Thursday 23 December 2010

MEMORI SERI KEMBANGAN

(kanak2 memang comei mcm katak pisang, tp klu x pandai didik, bleh jadi katak puru)

Cinta itu, cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani, dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula… Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahgia biarpun sengsara berkorban segala-gala…semua kerana cinta…yang pahit manis di rasa, menghibur nestapa, merawat luka, damai di jiwa…

Apabila manusia semakin dewasa, mereka menjadi kurang humoristik, terlalu banyak prasangka hasil dari pengalaman sepanjang perjalanan dalam menempuh kehidupan dan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Prasangka tersebut menyebabkan manusia membina perisai peribadi dari sehari ke sehari beralaskan perasaan ego yang tebal yang cuba dinafikan dengan alasan supaya tidak terluka. Lihat kanak-kanak, sifat terlalu percayakan orang, kadang kala dilihat seperti cuai atau naif. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai perasaan prasangka langsung dalam diri terhadap manusia di sekeliling. Sifat yang ceria dan kadang kala dilihat keterlaluan adalah cerminan hidup mereka yang penuh dengan sesuatu yang hidup dan penuh dengan keinginan untuk mencuba. Tidak ada kerisauan mengenai apa-apa yang akan terjadi esok hari. Disebabkan itulah orang dewasa kurang ketawa berbanding kanak-kanak yang menyebabkan orang dewasa berisiko untuk mendapat penyakit.

Kenapa tiba-tiba aku menyentuh perkara sebegini ? Cerita sebegini tidak akan pergi ke mana-mana. Aku cuba mencuri masa untuk menaip, meluahkan segenap rasa yang sedang aku alami. Cuba memahami tindak balas manusia di sekeliling. Kalau bukan malam ni, aku tak tahu sama ada aku akan beroleh kesempatan esok, lusa atau tulat. Walaupun susunan cerita agak lintang pukang, nanti jika berkesempatan aku akan menyusunnya kembali. Aku menggagahkan diri juga untuk menaip, supaya aku beroleh kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.

Ayat di atas agak dramatis dan puitis, aku yang membaca pun nak termuntah sebab aku bukanlah seorang yang puitis mahupun romantis. Di sini aku sebenarnya cuba untuk mendapatkan kembali perasaan seperti zaman kanak-kanak dahulu. Semangat inkuiri yang tinggi, ingin mencuba sesuatu yang baru, tidak takut dengan risiko, malah tidak pernah memikirkannya. Kalau ada kesan dari tindakan pula, aku cuba untuk bertindak balas seoptimis yang mungkin, tidak mengadili dari sudut emosi dan cuba merasionalkan sesuatu. Semuanya didasarkan atas nama cinta. Cinta kepada Allah bererti menerima setiap ketentuannya dan menganggap setiap apa yang dihadirkan dalam hidup ini adalah tarbiyah dari Allah untuk menjadikan manusia sebagai hamba yang sebaiknya.

Disebabkan oleh faktor di atas, aku cuba untuk keluar dari zon selesa. Habis sahaja peperiksaan semester kedua, aku punya dua pilihan. Beli tiket balik kampung di KL Sentral, pastu kemas-kemas barang, terus cabut balik seawal mungkin. Sampai di rumah, dua bulan tu duduk rehat, makan minum sampai kembali ke UKM pada 10/7. Pilihan kedua, pergi rumah kawan di Pahang selama tiga hari, melawat tempat yang aku tak arif langsung, tinggal di rumah kawan yang aku tak tahu perangai saudara-maranya, makan minum di rumah orang, lepas tu, mula kerja selama dua bulan sebagai guru KAFA di tempat yang aku pun tak pernah jejakkan kaki pun, pergi ke tempat tu sendiri lepas pulang dari Pahang.

By the end of the day, aku sedar yang aku ni memang tak ada skill nak mengajar sebab kurang sabar...jadi sekarang tak menyesal sebab Allah takdirkan aku berada di Sains Politik. Terima kasih Tuhan...

Sekarang dok susah hati memikirkan kerja apa nak buat nanti cuti semester sampai 4 bulan yang akan datang....huu.

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter