Sunday 8 August 2010

AINA ANTA YA SYABAB?-




Dalam hidup kita, perlu ada satu turning point bagi mencapai impian dan cita-cita. Ada orang yang membuat resolusi setiap kali tahun baru menjelma. Tapi bg saya, saya membuat resolusi mengikut peningkatan umur. Setiap target umur tertentu, saya akan pastikan saya berjaya membuat sesuatu yang pada saya merupakan satu lakaran sejarah yang bermakna bagi diri. Tak bermakna bagi orang lain, tapi cukup bermakna bagi diri kita. Saya bukanlah bercakap seperti orang yang telah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tapi saya merupakan antara orang-orang yang berusaha ke arah itu. Dan saya yakin rakan-rakan di luar sana pun seperti saya mempunyai harapan dan impian. Alhamdulillah, setiap sasaran yang saya buat berjaya dipenuhi menyebabkan saya berani untuk menukilkannya di sini. Bukan atas niat nak menunjuk-nunjuk, tapi apabila kita ingin memotivasikan orang ramai, kita perlu melakukannya dahulu. Action speaks louder than word, rite?


Seperti dalam novel Ayat-ayat Cinta, watak utama Fahri kalau tak silap saya telah menetapkan hala tuju hidupnya dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memanglah perjalanan hidup telah ditentukan dalam Lauh Mahfuz, namun manusia itu mempunyai hak untuk membuat pilihan. Dalam firman Allah, " Tidak Allah merubah nasib sesuatu kaum, melainkan ia mengubahnya sendiri." Meaning, the choice is in our hand. Grab the chance to make the best in every opportunity dat comes in our way.


Saya mula meletakkan sasaran ini selepas habis SPM. Sebelum itu, sewaktu di sekolah menengah, saya selalu membuat resolusi awal tahun. Tapi tak pernah diikuti atau dipenuhi, mungkin kerana teknik yang tak sesuai. Sesetengah orang tidak suka membuat resolusi atau azam tahun baru sebab mengetahui ianya tidak akan dapat dipenuhi. 'Alah...buang masa. Kalau rasa nak berubah, berubahlah.' Itu pendapat sesetengah orang. Bagi yang membuat resolusi, tapi tak dapat nak ikut, salah teknik itukah, atau salah sikap sendiri?


Umur yang ada hanya menjadi satu pembaziran jika kita tidak mengetahui sejauh mana potensi diri. Kadang-kadang kita perlu meletakkan turning point pada sesuatu tempoh atau perkara supaya kita mempunyai arah tuju. Impian untuk cemerlang akademik atau sebagainya itu bukanlah pula matlamat utama dalam hidup, tapi jadikannya sebagai alat untuk mencapai matlamat abadi iaitu menjadi hamba ALLAH yang taat. Hendak taat kita perlu belajar mendisiplinkan diri dan mempunyai panduan.


Jika mengikut teknik saya dan mungkin beberapa orang di luar sana, saya meletakkan tempoh pencapaian matlamat (baca alat) mengikut umur. Sebagai contoh, apakah pencapaian yang ingin saya capai pada akhir teenage years iaitu 19 tahun? Saya tak meletakkan pencapaian yang spesifik, tetapi lebih bersifat umum. Sebenarnya matlamat umum itu adalah INGIN MELAKAR SEJARAH. Apabila disebut ingin melakar sejarah, tak kiralah apa-apa pun yang dicapai pada umur 19 tahun, ia mestilah merupakan sejarah yang besar dan akan diingati. Kemudian, saya pasang pula impian, memasuki umur permulaan 20-an, saya perlu berbuat sesuatu yang bermakna sebagai tanda pembukaan memasuki umur 20-an. Dan semangat untuk mencoretkan suatu sejarah yang indah dalam umur itu memang membantu saya mengharungi kehidupan sepanjang tahun itu. Kiranya, saya berjaya dengan bantuan dan izin Allah jua, mencipta ending yang baik untuk penutup teenage years dan pembukaan yang baik untuk umur 20-an pada umur 20 tahun. Alhamdulillah...


Saya terfikir untuk berkongsi perkara ini apabila saya memasuki umur 21 tahun, timbul persoalan dalam benak saya, apa yang sudah saya lakukan sepanjang 21 tahun hidup ini? Dengan mengingati penutup yang baik pada umur 19 tahun dan pembukaan yang baik pada umur 20 tahun, saya dapat memadam coretan-coretan yang comot dalam diari kehidupan saya.


Sekarang, saya sedang mencongak-congak agenda untuk memasuki lembaran hidup sebagai seorang dewasa. Walaupun masih dalam kategori belia, di Malaysia kebebasan seorang remaja adalah apabila berumur 21 tahun. Apabila berumur 21 tahun, dia sudah tidak berada di bawah tanggungan ayah dari segi konteks undang-undang. Sepenuhnyalah. Walaupun budaya di sini, selagi tidak bekerja dan berkahwin, maka anak-anak masih ditanggung oleh ibubapa. Antara agenda yang sudah menerjah benak saya adalah:


1) Mendaftar sebagai pengundi- hak saya untuk menjadi pengundi sah. Yea!:)

2) dll


Yang itu saja kot agenda saya yang boleh saya war-warkan, yang lain-lain biarlah rahsia...:) Namun, apa-apa pun agenda kita, kita perlu bermula dengan langkah yang baik. Tapak permulaan yang baik perlu dibina. Apabila dikatakan membina ini, bermaksud kita harus berusaha mencari dan berusaha membina. Bukan menunggu dan menongkat dagu. Saya cuba membuka tirai umur 21 tahun saya ini dengan pembukaan yang baik. Alhamdulillah, ianya merupakan satu pembukaan yang baik. Terima kasih ya Allah, terima kasih... dan saya berharap penutupnya pada umur 29 tahun ini merupakan penutup yang baik juga. InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Saya berharap pada umur 29 tahun, saya berjaya melakarkan sejarah besar dalam diari kehidupan saya.


Sempena dengan mendengar Seminar Baitul Maqdis di bawah Persatuan Ulama Malaysia yang berlangsung tadi dan akan berakhir esok, terngiang-ngiang di telinga ucapan pembentang kertas kerja Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor. Beliau menyebut sekarang kita sedang berada pada zaman kebangkitan Islam. Bibit-bibit kebangkitan atau Renaissance sudah kelihatan di seluruh dunia. Kebangkitan ini sudah tentu mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Saidina Umar Al-Khattab merupakan orang pertama membuka Baitul Maqdis, kemudian dirampas oleh orang kafir. Pembukaan kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi, dan kemudian dirampas kembali pada tahun 1948. Dan sekarang kita sedang menanti-nantikan siapakah pula yang akan membebaskan bumi suci Al-Quds buat kali yang ketiga? Selalunya yang ketiga merupakan yang terakhir dan apakah dunia akan kiamat? Apakah sementara menanti tempoh dunia akan berakhir setelah 1400 tahun lamanya kita ditinggalkan Rasulullah s.a.w, kita hanya ingin menjadi penonton setia bibit-bibit kebangkitan semula Islam? Tidakkah ada sekelumit pun rasa di hati kita untuk menjadi sebahagian, kalau pun bukan batu batanya, tapi butir-butir pasir bancuhan simen bangunan pun jadilah, perjuangan pembebasan Baitul Maqdis bersama-sama mereka? Apakah itu tidak termasuk dalam agenda hidup kita ya Malayzi? Aina anta ya syabab?


-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter