Thursday 19 November 2009

PEJUANG ISLAM SEKARANG MANJA?







Bismillahirrahmanirrahim...

Ana (kata ganti nama yg terbaik utk 'post' kali ini) termasuk dalam golongan di atas. Ana akui kelemahan diri. Oleh sebab itulah, ana nak berkongsi dengan semua orang yang ingin menjadi pejuang Islam. Tak kiralah sama ada pejuang Islam melalui mata pedang atau mata pena atau mata 'keyboard'.

Ana mungkin tak layak pun digelar pejuang. Malu dengan diri sendiri tak payah nak cakap. Selalunya orang berjuang dalam jemaah, tapi ana ni awal-awal lagi dah jadi 'lone ranger'. Ye dok? ('trademark' sorang ustaz Perak kegemaran). Sahabat yang masuk jemaah selalu memujuk supaya masuk, tetapi...Kalau bagi alasan tak dak kekuatan, nanti orang cakap kekuatan itu perlu dibina, betul dak? Kalau cakap belum bersedia, sampai matilah gamaknya. Rasanya jawapan yang sesuai adalah seperti tajuk di atas. MANJA.

Dahulu, sempat direkrut dalam jemaah, masa sekolah menengah, selalu berdebat dengan orang lain betapa pentingnya hidup dalam jemaah, berjuang dalam jemaah, namun akhirnya ana tenggelam. Tenggelam dalam lautan ciptaan sendiri, atau dengan kata lain syok sendiri. Syok dengan dunia sendiri. Tak tahulah. Tambahan pula, senior yang selalu 'follow up' ana sibuk dengan komitmen lain selain batasan waktu dan lokasi. Ana pula masih baru, 'manja', jadi ana tinggalkan dunia jemaah tanpa disedari seiring dengan masa yang berlalu . Ana sendirian.

Itu cerita ana. Ana rasa ramai yang menjadi pejuang solo atau secara berjemaah di luar sana. Berjuang dengan cara sendiri dengan satu niat yang sama iaitu memastikan Islam itu berada di atas dan dijadikan cara hidup kita. Berkali-kali kita mendengar orang mengatakan 'tegakkan Islam dalam dirimu dahulu jika mahukan Islam tegak di bumimu'.

Apa yang kita faham dengan 'tegaknya Islam dalam diri?' Tolonglah, ana mohon perhatian kepada mereka yang niatnya ingin menegakkan Islam di bumi ini. Lihatlah ke dalam dirimu... tolonglah... tolong jangan jadi pejuang yang manja...

Seorang pejuang Islam, hubungan dengan Allah tolonglah mantapkan...
Sebenarnya kita lebih banyak menjadi pejuang yang manja tanpa kita sedari...

1)Solat yang wajib selalu terbabas... memang manja.

2)Qiamullail? Tak amalkan setiap sepertiga malam?....memang manja.

3)Baca Al-Quran? Tak amalkan setiap hari?...memang manja.

4)Menitiskan air mata mengharap pertolongan daripada Allah? Tak pernah?...memang manja bukan kuat. Layakkah menggelarkan diri pejuang Islam?

Sedih ana lihat fenomena kelahiran pejuang yang manja di sekeliling. Ana memang tak layak buat kenyataan ini sebab siapalah ana, akal hanya senipis bilahan rambut... Tetapi jika kita bandingkan dengan pejuang-pejuang di bawah Salehudin Al-Ayubi yang tak pernah tinggal solat malam...memang pejuang Islam sekarang manja yang amat. Sudah tegakkah Islam dalam diri? Jadi usah bercakap mengenai agenda menegakkan Islam di bumi ini.

Perkara ini serius. Ana kecewa apabila mendapat tahu, seorang senior yang ana kenali, selalu bercakap mengenai Islam, sentiasa mahu kepada pemerintahan Islam, tetapi, apabila berjumpa dengan buah hati, bergambar seperti suami isteri. Nauzubillah... Sudah tegakkah Islam dalam diri? Bagaimana Islam hendak tertegak di bumi? Lihat-lihat kembali pejuang-pejuang, da'ie-da'ie sekalian, apa-apa yang kita terlepas pandang...

Jujur ana catatkan, muslimin semakin sedikit, jika yang sedikit ini tidak betul-betul berkualiti, bagaimana mahu membimbing muslimat yang serba bengkok ini?

Mantapkan hubungan dengan Allah, solatlah pada waktunya, bacalah Al-Quran setiap hari, qiamullaillah di setiap sepertiga malam, menangislah kerana takutkan dan rindukan Allah, jagalah pergaulan. Ayuhai syabab, syabab ila amam...Tegakkan Islam dalam dirimu. Usah manjakan diri, jangan tenggelam sekarang, bangkitlah...isk...isk.

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter