Monday, 1 November 2010

CERITA BUDAK MALAS 2

"Eh cek...tak nak balik rumah lagi? Sekarang kan ada cuti sampai 8hb?" Aku berdialog dengan diri sendiri macam Gollum berdialog dengan dirinya dalam cerita Lord of The Ring.

A'ah la kan...Aku mengangguk-angguk. Habis tu, kenapa tak pergi lagi ni? Hari tu tak sabar-sabar nak balik sampai tak sempat-sempat. Nak tahu kenapa Aku tak balik kali ni?

Ya...kerana Aku ialah seorang budak malas...sebab dia malas la dia tak balik. Kalau dia balik kali ni, mesti orang cakap, "rajinnya ko balik"...nanti hilanglah title budak malas. So, konklusinya Aku tak balik.

Sekarang ni semua mahasiswa dan mahasiswi sedang berada dalam mode exam. Masing-masing memencilkan diri ke 7 lapisan bumi, 7 petala langit gara-gara nak mendapatkan kekhusyukan dan kefokusan yang absolute. Jumpa pun hanya di dewan peperiksaan, tu pun tak sempat nak sapa sebab sibuk dok menyumbat-nyumbat input yang boleh disumbat macam tauhu sumbat. Orang Utara panggil 'tokua sumbat'. Mana dapat istilah 'tokua' tu Aku pun tak tahu. Mesti gara-gara terlalu lama berasimilasi dengan apek-apek Cina jual ikan. Punyanya khusyuk membaca sampai dah tak peduli orang sekeliling. Ya, itu yang terjadi dekat Aku. Aku tak tahu sama ada Aku seorang sahajakah yang berperasaan begini, tapi Aku memang sukakan suasana exam (pelajar-pelajar Aku sewaktu jadi guru KAFA sebentar marah "Ustzah ni...kenapa ustzah panggil exam? Peperiksaan la"...Er, siapa guru sebenarnya ni?)

Sebab Aku sukakan suasana exam:

1) Semua orang jadi baik. Yang tak solat, Aku tengok baru keluar dari surau tadi. Alhamdulillah. Tapi tak pelikkah, adakah mereka ingat Allah tu ada hanya pada waktu exam? Sungguh Aku tak faham dengan peel mereka. Kalau tak, solat Jumaat pun skip. Aku pernah tanya kat sorang siswa ni, solat Jumaat kalau tinggal berdosa tak? Dia cakap berdosa (ya...dalam masa yang sama dia tak pergi semayang Jumaat pada waktu itu). Aku yang susah hati tengok muslimin tak pergi solat Jumaat. Macam nak perambat dengan batang penyapu. Tapi Aku tengok muslimin ni santai ja...melenggang-lenggok jalan ke masjid (boleh guna ke term ni untuk lelaki?). Mungkin sebab benda selalu buat jadi rasa jemu dan malas. Mungkin sebab khatib kurang hensem (err...perlukah?)...Wallahualam. Pernah terjadi, gara-gara semangat untuk bersolat jemaah Zohor sekali pada hari Jumaat, sewaktu masuk ke bilik air wanita, seorang pak cik ni keluar dari tandas sewaktu kawan Aku nak masuk. Owh, baru ku tahu rupa-rupanya muslimin akan gunakan bilik air wanita bila hari Jumaat. Patutlah pelbagai kerosakan berlaku...selama ini Aku pelik, takkanlah wanita yang lemah-lembut ni akan merosakkan facilities bilik airkan? Ok2,no need to get angry.

2) Barulah semua orang akan gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa macam tak cukup. Semua waktu yang ada hanya cukup-cukup untuk ulangkaji,makan,tidur (tu pun kalau sempat),ibadat. Kiranya memang serius dan menghayati betul peranan sebagai seorang mahasiswa...ya, itu baru betul. Memang exam oriented betul. Kiranya tak dak masa nak buat kuak lentang, kupu-kupu, dan sebagainya. Nak buat benda jahat lagi la tak sempat. Alhamdulillah, kan bagus kalau kita boleh maintain macam ni sepanjang masa. Disiplin. Semua benda yang dibuat semua yang ada nilai utiliti. Tak dak buang-buang masa. Kalau buka FB pun sembang ilmiah. Ya, itu baru mahasiswa namanya...kalau bulan Ramadhan Aku macam ni...ya Allah, mantapnya. Bulan tu pun bulan exam juga sebenarnya. Exam rohani. Rasa-rasa Aku, Aku macam boleh agak result macam mana. Hancusss...Astaghfirullahal'azim. Subjek tahajud failed, subjek mengawal nafsu makan failed, subjek khatam Quran failed...huhu. Kenapakah begini...? Ayu pi tekan tubi 1 kali! Cepat! Muhasabah balik...pointer dah jatuh. Ramadhan tahun depan (insyaAllah kalau umur panjang) kita semua ramai-ramai kejar dean list..okeh?

Tak nak melalut banyak-banyak sebenarnya...cumanya exam 3 hari berturut-turut. Lepas tu subjek kritikal. Jadi nak santai-santaikan otak sebelum diisi dengan subjek lain. Sebenarnya seronok menjawab exam nih. Perasaan sewaktu mencurahkan idea ke atas kertas dalam dewan besar memang merupakan perasaan yang Aku nanti-nantikan setiap semester. Setiap kali keluar dewan peperiksaan, kawan-kawan mesti tegur "Amboi bahagianya dia...boleh jawab la tu...". Boleh jawab? Mestilah boleh...Ada soalan mesti ada jawapan...saya hanya menjalankan peranan saya. Jangan tensen-tensen okeh. Semua orang boleh jawab...macam mana tragis pun mesti boleh jawab. In our own ways. Jadi, juz give da best shot walaupun soalan exam memang sangat hensem dan lawa. (apa kaitan?) Kalau anda dah berikan yang terbaik, usaha sehabis baik, mohon kat Allah baik-baik, tak sepatutnya anda merasa sebaliknya pula bila keluar dari dewan. Kata pensyarah Falsafah saya, 'jika anda tidak faham soalan, itu tandanya anda dah berjaya menjawab soalan'~saya sendiri pun masih tak faham statement ni...huu~...Kalau macam tu, kita tinggal blank page kat exam sheet (p/s: saya tak faham soalan...dengan ini saya dah menjawab soalan...jadi saya berhak dapat markah penuh)...Agak-agaknyalah, apakah yang akan kita dapat? Sebelum anda sampai ke tahap tersebut, maka berusahalah+berdoalah+bertawakallah...

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter