Tuesday 20 July 2010

ETIKA SEWAKTU MAKAN

Dalam aktiviti harian kita, pernah tak kita mengikut etika yang ditetapkan? Dari kecil sampailah besar, ibubapa merupakan orang yang sentiasa mengajar etika kepada kita tanpa kita sedari. Sebagai contoh, mereka menetapkan macam mana kita harus beradab apabila berada dalam sesuatu situasi. Contoh, kalau malam kena tidur awal. Sebelum tidur, basuh kaki dan baca doa tidur. Bangun tidur, basuh muka dan gosok gigi sebelum makan. Depan rezeki jangan bersembang. Kalau tetamu datang, jangan berlari-lari di hadapan tetamu. Semua etika-etika yang diterapkan ini kalau dilanggar, maka ibubapa tidak akan teragak-agak untuk menghukum. Bagi kita yang masih kecil, menerima hukuman untuk perbuatan yang kita rasa tak salah pun menunjukkan ibubapa tak sayang kepada kita. Tetapi apabila besar, mereka yang hidup sentiasa penuh dengan etika sedari kecil, akan merasa bersyukur apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka tidak akan berasa kekok berhadapan dengan pelbagai peringkat manusia.
Perlu sebenarnya kita mengetahui etika-etika asas dalam kehidupan. In fact, dalam agama Islam penuh dengan garis panduan tentang etika menjadi seorang Muslim yang terbaik. Ish, skema betul penulisan. Nak menaip secara santailah.
Hari tu, ada dengar dalam radio siaran Light.fm. Dia ada menyebut "chew with your mouth close"...."have a table manner"..Ha.... Sebenarnya kengkawan, mengunyah dengan menutup mulut ini merupakan SALAH SATU DARIPADA ETIKA! Terutamanya untuk wanita nih. Jujur aku katakan, memang buruk sebenarnya mengunyah dengan membuka mulut. Kenapa?
1) Membuat bunyi bising yang mengganggu orang sekeliling
2) Memperlihatkan makanan yang kita kunyah tu...ewww
Bunyi kunyahan itupun dah amat mengganggu. Amat tidak selesa. Kalau kita makan sensorang tak apalah. Ini makan dengan orang-orang lain. Mana tahu, salah seorang dari kawan kita itu tidak selesa dengan cara kita tu. Kita kena terima hakikat bahawa etika di meja makan adalah:
1) Mengunyah kena tutup mulut
2) Ambil makanan yang berhampiran dengan kita
3) Jangan meletakkan tangan kiri kita di atas meja apabila ada orang di sebelah kita sebabnya orang di sebelah akan menggunakan tangan kanan untuk makan.
Adik-adik penulis sentiasa kena tegur dengan penulis kerana mereka suka kunyah dengan mulut terbuka. Ini menyebabkan apabila penulis berada berhampiran dengan mereka, mereka akan mengunyah dengan menutup mulut. Latihan ini berguna juga untuk mereka kerana bunyi kunyahan makanan dengan mulut terbuka boleh didengari sebatu. Percaya dak? Kalau tak percaya betapa huduhnya mengunyah dengan mulut terbuka, cuba makan di hadapan cermin. Tengok imej anda. Ooohhh...sungguh tidak molek. Bukan penulis sahaja beranggapan sedemikian atau bersikap prejudis. Radio Light.fm pun telah menyebut mengenai perkara tersebut. Ini menunjukkan perkara ini merupakan sebahagian dari etika umum dalam masyarakat. Alah, dalam Kemahiran Hidup dahulu pun pernah belajar. Apa guna pelajaran kalau tak praktikkan?
-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

3 comments:

kin said...

lawak la ayu ni..bubuh gambaq jijun pulak..jijun tau x? adab makan banyak sangat diterangkan secara lengkap dlm kitab2 islam.btw, thanks 4 da sharing ayu..sungguh, islam itu syumul.cara makan & even cara kehidupan seharian kita pun dah diajar oleh Nabi Muhammad SAW..beruntung kan kita sebagai umat Islam?cumanya sekarang kita sendiri yg tak mempraktikkan cara yang diajar oleh Islam..benda yg paling simple kita blh tgk : makan buah sebelum makan hidangan berat.kita buat bodo je, tapi Yahudi laknatullah mempraktikkan amalan ini dengan bersungguh2 utk mendapatkan zuriat yg cerdik2, sehinggakan cendekiawan Barat menyangkakan amalan makan buah tu Yahudi yang punya...sapa yg rugi sekarang ni?

ayu said...

tu gambar acik(muiz) kin... jijun gelap sket..hihi...ye kin? Ruginya kita...a'ah. Kenapa la Yahudi tu juga yang amalkan. Rasanya banyak lagi kot amalan yang diajar oleh Islam tapi diamalkan oleh umat lain. Aish...ruginya kita. Yang tu pun etika gak. Betul2.

ayu said...

btw, muiz tak tahu pun gambar dia ada dlm ni...Shhh,jangan bagitau.Nanti dia suka..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter