Thursday, 16 February 2012

[ Awak Cannibal..?! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Hmm. Rasanya, kita ni cannibal tak? Eeeeuuuuwww...!! Geli satu hal, seram pun satu hal, kan? Haha. Tapi, cuba berfikir sejenak, betul ke tak?? =)

Cannibal.. istilah untuk orang yang makan orang. Ergh.. Tapi betul, cannibalism ni wujud antara kita, malah ramai ja orang keliling kita ni macam tu. Tak percaya? Meh nak tunjukkan...

Ghibah. Pernah dengar tak istilah ni? Ghibah ni perkataan Bahasa Arab, meaning dia backbiting. Nak tau lebih sikit baca kat sini. Okay. Allah cakap, sesiapa yang buat ghibah, umpama dia makan daging saudara dia sendiri. Haa.. kan dah ada bukti, kukuh lagi tu. Secara sedar atau tak, tak pasal-pasal kita bergelar cannibal, nauzubillah...

Dua tiga hari lepas, memang banyak masa lapang, hati pun sama lapang, so terfikir satu persoalan ni dan maka terhasillah satu teori sendiri. Kenapa Allah larang ghibah ye..? Kenapa Allah umpamakan makan daging saudara tu sendiri ye? Korang pernah terfikir tak..? Mesti ramai yang pernah terfikir masa first time tau sal ni kan? Kompem la.. hehe. Cuma tak dapat jawapan je, tu yang lenyap terus tu kan? huhu.

Okay, pikir punya pikir punya pikir, akhirnya... Ketemu satu teori kehidupan dan terasa nak sharing kat semua. Toin toin ~

Kita buka minda, cuba pikir macam ni. Kalau kena backbiting ni, sakit tak...? Sakit kan? Kat mana yang sakit nye tu ye..? Hati, betul tak? Hmmm. Allah dah ajar kita dari awal, kita je tak perasan. Allah dah ajar ilmu psikologi: Hati manusia tu lembut. Hati manusia tu ada rasa sakit.

Umpama makan daging saudara tu, daging tu, kita selalu bayangkan daging kat tangan la, kat perut la, macam yang kita tengok cerita-cerita Barat about cannibal ni. Tapi kita tak cuba dalami, daging yang Allah maksudkan tu is the one and only, hati saudara kita sendiri. Okay, kita masuk dalam lagi untuk teori ni.

Bayangkan, bila kita bersaudara, what is the first thing kita buat..? Confirm: serahkan hati kita pada dia.


Sebab tu kita boleh terima dia seadanya, sebab tu kita senang dengan dia, sebab tu kita dapat terima dia dalam kehidupan seharian kita, sebab tu selalu teringat kat dia, sebab tu selalu nak sembang ngan dia. Banyak lagi lah. Betul tak?

Imagine, kita terima hati saudara kita, dan kita simpan. Tiba-tiba kita ambil hati dia, kita makan. 


Apa jadi kat hati tu..? Still bentuk yang sama or berubah? Mesti jadi bentuk lain kan..? Tu la broken heart.


Saudara kita ada satu hati je untuk kita, and kita makan hati tu. Tak kira la sikit-sikit or banyak-banyak sekaligus. (Ergh.. geli kot terbayang. Macam Mak Lampir =.=) Boleh ke kita luah kan balik hati tu, cantumkan balik hati tu..? Boleh ke eh..? Hati tu Allah buatkan, perfect je sifat dia. Tapi kita? Nak samakan dengan creation Allah..? Mampu ke..? Mesti hati cacat jugak jadinya kan?


Kalau kita tengok balik pun, buruk benar dah hati yang kita simpan tu betul tak? Seburuk mana hati tu kita kerjakan, then berhati-hatilah. Macam tu jugaklah effect dia. Walaupun saudara kita tu tak tahu kita dah potong, belah, hiris, cincang hati yang dia bagi tu, tapi instinct, intuition tu ada. Ingat, hati tu sebahagian dari diri dia, mestilah terdetik jugak walau sekelumit.

Sebab tulah, dari awal Allah dah berpesan pada kita, hindari ghibah. Amaran keras dah Allah bagi tu: Umpama makan daging saudara sendiri. Tapi kita lalai, alpa, malas nak dalami kalam Allah. Allah didik kita, ada adab-adab bermasyarakat, ada adab-adab bersahabat, ada adab-adab berkomunikasi mengikut Islam. Bukannya sebab Islam ni banyak sangat larangan, banyak sangat halangan, banyak sangat complicated things, menyusahkan segala. TIDAK. Sama sekali tidak. Kita yang membutakan mata hati, memekakkan telinga naluri sedangkan benda-benda ni tiap-tiap hari Allah hantar ilham kat hati kita. Kadang-kadang terdetik kat hati, cuma kita yang selalu abaikan. Ambil mudah.

Kalau hal ni kita tak dapat handle, tak perlulah nak kata: Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan sahabat lain la. Stop it. Ambil inisiatif, buat homework. Kaji balik, macam mana perhubungan Rasulullah s.a.w., hubungan sahabat-sahabat, hubungan para ulama dulu boleh jadi sangat indah. How? Why?

Tu homework yang saya tinggalkan untuk kali ni lepas lama kita bercuti. Husnuzan, dan cubalah mengkaji. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang menerima sesuatu itu tanpa selidik, tanpa kajian. Ganbatte-neh!!

^.^



Baru balik bercuti
Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Friday, 16 December 2011

Marilah Beramal~

Tajuk entry ni khas untuk sekalian muslimin wal muslimat sidang pembaca blog ini...haha

Dalam semester ni...
Alhamdulillah berjaya menghadirkan diri ke beberapa seminar...
(secara percuma dgn menjadi sukarelawan xpon anjur ja sendiri) (^^,)V
haha..

Juz nak kongsi satu persoalan yang dikupas lebih kurang dua bulan lepas...
ntah la pasepa tringin nak share kt cni...
mcm mna pun..semoga bermanfaat kepada yang membaca...

Kita sebagai seorang ISLAM...
mestilah sedar bahawa kita di atas dunia ini adalah sebagai HAMBA...
yang mana wajib mentaati segala suruhan dan perintah Allah...
tapi sejauh mana kita sedar bahawa diri kita ini hamba?
sejauh mana kita hidup dengan berpaksikan rsa kehambaan kita kepada Allah?
sebagai contoh...
Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran untuk kita hamba-hambaNya...
dengan syarat...
kita melakukan perkara-perkara yang Allah suka...
Apa yang Allah suka?
Allah suka kita buat apa yang dia suruh...
an..an...an?

persoalan disini...
Adakah apa yang kita buat dalam hidup kita ni cukup utk buat Allah sukakan kita?
solat kita lima waktu....cukup ke?
sedangkan solat kita pon jarang-jarang khusyuk (itupun kalau ada yang khusyuk)...
berjihad menuntut ilmu Allah...cukup ke?
andai ilmu yang ada tidak disampaikan dan dimanfaatkan untuk orang lain...

itu kisah yang wajib...
yang sunat...
puasa sunat Isnin dgn Khamis...buat tak?
kenapa tak buat?
Islam kan?
kenapa tak beramal dengan tuntutan Islam?
inilah yang dikatakan dengan ilmu tanpa amal...
kita semua ada ilmu...
tahu bahawa sunat untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis...
tapi alangkah ruginya...
ilmu itu tidak dimanfaatkan dengan melakukannya...
an..an..an...?


sekadar menulis untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri...
ingatlah..pengukur kejayaan itu adalah syurga...
maka tetapkanlah cita-cita kita untuk ke syurga...
dan bermujahadahlah untuk ke sana...
InsyaAllah...

Sunday, 18 September 2011

[ Walaupun Sedikit, Bantulah Ye ]

With Allah's love
Assalamu'alykum semua


Dah baca entri ni (Suweeet Sangat . . .Tolong Doakan Mereka . . .)? 2 entri ni ada kaitan untuk kenal cerita sahabat saya ni.

Tadi baru dapat berita dari sahabat sy tu (husband), wife dia(yang baru peluk Islam tu) disahkan ketumbuhan dermoid cyst dalam perut berukuran 12x11x12.. Innalillah, moga diorang tetap tabah hadapinya.

Sahabat sy perlukan RM 8 000 untuk pembedahan segera for his wife. So, kalau ada yang mampu, mohon sumbangan kepada sahabat sy tu. Kalau ada yg nak bagi sumbangan, boleh contact terus ngan dia kat Facebook: Mohd Husni Hj Mahamad.

Or kalau tak nak contact dia, leh PM kat email sy: fancy_angelic@yahoo.com. Nanti sy bg no. akaun maybank beliau.

Marilah kita sama-sama membantu ringankan beban saudara baru kita, moga iman dia tetap teguh bersama Islam. Amiin.



Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter