Thursday 10 March 2016

..:[ Membedah P. Ramlee - Review ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Sementara ada masa ni, Cleo nak tunaikan janji yang dah tertunda hari tu masa International Book Day. Nak review sebuah buku hari tu kononnya. Kui3. Jadi, entri ni Cleo nak review buku tulisan Daniyal Kadir: Membedah P. Ramlee.



Sapa tak suka tengok filem P. Ramlee memang ceroi ~~

Bagi Cleo, perbahasan dalam ni okay. Buku ni membuatkan pembaca berfikir sambil membayangkan kembali babak-babak dari setiap filem dengan baik. Siap ada skrip lagi tu. Eh, kalau peminat filem P. Ramlee, memang hafal la skrip. Hihi.

Buku ni bahaskan filem P. Ramlee yang dihasilkan di Singapura sahaja. Yang di Malaysia tak termasuk sebab masa tu filem P. Ramlee dah kureng kualitinya. Bagi Cleo, kupasan penulis boleh diperhalusi lagi, sebab tak puas baca. Bak kata penyelia Cleo masa Cleo menulis tesis, "Masih belum cukup juicy." Faham ke tak..? It feels like, masih ada yang belum habis ditulis ni.

Apapun, terbaik dah penulis ni mampu hasilkan buku ni. Okay what, sebelum-sebelum ramai yang hanya post di Facebook, sembang-sembang, sekarang dah ada buku bukan akademik. Mana lah tahu, lepas-lepas ni RTM dah tak nak tayang filem P. Ramlee ka apa ka, at least buku ni dapat beri gambaran babak-babak dalam filem P. Ramlee.

Dan yang paling Cleo suka baca dalam buku ni, transkrip temu bual seorang jurnalis dengan allahyarham. Ayat-ayat beliau, jelas sekali kekecewaan di sudut hati beliau. Ah, itulah bangsaku. Dari turun temurun mengagungkan budaya asing. Tak hairanlah generasi sekarang macam ni. Tapi Cleo pasti, satu hari nanti pasti akan ada seniman anak Melayu berjiwa seperti P. Ramlee.

Rasanya itu saja. Ni pertama kali Cleo buat review buku jadi tak tahu apa nak dicakapkan lagi. 3 bintang untuk buku ni.





International Book Day
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter