Friday, 21 May 2010

SURAT CINTA MONYET YANG KURAMPAS

(Surat cinta monyet)

2o Mei 2010,

Baru-baru ni masa jaga peperiksaan budak-budak KAFa darjah 4, aku rampas surat di atas yang dipassing antara pelajar laki dengan pelajar perempuan. Terkejut aku masa baca isi surat tersebut. Sabar jer lah. Kalaupun nak passing kertas, tunggu la lepas periksa ker, ni tak. Bila aku baca isi surat tu, aku geleng-geleng kepala. Terimbas aku kembali memori silam sewaktu aku di sekolah rendah.

Teringat aku kembali kepada satu peristiwa 14 tahun lalu. Perkara yang sama terjadi kepada seorang kanak-kanak darjah satu. Dia pun bermain-main surat cinta monyet dengan seorang lelaki. Satu hari, surat tersebut dirampas oleh cikgu dari kelas lain. Kemudian, cikgu tersebut memberi surat tersebut kepada guru kelas murid tahun satu tu. Esoknya, dia dipanggil bersama pasangannya di hadapan kelas. Nak tahu apa jadi? Kedua-dua orang murid tersebut kena rotan dengan bulu ayam di hadapan rakan-rakan yang lain. Teresak-esak dia menangis kerana sakit dan malu. Apa yang aku tahu mengenai kanak-kanak tersebut, peristiwa tersebut menjadi turning point atau pengajaran besar baginya bahawa hubungan antara lelaki dan perempuan tidak boleh lebih dari hanya satu keformalan.

Aku sempat memerli budak-budak yang menulis surat tersebut, tapi dengan tanpa perasaan malu atau bersalah, budak laki tu suruh aku buang jer surat tu. Pada zaman aku, rotan adalah perkara biasa. Kalau aku hukum budak-budak tu sekarang ni, mesti esoknya aku kena serang dengan ibu bapa.

Teori mengatakan bahawa kanak-kanak sekarang ini bernafsu besar disebabkan oleh terlalu banyak makan daging dengan ayam. Ada logiknya. Ayam dan lembu kan dicucuk dengan satu ubat yang menyebabkan haiwan tersebut sentiasa kelaparan yang menyebabkannya sentiasa makan. Akibatnya, badan haiwan tersebut membesar bagai dipam-pam. Belum sempaT ubat tu absorb sepenuhnya dalam tubuh badan atau dikumuh, haiwan tersebut disembelih dan dimakan oleh anak-anak kita. Jadi ubat tu pun beralih ke dalam badan-badan budak-budak sekarang ini. Kesannya, mereka bernafsu besar dalam makan. Kanak-kanak mana yang tak suka ayam? KFC lagilah.

Oleh itu, nanti ada anak-anak, jangan latih anak-anak makan ayam terutamanya yang makanan segera. Nanti mereka malas belajar. Asyik nak bercinta jer. Ada satu hari tu, sewaktu aku sedang mengajar dalam kelas pra-KAFA, seorang kanak-kanak perempuan datang beritahu aku rakannya, A besar nanti nak kahwin dengan aku. Lawak pun ada, sedih pun ada. Yer la, baru 6 tahun dah bercita-cita besar nak kahwin. Di mana silapnya didikan kita? Kan bahagia kalau dengar mereka bercakap besar-besar nanti mereka nak berjuang untuk Islam. Sepertimana kanak-kanak Israel yang ditanamkan dengan sifat benci kepada Islam sedari kecil dan bercita-cita untuk membunuh orang Islam apabila dewasa nanti, kita seharusnya buat macam tu juga. Tak gitu? Biar dari kecil lagi mereka tahu bahawa mereka ada tanggungjawab yang lebih besar nak dibuat bila besar nanti. Ok, mungkin perkara ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa. Aku jer yang perasan lebih. Mungkin naluri kanak-kanak cepat suka kat seseorang apabila diberi layanan baik. Sampai ada yang datang cium pipi aku masa nak balik rumah. Terkejut ustazah! Astaghfirullahalazim...tak pa. Kanak-kanak laki. Tak baligh lagipun. Jangan sampai yang darjah lima pun datang cium ustazah. Pengsan aku. Persoalannya, apa agenda kita untuk mereka sebenarnya?

Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih



~ Creating ideas for lives ~

3 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

Assalamualaikum wbt...

MasyaAllah...sungguh besar dugaan mentarbiyah anak2 zmn sekarang. huhu..Risau dan bimbang adakah masih wujud anak2 yg akan cekal melawan arus zmn sekarang yg penuh kelalaian.Pengaruh luar yg bermaharajalela...

Asuhlah dan tarbiyahlah zuriat anugerah Allah sebaiknya..Mungkinkah masih wujud jiwa2 anak muda yg tegas dan telus seumpama Umar R.A. Anak muda yang berani berjihad seumpana Khalid al-walid. Anak muda yang utuh jiwa Islamnya seumpama Bilal bin Rabah...

Allahuakhbar...Lindungilah kami dan keturunan kami..

Baihaqi Sensei said...

Respon dari panel AkademiFisabilillah.blogspot.com:

Sistem pendidikan kita tidak kena dari awal lagi. Penjajah telah menanam sekularisme dalam sistem pendidikan, atau blh sy katakan keseluruhan sistem pentadbiran.

Memandangkan entry ini berkisar tentang bidang pendidikan, jd sy just nk ulas tntg pendidikan..

Pendidikan di Malaysia dipengaruhi sekularisme... Tindakan mencampur pelajar lelaki dan pelajar wanita dalam satu kelas/tempat belajar bukan cara yang terbaik. Ini sebenarnya budaya barat yang mencampurkan lelaki dan wanita dalam satu institusi pendidikan.

Kajian pakar: Seekor anak ular dan anak tikus diletakkan di dalam sebuah sangkar yg sama... Kedua-duanya makan di dalam sangkar yang sama dan minum di dlm bks yg sama... apabila kedua-duanya mencapai peringkat matang, ular tersebut makan tikus tersebut walaupn mereka telah hdp bersama sejak kecil.. itu naluri dan fitrah haiwan yg tidak boleh dielakkan lg...

Analoginya, fitrah manusia:- lelaki sukakn prmpuan dan prmpuan sukakn lelaki tidak dpt dielakkan.. Mmg bnr mereka kecil dan tdk tahu apa2. Akn tetapi pengaruh media menggalakkan perasaan itu. Seperti ular yg suka mkn tikus walaupn hdp bersama sejak kecil, begitulah juga manusia yg suka akan pasangannya...

TIDAK ADA ISTILAH "SUDAH BIASA" BERGAUL BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN....

cleo (クレオ) said...

sensei> yep..sy stuju..ttg ni x ramai yg sedar, tp itulah hakikatnya..

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter