Tuesday, 25 January 2011

Bila Mahu Sedar Diri?


Nampak globe ni? Saya fikir globe ini berguna waktu saya naik angin. Boleh lempar dan bagi benda ni pecah,
moga-moga boleh hilang marah. Boleh ker macam tu? Aigoo...sangat tak matang kalau tak dapat nak kawal emosi. Tapi hakikatnya manusia memang payah nak kawal emosi terutama emosi marah ni. Tak payah cakap orang lain, tengok diri sendiri sudah. Kalau saya dalam keadaan temperature tinggi, saya akan genggam sesuatu benda kuat-kuat, rasa macam nak baling tapi tak sampai hati. Belum ada benda yang jadi mangsa lagi. Dulu waktu kecik-kecik, mak pantang dengan anak yang bebal-bebal ni. Satu peristiwa yang terjadi dekat adik saya yang membuat cubaan nak berkofrontasi aka bebai @ bebal depan mak menyebabkan kami yang lain tak berani nak amalkan bebal-bebal ni. Mak memang sangat-sangat autoritarian waktu muda. Tapi betullah mak marah tanda sayangkan? Bila dah besar baru nampak rasional setiap tindakan mak kita. Tak lah kita menjadi spoiled brat bila dah besar-besar nanti.

Motif membeli globe ni? Kawan tanya, nak bagi hadiah kat sapa-sapa ker? A'ah. Kat diri sendiri. Saya nak kaitkan globe ni dengan kebesaran ALLAH. Membelek-belek globe ni terdetik dalam hati, sekecil-kecil globe ini, beginilah kecilnya dunia pada pandangan ALLAH yang Maha Besar. Besar manalah saiz manusia itu yang menghuni dunia ini? Betapa kecil dunia ini, kecil lagi manusia yang menghuni di sini. Allahuakbar... Dia mencipta Matahari, in fact ada lagi bintang-bintang kat luar sana yang berjuta kali ganda besar dari Matahari dan sentiasa bertasbih memujiNya...Allah...Sangat tak bernilai manusia itu tapi Allah mengangkatnya ke kedudukan yang tinggi lebih dari malaikat jika dia bertakwa...ya Allah...di manakah aku pada pandangan-Mu?

Menyebut mengenai kemarahan, memusing-musing globe ini buat saya terfikir, kalau saya naik angin, dengan senang-senang saya boleh melempar globe ini ke lantai dan biarkan ia pecah berderai. Bukankah Allah Yang Maha Besar sangatlah boleh berbuat demikian kepada bumi ini? Cumanya selepas itu Allah boleh mencipta kembali dunia ini dan saya dengan kudrat yang sangat dhaif amatlah mustahil berbuat demikian. Itulah bezanya ciptaan dengan Pencipta. Apabila Allah murka, tiada apa-apa yang dapat menyekat-Nya untuk membuat sekehendaknya. Betapa Dia Maha Melihat setiap kemungkaran yang kita perbuatkan seperti mana saya memerhati setiap inci globe ini. Setiap hari, kita membangkitkan kemurkaan Allah tetapi sifat Maha Pengasih dan Penyayangnya menghalang Allah yang tiada Tuhan disembah melainkan Dia daripada menghancurkan bumi ini. Selagi masih ada masa, pintu taubat itu sentiasa dibuka seluas-luasnya sedangkan siapakah kita untuk selalu tidak sedar diri dan membuat kerosakan di muka bumi?

Dengan perumpamaan yang dibuat di atas, adakah kita masih ragu-ragu akan wujudnya hari kiamat di mana bumi akan dihancurkan? Bahkan perkara tersebut pasti berlaku dan sangat mudah bagi Allah untuk berbuat demikian. Kenapakah kita masih lalai? Mengapakah hati ini sangat tak mahu tunduk dan berserah sepenuhnya kepada Allah?

'Robbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana
wa tarhamna lanakunannaminalghasirin'

p/s: saya cadangkan sahabat-sahabat beli globe satu dan letak atas meja sebagai peringatan dan muhasabah diri bahawa bumi ini sangat kecil dan setiap kali memandangnya ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan setiap tingkah lakumu...wallahualam..



~ Creating ideas for lives ~

7 comments:

Unknown said...

betul ckp ayu tu..pernah jugak tpikir mcm tu..

ayu said...

cleo> kita ini sgtlah lemah...aigoo..

Hamba Allah said...

org yg bijak adalah org yg mampu mengawal kemarahannya~ =)

ayu said...

setuju sgt...sbb tindakan yg tdorong drp keadaan marah boleh mbuatkan kita mnyesal selepas tu...sbb tu la cuba mnahan marah dgn genggam benda kuat2...takut nnti tlepas n mngeluarkan kata2 yg x patut...

Umairah. said...

salam.

ayu, belikan laa umy satu.
heh.

umy tak tgk globe tuu.
umy tgk buku2 yg dkt dgn globe tuu.
ehe.

aigoo..
what a nice post.
(:

ayu said...

salam

insyaAllah umy, pyh jga nk cri tu.:)
kdg2 x sempat nk selak2 buku (alasan) jadi tgk sesuatu objek bg rasa ok...;)

naimah27 said...

samelah kite huhu...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter