The saying goes 'history begins at night'. Bila direnung-renung ayat ni, pada hemat saya, ada betul juga teori ni. Sejarah-sejarah besar dalam abad-berabad dan zaman-berzaman selalunya berlaku pada waktu MALAM! Mind you sejarah BESAR! Kat sini saya kutip sedikit sejarah besar yang sempat terlintas dalam otak disebabkan nak kejar benda penting sebelum habis. Sejarah besar ini termasuklah yang positif dan negatif.
Negatif:
1) Collisioned between bas, kereta dan van. Alaa, yang kes bas terbang tu. Tragedi Oktober...
2) Pergaduhan penyokong Kelantan dengan ........(terlupa la plak negeri apa), dekat stadium Kelantan akibat rasa tak puas hati penyokong Kelantan.
3) Peristiwa 13 Mei 1969.
4) Tragedi Puteri Diana.
5) kes-kes rogol, pembunuhan, rompakan, kebakaran banyak terjadi pada waktu malam berbanding siang.
7) kematian Michael Jackson
8) Kematian Syeikh Ahmad Yasiin~ selepas solat subuh, kiranya gelap lagi kan waktu tu...
Positif:
1) Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. Allahuakbar! Peristiwa paling besar dalam sejarah Islam khususnya dan Dunia amnya took place at NIGHT! Bagaimana dengan penyamaran Saidina Ali, Rasulullah s.a.w keluar dari pintu depan tanpa dilihat oleh kaum Quraisy yang mengepung rumah baginda dan perjalanan Saidina Abu Bakar menemani baginda S.A.W....Ya Allah...
2) Penaklukan Kota Constantinople~ paling mengagumkan sebab Sultan Al-Fateh berjaya membawa 70 buah kapal berjalan atas daratan menaiki bukit-bukau dalam masa hanya SATU MALAM! Allahuakbar! Kalau mendengar penerangan mengenai cara Sultan Al-Fateh susun strategi pasti membuatkan kita ternganga dan kalau melihatnya saya yakin dan percaya akan membuatkan kita ternganga dan air mata akan secara automatik mengalir tanpa mata kita berkelip melihat perkara tersebut berlaku. Seperti mana Wormtongue melihat bala tentera yang dibina oleh Saruman. Saya yang menonton pun meremang bulu roma walaupun hanya sekadar filem apabila bala tentera atau Orcs tu melalak. Itu filem merapu. Ini kalau melihat bala tentera Islam atau Jundullah bertakbir macam cerita Kingdom of Heavens mampu membuatkan kita meremang bulu roma dan merasa sebak.
Alamak, dah kekeringan idea...rasanya cukup dua contoh peristiwa terbesar dalam lembaran sejarah Islam yang telah mengambil tempat pada waktu malam. Ada lagi, tapi kecetekan pengetahuan atas kelemahan diri sendiri.
As-syahid Imam Hassan al-Banna pernah berpesan;
"Detik-detik malam sangat berharga, maka janganlah
memurahkannya dengan kelalaian"
Memang kena pesanan beliau pada situasi umat sekarang ini. Renung-renung kembali, apa yang kita isi pada waktu malam? Bermula dari selepas maghrib membawa ke subuh, apa yang kita lakukan? Merenung realiti umat zaman sekarang, sama ada kita perasan atau tidak, malam-malam selalunya terpenuh dengan perkara-perkara lalai yang disajikan kepada umat Islam. Sebagai contoh;
i) konsert
ii) FB~ sbb siang pergi kelas
iii) tengok wayang
iv) main bowling
v) lepak kedai makan
vii) tidur sepanjang-panjang malam
viii) berdating
Menurut pandangan peribadi saya, malam-malam kita disogokkan dengan pelbagai hiburan bermula dari televisyen membawa kepada hiburan di luar adalah justeru untuk melemaskan umat Islam dalam budaya hedonisme. Think-thank Yahudi atau dalang-dalang yang ingin menghancurkan Islam melihat umat Islam sejak zaman-berzaman menggunakan sepenuhnya malam untuk mengatur strategi dan bermunajat dengan Allah. Pada siang hari, pejuang-pejuang Islam ini berada dalam masyarakat dan melakukan kegiatan harian seperti mana masyarakat biasa seperti bekerja sehingga tidak dapat dibezakan yang manakah pejuang dan orang awam. Namun, pada malamnya mereka bertukar menjadi pejuang-pejuang Islam dan penyusun strategi bagi menumpaskan kafir yang menentang Islam. Perkara ini telah disedari oleh musuh Islam menyebabkan mereka mula mengatur strategi untuk memenuhkan malam-malam dengan pelbagai sajian hiburan melalui media dengan disokong oleh pemerintah Islam sendiri. Dengan yang demikian, apabila umat Islam terutamanya golongan muda yang kononnya penat belajar pada siangnya, mengambil kesempatan untuk berhibur sebentar yang membawa kepada keletihan dan akhirnya tidak mampu bangun malam even untuk solat Subuh apatah lagi menyusun strategi membangunkan ummah. Pernah tak kita sedar perkara ini? Mereka menyogokkan hiburan justeru bagi mengelakkan kita mengatur strategi menentang mereka dalam keadaan yang mereka tidak jangka. Malah, mereka sekarang ini menggunakan strategi Islam tersebut. Sedang umat Islam lalai terutama golongan muda, mereka bolehlah dengan aman mengatur strategi. Mereka siang malam mengatur strategi nak memesongkan akidah umat Islam sedangkan kita asyik meneguk macam-macam perkara yang melalaikan pada waktu tersebut.
Hari-hari siang kita terpenuh dengan kegiatan di fakulti. Jalan sana, jalan sini, dah malam. Bila malam menjelma ada yang bertungkus lumus menyelesaikan tugasan assignment yang last minute punya, ada yang bersidai di hadapan lappy menjengah ke pelbagai website, ada yang melepak dengan rakan-rakan. Yang lebih ekstrem, pergi jamming,karaoke,bowling, wayang dan dating. Tengah malam, ada yang dah terlentok, ada yang tercatuk lagi dengan aktiviti yang melalaikan. Malam masih muda la katakan... Saya nak tanya, bila kita baca buku-buku Tarbiyah Islamiyah? Mungkin tu agak berat, katakan buku ilmiah subjek kursus. Bila kita buka? Even buku agama yang ringan pembawaannya, bila kita selak? Kalau nak tanya susun strategi untuk berdakwah jauh sekalilahkan? Kadang-kadang tu, terpenuh dengan meeting-meeting yang tak serius pun. Masih mahu main-main. Akhirnya, malam kita berakhir begitu sahaja. Jauh kita dari nak mencipta sejarah sedangkan banyak sejarah besar dalam Islam berlaku pada waktu malam! Sebab itulah Hassan Al-Banna menyebut DETIK-DETIK malam SANGAT BERHARGA sebab beliau merupakan seorang pejuang haraki yang sentiasa menyusun strategi dan menggunakan sepenuhnya setiap detik malam tersebut agar agenda Islam terlindung dari intipan musuh. Sultan Salahuddin al-Ayubi pun sangat teliti dalam memastikan setiap tenteranya menggunakan malam sehabis baik yang membuktikan malam itu sangat berharga yang akan menyumbang kepada terciptanya sejarah iaitu kemenangan tentera Islam menakluk Palestin.
Bilakah kita akan menjadi salah seorang yang melakar sejarah pada waktu malam? Jika tidak pada ummah, tetapi pada diri dengan buat pertama kalinya bangun malam dan bersujud di hadapan Allah pada tahun 2011 ini. Atau melakar sejarah dalam diri dengan mengisi malam-malam ini dengan menelaah buku-buku agama dan ilmiah dan mengambil tahu keadaan ummah yang sedang nazak sekarang ini.
Bukanlah saya menafikan sejarah yang terlakar pada waktu siang, cumanya kita perlu sedar bahawa malam itu lebih panjang dan minda lebih terfokus pada waktu tersebut. Jadi gunakan seoptimum mungkin masa yang ada. Siang dan malam. Terlupa nak menyebut, tayangan cerita hantu di TV, apa motifnya kalau bukan nak menanamkan perasaan takut sejak dari kecil lagi kepada anak-anak orang Islam ini. Telah tertanam dalam diri pemikiran yang mengatakan pada waktu malam hantu merayau-rayau dan selepas Subuh hantu pulang ke sarang macam burung pula. Aigoo...apakah ini semua melainkan untuk menjadikan bangsa Melayu yang mengaku Islam sebagai umat yang bacul sifatnya...(maaf agak kasar perkataan). Nak bangun malam menelaah buku apatah lagi Qiamullail pun jadi takut sedangkan duduk dalam rumah. Sangat sedih sebenarnya. Tolonglah sedar wahai saudaraku....saudara kita di Palestin memerlukan kita...harus bagaimana lagi untuk membangunkan gergasi yang disuntik ubat tidur oleh umat Islam sendiri yang terpengaruh dengan dakyah kafir laknatullah?
p/s: cuba melakar sejarah walaupun dalam lembaran hidup sendiri...
~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~
2 comments:
"Coalition between bas"
DID U MEAN COLLISION? =)
aaa...dat one...thanks 4 da correction..:)
Post a Comment