Bila kenduri, yang jadi perhatian ialah pengantin. Tidak dapat dinafikan lagi. Biasalah raja sehari. Pengapit ni sebelah mata pun orang tak pandang. Betul tak? Berpengalaman menjadi pengapit secara bidan terjun membuat saya terfikir akan perasaan menjadi pengapit ni. Saya tak tahu sama ada saya ni yang terlalu berlebih-lebih dalam berperasaan atau semua orang yang pernah menjadi pengapit merasa begini.
Macam mana saya boleh jadi pengapit at da first place? Ceritanya begini. Saya pergi kenduri seorang sahabat baik. Hajar namanya. Kakaknya yang dipanggil Alang nak kahwin. Sepatutnya yang menjawat jawatan pengapit Alang waktu tu ialah Angah, pasangan kembarnya. Tiba-tiba Angah kena hantar ibu bapa mertuanya ke jeti untuk pulang ke Langkawi. Kebetulan dan sebetulnya ditakdirkan saya memakai baju merah yang merupakan pakaian pengantin waktu tu. Jadi saya ditolak untuk menjadi pengapit since pengantin lelaki dah nak sampai dan Angah couldn't make it. Perasaan itu tak payah cakaplah. Rasa macam saya yang jadi pengantin perempuan pulak...Kipas yang sepatutnya menutup muka pengantin perempuan rasa macam nak tutup muka sendiri. Huuu...tapi nanti apa pulak orang fikirkan? Waktu pengantin laki tiba, saya rasa nak pitam. Ohh, tidak...di manakah aku nak sorok muka? Tu ja yang saya fikir waktu tu, sedangkan Alang muka ceria habis. Siapakah pengantin sebenarnya ni....Tu lah perasaan pertama menjadi pengapit. Rasa macam nak angkat kaki dan lari beribu batu.
Bila dah keluar dan menjemput pihak laki, berdirilah saya di sebelah Alang and I felt awfully stupid at that time. Saya ni jenis yang tidak suka berdiri atau duduk tanpa berbuat apa-apa. Saya rasa macam patung dan bahasa kasarnya orang bodoh. Melihat scene di depan saya and acted like someone who was enjoying it, hmm, you know how it felt? Kalau pergi mana-mana, buku mesti ada dalam beg sebab duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa membuatkan saya rasa bodoh. Saya yang rasa, kalau orang lain tak rasa apa-apa, bukan salah mereka sebab ni habit. Bukan salah ibu mengandung. Kalau ada buku atau something yang saya dapat buat dalam keadaan berdiri atau duduk, saya tak kisah pun dengan orang sekeliling nak buat apa pun. Sebab itu saya ni diconsiderkan sebagai perosak majlis macam makhluk perosak. But, I am happy of being getting rid in that situation.
Kadang-kadang kat dapur kenduri kalau saya tak ada kerja nak buat since orang tua-tua suka take over most of it, saya duduk di belakang mak dan baca buku atau lari ke bilik-bilik kosong yang ada dan memencilkan diri dengan buku. Kalau tak ada buku at dat time, saya akan mula buat perangai. Pergi dekat mak dan mulalah tanya bila nak balik? Bila nak habis? Lama lagi ka? Mak, sakit kepala...jom balik? dan mak memang arif dengan perangai saya ni. Kalau saya ralit tolong potong sayur atau bawang, tiba-tiba mak hilang, mulalah menggelabah. Tanya mak cik-mak cik yang kat sebelah mana mak. Mak dan saya bagai isi dan kuku. Haha.
Balik kepada cerita asal...waktu sesi bergambarlah paling saya benci sekali! Saya tak tahu nak macam mana. Macam nak letupkan ja semua kamera kat situ. Saya memang trauma dengan kamera dari dulu lagi.Muka memang tak boleh blah dah time tu. Nak sorokkan kat mana. Nasib baik bukan pelamin bersanding tuh. Ya Allah, tak tahu nak macam mana waktu tu. Nak tengok kamera atau tidak. Kalau tengok kamera, orang nak amik gambar pengantin, bukan pengapit. Aduiii...memang sakit dan serik.
Cerita mengenai trauma tentang kamera ni bermula waktu Tingkatan Dua. Waktu rombongan ke Menara KL, saya duduk-duduk di sebuah bangku dan membaca novel. Saya tak perasan ada orang ambil gambar. Saya tahu bila tuan punya kamera bagitahu dia ada gambar saya sedang baca novel. What worst was I never had da chance to even look at my own pic. Ntah macam mana gambar tu...wuuu..sejak hari tu dia jadi stalker yang sangat saya trauma. Kadang-kadang waktu sedang belajar dalam kelas, kawan bagitau ada orang tengah dok stalk kat tingkap belakang. Bila saya kalih belakang, dia buat-buat tengok benda lain. Tak ker gerun tuh? Bila dia hantar mesej kat Friendster atau call, dia selalu bagitau yang dia ada gambar saya. Sampai sekarang saya tak tahu macam mana keadaan gambar saya.
Saya bakal menjadi pengapit lagi buat kali yang kedua untuk sahabat sendiri dan kali yang ketiga untuk kakak since saya satu-satunya adik perempuan dia, jadi harus bagaimana? I will take proper precaution dis time. Kalau pengantin ignore saya, saya akan lari serta-merta. Tak perlu duduk sebelah pengantin kalau dia tak perlukan kita betul tak...kalau tak nak saya lari, pegang tangan saya, jangan pegang tangan pengantin lelaki. Hehe. Choose either me or him? Astaghfirullah...melalut-lalut dah ni...tapi harap bakal-bakal pengantin mengertilah perasaan pengapit di sebelah anda. Dia hadir bukanlah tanpa erti melainkan atas rela hati, jadi hargailah dia. Mungkin itu kali terakhir kita berkesempatan untuk berjalan beriringan sebelum diiring oleh seorang suami ke mana-mana pun...huu...
No comments:
Post a Comment