkan kurang melihat cerita-cerita hantu, jadi satu imej pun tak keluar.
Dipendekkan cerita selepas ambil kertas soalan saya menapak pulang ikut jalan lain.
Risau ada orang tunggu di laluan yang sama...

Tapi, serius tak sentuh pun kertas tu. Lepas jawab madah Kedinamikan Sistem Antarabangsa
yang tragis, baru sempat nak selak kertas exam. Dalam masa sejam saya menelaah (kalau boleh dipanggil
menelaah sebab punyala ekspres)

Waktu masuk ke dewan, mencongak-congak, apalah yang ada dalam otak aku.

Sewaktu membuka kertas soalan, WAH! Sebijik dan sebutir sama macam soalan past year.

Kalau waktu menelaah tadi ekspres, sekarang waktu menjawab pun ekspres sebab

takut terkeluar apa yang sudah dibaca. Jenuh nak kepung.

By the end of the day, Alhamdulillah...pesanan buat semua, menjalinkan silaturrahim itu adalah ibadah yang cukup-cukup Allah kasih. Kalau kita lihat rahsia keberjayaan Lim Goh Tong, taikun Genting tu adalah dia bersilaturrahim dengan setiap orang yang dia jumpa tanpa mengira pangkat, darjat hatta status seseorang. Sebabnya kita tidak tahu siapakah yang bakal kita jumpa pada masa-masa akan datang dan siapakah yang akan membantu kita ketika dalam kesusahan...

Jadi, berbuat baiklah dengan orang sekeliling, hatta orang yang kita jumpa di jalan,
hatta cashier kedai, penjual pasar malam, di mesin ATM kerana
boleh jadi mereka bakal membantu kita pada masa akan datang.

Sesungguhnya Allah selalu memudahkan urusan dua orang yang ingin bertemu untuk mengeratkan silaturrahim...sebenarnya salah satu petua panjang umur adalah menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan silaturrahim...wallahu'alam

~al-islmu ya'lu wala yu'la 'alaih~



~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter