Monday 28 September 2009

IM AN ALIEN FROM DA MOON


"im an alien from da moon, please dont look at me"

Rasa janggal nak mula menulis di dalam blog. Rasa cam pelik jer nak share dengan orng ramai apa-apa yang kita rasa. Tapi dah ada ruang, kenalah manfaatkan.

Refer kat quotation di atas, ada suatu perkara yang terjadi kat aku pagi tadi yang membuatkan aku nak kongsi dengan semua orang. Jarang-jarang aku suka berkongsi apa-apa pandangan aku tentang kehidupan ni. Nampak macam jenis tak kisah, tapi sebenarnya aku merupakan pemerhati setia sikap dan etika seseorang. Buat bekalan sepanjang perjalanan.

Sebagai seorang 'lone rangers' yang selalu berkawat ke sana ke mari berseorangan , aku lebih bersifat pemerhati. Hakikatnya kuat bersembang, tapi bila 'berkawat' selalunya berseorangan. Lebih selesa dan bebas pergerakan. Okey, sambung cerita.

Pernah tak dalam hidup kita terjumpa orang yang kenal kita tapi buat-buat tak kenal? Ish, mesti ramai kan? Kita pun pelik dan tertanya-tanya, 'dia tak kenal aku ke?' Kalau yang berlainan jantina tu lain la. Aku sendiri pun selalu buat-buat tak kenal kalau orang yang aku kenal tu berlainan jantina. Itu kes lain. Ini yang sama jantina. Hmm...

Perkara ni selalu berlaku, tetapi kali ini aku agak sensitif dengan sikap ni. Nak dijadikan cerita, masa tengah berjalan (baru habis kuliah dan 'on da way' nak gi jumpa sahabat) selisih dengan orang-orang yang dikenali. Aku mengukir senyuman, tapi tidak berbalas. Okey, tak pa. Mungkin dia sibuk, jadi tak nampak. Jalan lagi. Jumpa pula kawan yang sedang duduk di meja. Senyum lagi. Aku tengok dia, dia tengok aku. Aku senyum, dia buat muka seposen. Huhu. Rasa cam 'alien' sesangat masa tu. Nak kata tak kenal, pernah bersembang. Selalu timbul persoalan di minda, adakah memori manusia itu singkat? Jumpa orang baru dalam satu hari, lepas tu bila jumpa hari lain dah tak perasan? Memori manusia macam tu ke? Aku menyoal macam aku bukan manusia le plak. Ye la, sebab aku tak pernah jadi macam tu pun. Belum pernah lagi (selama 20 tahun) aku hidup, ada orang yang datang kat aku tanya, 'ayu, tak kenal kami?'. Memang pelik sesangat aku fikir ada orang tergamak buat dekat aku camni. Walaupun aku jumpa seseorang itu dalam komuter, kalau jumpa pula dekat tempat lain, insyaAllah aku kenal. Aku akan tegur lagi. Sebab tu aku rasa aku ni 'alien'. Aku musykil yang amat ni...Kalau ada sesiapa boleh rungkaikan kekusutan ini, sila berbuat demikian.

Terfikir aku, situasi akan jadi berlainan kalau aku berjalan dengan kengkawan. Ramai yang akan menegur. Senyum usah dikata. Manis bergula. Pelik betul. Bukannya akan dapat apa-apa pun. Ada yang aku tak pernah jumpa pun tegur, cuma bezanya depa akan cakap 'ish, muka awak sama dengan si polan si polan'. Stress aku dengar ada orang muka sama dengan aku. Ye la, kat dunia ni ada 7 orang sama rupa dengan kita, tapi kalau dah lebih dari 7 tu, apa ke heinya?

Mungkin kalau aku jalan sensorang muka serius, bila jalan dengan kengkawan muka pun ceria. Tapi kan aku dah senyum? Ish, muskil..musykil

Pesanan aku untuk orang yang membaca blog ni...'senyum itu sedekah'. Orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima. Murah-murahkanlah senyuman hatta kepada orang yang tak dikenali. Apalah salahnya mengukirkan senyuman. Kalau selisih dengan lelaki tunduk kepala sebab malu, kalau selisih dengan perempuan tunduk kepala tanda...?? Tepuk dada tanya iman.





~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

cleo said...

Assalamu'alykum...

Hmm..cik ayu, alhamdulillah akhirnya cik ayu posting juga kt blog ni. Trimas ye.. ^^

About the smile, mcm yg cleo slalu pesan kat teman2 yg ada, slalu lah kita berfikiran positif.

Walaupun pada hakikatnya, semua kemungkinan2 dah kita pikir, n mjurus ke arah yg negatif, pandai2 la kita 'switch' kan utk jadi positif balik. ^^

Thinking in a positive way always give me satisfaction and a relief mind. Percaya lah. :)

ayu said...

u r right...positive thinking lead to positive life. Using dat positive thinking, i know im a human n not an alien. Juz when da negative thinking come, i will think dat im an alien. But not from da same planet as Mr.Bean.

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter