Sunday, 15 August 2010

SATU HARI DI BULAN RAMADHAN...

Sekarang ini kalau kita hendak membuat sesuatu tetapi terlalu sibuk, kita haruslah pandai 'mencuri' masa dan bukan lagi 'mencari' masa yang sesuai. Nak menggambarkan betapa sibuknya saya. Er, berdosa tak mencuri masa?
Alkisah, saya pun mencuri masa pada hari Khamis-Sabtu lepas untuk pulang ke kampung. Walaupun nampak tempoh macam lama, tapi hari yang benar-benar ada di kampung hanyalah Jumaat dan Sabtu (tu pun separuh hari). Apa motif cerita balik kampung kali ni?
Sebenarnya, sepanjang berpuasa di UKM nih, saya rasa roh Ramadhan tu tidak meresap ke dalam jiwa. Saya tercari-cari roh tersebut seperti mana tahun-tahun sebelum ni. Tiba-tiba rasa kosong. Rasa macam beribadat pada bulan ini hanya sekadar zahirnya sahaja dan batinnya tiada. Walaupun saya berpuasa, berqiamulail, bertarawih, bertadabur dll, rasa macam ada yang tak kena. Apabila diajukan kepada sahabat masalah ni, sahabat bagitau mungkin tak cukup persediaan sewaktu bulan Syaaban. Dia minta saya muhasabah kembali sama ada solat saya itu solat zahir dan batin atau solat zahir sahaja. Ada benarnya.
Ok, berbalik kepada cerita sewaktu berada di kampung. Saya cukup seronok kalau berpuasa di kampung. Kalau tak keterlaluan saya nak cakap serasa-rasa aroma Ramadhan di kampung. Huhu. Tak tahu kenapa. Adakah kerana saya membesar di situ? atau sebenarnya aroma itu adalah aroma semangat nak raya? atau adakah kerana di situ masih berbaki semangat persaudaraan antara yang muda, tua dan kanak-kanak? atau semua itu adalah nostalgia sejak zaman berzaman? Segalanya masih menjadi tanda tanya.
Malam selepas berbuka puasa for the first time kat rumah sepanjang Ramadhan ni, saya bersiap-siap nak pergi tarawih. Siap bertelekung kemudian membonceng adik pergi ke surau. Langit Ramadhan memang indah. Tambah-tambah pula kampung dikelilingi sawah padi dan bukit bukau. Tiba-tiba ada satu kapal terbang terbang rendah sangat. Rupa-rupanya awan gelap pekat itu bukan semata-mata gelap tapi mengandungi hujan. Sebab itu kapal terbang terbang rendah. Hmm...nak hujan satgi. Sewaktu membonceng tu, di kiri kanan jalan tu adalah mak cik-mak cik dengan budak-budak menapak ke surau mencari pahala lebih.
Dipendekkan cerita, waktu solat tu hujan turun lebat sangat. Best la camni. Sejuk. Bolehla khusyuk solat sebab suara budak-budak yang dok main kat belakang surau tu tenggelam dengan bunyi hujan. Juz dengar suara tok imam dok baca ayat Quran...Tengah dok menghayati bacaan tu....tup tup BLACKOUT! Apa lagi....bercempera budak-budak kat belakang surau tu lari selamatkan diri. Menjerit tu tak payah cerita la. Alahai...hilang khusyuk....suara imam dengar sayup-sayup jer tenggelam dgn suara hujan dengan budak-budak yang histeria macamlah surau tu nak runtuh...
Habis jer dua rakaat pertama, elektrik ada balik. Pastu di balik tirai yang jarang tu saya nampak sepupu Abang Mi bangun menapak ke belakang. Ah...sudah... Kedengaran suara dia bertempik kat budak-budak kat belakang surau. Suasana hening seketika. Budak-budak tu menikus. Tapi saya yakin hanya sementara...budak-budak. Sepatutnya ibu bapa kena warning sama itu anak. Kalau buat bising jangan bagi ke surau dah. Mak saya pun slalu pesan camtu. Suara anak sendiri mestila kenal. Adik saya kalau balik mesti kena kutil (cubit) kalau dengar suara dia bersembang kat belakang. Pesen budak-budak nih, dia solat sampai imam habis baca al-fatihah jer. The moment imam sebut amiiiinnn...depa pun pakat buat okestra aaaaammmmiiiinn...terus lari maksud. Lepas dah amiiiin tu, hang tengok aku, aku tengok hang, pastu pi lari ke belakang sambung projek. Main bunga api. Macam upin ipin.
Tapi apa yang nak dihighlightkan kat sini, selepas habis witir, disebabkan hujan lebat, saya pun tunggulah. Lagipun hari tu ada tazkirah oleh ustaz jemputan. Mungkin ada hikmah hujan lebat dan saya tak balik. Ingat nak balik lepas witir sebab adik kena baca buku, tapi tergendala sebab hujan. Hikmahnya bila dengar jer tazkirah tu, jiwa tiba-tiba rasa hidup dan segar. Teringat ada kata-kata hikmah bahawa orang yang berilmu itu lebih baik berbanding abid yang hanya beribadat semata-mata. Betullah. Sekarang terjawab sudah persoalan kenapa rasanya jiwa tu kosong walaupun kita solat, puasa, qiamullail dan terawih. Rupa-rupanya makanan jiwa itu adalah peringatan-peringatan yang baik atau majlis ta'alim. Oleh itu, sewajarnyalah selepas terawih itu diadakan tazkirah. Peringatan buat yang lupa. Pedoman buat yang hilang arah. InsyaAllah...
"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat kulalui dengan sempurna..."
-manbai & raihan-
Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih


~ Creating ideas for lives ~

3 comments:

Ezuan Saad Ali Hussein said...

teringat nostalgia berpuasa semasa zaman kanak2...huhu..

ayu said...

kategori kanak-kanak nakal ker kanak2 baik ni?

Ezuan Saad Ali Hussein said...

kanak-kanak baik la.. :)
(cewahh)..


Tapi biasala..budak2..
penah skali tu main lari2 dgn spupu..pastu ade sorg abg tu nk cubit..apa lagi,lari satu kmpung smata2 tanak kne cubit..tpi malangnya lari tak pakai slipar..takleh lari blk umah trus..so,ble nak amik slipar kt masjid,last2 kne cubit gak akhirnya..
nanges~

balik umah, kne marah dgn abah..
nanges lagi~

(*bdk2 lain hari2 main wat bising kt blkg tak kna cubit pn..sy baru skali je main dah kene cubit..huhu..apela malang sgguh nasib seorg kanak2 yg baik ini..)

penah skali tu (bila dah insaf) smbhyg btul2 kt saf kanak2..tp kne marah(baca tegur) gak dgn imam..imam marah siap pakai mikrofon lg..satu kampung dgr..yg kene marah ni adalah kanak2 yg ikut imam dr awal solat..
kanak2 yg main kt blkg, bg salam je trus cabut tkut imam cam muka dorg..

imam ingatkn ktorg yg wat bising sbb taktik kanak2 ni biasa la..bila imam bg salam,maka mereka pn poyo2 bg salam dgn muka yg khusyuk kt saf kanak2..

:)
awan : rindu zaman kanak2..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter