Friday 8 April 2011

HAVE I NO CHANCE OF SUCCEED?


 Kalau sesiapa menonton filem karya Jane Austen mesti tahu dialog ni datang dari siapa dan filem mana.  Pandai-pandailah cari kalau nak tau.  Dah la lama x post kat blog ni, bila post jer tiba-tiba nak bercakap soal hati.  Ya, wanita selalu menjuarai isu-isu hati ni. Sebab hatinya rapuh. I hate to admit this.

Tapi kat sini saya bukan nak sentuh soal hati saya, tapi hati orang pulak.  Kita selalu dengar, 'Jauh di mata, dekat di hati'. Namun, pernahkah kita mendengar pula 'dekat di mata, jauh di hati'.  Near, yet so far.

Dia ada depan mata, tapi hatinya jauh.  Hakikatnya manusia tak boleh memiliki hati sesiapa pun.  Kita boleh penjarakan jasad seseorang, tapi kita tak boleh penjarakan hatinya.  Kita boleh miliki jasad seseorang, tapi kita tak boleh miliki hatinya, kita boleh pegang seseorang, tapi kita tak boleh pegang hatinya.  Wat worst, kita boleh pandang seseorang, tapi kita tak boleh pandang hatinya. Memang la tak boleh pun kan.

Tak salahkan dia, kadang-kadang pun kita tak faham suara hati sendiri. Inikan pula orang lain.  Kadang-kadang saya gatal-gatal mulut tanya kat kawan-kawan yang ber'couple' ni, 'macam mana kita nak tahu seseorang itu suka kat kita atau tak?' Macam-macam jawapan yang saya terima dan semuanya masih tak memuaskan hati saya.

Sebenarnya apa yang saya dapat dari jawapan mereka ialah mereka tetap susah hati.  Walaupun mereka dah ber'couple' dalam erti kata memiliki seseorang yang mereka suka, namun masih mereka susah hati kerana hati manusia itu bisa berubah-ubah.  Jasadnya di hadapan kita, hatinya di mana kita tak boleh nak agak dan tahu pun. Bukankah seksa begitu, bercinta dalam keadaan tidak yakin sampai ke manakah cinta itu. Setakat mana hati boleh setia menyintai pasangan yang sama selamanya.

Saya ingin, kalau saya memiliki seseorang itu, saya boleh miliki hatinya. Tapi mustahil kerana hakikat sebenar pemilik hati ialah Allah.  Subhanallah. Kalau sudah tau jawapannya, apa yang membuatkan saya pening-pening ni?

Kalau nak hati seseorang dekat pada kita, ngadulah kat Allah.  Minta pada pemilik hati. Minta ditetapkan hati untuk kekal setia mencintai hingga akhir hayat.  Tapi kita ni selalu jauh dari Allah. Pastu nak dapatkan hati seseorang kalau bukan melalui pemilik hatinya, harus bagaimana lagi? Even tuan hati tu pun tak dapat nak bagi hatinya kalau kita  minta. Takkanlah

'ustaz, ana nak hati ustaz, boleh tak?'
'awak,saya nak hati awak, bleh x?

Hmm...nampak sangat dah parah. Sewel gamaknya orang kata nanti.  Persoalannya, bagaimana nak dapatkan hati yang merdeka itu? Yang merdeka dari  keterikatan kepada dunia dan mengembalikan urusan hati itu mutlak pada pemiliknya?  Kebahagiaan dan ketenangan itu bukanlah datangnya dari persekitaran.  Macam mana kita lari dari realiti pun tetap kita tak beroleh ketenangan dan kebahagiaan melainkan kita serahkan kepada pemilik hati kita, Allah.  Betul, perjuangan kita sekarang ialah serahkan hati sebulat-bulatnya kepada Allah. Usaha dan tawakal nak dekat exam ni.  Hati pensyarah pun milik Allah juga kan.:) Chaiyo!

~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

Unknown said...

contrast kot..dua topik dlm satu..haha

pape pon ayu, tinggalkan segalanya, ingat hanya pada yang Esa. kerna Dia lah yg tahu siapa yg bakal miliki hati ayu. So, cheer up girl! let it go n just fly away in ur real life ~
*wink wink*

ayu said...

u noticed dat...:))
thanks so much cleo...u had cheer me in overcoming it...do well in ur xam...wawa

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter