Friday, 31 December 2010

LUAHKANLAH...

Luahkanlah...
Kenapa pendam dalam hati?

Luahkanlah...
Kenapa hanya tunduk menyepi?

Luahkanlah...
Kenapa biarkan saya berteka-teki?

Luahkanlah...
Saya sedang menanti di sini?

Luahkanlah...
Kenapa terlebih dahulu pergi?


Tolong jangan tertipu dengan sajak di atas. Saja mencuba-cuba bersajak pagi-pagi ni. Selalunya manusia bila pagi-pagi yang hening ni lah agak sentimental jiwanya. Sebab itulah waktu-waktu camni sesuai untuk bangun malam dan solat tahajud. Bersajak di hadapan Allah.

Kita selalunya mencari manusia untuk meluahkan segala masalah tanpa terlebih dahulu meluahkannya kepada Allah. Luahkanlah...Allah Maha Mendengar. Konon kita perlukan orang untuk respon setiap luahan kita. Adakah kita merasakan Allah hanya mendengar dan tidak berbuat apa-apa. Salah sahabat-sahabat. Selalunya selepas kita luahkan kepada Allah, Allah akan membantu kita melalui orang-orang yang diutuskan kepada kita. Bukan sia-sia nasihat di sekeliling kita. Kadang-kadang kata-kata nasihat itu kita jumpai dalam blog, dalam fb, dalam buku dan yang paling berkesan adalah dalam Al-Quran. Semestinya Allah itu bukan Maha Mendengar sahaja malah Maha Pengasih dan Maha Penyayang lalu dibantunya hamba melalui pelbagai saluran yang telah ditetapkan.

Oleh itu, perhatilah sekelilingmu. Jangan cepat berputus asa apabila menghadapi masalah dan merasa gundah gulana.

***

Saya tahu apa yang saya nak. Saya sangat susah hati dengan orang yang tidak tahu apa-apa yang dia nak. Orang yang tidak tahu apa yang dia kehendaki akan menyulitkan hidup orang lain dan membuang masa banyak pihak.
Oleh itu, ketahui apa yang anda nak dan PUTUSkannya SEKARANG!

***
Entri pun bertajuk Luahkanlah, jadi saja nak meluahkan apa-apa yang terlintas di fikiran. Mood sangat baik malam ni cumanya banyak tanda tanya di dalam benak hasil masalah orang yang tidak tahu apa yang dia nak. Kita tolong fikirkan apa yang dia nak.
Moga-moga kita tahu apa yang kita nak lepas ni....betul tak?
Apa yang saya nak sekarang?
~Saya nak tidur~
~ Creating ideas for lives ~

1 comment:

Ibnu Ahmad Al-Asghar said...

Alhmadulillah..ingatkan nk galakkan org menjadi "galak"..hehe..mkasih ats ncht kak..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter