Monday, 3 January 2011

REVOLUSI 2011

Ayu: Mun, aku tak nak cucuk okeh...
Mun: Ok Ayu, kita tengok dulu camna keadaan gigi tu
Ayu: Tengok dulu? Maknanya kena cucuk la ni?? Tak mau...Mun. Sakit...
Mun: Tak sakit la yang...(sejak bila la Mun panggil aku yang2 ni...ni mesti gara2 nak memujuk)

Sesi seterusnya, gigi gerahamku diX-ray. Alhamdulillah, lubang tu tak sampai ke pulp lagi. Sebelum pergi X-Ray, Mun soal siasat tentang gigi aku ni.

Mun: Cerita secara formal Ayu...
Ayu: Owh, hehe...(kena formal la plak dengan sahabat sendiri)
Mun: Rasa sakit tak sekarang ni?
Ayu: A'ah, sakit la juga...

~Bila lepas makan banyak-banyak mesti sakit
~Bleeding after brushing
~Dah 2 tahun sakit geraham ni tapi bertahan
~tidak mengambil apa-apa ubat apabila sakit
~Pernah fracture lepas gigit tulang ayam
~Pernah palam 2 kali iaitu masa darjah 1 kemudian tampalan tertanggal
~Kali terakhir check gigi masa tingkatan 6 tapi hanya regular check up

Selepas diX-ray, Mun cakap geraham aku tak ada canal (kalau silap, correct me ok?). Kes terpencil. Ada isi tumbuh di bahagian base sebab tindakbalas badan untuk mengelak dari diserang oleh bakteria. Ntah apa lagi. Hasilnya saraf aku perlu dibuang bagi mengelakkan kesakitan pada masa hadapan. Was dat means I'll be injected? NOOOO!!! Tu lah perkara terakhir yang aku akan benarkan.

Waktu nak cucuk tu...

Mun: Doktor, patient tak nak dicucuk...
Dr.Azlan: Tak pernah kena cucuk ke?
Ayu: Pernah...masa darjah 1.

Yer, tu lah kali terakhir aku dicucuk oleh doktor gigi di bahagian geraham bawah. Aku tengok rakan-rakan yang dicucuk di bahagian lelangit sangat terseksa. Jadi tulah kali terakhir aku biarkan doktor menyucuk aku. Lepas daripada tu, semua gigi aku cabut sendiri. Walau bagaimana seksa pun aku tak kisah, asalkan tidak dicucuk...Walaupun cara aku cabut gigi lebih ekstrem dari doktor gigi tapi aku rasa tu lebih bahagia dari dicucuk dengan jarum yang tajam ke atas lelangit.

Tapi kali ni, aku bakal melakar sejarah tahun 2011 dengan satu perubahan yang dibuat. Dicucuk sebanyak tiga kali dibahagian atas. Dicucuk oleh sahabat aku sendiri pulak tu....MUNIRAH...anda kejam...wuuuuu...Walaupun dia telah menempel benda apa ntah yang berperisa strawberi tetapi pahit, tetap tak dapat mengelakkan aku dari merasa tusukan jarum ke dalam lelangit. Aku pejam mata dan pegang erat tangan Kak Ain...Proses seterusnya berlangsung dengan Munirah menggerudi gigi aku. Aku hanya mampu menganga mulut. Kadang-kadang aku tertidur sewaktu sedang digerudi.

Mun: Ayu, buka mulut sikit...eh, tidur ka?
Ayu: A'ah, mengantuk...

2 kali aku terlelap. Lastly, proses menempel gigi aku selepas dibuang saraf sebelum disimen bermula. Kadang-kadang Dr.Azlan memantau progres Munirah.

Nak tahu apa reward yang aku dapat setelah menahan semua kesakitan ni? Colouring book HELLO KITTY yang aku cari-cari selama ini!!! Wooooooo.....sangat seronok!! kat kedai mamak sebelah USIMKL....hohoho. Berbaloi aku pergi ke sini. Terima kasih Ya ALLAH...


~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

luvly iema said...

kak ayu...?
colouring book hello kitty??
keh keh keh..
comel la kak ayu ni ^^

ayu said...

a'ah...kumpul balik childhood memories...pasni nak cari colouring book froggy frog plak...minta husnul carikan juga bleh? hihi...

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter