Wednesday 24 February 2016

..:[ Pride and Prejudice and Zombie - Review Part 1 ]:..

Assalamualykum to all


Fuh, dah sangat berhabuk blog ni. Jadi, untuk menghangatkan kembali suasana, Cleo nak mulakan update blog dengan reviews tentang buku-buku dan movies yang Cleo dah setelkan. InsyaAllah.

For the first time ever, Cleo nak review pasal filem Pride and Prejudice and Zombie (2016).

Okay, Cleo memang kipas-susah-mati Jane Austen. Pride and Prejudice is the top of my list. And also, peminat filem-filem aksi, terutamanya yang ada unsur-unsur martial arts. Nak pulak, dalam filem ni, ada pedang samurai. Wallaweh. Cair kot tengok Mr Darcy lawan gaya samurai. Omo omo. Bilalah nak dapat pi Jepun, jumpa jodoh dengan samurai. Teeeetttt!!


So, to review this movie, Cleo buat ala kadar ja okay. Lepas ni mungkin Cleo akan buat bandingan  antara filem memandangkan cerita ni dah pun difilemkan dengan jayanya oleh Matthew Macfadyen dan Keira Knightley (my fav actress after Angelina Jolie!) dalam Pride and Prejudice (2005).



I bought the DVD masa Form 6. Punya best lah, tak tau nak habaq. Hopefully yang latest ni pun ada keluar DVD, I would be delighted to buy it!


SPOILER ALERT
Bagi yang belum tonton, mohon skip post ni. By that I mean, really skip reading this post. Kenapa? Sebab nak review lah! Haha. Tapi, review ni mungkin agak melompat, tak ikut plot sebab kalau nak review ikut plot tu, gonna take more effort. Sebab tu kena ada DVD. Nak tengok ulang kali, baru terbaik hasil review tu nanti.

Okay, so shall we begin?
Pride and Prejudice 2005 = PP
Pride and Prejudice and Zombie 2016 = PPZ (bukan Pusat Pengurusan Zakat ye gurls)



Masa pengenalan karakter, a good way actually. Mr Darcy dipermulaan, untuk buat kita sedar, this isn't the ordinary love story. Mr Darcy bersuara dengan spooky voice, with black attire, ada pedang samurai dengan dia instead of guns, wearing leather suit. Dengan muzik latar yang timbulkan rasa lucu sikit, shows that this is a comedy + horror + action + love story. Lengkap semua masa persembahan karakter Mr Darcy di awal plot. Di awal plot ni jugak depa tunjuk yang zombie ni dah upgrade, boleh berlagak seperti manusia normal. Tak ada tanda-tanda such as muka hodoh, bau busuk, darah-darah. Cuma dapat kenal dengan kesan gigitan pada anggota badan atau dengan menggunakan sejenis lalat.

Lepas tu, pengenalan karakter keluarga Bennet. Mr and Mrs Bennet, still the same couple, just like in PP. Mr Bennet yang ambil tahu dan ambil berat hal kelima-lima anak perempuan dia walaupun dia tak banyak bersuara. Tapi, Mr Bennet tetap akan bersuara bila dia nampak situasi tu dia perlu bersuara, that is bila Mrs Bennet mula buat drama. Haha. Mrs Bennet, sorang mak yang dramatik and agak tak beradab jugak la. Tapi dalam PPZ memang obvious sangat, dalam PP Mrs Bennet bersopan sikit.

Adik-beradik Bennet. Elizabeth, Jane, Lydia, Mary, dan Kitty Bennet. Depa ni diperkenalkan dengan cleaning their guns and knives kot. Haha. A twist of PP, depa dok membaca, menjahit, main piano. And the best part is, Mary Bennet. She still looks a little bit nerd, dengan kaca mata, gaya dia duduk semua tu, tapi, she's not such an introvert macam dalam PP. Which is okay sebab membuang rasa ralat bila tengok PP, rasa kesian kat karakter tu hilang bila PPZ tukar jadi someone yang agak cheerful than before.

Ah by the way, sakit hati baca subtitle dalam panggung. Cleo tried not to baca the subtitle tapi terganggu la jugak kan. Jane is the eldest of the Bennets siblings, tapi bila Lizzy (Elizabeth) dok bercakap, depa dok tulis situ Jane as adik Lizzy. Ayyoo. Stress. Tapi tak tau la kalau dalam PPZ ni dia buat twist, Jane tu jadi adik ka kan. Ehm..


Okay, ni first scene yang tunjuk Bennets siblings berlawan dengan zombie. Pergh. Memang nice timing, angle, and shots dia. Selalunya, Cleo tak boleh tengok aksi berdarah melampau ni, sampai keluar otak bagai ni, nak termuntah. Macam filem Saw, Deadpool. Tapi yang ni, okay la. Melampau jugak effects dia (sebab tu kena 18+ jugak filem ni) tapi disebabkan masa tu kagum tengok fighting skills, so tak berapa nak tumpu sangat kat benda-benda tu.

Pengenalan Mr Bingley, at the ball. Biasa-biasa saja. Just like PP. Mr Wickham, sama jugak. Cuma dalam PPZ, ketegangan antara Mr Darcy and Mr Wickham masa first encounter scene lebih berjaya buat penonton nampak yang depa ni memang betul-betul hate each other berbanding PP. Okay, listen. Mr Wickham, dalam PP memang watak yang jahat. All he ever wanted was more money. So, dalam PPZ ni, Cleo dah dapat hidu Mr Wickham mesti dah jadi zombie yang dah upgrade tu bila Mr Wickham always muncul entah dari mana, tiba-tiba wujud dan tiba-tiba hilang. Rupa-rupanya, Mr Wickham ni lah ketua segala zombies. Dia bukan gilakan duit, dia gilakan takhta pulak dalam PPZ ni. Tinggi cita-cita dia.

And then, pengenalan watak Collins. Parson Collins (dalam PP it's William Collins), sepupu keluarga Bennets. Okay, dalam ni pun, a little twist of the characteristics pada Collins. Lebih memeriahkan suasana berbanding PP. Actually, watak Collins la yang banyak bawa komedi dalam PPZ ni. Dalam PP, he's kinda serious and one that cannot tolerate others, I guess.

Lastly, pengenalan watak Lady Catherine de Bourgh dan anak perempuan dia, Anne (yang sepatutnya kawen dengan Mr Darcy). Ni, twist dia dekat kemegahan Lady Catherine. Dalam PPZ, menunjukkan Lady Catherine dikagumi dengan sword skills dan keberanian dia dalam perang. Which makes me wonder, mungkinkah ada unsur perlian dalam filem ni?

Sebab di awal plot, Mr Bennet ceritakan sejarah zombie kat Brittania. Dalam sejarah tu tunjuk London, kota Diraja dikelilingi tembok setinggi 100 kaki, diikuti kawasan dikenali nama In-Between (tempat tinggal semua karakter dan selamat dari serangan zombie), dan lastly dikelilingi Royal Canal (parit yang dibina untuk pisahkan kawasan serangan zombie dengan Kota London). Disebabkan ketakutan yang melampau, golongan Diraja kat London suruh runtuhkan semua jambatan yang menyambungkan In-Between dengan kawasan luar, tinggalkan satu jambatan sahaja called Wingham Bridge. You see, dalam filem ni ditonjolkan keberanian Lady Catherine and depa mention juga sifat pengecut golongan Diraja sehinggakan bila Lady Catherine ajak Lizzy berlawan (will talk about this later), Lizzy kata dia takkan lawan Lady Catherine sebab kalau dia lawan dengan Lady Catherine, bermakna dia lawan dengan London. Betapa berkuasanya Lady Catherine ni, dia siap ada askar dia sendiri (macam kerajaan Johor) padahal dia hanyalah matriarch (I need to read the novel to know more about this).

Okay, filem ni mungkin nampak agak feminism tapi Cleo suka tengok cara Lady Catherine yang tegas, berfikir dengan kritis (tak macam dalam PP, a bit emosi) terutamanya bila Lady Catherine berdepan dengan Lizzy. All knows, dalam kisah PP, Lady Catherine "serang" Lizzy bila dapat tahu Mr Darcy propose Lizzy, sebab sepatutnya Anne yang akan berkahwin dengan Mr Darcy. Dia tak puas hati dan gertak Lizzy untuk tak terima lamaran tu. Tapi Lizzy dengan lasernya (dalam PP) lontarkan kata-kata buat Lady Catherine bengang. Dalam PPZ, Lizzy lebih beradab dan menggunakan cara yang lebih matang dalam selesaikan masalah (which also buatkan hilang rasa ralat masa tonton PP). In PPZ, Lizzy tetap tak menyerah dengan arahan Lady Catherine tapi dengan beradab dan cuba buktikan yang dia bukanlah sehina yang dipandang dengan menggunakan skil berlawan dia. Dan cara ni lah, yang membuatkan Lady Catherine akui Elizabeth Bennet bukan seperti anak orang kebiasaan. Dan dalam filem ni, depa berjaya buat Lady Catherine yang dah mengata kat Lizzy tebus kesalahan dia dengan berbakti kepada keluarga Bennet. Dalam PP, hubungan Lady Catherine dengan keluarga Bennet tak ada peleraian lepas ketegangan yang berlaku masa pertemuan tu, so ralat jugak tang tu. Haha.

Okay, baru setel bab pengenalan watak-watak penting. Fuh. Cumanya, Cleo tak dapat nak proses apa kaitan cerita ni dengan kewujudan "zombie Antichrist" atau "Four Horsemen". I need to read the novel, really, to know more tentang karakter tambahan ni.

So, Cleo berhenti dulu setakat tu. Nanti sambung lagi untuk Bahagian 2. Panjang lagi nak story mory pasal filem ni. Yang penting, dari filem ni, tetiba sel-sel otak Cleo berhubung dan terhasillah satu definisi zombie. Cleo tak minat cerita zombie ni sebenarnya tapi disebabkan filem ni ada nama Pride and Prejudice, tu yang nak tengok sangat-sangat tu. Jadi,

S: Siapa zombie? Macam mana boleh wujudnya zombie?

J: Zombie ni sinonim dengan manusia yang hidup tapi mati. Maknanya, manusia-manusia, kita-kita ni, tapi tak sayang nyawa, tak sayang diri sendiri. Manusia yang merosakkan diri sendiri, itulah zombie.

S: Tapi zombie kan jadi bila kena gigit?

J: Siapa yang gigit depa? Zombie. Orang yang dah rosak pemikiran dia, "gigit" orang yang masih sihat pemikiran dia, supaya dia ada geng, tak kesorangan terus rosak. Benda pertama depa buat, makan otak. Kan zombie suka makan otak. Dia "makan" dulu otak orang yang waras, supaya hilang kewarasan tu, dan ikut jejak langkah depa yang dah rosak tu. Pasal otak ni, dalam review bahagian 2 Cleo akan cerita perkaitan ya. Tunggu ~~

Sel-sel otak berhubung sejurus selepas tontonan kedua filem ni.
**tambahan - Uollss boleh teruskan pembacaan untuk Part 2 & Part 3 ya.



Demam Mr Darcy
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter