Tuesday, 2 August 2011

..:[ Pengajaran 1 ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum semua ~


Hari ni, dapat satu pengajaran hidup masa tarawih tadi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Al-kisah . . .

Sementara menunggu Tarawih tadi, lalu sorang budak lelaki. Mungkin dalam lingkungan 8 atau 9 tahun usia. Muka yang suram, persis susah hati mencari seseorang. Mundar-mandir berseorangan. Melihat dia, terusik hati. Cari ibu ke dia? Kasihan. Mahu ku tolong tapi tak tahu bagaimana.

Selesai dua rakaat. Kanak-kanak tu masih mundar-mandir. Ah. Terganggu juga, kasihan melihat dia bersusah hati mencari. Kemudian, menghilang lagi kanak-kanak itu di sebalik dinding putih. Ku teruskan mengikuti imam. Selesai berdoa, terdengar suara seorang wanita persis memujuk. Ku lihat kelibat kana-kanak tadi bersama ibunya, mungkin. Melangkah ke arah pintu Muslimin yang berdekatan.

"Abah ada tang tu. Ni, lalu kot tepi ni, nampak sana tu? Mak tak boleh pi situ," kata si ibu.

Mungkin kanak-kanak tadi tidak mahu berganjak, lalu dibawa kembali ke kawasan Muslimat. Terusik lagi hati ini. Akhirnya, terbiar dia di situ berseorangan. Abah, mak berjamaah menghadap Tuhan. Dia? Masih lagi mundar-mandir, tiada hala tujunya. Sekejap duduk di bangku, sekejap memanjat motor entah siapa-siapa. Ah. Sungguh, terganggu aku hingga kini.

Okay. Cukup takat tu kisah. Hmm.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Bersangka baiklah. - Peringatan untuk diri sendiri sebelum mula berbicara.

Nak dikongsi jugak kat sini, moga bermanfaat buat yang membaca.

Kenapa perlu jadi macam tu? Tak ada niat nak berlaku diskriminasi kaum kat sini. Tapi, bila jadi macam tu, selalunya mak akan dipersalahkan, betul? Kalau lah jadi apa-apa kat budak lelaki tadi tu, mesti mak akan dipersalahkan, betul? Hmm.

Kenapa ayah tak memainkan peranan kat sini? Benar, betul, ibu sepatutnya menjaga anak. Tapi betul ke dengan cara tadi tu? Kanak-kanak di umur tu, diorang dah mula ada rasa malu, segan. Apatah lagi dengan yang berlainan jantina, yang ajnabi, yang asing. Plus, dia a boy. Kalau mak dia tarik dia masuk kawasan Muslimat, betul ke didikan tu? Kenapa tidak ayah bimbing dia, bawak dia masuk ke kawasan Muslimin? Kawasan yang sememangnya tempat dia, bertepatan dengan dia? Kenapa? Adakah alasan susah nak jaga? Susah? Ya, memang susah sebab itu tanggungjawab kamu untuk mendidik dia, menjaga dia, amanah yang Allah dah beri.

Apa salahnya ayah pegang tangan dia, bawak dia masuk kawasan Muslimin. Ajak dia ambil wudhuk, then cakap kat dia, "Kita nak solah ni, nanti masuk barisan ni, ikut abah solah." Or at least, lebih kurang macam tu. Budak-budak, kan memang kita kena didik dia untuk solat?

Or at least, kalau nak ambil saf depan, tunjuk kat anak tu mana tempat ayah. "Abah nak pi dok depan, tengok mana abah pi, satgi apa-apa senang." At least pesan macam tu kat anak tu bila nak tinggal dia. At least dia rasa comfort, senang hati dia yang resah, yang tak pernah-pernah pergi masjid, kena tinggal sorang-sorang kat saf belakang. At least dia tau abah dia ada kat mana. Biasa la tu kan. So tak de lah budak tu ke hulu ke hilir tak ketahuan. Hmm.

Sirius, terasa sangat tak senang hati tentang tadi tu. Masjid tu betul-betul tepi jalan. Jalan tu pulak bukan jalan kampung biasa, jalan utama. Segala bas, lori, treler, kereta laju semua. Apa nak kata kalau jadi something nanti? Nyawa hanya satu yang Allah bagi pinjam. Tolonglah, hargai anak yang sorang tu. Ada orang bertahun tunggu tak dapat anak, dah dapat, jadi musibah pulak. Macam-macam. Tolonglah.

Memang, lepas solah tadi budak tu bercerita macam-macam kat mak dia. Tapi siapa yang tahu, mungkin dia bercerita tu untuk menghilangkan resah dia selama tadi berjam-jam dok sorang-sorang? Untuk menunjukkan betapa dia lega akhirnya dia keluar dari "penjara" tu? Hmm.

Ingat tak kisah Rasulullah saw sujud lama sebab cucu Baginda main panjat-panjat masa sujud? Pernah terpikir tak, macam mana cucu Baginda boleh ada kat situ sedangkan jemaah tengah solah? Ada tak kemungkinan, Rasulullah sendiri cuba untuk pastikan cucu-cucu Baginda tau yang Baginda akan berada di tempat tu? Ada tak Baginda tinggalkan cucu-cucu Baginda dalam jagaan Saidatina Fatimah masa tu?

Fikir-fikirkan lah. Moga kisah tadi sedikit sebanyak membuka minda kita untuk berfikir soal didikan kehidupan kita. Wallahu a'lam.






Hati yang terganggu
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Monday, 1 August 2011

[ Pencarian Panglima Pulak ~ ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Berita hangat buat peminat Ramlee Awang Murshid!! hehe

Sekarang ni, RAM tengah buat pertandingan cari panglima. For what pulak dah ni? Untuk novel terbaru ke? Ke novel dia nak jadi filem? Oh no! Oh no!

Nak tau, sila baca cepat!! haha.

Tekan ni nak senang. Tapi law tak dapat reach, meh baca sini sket.

Actually RAM cari orang untuk fan page, facebook etc dia. Hadiah cam best gak.

Tempat Pertama
Baucar Buku bernilai RM50 Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM30 Sebuah Buku 'Buat Dengan Katering' yang ditulis oleh 'Web Sutera' yang merupakan Naib Presiden RAMFC Album 'Jalan' dari Kumpulan Society yang mengandungi lagu 'Sutera Bidadari' Menjadi Moderator tetap RAMFC

Tempat Kedua
Baucar Buku bernilai RM30 Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM20 Sebuah Buku 'Buat Dengan Katering' yang ditulis oleh 'Web Sutera' yang merupakan Naib Presiden RAMFC Album 'Jalan' dari Kumpulan Society yang mengandungi lagu 'Sutera Bidadari' Menjadi Moderator tetap RAMFC

Tempat Ketiga
Baucar Buku bernilai RM20 Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM10 Sebuah Buku 'Buat Dengan Katering' yang ditulis oleh 'Web Sutera' yang merupakan Naib Presiden RAMFC Album 'Jalan' dari Kumpulan Societyyang mengandungi lagu 'Sutera Bidadari' Menjadi Moderator tetap RAMFC* Untuk maklumat semua, menjadi moderator di kelab ini adalah sebuah kerja sukarela. Namun keistemewaan yang akan dengan sendiri selain pengalaman berharga.

Saja boh hadiah dulu. hehe.

Apa nak buat ni..?

2. Calon moderator akan diminta :

    2.1 Membuka topik baru dalam Fan Pages RAMFC dan pages sekutu RAMFC
           dirangkaian sosial Facebook

           2.1.1 Terhad kepada 1 (SATU) topik sehari untuk seorang calon moderator
           2.1.2 Idea utama kepada topik tidak berulang dengan topik calon moderator
                    yang lain atau pun topik-topik yang sudah klise/kerap di utarakan
           2.1.3 Menggunakan Bahasa Melayu Standard – BMT
           2.1.4 Tidak digalakkan untuk membuat pautan terhadap laman/blog lain

    2.2 Memberi respon kepada semua pertanyaan, penyataan dan diskusi dalam Fan Pages
           RAMFC dan pages sekutu RAMFC dirangkaian sosial Facebook.
           2.2.1 Tiada had dalam memberi respon
           2.2.2 Elakkan memberi jawapan/respon yang sama seperti calon moderator lain
                    yang telah terlebih dahulu memberikan respon. Jika keadaan ini berlaku,
                    sila padam respon anda.
           2.2.3 Memberi respon dengan matang, sopan dan tidak melibatkan emosi
           2.2.4 Setiap respon mestilah tidak menyentuh sensitiviti individu lain, agama,
                    fahaman politik dan negara
           2.2.5 Sentiasa menjaga keharmonian antara ahli

    2.3 Menulis resensi karya Ramlee Awang Murshid mengikut tajuk novel yang akan
           dimaklumkan kelak

Syarat-syarat lak?

Berusia 18 tahun ke atas
Lelaki atau perempuan
Warganegara Malaysia
Merupakan peminat karya Ramlee Awang Murshid
Mempunyai akses internet tanpa had
Menetap di Malaysia
Boleh menulis mengunakan Bahasa Melayu dengan baik (dalam penggunaan Bahasa Melayu Standard – BMT)
Tidakdigalakkan untuk mencampur aduk Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris/Bahasa lain/Bahasa Slanga/Bahasa SMS.
Berupaya mengarang artikel dengan baikMengikut undang-undang negara dan hukum syariat (bagi calon moderator beragama islam)
Mengikut syarat-syarat lain  yang akan tertakluk kepada  sebarang perubahan

Haa... dah clear? Ni baru nak bagi tau important details dia kalo rasa cam nak join. haha.

Gerangan Siapakah Panglima Pilihan RAMFC?
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Julai 2011
Tarikh Pertandingan : 1 Ogos – 14 Ogos 2011

last design


So..? Pe cer? Nak join? Silalah. Sy cuma excited nak hebahkan je. hikhik. Adios ~




Nak cari panglima jugak lah ~
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Wednesday, 6 July 2011

..:[ Apa Ada Pada Sya'aban . . ? ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Sekarang ni, dah masuk bulan Sya'aban. Apa yang kita tahu tentang Sya'aban? Kalau tanya pada saya sendiri, tak banyak jawapan yang dapat saya beri dengan confident. Tadi pusing-pusing, jumpa satu artikel dari blog ni:


Banyak yang amat info dalam blog Cik . Salah satunya, about Sya'aban. Panjang kot entri dia. huhu.
Ni sharing about the entry and the link. Selamat membaca ye. Semoga ilmu yang kita dapat hari ni menjadi pedoman untuk kita selamanya. Amin ~

* * *

Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda baginda: "Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)."

Sebahagian ulama' berpendapat, bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Sya'aban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban." 

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya" Sabda baginda lagi: "Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat."

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb* (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni-p) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api-p), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.

Dari Abi Salmah, dari Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda berpuasa berterusan dan baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu–p)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara tetap (konsisten-p).” Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : "(Hendaklah-p) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”. Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.


Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Hadis riwayat An-Nasaie.

Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Syaaban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban'. Adapun malam Nisfu Syaaban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab doa dimakbulkan, malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

Dari Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ?" sehingga terbit fajar”. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman.

Namun, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam.

Dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Hadis-hadis Sahih Al-Bukhari juga tidak menyebut secara khusus berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syari'i, dan merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan suatu amalan yang bid’ah.


Cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban oleh kebanyakan umat Islam adalah dengan membaca SurahYaasin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin, mereka membaca doa. Pada bacaan Surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon dipanjangkan umur untuk kebaikan dunia dan akhirat; pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan penyakit; dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon dari Allah agar dilimpahi rezeki yang halal.

Ringkasnya, terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada bulan Sya'aban yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Marilah kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Latihan amalan bersolat malam dan berpuasa sunat di bulan Sya'aban amat baik sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba selepas ini. Biasakan diri kita dan didiklah anak-anak kita agar mengisi kekosongan rohani dengan amalan-amalan solih, bermula dari perkara yang mudah seperti solat sunat dan puasa sunat. Meskipun agak 'liat' di awal amali, namun kesudahannya akan dipenuhi dengan keberkatan, kepuasan dan kesyukuran bagi jiwa yang beriman. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.. InsyaAllah... 





Nota:
*Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Rujukan:
1. Ustaz Halim Abdullah
2. Kitab Sahih Al-Bukhari
3. Kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh
4. Kitab Al-Barakah
5. Kitab Zubdatul Waizzin




Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter