Friday 14 January 2011

AKHIRNYA KU SENDIRI


Apakah perasaannya apabila seseorang yang berjanji untuk menemani kita di sepanjang perjalanan menarik diri di saat-saat akhir? Perkara ini selalu terjadi dalam hidup kita. People come and go as it use to be.

Pagi ni saya belajar sesuatu yang sangat penting. Berjoging sendirian dalam hujan lebat membuat saya terfikir, bukan semua orang boleh teman kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan, dan bukan calang-calang orang boleh menemani kita untuk melalui setiap ujian. Yang berjanji ramai, tapi yang akan menunaikan janji hanya segelintir. Selalu sangat saya menghadapi situasi di mana ramai yang ingin menawarkan diri berjalan seiringan dengan saya, tapi di saat-saat akhir mereka menarik diri. Itu baru komitmen-komitmen kecil, belum tanggungjawab yang besar. Misalannya, seseorang menghulurkan tangan untuk menarik kita ke atas tebing, sewaktu kita semakin hampir menaiki tebing, dia melepaskan tangan.

Kecewa? Tidak sama sekali...
Bukan semua orang boleh beri komitmen. Saya tahu. Oleh sebab itu saya membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal. Kadang-kadang orang menganggap saya ini suka bersendiri. Bukan semua kerja saya buat seorang diri. Kalau pada pandangan saya mereka boleh beri komitmen saya akan berkongsi. Jika tidak saya akan buat sendiri. Selalu terjadi...

A: Eh, B ko selalu ker pergi aktiviti ni? Kenapa tak ajak aku pun...ko ni sombong betul.
Pergi sorang-sorang jer. Aku pun nak pi.
B: Laa, aku tak tau pun ko nak pergi.
A: Dah ko tak pernah ajak.
B: Oklah, esok kita pergi.
A: Ok, jangan lupa yer...

Esoknya...
Sms masuk

A: Er B, aku tak boleh pergi la, ada masalah...sori yer.

Dan perkara ini berulang-ulang terjadi kepada saya sehingga saya menjadi imun dengan perasaan dikecewakan sebab saya tahu bukan salah siapa-siapa. Bukan semua orang dipilih oleh Allah untuk melalui jalan yang sama dengan kita. Bukan semua orang boleh beri komitmen walaupun semua orang boleh menawarkan diri. Bukan semua orang punya kekuatan yang sama.

Mungkin itulah puncanya saya menjadi lone ranger. Saya sedang belajar untuk mampu melakukan sesuatu walaupun tidak ada yang menemani. Saya sedang belajar mengimbangi perasaan. Tidak terlalu sayang dan tidak terlalu membenci seseorang. Supaya apabila mereka menghampakan permintaan saya, saya tidak terlalu kecewa. Saya tahu bukan semua orang boleh berjalan seiringan dengan saya sebab saya ni cerewet, banyak songeh, kelam kabut, semua nak cepat. Saya tak nak mereka menjadi mangsa sikap saya jadi banyak benda yang saya kena buat sendirian. Selepas saya buat dan mereka tahu, kalau mereka pun teringin nak buat bersama, saya malah bergembira dengannya sebab bukan semua orang mahu bersama-sama dengan kita. Dan jika mereka menarik diri di saat-saat akhir? Tak mengapa kerana akhirnya saya akan sendiri juga...

*balik dari makan roti canai telur sendirian di Cafe Canselori sewaktu hujan...nikmatnya suasana pagi:) Alhamdulillah...

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

4 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

La Tahzan ya ukhti...
Innallaha ma'ak!!
Sahabat pastinya mengiringi kita di kala susah dan senang~

Huuu nak kluaq lg sama2~

ayu said...

Seharian berkepit dgn Mun x pernah puas...;)
Syukran sebab sudi seiring n sejalan dgn saya sejak dr ting 1 lg...
(bkn semua mampu bertahan di kala susah tp byk yg menumpang di kala senang)

kin said...

ooooo..kluaq x ajak ana :(
nanti kita jalan tiga3 ye...salam sayang dari ana utk kamu berdua.

ayu said...

salam sayang untuk kinku juga yg jauh d mata tp dekat sangat di hati..luv u

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter