Saturday, 22 January 2011

RINDUKU PADAMU~ aigoo...


Entri kali ni agak merapu. Thus, better you don't proceed with your reading. Saya tak nak tanggung apa-apa masalah hati seperti perasaan nak marah atau menyampah dengan entri kali ni...I am warning you all...

Apakah perasaannya tidak dapat memiliki sesuatu? Apakah rasanya menahan perasaan terhadap sesuatu? Mestilah seksakan? Itulah yang saya rasa selama 5 tahun di sekolah menengah. Sewaktu teman-teman sebaya memilik handphone, saya hanya mampu memandang dari dekat. Trend membawa handphone ke sekolah waktu saya tingkatan 4 atau sebelum itu lagi telah menular. Ramailah yang membawa handphone secara haram ke sekolah kerana kita memang tidak dibenarkan untuk membawa handphone ke sekolah kecuali atas sebab-sebab tertentu. Saya pula tinggal di asrama selama 5 tahun. Pembawaan handphone ke asrama memang restricted. Tapi ada jer yang bawa terutamanya senior-senior. Selalunya mereka ni boleh terselamat dari dirampas handphone sebab kawan-kawan mereka ni terdiri daripada biro-biro asrama. Jadi, setiap kali nak ada spotcheck, kawan mereka akan membocorkan maklumat. Melihat ketidakadilan tersebut, saya berazam jika saya diberi taklifan, mereka tidak akan terlepas.

Even, ketua biro sendiri membawa handphone ke asrama. Siap bertukar-tukar dengan kekasih hati yang juga merupakan ketua biro di aspura (asrama putera). Tengah-tengah malam jer, lena saya akan terganggu dengar akak tu dok gelak-gelak. Kalau tak mengenangkan dia tu senior...

Itulah kesan buruk handphone kepada budak-budak sekolah agama ni. Ikhtilat dah tak jaga. Wat worst was bercouple. Astaghfirullah...perkara kalau tak disukai Allah, buat macam mana pun Allah takkan redha...kecuali la terus berkahwin..

Waktu hajat dimakbulkan Allah dan mendapat jawatan Ketua Biro Disiplin, kemuncak anti saya terhadap handphone ni adalah pada satu malam waktu sedang study dalam bilik rehat. Bilik rehat ni dikhususkan untuk pelajar tingkatan 5 sahaja. Waktu tu jam pukul 2@3 pagi, sedang asyik berborak-borak sambil study, ada sahabat yang menimbulkan idea bernas;

'weh, jom buat spotcheck?,'
'bila? sekarang ka?'
'ha lah, wat la ni gak..'
'pukui beghapa dah ni?'
'time ni la baguih...perfect timing'
'jom'

Waktu tu AJK atau bukan AJK semua bekerjasama pergi masuk bilik ke bilik dan memburu satu benda. Handphone. Selepas berpecah dan bahagi-bahagi tugas, kami mula bergerak. Macam-macam terjadi malam tu...mostly melawakkan:

1) Ada yang tidur sambil pegang handphone. Waktu ditarik tu tak terjaga pun junior tu...punya lena mati...
2) Ada yang terjaga waktu nak ambil handphone dia. Apalagi, bergelut la kawan saya ni dengan junior tu atas katil sebab nak amik handphone dia.(saya pun take part juga dan saya yang dapat detect dia letak kat mana handphonenya). Kawan dia yang kat sebelah dah kena ambil, jadi melihat jer apa yang kami buat kat kawan dia. Lastly, setelah cara kasar pun tak makan, baru guna cara lembut (apa punya taktik daa..) Sahabat baik saya, Sakinah yang waktu tu pegang jawatan Ketua Biro Dakwah pujuk junior tu supaya bagi handphone secara baik dan dia bersetuju akhirnya sambil menangis-nangis.

Hidayu dan Sakinah...Ketua Biro Disiplin dengan Ketua Biro Dakwah...saya api, dia air. Saya selalunya ambil pendekatan serius, dia selalunya ambil pendekatan berlembut. Saya garang, dia sangat baik...Kin2...ana sayang nti..(ops, iklan sebentar)

3) Yang ni paling dahsyat. Waktu pergi ke dorm yang terakhir iaitu dorm saya, Dorm Zainab. Ada beberapa target person yang disyaki memiliki handphone. Puas cari di celah-celah katil dan bantal, tak jumpa-jumpa juga. Waktu angkat katil tu, mereka ni memang tidur mati yang amat. MasyaAllah, sampai kami angkat katil mereka pun tak terjaga. Punya baguih...jalan terakhir, call nombor junior tu guna handphone kawan dia yang lain. Waktu call tu dengan vibration. Haa...apalagi, pakat dok cari mana datang bunyi tu...agak lama dok cari sambil berhati-hati takut mereka ni terjaga. Waktu tu ada seorang junior ni mengalihkan badan dia...apalagi bercempera kami lari menyorok takut dikesan...haha...rupa-rupanya dia tak sedar pun. Pastu cari punya cari last-last jumpa.....Nak tahu dia letak kat mana??? dalam Kamus Arab yang ditebuk...ya ditebuk tengah-tengah kamus tu...terkejut kami!

Malam tu berakhir dengan kami berjaya merampas lebih kurang 20 biji handphone yang tak payah disebut jenamanya...canggih-manggih...sempat saya membelek-belek handphone tersebut. Dalam hati terdetik, saya punyalah teringin memiliki handphone tapi tak pernah berani nak minta kat mak dan kalau dapat pun tak berani nak bawa ke asrama, mereka ni senang-senang jer langgar peraturan...

Dipendekkan cerita, keesokan paginya kecoh satu aspuri (asrama puteri) mengenai spotcheck yang memang on da spot telah dilakukan oleh senior tingkatan 5. Memang waktu tu junior-junior terutamanya tingkatan 4 rebel habis-habisan...tak payah cakap apa yang keluar dari mulut mereka ni. Locker-locker saya dan dua orang lagi rakan kena tabur bedak. Habis baju-baju prep kena bedak...:) Tapi perasaan yang timbul waktu tu bukan perasaan marah, tapi tak ada perasaan. Ya, saya banyak belajar untuk tidak berperasaan sewaktu tingkatan 5. Biasalah, biro disiplin kalau orang tak benci, bukan biro disiplin namanya kan? Jadi ketahanan mental dan fizikal perlu tip-top waktu tu. Saya sempat berpesan dengan sahabat-sahabat yang terlibat waktu tu, walau apa pun yang dilakukan oleh junior sebagai tindakbalas daripada tindakan kami, biarkan jer. Jangan balas. Kita tunggu dan lihat.

Dalam tempoh tu, pemberontakan memang kelihatan. Cumanya, mereka ni nasib baik tak pandai lagi nak buat demo. Kalau tak, haru juga...haha..Kalau selisih di dewan makan, mereka mengejek-ejek dengan gelaran GK. GK stand 4 Gila Kuasa bukan Goal Keeper. Kami hanya tersenyum jer dengan gelagat adik-adik ni.

Akhirnya, perkara ni naik ke peringkat atasan. Saya, Ketua Aspuri dan seorang lagi rakan dipanggil ke pejabat beserta dengan beberapa pelajar tingkatan 4 yang membuat pemberontakan. Kami buat perbincangan dua hala dengan PKHEM waktu tu, Cikgu Johar...setelah menjelaskan rasionalnya perbuatan kami, cikgu pun berpuas hati dengan tindakan kami. Itulah hikmahnya kami tidak memberi respon waktu mereka memberontak. Kalau tak mesti akan dituduh sengaja nak cari pasal.

Apa kaitannya peristiwa ni dengan tajuk entri? Ha, camni...waktu sekolah dulu selama 5 tahun saya menahan perasaan untuk memiliki telefon bimbit. Saya anti macam-macam benda. Anti-couple, anti-handphone ... Sebabnya perkara itu memang dilarang oleh undang-undang sekolah sebab memberi kesan buruk kepada pelajar. Setelah keluar dari sekolah, antara perkara pertama saya buat adalah beli handphone. Ya, saya gunakan duit simpanan dan membeli handphone yang pada pandangan saya paling menepati citarasa saya dan termampu saya beli. Saya memegang prinsip alah membeli menang memakai. Pada pandangan saya jenama yang saya beli ni eksklusif dan designnya elegant. Tidak ada lagi perasaan takut untuk memakai handphone dan saya bebas menggunakannya. Kebebasan yang diperoleh memang berbaloi dengan penantian selama 5 tahun. Sekarang saya dah tak anti-handphone.

Selama 3 tahun memakai SAMSUNG , pelbagai kenangan tercipta. Saya nyaris-nyaris kehilangannya tapi Allah pertemukan kami kembali. Saya nyaris-nyaris tak setia kerana saya sanggup menukarnya dengan simcard Abah. Konon nak nego dengan orang yang ambil handphone tu. Tapi, laki tu baik...dia yang jumpa dan simpankan handphone saya. Waktu jumpa kat bakeri nak ambil balik handphone tu, dia datang dan terus bagi handphone tu. Belum sempat nak ucap terima kasih dia cakap, 'jaga barang elok-elok, jangan tinggal merata' pastu terus blah. Tak sempat nak explain. Kalau Anna sempat tanya nama Mas Azam, saya ni tak sempat pun nak tanya. Not that I was dat kind of person. Kadang-kadang sembang dengan orang yang baru dikenali punya rancak, last-last nama pun tak tau. Apa-apa pun masih ada lelaki yang baik. Erk, motif??

Tapi sekarang saya rindu sangat kat SAMSUNG. Careless mistake. Tertinggal charger kat rumah. Eksklusifnya SAMSUNG ni, even kalau handphone spesies SAMSUNG tapi kalau design lain, charger memang tak masuk. Dia tak berkongsi charger dengan design lain walaupun jenama yang sama. Eksklusifnya dia...4hb ni baru boleh bertemu kembali...

Sebenarnya cerita ni boleh dibuat perumpamaan untuk sifat-sifat muslimah yang anti-couple. Bukan kita tak nak bercinta, tapi sebab undang-undang Islam mengatakan tak boleh bercinta dengan bukan mahram sebelum berkahwin. Dan undang-undang ini tertakluk kepada semua perempuan yang mengaku dirinya seorang Islam. Anda tidak terlepas dari undang-undang ini. Betapa kita menahan perasaan hendak memiliki itu tiada siapa yang tahu seksanya. Entah berapa kali air mata mengalir memohon kekuatan dari Allah untuk bertahan daripada terjebak ke kancah maksiat tiada siapa yang tahu. Nak menahan diri dari keinginan memiliki seorang mujahid lebih teruk dari keinginan memiliki handphone. Berapa ramai yang auratnya terpelihara tapi kemaluannya tidak terpelihara. Sebab itulah dua perkara ni dipisahkan. Diperintahkan untuk memelihara aurat dan kemaluan. Maknanya, akan ada manusia yang aurat terpelihara tetapi kemaluan tak terpelihara dan ada yang memelihara kemaluannya tetapi tidak auratnya. Hakikatnya, dua-dua perkara ini perlu dipelihara. Tidak ada hebatnya yang satu berbanding yang satu lagi kalau tidak dapat menjaga kedua-duanya. Jadi tidak timbul kata-kata seperti;

" Alah, nampak jer pakai tudung labuh, tapi berzina,"
"Belum tentu yang bertudung labuh tu baik,"
"Aku ni walaupun tak menutup aurat, tapi lebih baik kot dari perempuan yang pakai tudung labuh,"

Siapa kata?? Begitu juga kata-kata;

"Tu pakaian macam tu, mesti dah tak suci dah,"
"Rasa-rasanya dia masih dara lagi tak?"
"Walaupun aku bercouple, tapi aku menutup aurat, lebih baik dari dia yang tak bercouple
tapi pakai seksi,"

Says who??

Apa bezanya seorang wanita bertudung labuh yang berzina dengan seorang lelaki sahaja dengan seorang wanita yang berpakaian seksi tetapi menyebabkan lelaki di sekelilingnya terangsang dan berzina dengan orang lain?

Sifir Islam

10-1=0
Tolak satu, tolak semuanya...

Jadi, ada rasionalnya setiap perkara yang Islam telah gariskan. Bukan Islam menghalang, tetapi ada caranya dan waktunya. Jadi kalau 5 tahun boleh menunggu untuk mendapat handphone dan mengguna secara legal, apa salahnya menunggu untuk beberapa tahun pulakan untuk mendapat couple yang legal?

Aish...rasanya dah out of topic ni...Hopefully, adalah pengajaran yang diambil dari sini...Apa-apa pun rindu kat SAMSUNG...

Begitulah ceritanya sebagai tamsilan...

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

H.F. Ahmad Said said...

baguih..!

Hamba Allah said...

smoga dipermudahkan jalan yg ada di hadapan~ amin~ =)

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter