(Kek Coklat Moist)
Sewaktu sedang meraut lidi daun tembakau di bawah rimbunan pohon
kacang kelisa yang memanjat , aku berhenti sejenak
lalu menebarkan pandangan ke tengah bendang di mana awan mendung
berarak datang menandakan hari hendak hujan.
Seperti mana hari-hari lain, hari ini juga menjanjikan bumi Pulau Pinang
akan basah pada malam ini, insyaAllah walhamdulillah...
Apabila sedang berlapar ni, macam-macam makanan menjengah ke minda.
Nak masak apa hari ni? Tiba-tiba teringin nak makan kek coklat. Nak cari mana?
Nak buat tak pandai...sebenarnya belum pandai.
Macam mana nak pandai kalau tak mula buat sekarang? A'ah...betul juga.
Aku persudahkan kerja yang terbengkalai untuk memulakan perancangan membuat
Kek Coklat Moist.
Sebelum membuat, nak korek mana resepi? Dalam buku memang tak boleh dipercayai.
Tak pernahnya betul. Aku SMS Alang meminta buah fikiran. Jawapannya...hampa.
"W'salam...kek gula hangus Alang x pandai.
Alang pernah buat tp x jadi.Maaf ye"
Aku buntu. Nak cari kat mana lagi ek? Siapakah yang reti? Nak tanya Kin
yang kat Mesir, kredit tak mencukupi. Munirah? Hehe...puding karamel dia pandailah.
Tiba-tiba teringat blog Kak Hajar. Dia pernah buat kek coklat dan rasa-rasanya
dia letak resepi dalam tu. Tanpa berlengah aku mula menyelongkar
entri-entri lamanya. Yes! Ada...Alhamdulillah.
First, make sure we have all da ingredients dat needed.
Ok, yang tak dak cuma minyak jagung, baking powder, dan telur.
Dipendekkan cerita, apabila semua bahan-bahan dah siap
proses membuat kek pun bermula. Pastu, topping.
Hasilnya macam dalam gambar.
As happy as I was, still it wasnt a very good ending I made.
Nampak comei, mak dan abah jadi perasmi. Mak cakap sedap, abah diam tapi makan
juga dalam dua tiga sudu. Selalunya chef bila dah masak, dia malas nak makan.
Ye ka sedap mak ni? Aku mencuba satu sudu. Eh, kenapa MASIN?
Huuu...baru teringat waktu buat topping tadi, tersilap letakkan Buttercup lebih...alahai...
Kenapalah mangkuk ayun sangat....mentega tukan masin???
Gara-gara nak menjadikan topping tu berkilat punya pasai.
Sangat sedih...cubaan pertama boleh dikatakan gagal.
Nak cover rasa masin tu, topupkan kek tu dengan jem Blueberry, baru ok.
Still, I felt quite dissapointed wif myself. But at least I try, didnt I?
Esok nak cuba lagi...haha..satu turning point yang baik daripada tukang makan kepada tukang masak
sekarang ini. Lepas ni, nak makan kek, dah boleh buat sendiri. Kredit utk K.hajar kerana
berkongsi resepi. Syukran:)
6 comments:
Ayu!!!
Haa..kena buat sebijik khas utk besday aku yg dah lepas..ganti sbb hg x wish kat aku..sampai hatimu.. T_T
Mun!!!
Maaf k...time tu exam, totally forgotten...memg lemah bab nk mengingt besday org. Hu~besday sndiri pun kdg2 x igt. Nnti ak p wat treatment gigi ak bawa satu,insyaAllah tu pun x jamin akn jd comei cam kat dlm gambr sbb naik train...tp gerenti x masin mcm yg first time ni...
org buat bengkang ubi kayu. nk rsa x? hehehe ^^
boleh juga...wow...pandainya husnul...bljr mskn tradisi mlayu...nnti bw p ukm na plus bg resepi...btw, akak dah baca novel Bini Aku Tomboy ke? X baca smua pun, juz sinopsis then intro sket, n I find it totally ridiculous...reject.
salam..ayu..rasa teringin nak makan kek tuu//:((
salam...hmm..smua teringin ni...err, kat bakery tingkat atas pusanika ada...huu
Post a Comment