Wednesday 24 February 2016

..:[ Pride and Prejudice and Zombie - Review Part 2 ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Untuk uollss yang tak baca lagi, jemput baca review Part 1 kat sini. So, untuk entri ni, kita tengok pula jalan cerita. Zombie.

Sayang sekali this is the only picture I could get for Mr Darcy with a samurai sword.

Persoalan timbul bila Mr Darcy muncul dengan pedang samurai, bukan senapang. Dan dalam kisah ni, martial arts dari Jepun dan China diangkat berbanding cara barat berlawan: guns. Mengikut logik Cleo, sebab nak lawan zombie kita tak ada masa untuk isi peluru dalam senapang. Senapang zaman dulu dan sekarang tak sama, betul tak? Jadi mudah, cepat dan nampak heroic sikit bila guna benda yang tak perlukan extra effort ni, the skills that you have made you look such a hero, setuju tak? Ada juga persoalan timbul, kenapa golongan aristokrat belajar seni mempertahankan diri dari Jepun, dan golongan kebiasaan belajar dari China?

My bet is, for style, you can count on Japanese martial arts. That would be enough. But to survive, without style, you can count on Chinese martial arts. Dilihat dari sudut penggunaan pedang samurai, one cannot just swish the sword as he please. Dia kena tahu dan ikut flow. Tengok cara Mr Darcy berlawan dengan pedang samurai, nampak smooth and elegant, betul tak? Berbanding Lizzy, bila dia berlawan, nampak brutal. Kaitkan dengan zaman aristokrat semua ni, etiquette dan manners yang diutamakan untuk hasilkan seorang gentleman dan seorang lady.

Mr Bennet selalu gelarkan anak-anak dia as warriors. Menunjukkan dia bangga tengok anak-anak boleh survive, dan untuk manners and etiquette jatuh nombor 2. Bila Collins tanya masakan siapa yang sedap masa keluarga Bennet pertama kali makan dengan dia, Mr Bennet jawab: My daughters are trained for battle, sir, not the kitchen. Bagi Cleo, this is a good point. Mr Bennet tunjukkan tanggungjawab dia dengan bekalkan skil paling berguna untuk anak-anak dia survive hidup, pada zaman anak-anak dia. Mungkin juga untuk hantar ke Jepun, perlukan belanja yang banyak berbanding China tapi Mr Bennet tetap pastikan anak-anak dia dapat ilmu yang dapat selamatkan diri depa, dan Mr Bennet sentiasa pastikan depa berlatih dan jaga senjata depa menunjukkan disiplin yang Mr Bennet terapkan untuk anak-anak dia. Walaupun Mr Bennet tahu anak-anak dia capable of fighting the zombies by themselves, tapi Mr Bennet tetap tak biarkan depa keluar rumah suka hati, sorang-sorang. Dan Mr Bennet masih pentingkan manners terutamanya terhadap Lydia dan Kitty. Mr Bennet percayakan Jane dan Lizzy untuk jagakan dua adik depa masa keluar pergi rumah mak cik depa, dan kat situlah depa jumpa Mr Wickham. Dan boleh tengok macam mana Lizzy jaga adik dia, dia bagi Lydia bawa senapang depa instead of biarkan Lydia menggatal dengan Mr Wickham. Kalau bapa tak tegas tentang ni, masakan anak dia akan tahu untuk bertegas dalam hal ni juga, betul tak?

Mrs Featherstone yang dah jadi zombie, cuba beritahu satu rahsia pada Lizzy.

Okay, sekarang kita tengok pula scene majlis tari-menari. The first ball attended by Mr Bingley. Pertama kali My Bingley dan Mr Darcy jumpa Jane dan Lizzy. Bila tonton scene ni, memang akan teringat PP, depa tak ubah sangat which makes it like a lovey dovey scene. Masa ni, masa pengenalan antara Mr Bingley dan Jane. Tapi lepas tu, here comes the zombies. Dan masa ni pula untuk Mr Darcy kenal Lizzy. Dan kagum dengan Lizzy lepas dia tersalah cakap about Lizzy sebelum tu yang membuatkan Lizzy terasa hati gila-gila dengan Mr Darcy. First encounter of zombie ialah Lizzy yang tengah bengang dengan Mr Darcy keluar untuk lepas geram, ditegur oleh Mrs Featherstone, yang dipercayai dah jadi zombie. Masa tu, Mr Featherstone ada nak beritahu sesuatu kat Lizzy tapi tak sempat sebab kena head shot Mr Darcy. Masa ni, penonton dah diberi klu, ada rahsia penting ni. Okay, kita tengok majlis kedua pulak.

Zombie yang terpaksa Jane lawan, dipercayai zombie lebih mudah muncul bila hari hujan.

The 2nd ball diadakan lepas Jane baik demam. Jane demam lepas terpaksa berlawan dengan zombie dalam hujan on the way nak penuhi jemputan Mr Bingley untuk minum petang lepas the 1st ball. Masa Jane demam, Mr Darcy sangat berhati-hati, dan menyangka Jane akan berubah menjadi zombie padahal Mr Bingley, sangat protective terhadap Jane, percaya Jane takkan jadi zombie. Dia cuma demam. Ya lah, orang dah jatuh cinta. Perkara ni membuatkan Mr Darcy sedar, sahabat dia ni bukan main-main, dia memang betul-betul dah jatuh hati pada Jane. Later on Mr Darcy explain tentang ni dalam surat dia untuk Lizzy.

Okay masa 2nd ball ni, macam tadi juga. Pada awalnya kita akan terkenangkan PP lakonan Keira Knightley yang penat larikan diri dari Collins, terserempak dengan Wickham yang kemudian tiba-tiba hilang, end up kena menari dengan Collins. Kemudian secara tak sengaja terima pelawaan Mr Darcy untuk menari bersama. Awwww, so sweet in both PP and PPZ. But then, comes the action part. Lizzy yang tengah cari Lydia terserempak dengan Mr Bingley yang tengah cari orang gaji dia. Depa jadi orang first yang sedar kewujudan zombie kat bahagian dapur. Lizzy dengan berani ajak Mr Bingley selesaikan masalah. Okay kat sini agak tak best sebab obviously ada unsur feminism dan menampakkan Mr Bingley agak penakut sedangkan dia sama-sama Mr Darcy orang berjawatan dalam pertahanan negara. Sepanjang filem ni pun tunjuk Mr Bingley agak kekok dalam berlawan. Ah, agak spoil di situ. Jane pulak yang nampak lebih berani dari dia. Okay, so, macam tadi jugak, Mr Darcy come to the rescue! Omo omo! Hahaha. Cuma kali ni, Lizzy pulak yang kagum dengan skil Mr Darcy. Dan dia puji Mr Darcy depan-depan, berbanding Mr Darcy, yang tak pernah express what he thinks depan Lizzy.

Scene selepas 1st ball - Jane demam dan 2nd ball - Mr Bingley pengsan terjatuh tangga lepas kena tarik oleh zombie menunjukkan Mr Darcy sorang yang tekad untuk do what he should do in such circumstances. Dia mampu bunuh anyone, tak kira sahabat baik atau tak, kalau depa bertukar jadi zombie. Ni lagi satu misteri, why? Kenapa dan bagaimana Mr Darcy boleh jadi sangat cold hearted person?

Okay jadi Cleo berhenti dulu kat sini. Remember, ada dua misteri akan kita rungkaikan dalam the next part ya. Adios! =)


Daughters do not dance well with masticated brains.
-- Mr Bennet, Pride and Prejudice and Zombie (2016)


Demam Mr Darcy
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter