Sunday 5 December 2010

SPREAD YOUR SMILE


Pernah tak kita berkeinginan untuk tersenyum apabila melihat orang lain tersenyum? Walaupun individu tersebut tidak senyum kepada kita, tetapi kuasa senyuman dia menyebabkan kita pun tersenyum tanpa disedari. Itu tandanya senyuman yang diukir oleh individu tersebut adalah ikhlas. Aura senyumannya menyebabkan kita turut ingin tersenyum. Selalunya senyuman ini dimiliki oleh bayi. Walaupun tengah gundah gulana, apabila kita melihat senyuman bayi, sejuk hati dan kita pun tersenyum. Terdetik pulak dalam hati, kalaulah kita kembali menjadi bayi, tidak pernah susah hati. Sebenarnya, kita pun boleh mengukirkan senyuman yang ikhlas. Senang saja. Apabila kita mengukirkan senyuman secara automatik atau spontan, sebenarnya kita sudah pun memberikan senyuman yang ikhlas.

Apabila kita fikir sebelum senyum, senyuman itu akan menjadi senyum kambing, senyum sinis, senyum sumbing, senyum menggoda, senyum gatal, senyum manja dan macam-macam jenis senyuman yang tidak beraura langsung. Ada aura tapi yang negatif. Betul dak? Ye la, kalau kita terfikir untuk senyum kepada Prof yang kita selisih di tepi jalan, ianya akan menjadi senyum hormat. Auranya tak menyeluruh. Orang yang melihat kita tersenyum kat Prof tak rasa pun nak tersenyum sekali.

Apabila kita melihat seseorang membaca buku kemudian dia tersenyum sendirian, terdetik dalam hati sesetengah daripada kita ‘gila, senyum sorang-sorang’, tapi dalam masa kita berkata-kata tersebut, kita pun sedang mengukirkan senyuman. Perasan dak? Betapa senyuman yang tak payah berfikir (spontaneous smile) itu boleh menjangkiti orang-orang di sekeliling kita. Ada satu hari tu, mood saya memang teruk, sewaktu berjalan saya terlihat satu senyuman yang menyebabkan secara tiba-tiba saya mengukirkan senyuman. Seperti air menyimbah ke hati. Senyuman itu bukanlah untuk saya tapi keikhlasan senyuman itu terasa. Keikhlasan dia membuat kerja terpancar melalui senyuman walaupun kerjanya hanya sekadar kuli mengangkat barang. Sambil mengangkat barang dia tersenyum. Sampai sekarang saya akan tersenyum kalau teringat senyuman tersebut walaupun wajahnya tidak langsung terpahat di kotak ingatan.

Banyak sebenarnya perkara di sekeliling kita yang boleh membuatkan kita tersenyum bahagia. Apa yang perlu kita buat adalah melihat ke sekeliling. Bagi saya perkara yang boleh membuatkan saya tersenyum sendirian ialah hujan. Mesti ramai yang macam saya kan? Tak kiralah hujan lebat atau hujan renyai-renyai. Asal hujan ja, mesti satu hari akan tersenyum. Rugi kalau waktu hujan kita lebih suka tidur. Sepatutnya waktu-waktu begitu kita membaca buku dan berdoa. Bahagianya…

Tapi ada yang mengatakan jangan apabila berjalan sorang-sorang kita senyum, nanti orang cakap something wrong somewhere. Kita perlu ubah persepsi tersebut. Persepsi tersebut membuatkan kita takut untuk senyum ketika berjalan bersendirian termasuk saya. Tak semestinya senyuman itu perlu diukir hanya apabila kita mengadap seseorang. Kadang-kadang senyuman yang kita beri ketika mengadap seseorang kurang ikhlas. Betul dak? Senyum tapi dalam hati menyumpah. Nauzubillah.

Dan pernah tak walaupun seseorang itu tersenyum tapi kita meluat tengok senyuman dia? Sikit pun tak membangkitkan aura. Itu ada dua penyebab. Sama ada senyuman dia tidak ikhlas atau kita ada penyakit hati. Oleh itu, kita perlu sama-sama memperbaiki diri dimulakan dengan sekecil-kecil perkara.

Sebab itulah kita pernah mendengar kebahagiaan itu perlu dikongsi oleh seluruh dunia. Spread your smile and the world is with you. Betul juga. Bila kita tersenyum, kita merasa kecukupan dengan apa yang ada sehingga kita tak perlu mengejar dunia kerana dunia sudah bersama kita. Senyum itu juga sebagai tanda syukur dengan apa yang Allah berikan. Tak perlu hendak memakai ubat gigi Darlie or whatsoever.

Kesimpulannya, senyumlah sementara kita boleh senyum sebelum tiba hari di mana senyuman tidak lagi dapat diukir dan senyuman tidak lagi dapat menceriakan hati sesiapa. Wakafabillahiwakila…

~Al-islamu ya’lu wala yu’la ‘alaih~

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter